Nukilan dari NURIMAN izza:
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
Thursday, September 13, 2007
Inilah kerjaya saya sekarang...
Saya telah memulakan khidmat sebagai Juruteknik Komputer gred FT 17 di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, Kota Bharu.Alhamdulillah...syukur Allah telah kurniakan rezeki saya di sini.... Allah telah permudahkan untuk saya membuat urusan-urusan lain seperti bergiat di lapangan NGO dan lain-lain di sini.. yang pasti saya tak akan berpisah dengan kawan-kawan di Sekretariat ABIM di Tanjung Mas.
Selepas ini, bolehlah saya bergiat dengan badan-badan komuniti lain seperti Komuniti Bestari di kampung dan macam-macam lagilah. Saya juga berhasrat untuk mengadap Tok Guru Silat untuk berguru semula...
Dengan kata lain, Hujan Emas dinegara orang, Hujan Batu di negeri sendiri.... lebih baik dihentak batu di negeri sendiri , daripada berebut emas sampai dipijak-pijak manusia di negara orang ..... hehe..rosak peribahasa...
Rezeki saya tidak di Luar Kelantan
5 Jun 2007, setelah dua hari berkampung di Putrajaya, menginap di rumah Abg Izu dan Alimi (PKPIM Melaka) . Maka sahlah saya akan kembali ke Kelantan semula, bilamana surat posting yang saya terima setelah dua hari menunggu keputusan posting tempat kerja... saya diarahkan untuk melapor diri di Jabatan Pelajaran Negeri pada minggu hadapan (Ahad 10/6/07)... Jadi tak berpeluanglah saya untuk meneroka pengalaman di negeri orang, lebih-lebih cita-cita untuk menimba pengalaman bekerja di Putrajaya. Jadi oleh kerana tak berpeluang untuk bekerja di sini, maka saya mengambil kesempatan untuk mengambil pengalaman bekerja di HQ Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang minggu ini...[ Baca seterusnya ]
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Bacaan Popular
-
Mungkin satu hari Tuhan akan beri atau dikuniakan hidayah kepada Guan Eng untuk bersama Islam. Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang)...
-
Setelah 8 tahun saya tidak menjejaki Maahad Muhammadi (L0, akhirnya berjaya juga saya menjejakkan kaki semula di sekolah ini. Kebetulan saud...
-
mmm... sambil-sambil memperbaharui laman web PKPIM, syukur kerana dapat mewujudkan ruangan diskusi blog.... Ilham ini tercetus apabila rakan...
-
12 Ogos 2008, saya berpeluang untuk melawat pameran Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 (MAHA 2008) bersama...
-
Seminggu berada di All Son Klana berkursus. rutin hariannya ialah belajar kemahiran-kemahiran yang memberi nilai tambah kepada seorang jurut...
-
Wan Mohd Nor Wan Daud ( Prof. Dr. ) yang merupakan salah seorang perintis Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam [International...
-
Assalamualaikum. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Tanpa disedari 11 bulan banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua ...
-
Kami tidak mampu menahan pandangan mata ketika sedang melihat kalian para akhawat, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dirimu,...
-
“Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik?”, saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6. “K...
-
18 Mac 2008, semasa mengikuti usrah gabungan WADAH di Sekretariat ABIM Kelantan, baba angkatku menerima SMS tentang berita Tok Guru Haji Lah...