Showing posts with label Isu Mesir. Show all posts
Showing posts with label Isu Mesir. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

PENGAJARAN: Buku “Inside the MUSLIM BROTHERHOOD, The Truth about the world’s most powerful political movement”

Oleh : Tn Hj Ahmad Azam Abd Rahman

Tn Hj Ahmad Azam bersama Youseff Nada,


Pengajaran Pertama: Perjuangan Islam Menuntut Pengorbanan. 
Memang menjadi Sunnatullah, perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai dasar kehidupan bernegara bakal menghadapi fitnah dan mehnah. Perjuangan ini menuntut pengorbanan yang sangat tinggi, hatta nyawa sekalipun. Youssef Nada telah menceritakan sebahagian dari pengorbanan dan pahit getir perjuangan yang dilalui oleh pendukung Ikhwan Muslimin.  Sejak Ikhwan Muslimin ditubuhkan pada tahun 1928 oleh Al-Syahid Imam Hassan al-Banna, sebagai reaksi kepada keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki pada 1924 dan era Penjajahan Barat terhadap Dunia Islam, perjuangan Ikhwan Muslimin tidak pernah ‘disambut dengan permaidani merah’. Ikhwan Muslimin merupakan gerakan kerakyatan yang sangat berpengaruh dalam menuntut kemerdekaan dari Penjajah British.  Atas nasihat Penjajah British,

Friday, September 6, 2013

Disebalik Ikhwan Muslimin - Dauglas Thompson


Hadiah terbaik hari ini... Bersama Buku dan Penulisnya DOUGLAS THOMPSON di sesi Bedah Buku petang tadi.... Buat Nadiah Yusof .... cantik x nama Yusof Nada ?? kita abadikan pada anak lelaki no 2 nanti... lalalalala...

Monday, August 26, 2013

Surat Yang Mebuatkan Erdogan Menangis

 Asma Beltaji, Aktivis yang syahid ditembak di Mesir 

Surat seorang ayah untuk puterinya yang syahid ditembak di Mesir membuatkan PM Turki Recep Tayyip Erdogan menangis. Ayah itu adalah Mohamed el-Beltaji, pimpinan Ikhwanul Muslimin, yang kehilangan putrinya, Asma Beltaji, 17 tahun. Asma menjadi korban kekejaman penembak tentera Mesir dalam cubaan menamatkan demonstrasi Ikhwanul Muslimin, siang hari, 14 Ogos lalu. Ketika  itu,  Asma bersama ibunya membantu para demonstran yang cedera di medan demontrasi tersebut.

Monday, August 19, 2013

Apa itu #R4BIA?



Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag #R4BIA bermula semalam, bukan? 

Tuesday, July 30, 2013

Jadilah Manusia Untuk Bersimpati

A : "Kau bukan orang mesir, buat apa sibuk nak cakap pasal mesir."
 B : "Aku orang Islam. Aku tak cakap pasal mesir, aku cakap pasal umat Islam dekat sana." (sahabat fb) 

"Anda tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia". (Erdogan : Turki)

Sunday, July 28, 2013

Kecaman Keras Erdogan terhadap serangan Polis Mesir kepada Penyokong Mursi


Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keras serangan polis Mesir terhadap penyokong presiden Dr Muhammad Mursi yang dilakukan di tengah bulan suci Ramadhan. Perkara ini disampaikannya dalam majlis berbuka puasa bersama syarikat pengusaha Turki. 

 “Kita melihat bahawa hati mereka sedikitpun tidak menjadi lebih baik, walaupun berada dalam bulan Ramadhan. Ketika kaum Muslimin sedang bersiap untuk sahur, sekali lagi serangan berlaku di Mesir. 200 orang telah gugur syahid. Setelah melanggar kehendak rakyat, mereka yang menggulingkan pemerintah kini membantai rakyat. Rakyat Mesir sedang menunjukkan kehormatan mereka di hadapan kudeta tentera selama berminggu-minggu. 

Tuesday, July 16, 2013

Seruan Erdogan terhadap Isu di Mesir



"Andaikata kepimpinan Presiden Mursi dimusnahkan, syuhada Uthmaniyyah akan datang dibumi para ambia' Mesir" - Rajab Tayip Erdogan

Kabinet Baru Mesir Dikecam Tidak Sah

Kabinet baru yang diangkat sumpah oleh Presiden Sementara Adly Mansour pada hari Selasa dikecam sebagai tidak sah.

 "Ianya kerajaan yang tidak sah, perdana menteri yang tidak sah, kabinet yang tidak sah. Kami tidak mengiktiraf sesiapa pun di dalamnya. Kami tidak langsung mengiktiraf kuasa mereka sebagai wakil-wakil kerajaan," ujar jurucakap Ikhwan Muslimin Gehad El-Haddad kepada Reuters.

 Sumber : Al-Jazeera

#Mesirkini

CUKUPLAH KITA MANJAKAN RAKYAT, KATA AS-SISI


Dr.Bassem Audah, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri (gambar) antara menteri paling muda dalam kabinet Perdana Menteri sebelum ini, Dr.Hisyam Qandil. Anggota Ikhwan Muslimin yang berusia 39 tahun ini telah disaksikan oleh masyarakat bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk rakyat bahkan terkenal sebagai menteri yang turun ke ladang gandum selepas Subuh bagi menunai tanaman gandum. 

Tajuk Akhbar China : As-Sisi Merobek-robek Negara Mesir


"Mursi adalah seorang lelaki yang paling kuat dalam medan politik 
manakala As Sisi sedang merobek-robek negara Mesir." 

 Begitulah tajuk akhbar di China hari ini. 
 Sumber : نبض رابعة

Rujuk : #Mesirkini


MESIRkini | Penolakan Abdullah Gul dan Erdogan terhadap Baradei dan Mansour



[Penolakan Abdullah Gul dan Erdogan terhadap Baradei dan Mansour :
Kami tidak mengenali presiden Mesir kecuali Mursi] 

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menolak permintaan untuk bertemu dengan Muhammad Al-Baradei, anggota Barisan Penyelamat, dan salah seorang dari pengkomplot rampasan kuasa tentera ke atas presiden sah Mesir Dr Muhammad Mursi .

Bacaan Popular