Wednesday, July 17, 2013
Setiausaha Parlimen Australia : DIkecam kerana Bersumpah guna Al-Quran
SETIAUSAHA PARLIMEN AUSTRALIA, ED HUSIC Dikecam kerana bersumpah menggunakan Al Quran sewaktu perlantikan beliau. Menteri Muslim pertama yang menjawat jawatan tinggi di struktur kerajaan Australia, diserang secara rasis di jejaring sosial media hanya disebabkan beliau mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran dan tidak menggunakan Kitab Injil.
Friday, August 21, 2009
21 Ogos : Hari Memperingati Al-Quds
Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? video di bawah akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an?? Insya Allah, selepas ini Grup Salahuddin -GPTD di bawah koordinator saudara Zul Amin akan memperkasakan modul Generasi Salahuddin untuk menjadi sebahagian daripada modul tokoh-tokoh Islam.Thursday, August 6, 2009
Sudut Pandang Ketiga : Mahasiswa Islam Berdakwah Atau Berpolitik ?

DALAM tempoh dua minggu ini, terdapat dua program penting melibatkan mahasiswa Islam.Pertama, pelancaran Kelab Dewan Amal Islami (DAMAI), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Julai lalu.
Program kedua ialah Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 8 Ogos ini. Ia dianjurkan sempena Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PKPIM Ke-48 dan pelancaran buku PKPIM, Sejarah dan Perjuangan Lima Dasawarsa (1961-2011).
Kelab Damai IPTA ialah program terbaru DAMAI yang diperbadankan pada 2006. DAMAI ialah sebuah organisasi masyarakat sivil Islam. Ia bertujuan mengukuhkan persefahaman dan meningkatkan kerjasama gerakan Islam melalui satu gagasan bagi mencapai matlamat kecemerlangan semua bidang dan aktiviti dalam lingkungan syariah.
Kelab Damai IPTA berfungsi sebagai perantara persatuan Islam di kampus dengan penyaluran bantuan dan sokongan untuk aktivitinya. Ia berperanan merapatkan kerjasama dengan agensi kerajaan bagi membantu memperkasa persatuan-persatuan tersebut.
Penubuhan kelab ini selaras dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2009 apabila mahasiswa dibenarkan bergabung dengan organisasi luar kampus. Bagi PKPIM – yang hampir terkubur akibat pindaan AUKU (1975) – program MPAT kembali memungkinkan mahasiswa Islam menghadirinya.
Pindaan AUKU (2009) kelihatan menjanjikan gerakan mahasiswa Islam yang makin rancak. Tetapi adakah kerancakan itu akan menyamai atau mengatasi zaman keemasan gerakan mahasiswa era 1960-an hingga 1974? Adakah ia akan menandingi kerancakan ketika melonjaknya era dakwah kampus mulai 1970-an? Atau, adakah ia akan menghasilkan sesuatu yang baru? Hanya gerakan mahasiswa Islam yang ada jawapannya.
Jika menggunakan istilah “pelajar Islam”, maka gerakan pelajar Islam di Malaysia bermula pada 1900-an. Ia ditandai oleh beberapa tokoh pelajar seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, Syed Salim al-Kalali dan Abas Mohamad yang pulang dari menuntut di Asia Barat. Mereka dipengaruhi pemikiran Syed Jamaluddin al-Afghani dan Muhamad Abduh, yang memulakan gerakan keilmuan Islam ke arah pembangunan sosioekonomi, iaitu gerakan reformis-agama yang terawal.
Tetapi, jika menggunakan istilah “mahasiswa Islam”, tanda permulaan misalnya boleh merujuk kepada peranan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), yang antara sumbangan awalnya ialah mendesak kerajaan membina masjid berhampiran kampus tersebut.
Ini diikuti dengan penubuhan PKPIM di Asrama Kedua UM pada 1961. Tujuan asalnya ialah menggabungkan semua persatuan pelajar Islam selain menjadi wakil tunggal pelajar Islam negara ini dengan persatuan pelajar Islam luar negara.
PKPIM ditubuhkan kerana merasakan dua buah pertubuhan pelajar peringkat kebangsaan yang sedia wujud ketika itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) tidak dapat mewakili sepenuhnya kepentingan mahasiswa dan pelajar Islam.
Ketiga-tiga persatuan mahasiswa dan pelajar di peringkat kebangsaan ini menjadi sebahagian gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), iaitu badan induk bagi gerakan belia.
Sedekad selepas penubuhannya, iaitu pada 1971, PKPIM bersama-sama dengan PMIUM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), menjadi pelopor program Gerakan Kempen Kesedaran (GKK). Ia untuk menimbulkan kesedaran mahasiswa dan pelajar, membantu usaha menggalakkan masyarakat desa supaya dapat menikmati pembangunan negara dan menyampaikan dakwah serta menekankan keperluan perubahan sikap sesuai dengan tuntutan masa.
Pada tahun yang sama, PKPIM menganjurkan seminar yang mencadangkan penubuhan sebuah universiti Islam. Seminar itu berlangsung di Dewan Al-Malik Faisal, Petaling Jaya, yang kemudiannya menjadi dewan besar Kampus Sementara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila ditubuhkan kira-kira sedekad kemudian.
Apabila AUKU dipinda pada 1975, PKPIM bingkas menentangnya, dan sehinggalah AUKU dipinda pada 2009, ia merupakan pertubuhan pelajar paling lama dan konsisten perjuangannya berhubung AUKU. Mutakhir, dasar kerajaan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pada bulan Julai lalu, antara lain, terdapat ‘saham’ PKPIM di dalamnya.
Namun, sumbangan terpenting ialah penyuburan program dakwah dan tarbiah serta tradisi intelektual Islam di kalangan mahasiswa.
Menjelang dekad kelima kewujudannya, Presidennya, Mohd Hilmi Ramli berkata, kongres pada Sabtu ini bertujuan memberi makna dan kefahaman jelas akan teras-teras kenegaraan dalam mendepani isu-isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia. Ia juga untuk merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan lebih baik untuk seluruh rakyat.
Kongres ini juga ingin mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan “1Malaysia” dan gagasan “Politik Baru”.
Sejak bertugas di Kementerian Pengajian Tinggi, saya sering diajukan dengan soalan: Apakah sebenarnya teras pendekatan gerakan mahasiswa Islam – berdakwah atau berpolitik?
Saya tidak pasti apakah soalan ini sebagai mengimbau frasa yang dipopularkan bekas Ketua Dewan Dakwah Indonesia, Allahyarham Mohammad Natsir, “berdakwah di jalur politik, berpolitik di jalur dakwah”, atau dibuat atas niat lain.
Pada saya, umumnya gerakan mahasiswa Islam kita adalah berteraskan dakwah dan tarbiah. Ada yang turut membicara dan menyuarakan soal-soal politik. Dalam hal ini, kita perlu menganalisisnya dengan kebenaran dan keadilan.
Sebagai contoh, ia tidak bertentangan dengan AUKU (2009). Kita juga tidak mahu jika ia langsung tidak mempedulikan politik. Begitu juga, ada perbezaan antara suara politik kepartian dengan politik non-partisan.
Apa yang lebih penting ialah bagaimana kita mengehakupayakan gerakan mahasiswa Islam dalam memenuhi makna ayat al-Qur‘an: “Sesungguhnya mereka itu orangorang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk” (Al-Kahfi: 13)
DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Gratisan Musik
Friday, June 13, 2008
Saman Tidak Pakai Tali Pinggang Belakang Ditunda Tahun Depan
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh berkata tempoh yang lebih lama untuk kempen advokasi itu dipersetujui secara bersama oleh JKJR, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan kawalan kendiri orang ramai terhadap kepentingan peraturan baru itu.
Bercakap kepada pemberita di sini Jumaat, beliau berkata, dalam tempoh itu, mana-mana penumpang belakang yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar akan diberikan nasihat, risalah dan pelekat mengenai peraturan itu.
Kempen akan diadakan secara elektronik melalui laman web www.panducermat.org.my yang antara lain turut memuatkan pengalaman sebenar mereka yang terselamat daripada kemalangan kerana pemakaian tali pinggang keledar.
"Kadar pemakaian tali pinggang keledar bagi tempat duduk belakang di negara ini masih rendah, iaitu 1 hingga 4 peratus, dan JKJR menyasarkan untuk meningkatkannya kepada sekurang-kurangnya 70 peratus dalam tempoh enam bulan ini," katanya.
Bagi jumlah saman yang akan dikenakan, Suret berkata perkara itu akan diumumkan sebelum 1 Jan nanti.
"Dengan sengaja kita tidak umumkan terlalu awal sebab nanti penekanannya akan lari daripada kempen advokasi kepada kempen penguatkuasaan. Kehendak kami adalah untuk menekankan kawalan kendiri dan sikap advokasi," katanya.
Suret berkata mulai 1 Jan depan, peraturan itu akan dikuatkuasakan terhadap semua jenis kenderaan kecuali kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Jan 1995, kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Jan 1995 tetapi tidak dilengkapi tempat pemasang tali pinggang keledar, dan kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa.
Kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari lapan tempat duduk termasuk pemandu, dan kenderaan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan, turut dikecualikan.
Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Jan 1995 dan mempunyai tempat pemasang tetapi tidak dilengkapi tali pinggang keledar belakang, tempoh tiga tahun diberikan kepada pemiliknya untuk memasang alat keselamatan tersebut, bermula 1 Jan depan.
Fatih : isk..isk.. penguatkuasaan ini membuatkan pakcik Malik (bukan nama sebenar) kat sebelah rumah aku , gaduh-gaduh dengan isteri disebabkan isterinya nak bawak 5 orang anak-anaknya ke supermarket. katanya polis sedang buat penguatkuasaan sekarang, nak check mana-mana kereta yang masih tidak menambahkan tali pinggang keledar dibahagian belakang. mungkin pakcik Malik ni informasinya "out of date" walaupun gaya bicaranya semasa menghujah tentang penguatkuasaan ini ada gaya "up to date" dan berinformasi.. isk..isk.. baca surat khabar lama ka?? sedangkan berita yang aku baca dari Bernama ni bertarikh : June 06, 2008 16:24 PM. Sian kat anak-anak menangis menjadi mangsa keadaan. Berhemah skit Pakcik Malik.. bukan setakat jalan raya aja..
Thursday, June 5, 2008
JERNIH TANPA PENCEMARAN...

Sebarang bentuk aliran air di bandar-bandar besar biasanya begitu jijik untuk dihidu apatah lagi untuk dijadikan lokasi lawatan bagi menarik perhatian pelancong dalam dan luar negeri.
Namun lain pula halnya bagi Sungai Cheonggye yang mengalir di tengah kesibukan kota metropolitan Seoul kerana kebersihannya menjadikan ia destinasi perkelahan keluarga dan dinamakan sebagai Ibu Negeri Reka Bentuk Dunia pada 2010 oleh Majlis Persatuan Reka Bentuk Industri Antarabangsa.
Senario ini tidak mustahil untuk dilihat di Sungai Klang, Kuala Lumpur sekiranya sikap penyotor rakyat yang tidak menjaga kebersihan dan menjadikan sungai sebagai tapak pelupusan sampah dapat diubah mulai sekarang.
– Bernama
fatih : Kat kota Bharu pun harapnya dapat tukar air milonya kepada yang lebih jernih...kat Kampung aku pun...teringin nak berkelah kat tepi sungai kat kampung aku andai kata sungainya chantek.
Saturday, April 26, 2008
Selamat bersidang YB
Oleh Hassan Mohd. Noor
ESOK, 28 April 2008 bermulalah mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen kedua belas. Mesyuarat ini diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 berlangsung pada 8 Mac lalu. Mesyuarat pertama ini akan berlangsung sehingga 27 Mei atau melibatkan 16 hari. Mesyuarat kedua pula dijadualkan pada 23 Jun hingga 15 Julai selama 14 hari dan ketiga mulai 18 Ogos hingga 11 Disember melibatkan 41 hari. Setiap minggu mesyuarat akan berlangsung mulai hari Isnin hingga Khamis iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang dan disambung semula mulai pukul 2.30 hingga 5.30 petang.
Apakah istimewanya mesyuarat bagi Parlimen ke-12 ini?
Sebaik saja keputusan pilihan raya umum diketahui pada 8 Mac lalu, ramai yang sudah menjangkakan persidangan pada kali ini lebih panas berbanding sebelumnya. Bukan sekadar komposisi penyokong dan pembangkang tetapi mereka yang mempunyai latar belakang yang pelbagai yang selama ini hanya lantang bersuara atau 'berkokok' di luar kini akan berada di dalam Dewan. Antara mereka termasuklah aktivis sosial dan masyarakat yang sebelum ini sering turun di jalan-jalan raya mengadakan demonstrasi terutama di Kuala Lumpur. Ada di antara mereka ini juga pernah 'menyerbu' Parlimen untuk membuat bantahan. Lebih mencabar lagi kali ini ialah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti dua pertiga.
Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun lalu. Begitu juga dengan kehadiran 99 muka baru daripada keseluruhan 222 wakil rakyat. Dan jumlah anggota pembangkang pula meningkat empat kali ganda iaitu seramai 82 orang berbanding pada penggal yang lalu hanya 20 orang.
Kali ini pembangkang membariskan hampir keseluruhan pemimpin utamanya - Presiden/pengerusi parti, timbalan presiden/timbalan pengerusi, naib-naib presiden/pengerusi serta setiausaha agung masing-masing. Begitu juga dengan barisan ketua-ketua pemuda dan wanita/muslimat parti pembangkang turut sama berada di dalam Parlimen.
Sementara BN pula kehilangan suara beberapa pemimpin utama parti komponennya seperti S.Samy Vellu (MIC), M. Kayveas (PPP) dan Dr. Koh Tsu Koon (Gerakan). Mereka semua tewas pada pilihan raya umum lalu.Namun di pihak BN terdapat beberapa nama - muka baru - yang bakal menjadi tumpuan. Mereka termasuklah anak bekas Perdana Menteri, Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaludin, Dr. Mohd Puad Zarkashi, Razali Ibrahim dan Chua Tee Yong.
Sementara di pihak pembangkang pula, selain nama-nama baru seperti Tian Chua, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, beberapa muka lama akan turut memanaskan persidangan kali ini. Lebih-lebih lagi mereka yang pernah berada di dalam Dewan tetapi terkeluar pada penggal yang lalu dan kali ini kembali semula. Mereka sudah pasti akan menggunakan pengalaman yang ada untuk mengambil bahagian lebih aktif. Antara mereka termasuklah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Timbalannya Nasharuddin Mat Isa, Ketua Penerangan Mahfuz Omar, dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Taib Azamuddin Mohd Taib. Kali ini buat kali pertama juga tiga muslimat Pas akan turut serta. Begitu juga dengan kehadiran semula bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas,Ibrahim Ali, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Wee Choo Keong.
Jelaslah gandingan muka lama dan baru pada kali ini akan mencetuskan suasana yang lebih meriah di dalam Dewan Rakyat.''Dengan muka baru dan jumlah anggota mereka yang ramai, sudah tentu pembangkang mempunyai semangat baru dalam sidang kali ini,'' kata Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz.
Beliau yang sudah tiga penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ini pengga
l ketiga sebagai Ahli Parlimen mengakui persidangan kali ini lebih mencabar dan menuntut perhatian yang lebih dari segi kehadiran serta perbahasan yang lebih bermutu.Mohamad Aziz yang pada penggal lalu berjaya mencuri perhatian ramai bersama rakan-rakannya seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (kini ADUN di Perak) bagaimanapun yakin anggota BN juga mempunyai semangat yang sama.
Dengan suasana yang dianggap tidak pernah berlaku dalam sejarah Dewan Rakyat sebelum ini, cabaran besar juga terletak di bahu Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Speaker yang baru dilantik, Pandikar Amin Mulia.Walaupun orang baru tetapi, ahli politik veteran ini pernah berada di dalam Dewan Rakyat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999 hingga 2002). Beliau juga seorang yang lantang dan lucu dan berpengalaman sebagai Speaker DUN Sabah. Pandikar Amin juga pernah menyandang beberapa jawatan dalam Kabinet Sabah.
Pandikar Amin, 53, bagaimanapun meminta kerjasama semua anggota Parlimen supaya mematuhi peraturan ketika mengambil bahagian dalam perbahasan.''Saya mahu bersikap adil kepada semua orang tetapi semua wakil rakyat sepatutnya tahu apa yang perlu mereka lakukan. Jika mereka mematuhi peraturan, semua orang akan gembira,'' katanya semasa mengulas pelantikannya baru-baru ini.
Turut menarik perhatian kali ini ialah ketua pembangkang yang baru iaitu Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang pada penggal yang lalu 'keseorangan'. Pada pilihan raya umum 2004, beliau adalah satu-satunya wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dan kali ini bersamanya adalah anak perempuannya serta 'panglima-panglima' PKR.Inilah kali pertama wanita diberi tanggungjawab sebagai ketua pembangkang. Mungkin ini secara kebetulan kerana beliau adalah Presiden PKR, parti yang menang lebih banyak kerusi berbanding parti-parti lain.
Sebelum ini parti politik yang memenangi lebih banyak kerusi dilantik sebagai ketua pembangkang seperti yang dapat dilihat pada penggal lalu apabila Lim Kit Siang yang juga Setiausaha Agung DAP ketika itu mengetuai barisan pembangkang. Pas juga pernah mengetuai barisan pembangkang melalui Presiden Pas ketika itu, Fadzil Noor (1999) apabila parti itu menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum.Dewan Rakyat kali ini juga menyaksikan jumlah Menteri Kabinet yang berkurangan menyebabkan kehadiran setiap orang Ahli Parlimen terutama di kalangan penyokong kerajaan BN amat penting. Menyedari kepentingan itu juga, mesyuarat Kabinet yang biasanya berlangsung pada hari Rabu ditukarkan pada hari Jumaat sepanjang persidangan Dewan Rakyat berlangsung.
Menyentuh tentang anggota Kabinet, Mohamad Aziz juga berharap, Menteri dan Timbalan Menteri dapat memberi jawapan yang meyakinkan terhadap setiap persoalan yang dibangkitkan.Beliau percaya dengan jawapan-jawapan yang tepat dan meyakinkan, suasana perbahasan akan lebih menarik.
Mesyuarat hari pertama esok akan bermula dengan upacara mengangkat sumpah jawatan Speaker serta ahli-ahli yang berhormat (YB) yang memenangi kerusi pada pilihan raya umum lalu.Apakah akan ada kejutan seperti yang pernah berlaku pada majlis angkat sumpah pada tahun 1999?Ketika itu, semua 43 ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan selepas berlaku kekecohan kerana mempertikaikan kesahihan mesyuarat.
Bagaimana pula dengan kejutan-kejutan lain yang sebelum ini menjadi bualan ramai selepas BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga? Sama-samalah kita ikuti persidangan itu nanti yang buat kali pertama juga akan disiarkan secara langsung selama setengah jam oleh RTM bagi sesi soal jawab.Kita akan melihat sejauh mana tingkah laku dan keupayaan wakil-wakil rakyat yang kita pilih pada 8 Mac lalu bertindak. Begitu juga dengan Menteri Kabinet dan timbalan mereka mengambil bahagian setelah mereka tidak lagi dibantu oleh setiausaha Parlimen.
Seperti kata Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Chik, apabila sidang Dewan Rakyat disiarkan secara langsung walaupun sekadar setengah jam, tetapi ia ibarat seperti membuka pintu air.''Ia seperti membuka pintu air, sudah tentu ada sampah yang keluar bersama-sama. Namun pada akhirnya penonton yang menapis baik buruknya,'' kata beliau yang dilantik sebagai menteri penuh kali ini.
Apa yang diharapkan, persidangan kali ini lebih fokus kepada isu tanpa ahli-ahli YB terbawa-bawa dengan isu-isu yang boleh menjejaskan imej institusi Parlimen. Pada masa yang sama, elakkan daripada mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar, insiden memulaukan sidang, serta berucap dalam keadaan yang marah. Ikutlah peraturan dan hormatilah Speaker.
Seperti yang pernah dikatakan oleh Allahyarham Zahir Ismail: ''Kalau berucap hendaklah dengan nada tenang, jangan marah-marah. Ini kerana kalau marah, nanti tertinggal, lupa atau hilanglah fakta atau hujah bernas yang telah dihimpunkan sebelumnya.''Satu lagi pesanan Allahyarham kepada Ahli-ahli Dewan ialah: ''Kita datang hendak bermesyuarat bukan bergaduh. Ini tugas negara. Kalau kita bergaduh, kita tidak menjalankan tugas.''
Justeru, ambillah bahagian sebaik mungkin. Buatlah penyelidikan sebelum bercakap supaya hujah yang hendak disampaikan tidak meleret-leret atau tidak berfaedah. Akhirnya banyak masa terbuang. Memang masa mesyuarat boleh ditambah tetapi setiap orang ada tugas masing-masing. Menteri-menteri mempunyai tugas mereka di kementerian yang perlu dibereskan dan tidak boleh bersidang untuk tempoh lama sehingga mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Ahli-ahli YB, hargailah masa persidangan!
Nota Fatih : Harap Persidangan Dewan Rakyat esok hari ini tidak hanya di pengaruhi dek sentimen emosi politik dan perebutan kuasa semata. Kerana jika kita lihat ke akar umbi pelbagai masalah seperti gejala remaja dan belia, makanan Halal , pendidikan serta ekonomi yang harus di tangani tanpa melibatkan sentimen politik yang menghijab orang-orang politik untuk bekerjasama menangani isu tersebut... Berpakatlah!! Demi anak cucu kita....
Wednesday, April 23, 2008
Kalau benarlah cerita tersebut !!!
Mungkin satu hari Tuhan akan beri atau dikuniakan hidayah kepada Guan Eng untuk bersama Islam. Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz. Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai-bagai lagi.Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. 'Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz.'
Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila seorang aktivis politk, Mohd Sabu (rasanya aku baca melalui blog kawan) tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....Balik semula kpd kisah tadi, dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS) . Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku-buku berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.....
Bagaimana kita orang Islam?....
Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, 'Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam.' Guan Eng jawab, 'Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu....'
Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita ramai-ramai doakan supaya makbul niat & hajatnya. Ini akan memberi satu tamparan yg hebat pd Karpal Singh. Amin ya rabbal alamin..
Nota Fatih : Suasana Politik di Malaysia ni mewarnai pelbagai isu samada yang menarik ataupun yang pahit. Bagiku, semoga dalam perbezaan ini terdapat titik-titik persamaan yang dapat diambil oleh kesemua pihak untuk memastikan keharmonian Malaysia kekal sebagai lambang dan imej Malaysia di mata dunia.. Oleh itu Berpakatlah demi anak cucu kita. Orang tanya aku lani pilih parti mana... aku kata , Aku Non-Partisan...
Monday, March 31, 2008
UMAT ISLAM KECAM GEERT WILDER SIAR FILEM HINA ISLAM
Umat Islam mengecam tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menyiarkan filem bertajuk 'Fitna' secara online pada 27 Mac lalu. Filem tersebut dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.Apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia. Kerajaan Belanda wajib menghentikan sebarang bentuk provokasi agar dapat mengekalkan suasana aman dan makmur di seluruh negara. Kerajaan Belanda juga wajib mengambil tindakan berdasarkan undang-undang di Belanda bagi menyekat tindakan Geert Wilders, agar boleh meredakan kemarahan umat Islam.
Dalam isu ini, kemarahan umat Islam akan reda sekiranya Geert Wilders menyatakan permohonan maaf kepada seluruh umat Islam terhadap tindakannya itu.
Monday, March 17, 2008
‘Agama’ Yang Anti Agama
“Kami yakin kader-kader AKP telah mematahkannya!”, tegasnya bagai seorang pembela. Saya membaca laporan ini di halaman Mustafa Akyol yang disiarkan di dalam akhbar Turkish Daily News. Ia adalah sebahagian daripada sikap melampau
golongan sekularis Turki yang sangat alergik dengan orang Islam. Sebenarnya susah untuk saya istilahkan secara tepat kerana semuanya Muslim belaka. Tetapi dalam hal ini Muslim Sekularis membenci Muslim Islamik. Ada atau tidak istilah
yang begitu? Terpulang kepada anda.
Lebih 20 kali saya berulang alik ke Turki, menyelami kehidupan masyarakat dan melihat sendiri jatuh bangunnya usaha memulihkan negara bekas Khilafah ini, saya amat bersetuju dengan ulasan Mustafa Akyol yang mengatakan bahawa Ataturk itu telah diangkat menjadi seperti ‘tuhan’ kepada suatu ‘agama’ bernama sekularisma. Pemujaan melampau, dengan patung kepalanya yang berada di mana-mana, ia sungguh menjadi semacam suatu peribadatan.Lebih sebulan lalu, kes yang hampir sama berlaku kepada AKP
yang bermesyuarat di Kusadasi. Kononnya semasa mesyuarat berlangsung, anggota AKP telah menggantung gambar Ataturk dan di pertengahan mesyuarat mereka telah menurunkannya. Ia dianggap sebagai suatu penghinaan, dan mendapat liputan
melampau-lampau media. Setelah siasatan dibuat, rupa-rupanya tali gambar tersebut telah putus.“Kami terpaksa menurunkan gambar yang separuh tergantung itu. Tiada apa-apa niat yang tidak baik”, kata jurucakap AKP.
Engkau di Syurga, wahai Ataturk-ku!Engkau memerhatikan kami dari kemuncak awan!Engkau tidak pernah menghilangkan diri.Engkaulah penentu perjalanan hidup kami.Engkau bangkitkan kami dari kematian dan perhambaan.Engkaulah yang memberi hidup kepada kami!
Alasannya sama, isunya sama… tudung, tudung, tudung. AKP bukannya mewajibkan tudung. Sebaliknya AKP mahu membenarkan orang yang mahu bertudung, memakai tudung tanpa halangan. Mahu telanjang pun silakan…
kini rakan bandingannya AKP di Turki pula sedang berdepan dengan satu lagi episod malang, apabila golongan Sufaha’ sekularis Turki tidak henti-henti membuat kacau.‘Hobi’ mereka ialah mencantas parti politik.Di bawah pemerintahan
Republik Turki,
Idea Islamism berkembang secara dinamik biar pun perlahan. Sekularisma terus jumud dan ketinggalan zaman kerana kemalasan pejuangnya menyuntik tuntutan semasa kepada sebuah idea.Ia menjadi titik pemerhatian saya terhadap tanggungjawab PAS dan DAP kepada ideologi politik masing-masing.Akan tetapi keghairahan meletakkan sekularisma sebagai benteng penentang idea Negara Islam, menjadikan tafsiran sekularisma itu semakin sempit, tidak relevan dan tercanang-canang tanpa kepastian hala tujunya. Yang pasti, kalau ada parti politik yang merujuk kepada Islam sebagai nilai dan asas perjuangannya, maka sekularisma mesti dipertahankan untuk menyainginya.
Tegasnya, saya akan terus mengamati perkembangan kedua-dua negara yang unik ini. Malaysia dan Turki memiliki banyak persamaan.Dan persamaan terbaru yang tertonjol ialah, golongan pemerintah yang baru bertatih menjadi pembangkang di kedua-dua negara, telah busuk sebagai pemerintah, dan terus busuk sebagai pembangkang. “Allah, Janganlah Engkau hukum kami semua atas perlakuan orang-orang bodoh dari bangsa kami”
Kebangkitan Islam, Tidak menunggu Redha Orang Kafir dan munafik , kerana kebangkitan Islam itu, bangkit dicelah-celah kekafiran dan kemunafikan.
17 Mac 2007
Saturday, October 6, 2007
Selamatkan Rakyat Gaza ! !
Sebelum ini masyarakat di Malaysia tertumpu kepada PRU 12, setelah semuanya selesai...mengapa tidak kita ajak masyarakat menumpukan perhatian kepada keadaan saudara kita di Palestin :
Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya (Maszlee Malik) telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.
Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.
-------------------------------
“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).
Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.
Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….
Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:
1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali
solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.
Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.
2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.
4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)
5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.
6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.
7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.
8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.
Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.
9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-
a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.
Gerakerja secara kolektif
Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.
“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)
Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik
Bacaan Popular
-
Ayuhlah duhai anak muda.. Kita teladani qudwahnya, Islahkah Generasi Kita, dan Kita Binakan Akhlak Mulia.. Penyanyi : Fetyan Afzan M...
-
oleh: Shabnam Mokhtar Ketiga: Merangka Belanjawan dari Perspektif Islam Bagi melaksanakan poin-poin yang telah diterangkan dalam bah...
-
SETIAUSAHA PARLIMEN AUSTRALIA, ED HUSIC Dikecam kerana bersumpah menggunakan Al Quran sewaktu perlantikan beliau. Menteri Muslim pertam...
-
BODOH itu baik? Kenyataan seperti itu pasti akan menaikkan kening mak ayah yang mendengarnya. Saya tertarik dengan rahsia awet ...
-
Bersama Ustaz Hasrizal, Senior dan rakan-rakan GPTD mendengar amanat santai dari Tn Haji Ahmad Azam Ab Rahman usai selesai Program "A...
-
tanggal 12/06/2009 hari Jumaat bersamaan 18 jamadil akhir 1430H, satu peristiwa yg meragut kemaraan aku telah membuatkan aku tersentak seket...
-
Kenangan Ammar (gambar warna) semasa di Hari Keluarga GPTD pada 16 januari 2011 di Taman Layang-Layang dulu.. Ketika ini Hj Azam mem...
-
Klik Baca seterusnya untuk melihat Video Live : Tarikh / Masa : 17 November 2013 | 9:00 pagi - 12:30 tgh
-
We shall not procastinate. ALLAH's Mercy. A change over night. It is not impossible. It's the lailatulqadr. Watch and share. Nite of...
-
Hari ni bincang di zus coffe di sunway mall.



