Nukilan dari NURIMAN izza:
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
Thursday, September 13, 2007
Inilah kerjaya saya sekarang...
Saya telah memulakan khidmat sebagai Juruteknik Komputer gred FT 17 di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, Kota Bharu.Alhamdulillah...syukur Allah telah kurniakan rezeki saya di sini.... Allah telah permudahkan untuk saya membuat urusan-urusan lain seperti bergiat di lapangan NGO dan lain-lain di sini.. yang pasti saya tak akan berpisah dengan kawan-kawan di Sekretariat ABIM di Tanjung Mas.
Selepas ini, bolehlah saya bergiat dengan badan-badan komuniti lain seperti Komuniti Bestari di kampung dan macam-macam lagilah. Saya juga berhasrat untuk mengadap Tok Guru Silat untuk berguru semula...
Dengan kata lain, Hujan Emas dinegara orang, Hujan Batu di negeri sendiri.... lebih baik dihentak batu di negeri sendiri , daripada berebut emas sampai dipijak-pijak manusia di negara orang ..... hehe..rosak peribahasa...
Rezeki saya tidak di Luar Kelantan
5 Jun 2007, setelah dua hari berkampung di Putrajaya, menginap di rumah Abg Izu dan Alimi (PKPIM Melaka) . Maka sahlah saya akan kembali ke Kelantan semula, bilamana surat posting yang saya terima setelah dua hari menunggu keputusan posting tempat kerja... saya diarahkan untuk melapor diri di Jabatan Pelajaran Negeri pada minggu hadapan (Ahad 10/6/07)... Jadi tak berpeluanglah saya untuk meneroka pengalaman di negeri orang, lebih-lebih cita-cita untuk menimba pengalaman bekerja di Putrajaya. Jadi oleh kerana tak berpeluang untuk bekerja di sini, maka saya mengambil kesempatan untuk mengambil pengalaman bekerja di HQ Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang minggu ini...[ Baca seterusnya ]
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)
Bacaan Popular
-
Tazkirah Tn Haji Ahmad Azam Abd Rahman Ramadan di Surau Al-Mukmin. Menafsirkan Surah Ali Imran ayat 110 dalam konteks misi Tahririy ...
-
Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Kamu selalu berusaha untuk menjadi penguasa, padahal akan menjadikan kamu menyesal pada hari Ki...
-
Videoklip Semesta Bertasbih ini saya siapkan selama 1 malam, bermula jam 12.30 malam sehinga jam 4.00 pagi, dikala mata tidak mengantuk mer...
-
11 November 2006 Hari ini, saya ditugaskan oleh ABIM Negeri Kelantan untuk merasmikan Majlis Ihtifal Taski ABIM daerah Pasir Mas. Ihtifa...
-
Salam semua... Lama betul saya tidak kemaskini blog.. Jadi sambil-sambil dok bersihkan laman blog ni, saya nak berkongsi dengan teman-teman...
-
Mungkin satu hari Tuhan akan beri atau dikuniakan hidayah kepada Guan Eng untuk bersama Islam. Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang)...
-
Ibarat pingat itu berpindah dan berpindah kemudian kembali kepada pemilik asal. Namun perasaan gembira atas pemberian ini amatlah bermakna. ...
-
19 Julai 2008, Tahniah, atas terzahirnya majlis ikatan Pertunangan antara Khairul Faiz & Afidatul Syakirah . Faiz ni adik ketiga saya....
-
Persembahan nasyid murid SKKK2 mengingatkan aku masa dok Maahad dulu, sewaktu aku join Nur Muhammadi... Lantas ku teringatkan kawan2 ku dul...
-
Seminggu berada di All Son Klana berkursus. rutin hariannya ialah belajar kemahiran-kemahiran yang memberi nilai tambah kepada seorang jurut...