Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Dakwah Hip Hop | Satu Penilaian...

Album Akbar Brothers membawakan muzik genre Hip hop


Sejak kumpulan nasyid Firdaus, UNIC, SAUJANA, Yassin & AKbar Brothers menyanyikan irama nasyid berentak Rap Hip hop, Ada rakan yang tanya pandangan tentang dakwah melalui lagu Hip Hop..sebab saya pun termasuk di kalangan ahli PKPIM dan ABIM yang minat muzik genre Rap... Latar belakang saya dari segi genre muzik banyak di alunkan dengan genre sebegini seperti 4u2c, KRU, dan lain-lain. Kemudian mula meminati nasyid bila berada di almameter aliran agama. Sejak di sekolah menengah, saya selalu terfikir mengapa tidak lagu-lagu rap di alunkan menggunakan bait-bait nasyid. Mungkin perbincnagan dibawah dapat dikongsi untuk buka minda kita.....





Dunia hiburan yang berkembang pesat menyaksikan kemunculan potensi dakwah dalam perkembangan hiburan. Ianya telah mencetuskan beberapa eksperimen baru oleh pihak yang melihat hiburan menjadi alat menyampaikan mesej dakwah.

Dakwah melalui lagu hip hop mula mendapat tempat dikalangan generasi muda. Lagu seperti ”Alhamdullilah” oleh Too Phat dan Yaasin antara contoh lagu hip–hop berunsurkan mesej dakwah. Begitu juga beberapa kumpulan yang lahir di Amerika Syarikat seperti `Native Deen” yang dianggotai oleh tiga anak muda muncul sebagai respon kepada Islamophobia dalam masyarakat.



Kita melihat kelahiran beberapa contoh lagu hip hop yang punyai mesej dakwah mengenai konsep ketuhanan, gesaan kepada komitmen melakukan kebaikan dan sebagainya. Apa bentuk hiburan sekalipun, selagi tidak melanggar batas aturan agama dari segi kandungan dan penyampaian, serta sesuia dengan nilai baik ketimuran wajar diberi ruang untuk diketengahkan.

Dalam isu hiburan hip hop, setiap ciri persembahan hip hop di dalam dunia hari ini memiliki kayu ukur berbeza mengikut tafsiran masing-masing. Walaubagaimanapun, beberapa perkiraan kita dalam isu ini perlu melihat kepada beberapa aspek penting perlu diambil kira. Unsur seperti irama, pemakaian, lirik, bentuk persembahan, etika, kesan kepada pendengar seperti sifat lalai serta percampuran lelaki dan perempuan perlu menjadi sandaran. Apatah lagi jika ia melibatkan persembahan yang memiliki elemen unsur jenayah, arak dan dadah, walau daripada aliran dan genre mana sekalipun. Di sini sikap bersederhana dalam berhibur dan tidak melampaui batas amat penting. Selagi tidak melalaikan sepatutnya tidak menjadi isu samada dibenarkan atau tidak.

Isunya disini adakah persembahan lagu-lagu hip-hop melampaui batas dan melanggar ciri-ciri asas Islami yang sediada. Kandungan lirik yang memuji kebesaran Tuhan dalam bentuk lagu hip hop juga menjadi tandatanya samaada ianya dibenarkan atau tidak. Ianya bergantung kepada bagaimana persembahan lagu hip-hop ini diadakan. Bagi berlaku adil, sudah pasti ada perbezaan dari sudut persembahan daripada kumpulan hip-hop yang berlainan. Jika persembahan tersebut tidak melangkaui aspek-aspek yang telah diutarakan atas ini maka, tiada sebab untuk kita menghalang sebarang bentuk hiburan yang memiliki mesej dakwah ini.

Para ilmuwan dan ulama perlu mengambil sikap dan memberikan garis panduan yang jelas bagaimana masyarakat dan pihak industri muzik berhadapan dengan isu aliran muzik yang akan timbul pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, masyarakat dan penggiat industri seni harus bersedia menerima pakai fatwa, nasihat dan teguran daripada para ulama’ dan cendiakawan. Kadangkala kecenderungan beberapa golongan yang menolak genre muzik sebegini kerana persepsi budaya yang melihat rap dan hiphop sebagai pembawa gejala negatif dalam masyarakat seperti mana yang dilihat pada hari ini. Sedangkan genre muzik lain seperti balada, irama Malaysia atau etnik kreatif sekalipun, jika tanpa garis panduan akan tetap memberikan kesan negatif kepada budaya masyarakat.Bahkan nasyid sekalipun , jika konsep yang diketengah tidak memberikan makna serta lari dari prinsip dan syariat, sewajarnya ia perlu dijadikan kayu ukuran untuk dinilai dan diberi garis panduan. Sebagai contoh nasyid hari ini diketengahkan kadangkala agak liberal dan ada juga yang mengajak kepada percintaan yang tidak sepatutnya. Agaknya apakah ianya tidak memberi kesan kepada moral masyarakat??

Disamping Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan dan beberapa jawatankuasa peringkat ilmuwan mengenai isu aliran hiburan, kita mencadangkan pihak berwajib seperti JAKIM mewujudkan Unit Pengembangan dan Kreativiti Hiburan yang akan berkerja dalam kerangka membantu institusi atau golongan karyawan yang sedia berminat menghasilkan karya dan hiburan yang punyai mesej dakwah. Disamping membantu memberi nasihat dan etika persembahan hiburan, ianya juga sewajarnya membantu memberi geran pembangunan muzik dakwah atau biasiswa untuk anak-anak muda yang sedia menceburkan diri bidang hiburan seperti kejuruteraan muzik, seni persembahan dan lakonan dalam kerangka dakwah. Potensi muzik sebagai alat penyampai mesej tidak boleh dipandang ringan dan dikesampingkan begitu sahaja.








Topblogs @ iLuvislam


[ Lagu Queen Od The Land (rentap Rap) yang membuka minda dan minat generasi muda.. Klik di sini ]

Wednesday, April 23, 2008

Generasi Salman Al-Farisi di Bumi Melayu

Alhamdulillah, kecanggihan teknologi yang ku pelajari selama ini membantu aku untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan.

10 Mac 2008 , merupakan pengalaman baru yang dapat aku catatkan dalam sebagai entry blogku kali ini. Pengalaman apabila aku ditugaskan oleh Pengerusi Biro Islamic Outreach ABIM Kelantan, Abdullah Mohd Nawi untuk memberikan ceramah Motivasi kepada saudara baru di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepadaku sebagai seorang muslim.

Aku ditugaskan untuk menyampaikan ceramah bertajuk Motivasi Daie dan Qiammullai di hadapan lebih 50 orang pelajar IDIP yang terdiri daripada Muslimin dan muslimah dari pelbagai kaum seperti cina, india, kadazan, asli , iban dan lain-lain. Bebanan tanggungjawab yang berat ini aku cuba lakukan sedaya mungkin dengan dibantu oleh temanku saudara Farid.


Cukup memberikan keinsafan, betapa kecintaan saudara-saudara baru ini kepada Islam tidak dapat kunafikan kebenarannya. Betapa seorang muslimah di kalangan mereka yang menyatakan hasrat supaya ceramah motivasiku ini benar-benar memberikan faedah serta input yang mendalam dengan mereka. kata muslimah itu, mentaliti sebahagian dari pihak kami sudah bosan dengan istilah "ceramah motivasi"..... pengakuan muslimah itu benar-benar memberikan aku satu cabaran apatah lagi inilah kali pertama aku berdepan dengan mereka. Lebih mengagumkan muslimah itu adalah merupakan bekas missionary Kristian terbaik semasa beliau dalam anutan agama lalu.
Bersama Ustaz Bashir (Pengetua IDIP)

Kerana kagumkan semangat muslimah itu, aku selitkan juga kepada pelajar dalam ceramah ku agar memastikan pengalaman atau kemahiran yang mereka dapat semasa dalam anutan agama lalu dari segi strategi menarik masyarakat mengenali agama mereka dulu, dipraktikkan secara konsisten bila bergelar Muslim kini.

Demi Matahari - Snada

Kulihat mereka (saudara baru) teramat minat dengan alunan muzik dan nyayian. Alhamdulillah, modul ceramahku ku selitkan dengan nyanyian nasyid "Demi Matahari" berserta gaya gerakannya yang aku timba sewaktu mengikuti ESQ Training Leadership di bawah bimbingan Pak Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia ( Aku adalah Angkatan ke-5 ESQ) . Mereka teramat meminati.

Bagiku, bila berbicara tentang dakwah, aku selalu berhumor agar pendengar tidak terlalu rigid dengan memahami bila sebut dakwah, tergambar lelaki yang memakai jubah, berserban memegang tasbih dan tugasnya menyeru kepada kebaikan. Bagiku konsep dakwah ada pelbagai method. Ada dalam bentuk nasyid, seni, sosial, kesukarelawan, lukisan, ketenteraan, politik, dan sebagainya. Namun walau pelbagai methodnya , selagi kita tak tinggal 3 perkara ini, maka kita sudah menyelesaikan misi dakwah kita iaitu :

  • 1. Ukhwah
  • 2. Iman
  • 3. Peringatan Khabar gembira dan azab.

Apa yang pasti, kehadiranku ke IDIP dan interaksiku dengan muslimah "mantan missionary Kristian terbaik" dulu telah menghimbau kepadaku tentang lipatan sirah Rasulullah S.A.W mengenai peristiwa strategi Perang Khandak.

Salman Al-FArisi yang merupakan saudara baru dari Parsi menyarankan kepada Nabi saw untuk menggali parit disekililing Madinah untuk melindungi kota tersebut. Dan Nabi saw menerima sarang tersebut dengan gembira. Kemudian Salman ra memulai penggalian dengan tangannya sendiri, selama penggalian tersebut Salman terantuk batu yang sulit dipecahkan, Nabi saw kemudian mengambil kampak. Pada hantaman yang pertama kampak tersebut menimbulkan percikan dibatu itu, demikain juga pada hantaman kedua dan ketiga.
Kemudian ia bertanya pada Salman ra, “Oo.. Salman apa engkau melihat percikan itu? Salman menjawab, “Ya Nabi, aku melihatnya”. Nabi berkata,” Percikan pertama memberikan aku visi atau penglihatan dimana Allah swt telah membuka Yaman bagiku. Pada percikan kedua Allah membuka Damascus dan Al-Magrib (Barat) dan dipercikan yang ketiga Allah membuka daerah Timur. Salman mencatat, bahwa Nabi saw berkata: “Permohonan mencegah perjanjian atau kesepakatan. Tiada hal lain tetapi kebenaran meningkatkan kehidupan dan Tuhanmu sangatlah murah hati dan malu untuk berpaling dari tangan seorang hamba yang telah mengangkat tanggannya untuk berdoa kepadanya”. (Abu Ahsan)

Bagiku untuk saudara baru di IDIP, kalianlah generasi Salman Al-Farisi di bumi melayu kini, andai kata anda terguris dengan sikap kami (umat melayu) yang mengejek kamu dengan ejekan kamu baru setahun jagung mengenali Islam, maka kuatkanlah semangat!! Teguhkan Ukhwah, Kuatkan Iman, selalulah memberikan peringatan.

nota Fatih : Pengalaman Qiammullai dengan mereka cukup menyentuh hati. Dengan diimamkan oleh guruku Ustaz Makhtear Abdul Rahman. Dikiri kananku, ku terdengar esakan-esakan tangisan daie saudara baru memecah kesunyian pagi dinihari itu. Bahkan ku juga mendengar dari rakan-rakan muslimah yang memberitahu bahawa seorang muslimah saudara yang baru masuk Islam 2 bulan pun menangis teresak-esak di pagi dinihari itu dan menyatakan betapa kerdilnya beliau di sisi tuhan. Subhanallah...

Tuesday, April 22, 2008

Hadis : Kisah Ghulam

Pengorbanan seorang budak demi Risalah, dan realiti kisah ini dengan kita.

Dari Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang raja pada zaman sebelum kalian. Ia memiliki seorang tukang sihir. Ketika tukang sihir itu telah tua, ia berkata kepada sang raja, ‘Sesungguhnya usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Karena itu, utuslah kepadaku seorang anak muda agar aku ajari sihir’. Maka diutuslah seorang pemuda yang kemudian ia ajari sihir. Dan jalan antara raja dengan tukang sihir itu terdapat seorang rahib.

Pemuda itu mendatangi sang rahib dan mendengarkan pembicaraannya. Sang pemuda begitu kagum kepada rahib dan pembicaraannya. Begitu ia sampai kepada tukang sihir karena terlambat serta merta ia dipukulnya seraya ditanya, ‘Apa yang menghalangimu?’ Dan bila sampai di rumahnya, keluarganya memukulnya seraya bertanya, ‘Apa yang menghalangimu (sehingga terlambat pulang)?’ Lalu, ia pun mengadukan halnya kepada sang rahib. Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir’.

Suatu kali, ia menyaksikan binatang besar dan menakutkan yang menghalangi jalan manusia, sehingga mereka tidak bisa menyeberang. Maka sang pemuda berkata, ‘Saat ini aku akan mengetahui, apakah perintah ahli sihir lebih dicintai Allah ataukah perintah rahib. Setelah itu ia mengambil batu seraya berkata, ‘Ya Allah, jika perintah rahib lebih engkau cintai dan ridhai daripada perintah tukang sihir maka bunuhlah binatang ini, sehingga manusia bisa menyeberang’. Lalu ia melemparnya, dan binatang itu pun terbunuh kemudian ia pergi. Maka ia beritahukan halnya kepada rahib. Lalu sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku.

Selanjutnya, pemuda itu bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan segala jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya. Alkisah, ada pejabat raja yang tiba-tiba buta. Ia mendengar tentang pemuda itu. Maka ia membawa hadiah yang banyak kepadanya seraya berkata, ‘Sembuhkanlah aku, dan engkau boleh memiliki semua ini! Pemuda itu menjawab, ‘Aku tidak bisa menyembuhkan seseorang. Yang bisa menyembuhkan adalah Allah Azza wa Jalla. Jika Anda beriman kepada Allah dan berdo’a kepadaNya, niscaya Ia akan menyembuhkanmu. Ia lalu beriman dan berdo’a kepada Allah dan sembuh. Kemudian ia datang kepada raja dan duduk di sisinya seperti sedia kala.

Sang raja bertanya, ‘Wahai fulan, siapa yang menyembuhkan penglihatanmu?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku’. Raja berkata, ‘Saya?’ ‘Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’, tegasnya. Raja bertanya, ‘Apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’. Demikianlah, sehingga ia terus-menerus disiksa sampai ia menunjukkan kepada sang pemuda. Pemuda itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Wahai anakku, sihirmu telah sampai pada tingkat kamu bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan berbagai penyakit lainnya’. Sang pemuda menangkis, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Azza wa Jalla. Raja berkata, ‘Aku?’ ‘Tidak!’, kata pemuda. ‘Apakah kamu punya Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’.

Lalu ia pun terus disiksa sehingga ia menunjukkan kepada rahib. Maka rahib itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada pejabat raja yang (dulunya) buta juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada sang pemuda juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu bersama beberapa orang ia dikirim ke gu-nung ini dan itu. (Sebelumnya) sang raja berpetuah, ‘Ketika kalian telah sampai pada puncak gunung maka bila ia kembali kepada agamanya (biarkanlah dia). Jika tidak, maka lemparkanlah dia! Mereka pun berangkat. Ketika sampai di ketinggian gunung, sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah diriku dari mereka, sesuai dengan kehendakMu. Tiba-tiba gunung itu mengguncang mereka, sehingga se-muanya tergelincir.

Lalu sang pemuda datang mencari sampai bisa bertemu raja kembali. Raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’ Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’. Kembali ia dikirim bersama beberapa orang dalam sebuah perahu kecil. Raja berkata, ‘Jika kalian berada di tengah lautan (maka biarkanlah ia) jika kembali kepada agamanya semula. Jika tidak, lemparkanlah dia ke laut yang luas dan dalam’. Sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah aku dari mereka, sesuai dengan kehendak-Mu’. Akhirnya mereka semua tenggelam dan sang pemuda datang lagi kepada raja. Sang raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’ Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’. Lalu sang pemuda berkata, ‘Wahai raja, kamu tidak akan bisa membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang kuperintahkan. Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan maka engkau akan bisa membunuhku. Jika tidak, engkau tak akan bisa membunuhku’.

Raja penasaran, ‘Perintah apa?’ Sang pemuda menjawab, ‘Kumpulkanlah orang-orang di satu padang yang luas, lalu saliblah aku di batang pohon. Setelah itu ambillah anak panah dari wadah panahku, lalu ucapkan, ‘Bismillahi rabbil ghulam (dengan nama Allah, Tuhan sang pemuda). Maka (raja memanahnya) dan anak panah itu tepat mengenai pelipisnya. Pemuda itu meletakkan tangannya di bagian yang kena panah lalu meninggal dunia. Maka orang-orang berkata, ‘Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Lalu dikatakan kepada raja, ‘Tahukah Anda, sesuatu yang selama ini Anda takut-kan? Kini sesuatu itu telah tiba, semua orang telah beriman. Lalu ia memerintahkan membuat parit-parit di beberapa persimpangan jalan, kemudian dinyalakan api di dalamnya. Dan raja pun bertitah, ‘Siapa yang kembali kepada agama-nya semula, maka biarkanlah dia. Jika tidak, maka lemparkanlah dia ke dalamnya’.

Maka orang-orang pun menolaknya sehingga mereka bergantian dilemparkan ke dalamnya. Hingga tibalah giliran seorang wanita bersama bayi yang sedang disusuinya. Sepertinya, ibu itu enggan untuk terjun ke dalam api. Tiba-tiba sang bayi berkata, ‘Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran’.”

(HR. Ahmad dalam Al-Musnad, 6/16-18, Muslim dan An-Nasa’i dari hadits Hammad bin Salamah. Dan An-Nasa’i serta Hammad bin Zaid menambahkan, yang keduanya dari Tsabit. Dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari jalan Abdurrazak dari Ma’mar dari Tsabit dengan sanad darinya. Ibnu Ishaq memasukkannya dalam Sirah dan disebutkan bahwa nama pemuda itu adalah Abdullah bin At-Tamir).

Monday, April 7, 2008

RASULULLAH DALAM INGATAN

Maha Suci Allah yang memberikan kita hidayah penerang kegelapan, mengaruniakan nikmat Iman dan Islam kepada kita yang merupakan sebaik-baik nikmat. Maha Suci Allah mengutus Muhammad Bin Abdullah sebagai imam para nabi, pahlawan yang perkasa, penguasa yang adil, guru yang lemah lembut, pelindung yang penyayang, qudwah hasanah untuk manusia. Maha Suci Allah yang masih memberikan kita nafas di hari penuh bermakna ini untuk kembali menghayati, membersih diri, mengenang kembali, mengatur strategi, agar berjaya menjadi umat Rasulullah SAW yang diminumkan air dari tangannya yang mulia, diberi syafaat tatkala timbangan kita dikira.

Maha Suci Allah swt yang berfirman 'Wa rafa'na laka zikrak' yang bermaksud 'Dan Kamilah yang meninggikan peringatan Mu (Rasulullah SAW)' –Surah An-Nasyrah

Walahpun telah hampir 1417 tahun Baginda Rasulullah SAW telah meninggalkan kita, namun beliau masih dikenang dan akan terus dikenang sampai bila-bila. Kita sebagai umat Islam tidak dapat melupakan Baginda Rasulullah SAW yang telah menyelamatkan kita dari gelap jahiliyyah walaupun sesaat. Bagaimana bisa kita lupakan Baginda SAW sedangkan setiap solat kita berselawat keatasnya. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang begitu cintakan umat sehingga ke hujung hayat Baginda. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW sedangkan Beliaulah yang telah berkorban jiwa dan raga demi menyelamatkan umatnya. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan kita ma'iyyatullah tatkala berkata kepada Abu Bakar As-Syiddiq 'La tahzan innallaha ma'ana' 'Janganlah engkau takut sesungguhnya Allah SWT bersama-sama kita' yang sedang ketakutan di Gua Tsur dalam perjalanan ke Madinah.

Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan erti sabar tatkala Beliau mengikatkan perutNya dengan dua ketul batu untuk menahan lapar di peperangan khandak. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang mengajarkan erti kebersamaan tatkala mengajak semua Muslimin ikut bersama Rasulullah SWT menikmati seekor kambing yang dengan mukjizatNya tak kunjung habis walau dijamah seluruh muslimin ketika itu. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW sedangkan Bagindalah yang mengajarkan erti qona'ah tatkala Umar Al-Khattab RA menangis melihat bekas dibadan Baginda SAW akibat tidur tanpa alas sedang kaisar Roma dan Parsi ketika itu hidup dalam kemewahan lalu Baginda SAW menjawab "Apakah engkau meraguiku, mereka adalah golongan yang didahulukan nikmat di dunia. Sungguh dunia bagiku adalah seperti pengembara yang berteduh dibawah sebatang pohon". Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang mengajarkan kita budi pekerti tatkala Baginda SAW menziarahi wanita yahudi yang sakit padahal wanita itu melempari Baginda dengan kotoran setiap kali Baginda ke Masjid. Bagaimana Mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan kita bagaimana berlaku adil tatkala berkata "Dimana aku esok? Dimana aku esok?" ketika Baginda sakit dirumah Maimunah Radiallahu 'Anha agar isteri-isteri Baginda memperingatkan Baginda untuk tetap berlaku adil dan berada di rumah isteri yang sepatutnya walaupun baginda sedang sakit. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW sedangkan Bagindalah yang telah mengajarkan kita tawaddu' dan ringan tulang tatkala beberapa sahabat membahagi-bahagikan tugas untuk menyiapkan makanan dan setelah semua mendapat tugas Baginda berkata "dan aku akan mencari kayu api." Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda yang telah mengajarkan erti disiplin tatkala berkata "Istaqim ya sawad!" "Berdirilah dengan lurus dalam barisan wahai sawad !". Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan kita setiap hal dan sisi dalam kehidupan manusia.

Baginda SAW pernah berkata aku ingin sekali (Baginda menggunakan perkataan wadadtu yang merupakan keinginan yang lahir akibat cinta yang mendalam) untuk bertemu dengan saudara-saudaraku lalu para sahabat berkata tidakkah kami tergolong dalam saudara-saudaramu, baginda berkata kalian adalah sahabat-sahabatku namun yang aku maksud adalah mereka yang beriman pada masa akan datang setelah kewujudanku tiada lagi.


Begitu besar cinta baginda SAW terhadap kita, namun apakah Baginda bertepuk sebelah tangan. Bagaimanakah kita yang mengaku umattnya, apakah kita mencintai Baginda SAW lebih dari segala-galanya seperti yang Baginda SAW ajarkan. Bukankah manusia ketika mencintai seseorang selalu ingin dan berusaha untuk bertemu dengan kekasih mereka, apakah kita ingin dan berusaha untuk bertemu kekasih kita yang agung?

Sunday, April 6, 2008

UMMU SALAMAH | ‘Zaadur Raakib’ (Penyantun Musafir)

Ummu Salamah; nama yang tercatat dalam Sirah Nabawiyyah. Seseorang yang tidak sepatutnya kita tidak kenali. Ummu Salamah adalah merupakan anak kepada keluarga bangsawan. Ayahnya adalah merupakan pemimpin Bani Makhzum1 yang dihormati dan terkenal sebagai seorang yang amat pemurah. Dia digelar orang dengan gelaran ‘Zaadur Raakib’ (penyantun musafir) kerana setiap musafir yang datang ke rumahnya atau berjalan bersama-sama dengannya akan diberinya hadiah bekalan.

Suami Ummu Salamah, Abdullah bin Abdil Asad, adalah termasuk dalam kelompok Assabiquunal Awwalun2. Yang mendahuluinya masuk Islam adalah Abu Bakar As-Siddiq dan beberapa orang yang lain lagi. Ummu Salamah juga masuk Islam bersama-sama suaminya, oleh itu beliau juga tergolong dalam kelompok Assabiquunal Awwalun.

Nama Ummu Salamah yang sebenarnya adalah Hindun Binti Abi Umayya. Dia dipanggil ‘Ummu Salamah’ kerana anaknya bernama Salamah. Tetapi kemudiannya, gelaran itu lebih terkenal daripada namanya yang sebenar.


Apabila berita kemasukan Ummu Salamah dan suaminya ke dalam Islam telah tersebar, kaum Quraisy sangat marah dan melancarkan pelbagai bentuk serangan dan penderaan bagi memaksa mereka untuk kembali meninggalkan Islam. Tetapi seksaan-seksaan yang mereka terima tidak sekali-kali membuatkan mereka undur daripada Islam. Apabila penyeksaan yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy bertambah dahsyat, Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kaum muslimin untuk pergi berhijrah ke Habsyah (Etopia)3. Ummu Salamah dan suaminya adalah antara orang yang pertama pergi berhijrah, meninggalkan segala harta dan kemuliaan mereka di belakang demi mencari ketenangan dan keredhaan Allah semata-mata.

Setelah agak lama mereka berada di Habsyah, kerinduan terhadap tanah air mereka semakin lama semakin menebal. Sehingga pada suatu ketika, apabila mereka mendengar bahawa sudah semakin ramai orang yang memeluk agama Islam, termasuklah ‘Umar Al-Khattab, mereka berasa cukup gembira. Kemasukan orang seperti ‘Umar, dan juga Hamzah, pastinya dapat mengimbangi keganasan kaum kafir Quraisy. Lalu Ummu Salamah dan suaminya pulang ke Mekah. Tetapi, ternyata jangkaan mereka bahawa penyeksaan kaum kafir Quraisy sudah menurun, meleset.

Penyeksaan yang dilakukan oleh pihak kafir Quraisy malahan semakin dahsyat, semakin menguji ‘aqidah dan keimanan mereka. Namun, mereka tidak sekali-kali berganjak daripada Islam. Sehinggalah ke saat apabila Rasulullah memerintahkan untuk kaum muslimin berhijrah ke Madinah, Allah S.W.T. masih lagi memberikan ujian yang cukup hebat untuk Ummu Salamah dan Abu Salamah.

Apabila tiba waktu untuk berhijrah, Abu Salamah telah mempersiapkan seekor unta sebagai kenderaan. Ummu Salamah dan anak mereka dinaikkkan oleh Abu Salamah ke atas unta, dan beliau sendiri menuntun unta itu berjalan tanpa henti, tanpa menoleh lagi ke belakang. Apabila hampir sampai ke sempadan wilayah Mekah dan Madinah, beberapa orang dari Bani Makhzum menghalang mereka.

Mereka berkata: “Hai Abu Salamah! Anda boleh meninggalkan negeri ini. Tetapi isterimu jangan dibawa. Kami tidak dapat membiarkan anda membawanya ke mana-mana, kerana dia adalah dari suku kami.”


Lalu mereka pun menyerang Abu Salamah. Ummu Salamah dan anak mereka dirampas oleh kaum Bani Makhzum daripada Abu Salamah. Apabila Bani Asad, suku Abu Salamah mendengar tentang peristiwa itu, mereka pun menjadi marah.Mereka berkata, “Demi Allah! Kami tidak dapat membiarkan kamu membawa anak kecil itu (Salamah). Kamu boleh merampas ibunya daripada suaminya, tetapi anak kecil itu adalah anak cucu kami. Kerana itu kami lebih berhak daripada kalian.”

Anak Ummu Salamah telah direbutkan oleh kedua-dua suku ini, sehingga terkehel tangannya. Akhirnya keluarga Ummu Salamah terpisah. Suaminya terus ke Madinah untuk menyelamatkan agama dan dirinya. Anak mereka dirampas oleh Bani Asad, dan Ummu Salamah sendiri ditahan oleh Bani Makhzum. Ummu Salamah dijaga ketat di tempat Bani Makhzum, dan dirinya cukup menderita kerana terpisah daripada anak dan suami tercinta. Setiap hari, Ummu Salamah menangis mengenangkan nasibnya, serta anak dan suaminya.

Lebih kurang setahun lamanya, Ummu Salamah ditahan oleh kaumnya. Sehingga pada suatu hari salah seorang saudaranya kasihan melihatnya. Lalu saudaranya itu pergi kepada kaumnya dan berkata: “Sampai bilakah kalian akan memperlakukan perempuan seperti itu, tersiksa seorang diri? Kalian pisahkan dia daripada suami dan anaknya. Alangkah kejamnya kalian!”


Akhirnya mereka pun mula berlembut dan seterusnya mengizinkan Ummu Salamah untuk pergi mengikuti suaminya. Tetapi Ummu Salamah tidak dapat ke Madinah, kerana anaknya masih lagi ditahan di Mekah. Ummu Salamah tidak dapat makan dan minum, tidak dapat tidur, kerana mengenangkan nasib anaknya yang tidak diketahuinya. Akhirnya, beberapa orang yang kasihan dengan Ummu Salamah pergi berbincang dengan kaum Bani Asad, sehingga akhirnya mereka menyerahkan kembali Salamah kepada ibunya. Lalu si ibu pun berangkat dengan anaknya berdua ke Madinah.

Sampai di Madinah, keluarga Abu Salamah bersatu semula. Mereka berasa sangat bahagia dan gembira. Tetapi, ujian Allah terus datang kepada hamba-hamba-Nya yang cinta kepada-Nya. Rumahtangga Ummu Salamah teruji lagi. Perang Badar terjadi. Abu Salamah turut pergi berperang, dan beliau pulang dengan selamat membawa kejayaan di pihak umat Islam.

Selepas itu, terjadi pula perang Uhud. Abu Salamah turut pergi berperang. Kali ini, tentera Islam kalah4 dan Abu Salamah pulang dalam keadaan cedera. Beliau berusaha untuk mengubatinya cederanya itu tetapi tidak juga sembuh, malah menjadi semakin teruk. Sehingga sampai ke tahap Abu Salamah hanya mampu berbaring di tempat tidurnya, dijaga dan dirawat oleh Ummu Salamah.

Pada suatu hari ketika Ummu Salamah sedang mengubati suaminya, Abu Salamah berkata, “Ya Ummu Salamah! Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Apabila seseorang ditimpa sesuatu musibah, hendaklah dia membaca istirja’5, dan berdoa: Wahai Allah, aku berserah diri kepada Engkau berhubung dengan musibah yang menimpaku ini. Wahai Allah! Gantikanlah aku baginya dengan yang lebih baik. Nescaya Allah akan memperkenankan.’” kata beliau.


Cukup lama Abu Salamah sakit di tempat tidurnya, sehingga pada suatu hari apabila Rasulullah s.a.w. datang melawat, Abu Salamah meninggal dunia. Rasulullah menutup mata sahabatnya itu dengan tangannya yang suci. Kemudian beliau memandang ke langit dan berdoa: “Wahai Allah! Ampunilah Abu Salamah. Angkatlah darjatnya setaraf dengan orang-orang muqarrabin. Gantikanlah dia bagi keluarga yang ditinggalkannya. Ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan semesta alam. Lapangkan dan beri dia cahaya dalam kuburnya.”

Ummu Salamah teringat hadis yang diceritakan oleh suaminya daripada Rasulullah, lalu beliau pun membaca: “Wahai Allah! Saya berserah diri kepada Engkau berhubung dengan musibah yang menimpa diriku ini...”.


Tetapi Ummu Salamah tidak melanjutkan doanya kerana Ummu Salamah tertanya-tanya dalam dirinya: “Siapakah lagi yang lebih baik daripada Abu Salamah?” Sebab itu Ummu Salamah tidak meneruskan doanya.

Namun, janji Allah dan Rasul-Nya adalah janji yang pasti! Kaum muslimin seluruhnya menyedari hak Ummu Salamah terhadap mereka. Oleh sebab itu, apabila ‘iddah Ummu Salamah habis, Abu Bakar datang melamar Ummu Salamah, tetapi Ummu Salamah menolak. Kemudian, ‘Umar pula pergi melamar, juga ditolak. Sesudah itu, datanglah junjungan mulia, Rasulullah pergi melamar Ummu Salamah.

Ummu Salamah berkata: “Ya Rasulullah! Saya ada tiga masalah yang perlu diambil kira. Pertama, saya wanita yang kuat cemburu, kerana itu saya takut kalau-kalau Rasulullah menemui pada diri saya sesuatu yang tidak menyenangkan, sehingga saya berdosa dan disiksa Allah kerananya. Kedua, saya sudah tua, tidak mungkin untuk kahwin lagi. Ketiga, saya sudah mempunyai anak. Nah, bagaimana mungkin saya bersuami kembali?”


Jawab Rasulullah s.a.w.: “Soal cemburu yang engkau katakan pertama, insya’Allah saya doakan semoga Allah menghilangkannya daripadamu. Adapun soal usia, bukankah saya pernah mengahwini wanita yang lebih tua daripada usia saya? Soal ketiga, anak. Anakmu anak saya juga.”

Tidak lama selepas itu, Ummu Salamah pun berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Allah S.W.T. telah mengabulkan doa Rasulullah untuk menggantikan Abu Salamah dengan seorang yang lebih baik.

Semenjak hari itu, Ummu Salamah bukanlah ibu bagi Salamah seorang, tetapi juga ibu bagi seluruh orang yang beriman. Tergolonglah beliau sebagai salah seorang Ummul Mukminin6.

_______________________

Nota ringkas:


1 Bangsa Arab hidup dalam keadaan yang berpuak-puak mengikut suku kaum keturunan. Suku kaum keturunan ini berdasarkan kepada tempat asal nenek moyang mereka masing-masing. Kesukuan dan kepuakan bangsa Arab adalah sangat kuat dan mereka sangat menjaga nasab (keturunan). Boleh dikatakan setiap suku kaum adalah merupakan bangsa dan pemerintahan yang tersendiri. Suku Quraisy adalah merupakan suku bangsa Arab yang paling mulia, keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Bani Makhzum adalah merupakan salah satu keluarga dalam suku kaum Quraisy, sama seperti Bani Hasyim yang daripadanya lahir Rasulullah s.a.w.

2 Assabiquunal Awwalun ini adalah kelompok sahabat-sahabat yang mula-mula memeluk agama Islam, yakni pada ketika dakwah Rasulullah berada di peringkat rahsia. Mereka ini sering berkumpul di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam untuk belajar tentang Islam daripada Rasulullah s.a.w.

3 Dalam sejarah Islam, peristiwa hijrah berlaku dua kali. Hijrah yang pertama hanya disertai oleh kaum muslimin yang bilangannya kecil. Dalam Fiqh Sirah, Said Ramadhan Al-Buti menyatakan jumlahnya lebih kurang 80 orang. Hijrah yang ini adalah hijrah yang pertama ke Habsyah. Rasulullah menyuruh para sahabat berhijrah ke Habsyah kerana Habsyah pada ketika itu berada di bawah pemerintahan Raja Najasyi yang adil. Raja Najasyi adalah penganut agama Nasrani yang tulen, agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Apabila kaum muslimin ini telah berhijrah ke Habsyah, pihak kafir Quraisy telah menghantar dua orang utusan sebagai wakil pemerintah Mekah untuk meminta Raja Najasyi menyerahkan kembali pelarian muslim yang berada di Habsyah. Namun, atas keadilannya, setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak, Raja Najasyi mengakui kemuliaan ajaran Islam dan enggan menyerahkan orang-orang muslim tersebut kepada pihak kafir Quraisy.

4 Kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud adalah kekalahan yang pertama dan terakhir. Kekalahan tersebut adalah disebabkan ada beberapa orang tentera Islam yang melanggar arahan yang telah diberikan kepada mereka. Akibatnya tentera Islam tewas. Rasulullah s.a.w. sendiri patah giginya dan pengsan seketika dalam perang ini. Walau bagaimanapun, peristiwa perang Uhud ini sebenarnya adalah merupakan satu tarbiyyah dan pengajaran daripada Allah S.W.T. Strategi perang ini telah diputuskan oleh mesyuarat, dan bukan oleh keputusan Rasulullah s.a.w. seorang diri. Apabila tewas, ramai yang beranggapan tidak perlu bermesyuarat lagi, cukuplah Rasulullah s.a.w. seorang membuat keputusan kerana keputusan mesyuarat mereka ternyata membawa kesan buruk kepada tentera Islam. Kemudian, turunlah ayat Al-Quran yang menyatakan tentang keutamaan mesyuarat. Oleh sebab itu Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady dalam mengupas persoalan syura ini ada menulis bahawa apabila satu keputusan telah diputuskan oleh mesyuarat, sama ada natijah keputusan itu positif atau negatif, itulah keputusan yang terbaik. Selain daripada itu, keputusan yang telah dibuat harus dipatuhi dengan disiplin. Apabila tiada disiplin, maka umat akan tewas.

5 Kalimah istirja’ adalah: innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun (sesungguhnya dari Allah kami datang, dan kepadaNya kami kembali.). Kalimah istirja’ ini disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 156. Hadis Rasulullah itu adalah merupakan penerangan kepada ayat ini.

6 Ummul Mukminin bermaksud ibu bagi orang-orang yang beriman. Gelaran ini adalah gelaran yang diberikan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan ketinggian darjat mereka.

Friday, April 4, 2008

Ke Majlis Taklimat Akta Belia & Pembangunan Belia 2007



3 April 2008, Bersama pimpinan ABIM, saya telah menghadiri Taklimat khas Akta Belia & Pembangunan Belia 2007 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bertempat di Hotel River View , Kota Bharu. Wakil ABIM Kelantan yang hadir terdiri daraipada YDP, SU, PSU, Ketua Helwa dan Ketua Biro Dakwah. Wakil pimpinan belia yang lain turut hadir seperti Majlis Belia Kelantan, St.John Ambulan, Pengakap, Belia 4B, GPMS Negeri, Persatuan Belia Daerah dan lain-lain. Taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada semua pimpinan belia tentang penubuhan akta ini serta kaedah perlaksanaannya. Insyaallah , Akta Belia ini akan bermula pada selepas 31 Disember 2008 setelah kementerian memberi masa selama setahun kepada semua pimpinan belia untuk membuat transisi kepimpinan kepada generasi muda. Alhamdulillah ABIM dan PKPIM mempelopori transisi ini dengan wujudnya kepimpinan yang terdiri daripada generasi muda selepas tansisi pada muktamar ABIM yang lepas. Dato' Suraya selaku wakil dari Kementerian Belia dan Sukan pada ucapan perasmiaannya turut memuji dan mengkagumi ABIM dan PKPIM sebagai badan pertama yang bersetuju dengan Akta Belia ini dengan mempelopori transisi kepimpinan muda jauh mendahului badan-badan belia yang lain.

Fatih (P/Setiausaha ABIM) , Amru (Setiausaha ABIM) dan Ustaz Faisal (YDP ABIM)
khusyuk mendengar taklimat Akta Belia 2007.

Ustaz Faisal menlontarkan persoalan dan idea kepada
wakil Kementerian Belia dan Sukan.

Dato' Suraya memberi taklimat mengenai Akta Belia 2007

Sunday, March 30, 2008

Apakah Engkau Sudah Faham Erti Perjuangan?

Ingatan Untuk Sahabat
sumber : http://jarumemas. blogspot. com

Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan,jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk melaluinya.


Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh. Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali, hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan. Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa, sebak dan sedih yang tidak terkata.

Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan.


Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan untuk meneruskan tugas warisan para anbiya' ini. Kerana cahaya Islam semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cuba engkau lihat ada negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula, angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka sendiri dibantu oleh orang kafir. Islam apa ini namanya ?


Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dan keluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat? Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidak kenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da'ie di alam ini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong di dalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjang masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi `manusia' yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannya mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.

Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama' dibisukan dengan dunia oleh umara'. Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.

Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, di hati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.



Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya" Surah As Saff ayat 2-3. Sebab itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan
ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan di akhirat sana. Insya Allah…

Anak_Pejuang
1 Ramadhan 1422 hijrah
11.26 pagi
sumber : http://jarumemas. blogspot. com

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang.

(Assyahid Imam Hassan al Banna)


Wednesday, March 19, 2008

Buat Pemuda Pemudi Muslim

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.


Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

• usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
• usia yang mengalir darah yang gemuruh
• usia yang tinggi idealisme yang luas
• usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
• usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.



Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah.Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

• generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
• generasi amal dan membina jama'iy
• generasi rabbani dan ikhlas
• generasi yang bernasabkan Islam
• generasi da'awah dan jihad
• generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
• generasi gagah dan agung
• generasi seimbang dan sederhana


Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

• Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap
Islam dan keunggulannya
• Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
• Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
• Fitnah ijazah dan pangkat
• Fitnah wanita, isteri dan anak-anak


Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga,masyarakat dan dunia ialah:-

• Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
• Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
• Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
• Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
• Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
• Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh
• Perakui kejayaan anda
• Tetap merendah diri
• Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada
• Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

Monday, March 17, 2008

‘Agama’ Yang Anti Agama

“Puak Islam AKP telah mematahkan zakar kuda Mustafa Kemal Ataturk”, kata Ali Kavak, Pengerusi CHP dari bandar Denizli.Tersembur air teh saya petang ini.Pertuduhan paling pelik seumur hidup saya.Tanpa rasa memperbodohkan diri sendiri, Ali Kavak tampil di khalayak ramai dengan gambar tugu yang terletak di tengah-tengah bandar tersebut. Patung Ataturk kelihatan gah, tetapi kuda itu hilang keperwiraan kerana zakarnya hilang.
“Kami yakin kader-kader AKP telah mematahkannya!”, tegasnya bagai seorang pembela. Saya membaca laporan ini di halaman Mustafa Akyol yang disiarkan di dalam akhbar Turkish Daily News. Ia adalah sebahagian daripada sikap melampau
golongan sekularis Turki yang sangat alergik dengan orang Islam. Sebenarnya susah untuk saya istilahkan secara tepat kerana semuanya Muslim belaka. Tetapi dalam hal ini Muslim Sekularis membenci Muslim Islamik. Ada atau tidak istilah
yang begitu? Terpulang kepada anda.
Tidak cukup sekadar di Turkish Daily News, akhbar Hurriyet telah menjadikannya sebagai tajuk besar di muka depan. “Debat Yang Menggemparkan Berkenaan Patung Ataturk!”, begitulah adanya.Sehubungan dengan itu, Pengerusi AKP Denizli yang juga merupakan Datuk Bandar di kota yang terkenal dengan kawasan pelancongan Pamukkale itu telah tanpa teragak-agak menafikan dakwaan tersebut.
Bilal Ucar“Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Ia amat memalukan”, tegas Bilal Ucar. Beliau juga telah mengemukakan foto patung tersebut yang diambil pada tahun 2004 untuk membuktikan bahawa ‘upacara khatan’ tambahan ke atas kuda itu tidak pernah berlaku.
Malah Dr. Tamer Basoglu, bekas Dekan di Mimar Sinan University turut menyelar pendakwaan Ali Kavak tersebut, “saya membina patung itu dengan tangan saya sendiri. Dakwaan tersebut sungguh mengarut”
SUFAHA’ SEKULARIS.
Saya sungguh bosan dengan kerenah golongan sekularis di Turki. Pertuduhan-pertuduhan mereka, dan segala isu yang ditimbulkan banyak yang tidak masuk akal. Oleh kerana mereka ini membawa lencana Laiklik (Sekularisma) yang menjadi ‘anutan’ Republik itu, maka cakap mereka terpaksa dilayan, biar pun sering bernada badut. Kejadian ini memang memalukan.
Andaikata benarlah AKP yang tidak habis-habis dituduh sebagai Islamist berbaju baru itu mahu meNegara Islamkan Turki hingga jadi seperti Iran bagai yang difantasikan oleh CHP dan yang sewaktu dengannya, mustahil benar AKP mahu memulakannya dengan cara menyunat kuda Ataturk sebagai protes terhadap sekularisma!Mustafa Akyol yang mengulas isu ini pun jatuh sinis dan bosan dengannya.Kadang-kadang kita terhijab dari membezakan antara kepatuhan dan obsesi yang membuta tuli. Isu-isu yang membabitkan ‘penghinaan’ terhadap pengasas Republik Turki itu tidak pernah selesai.
Lebih sebulan lalu, kes yang hampir sama berlaku kepada AKP
yang bermesyuarat di Kusadasi. Kononnya semasa mesyuarat berlangsung, anggota AKP telah menggantung gambar Ataturk dan di pertengahan mesyuarat mereka telah menurunkannya. Ia dianggap sebagai suatu penghinaan, dan mendapat liputan
melampau-lampau media. Setelah siasatan dibuat, rupa-rupanya tali gambar tersebut telah putus.“Kami terpaksa menurunkan gambar yang separuh tergantung itu. Tiada apa-apa niat yang tidak baik”, kata jurucakap AKP.
Lebih 20 kali saya berulang alik ke Turki, menyelami kehidupan masyarakat dan melihat sendiri jatuh bangunnya usaha memulihkan negara bekas Khilafah ini, saya amat bersetuju dengan ulasan Mustafa Akyol yang mengatakan bahawa Ataturk itu telah diangkat menjadi seperti ‘tuhan’ kepada suatu ‘agama’ bernama sekularisma. Pemujaan melampau, dengan patung kepalanya yang berada di mana-mana, ia sungguh menjadi semacam suatu peribadatan.
Baru-baru ini seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun bernama Ecem, telah memenangi Pertandingan Puisi Ataturk yang diadakan di sebuah sekolah rendah di Istanbul tahun ini.
Sajak itu berbunyi:
Engkau di Syurga, wahai Ataturk-ku!
Engkau memerhatikan kami dari kemuncak awan!
Engkau tidak pernah menghilangkan diri.
Engkaulah penentu perjalanan hidup kami.
Engkau bangkitkan kami dari kematian dan perhambaan.
Engkaulah yang memberi hidup kepada kami!
Inilah sistem pendidikan yang melahirkan generasi yang tumpul minda, menyerahkan dirinya untuk diperhambakan oleh sentuhan romanticism yang sekadar mahu mengikat manusia kepada bebanan sejarah yang palsu.
Maka jika sesiapa dari kalangan kita yang mengikuti wacana “Islam dan Sekularisma” di Turki, maka ketahuilah bahawa di Turki, sekularisma itu memikul konotasi ‘agama’ yang tidak jauh dari identiti teokrasi. Jika negara jiran seperti Iran mengambil sumber teokrasinya daripada Islam dengan Ayatollah yang memiliki otoriti keagamaan yang muktamad, maka Turki juga membina sebuah negara teokratik yang berinspirasikan sekularisma sebagai ‘agama’ dan Ataturk sebagai Pope yang mengepalainya.
AKP DILANDA FITNAH
Belum pun sempat kepala saya reda dengan tsunami Pilihanraya ke-12 Malaysia dan bahang kontroversi di Perak, saya dikejutkan lagi dengan insiden yang sedang dihadapi oleh AKP selaku parti kerajaan yang memerintah di Turki hari ini. Abdurrahman Yalcinkaya Abdurrahman Yalcinkaya telah memfailkan tuntutan mahkamah menuntut supaya AKP ditutup atas dakwaan menjadi dalang kepada aktiviti anti-sekularisma. AKP telah memenangi 47% undi dalam pilihanraya 2007 yang lalu. Tidak cukup dengan itu, pendakwa juga mendesak supaya larangan bergiat di dalam politik selama 5 tahun, dikenakan ke atas 71 orang jawatankuasa utama AKP meliputi Perdana Menteri Recep Tayyib Erdogan dan Presiden Abdullah Gul.
Alasannya sama, isunya sama… tudung, tudung, tudung. AKP bukannya mewajibkan tudung. Sebaliknya AKP mahu membenarkan orang yang mahu bertudung, memakai tudung tanpa halangan. Mahu telanjang pun silakan…
Tetapi kebusukan jiwa golongan sekularis ini tidak masuk akal.
Golongan ini adalah hamba kepada sistem. Ia bukan lagi proses tetapi menjadi kemuncak ‘ibadah’ mereka.Peduli apa kepada kemajuan dan usaha AKP yang telah banyak menyelamatkan Turki dari racun inflasi. Peduli apa kepada segala kejayaan dan kemakmuran yang dicapai. Apa yang penting ialah sekularisma terjunjung, sekularisma versi kami… yang sanggup bermati-matian biar pun isunya hanya zakar kuda Ataturk!
HALA TUJU THESIS
Berita ini sungguh menambahkan keserabutan minda saya.Nampaknya thesis Master saya akan menjadi semakin bersimpang siur. Bermula dengan perubahan PAS dalam PRU12 baru-baru ini, serta kemenangan besar-besaran Barisan Rakyat,

kini rakan bandingannya AKP di Turki pula sedang berdepan dengan satu lagi episod malang, apabila golongan Sufaha’ sekularis Turki tidak henti-henti membuat kacau.‘Hobi’ mereka ialah mencantas parti politik.Di bawah pemerintahan
Republik Turki,

berikut adalah senarai parti politik yang telah ditutup:
Workers and Farmers Party (?ÇP)……….(1968)
National Order Party (MNP)……….(May 20, 1971)
Advanced Ideals Party of Turkey (T?ÜP)……….(June 24, 1971)
Turkey Workers’ Party (T?P)……….(July 20, 1971)
Great Anatolian Party (BAP)……….(Feb. 19, 1971)
Turkish Labor Party (TEP)……….(May 8, 1980)
Great Anatolian Party (BAP)……….(Nov. 24, 1992)
Socialist Party……….(July 19, 1992)
Greens Party……….(Feb. 10, 1994)
People’s Party……….(Sept. 25, 1991)
Turkish United Communist Party……….(July 16, 1991)
People’s Labor Party……….(July 14, 1993)
Freedom and Democracy Party……….(April 30, 1993)
Socialist Turkey Party……….(Nov. 30, 1993)
Democracy Party……….(June 16, 1994)
Democratic Party - 2……….(Sept. 13, 1994)
Democracy and Change Party……….(March 19, 1996)
Revival Party……….(1996)
Labor Party……….(1997)
Socialist Unity Party……….(June 7, 1994)
Welfare Party (RP)……….(Jan. 16, 1998)
Democratic Mass Party……….(Feb. 26, 1999)
Virtue Party (FP)……….(June 22, 2001)
People’s Democracy Party……….(March 13, 2003)
sumber: TodaysZaman.Com
SEKULARISMA VS. ISLAMISM AKP
telah melakukan reformasi besar berkenaan penafsirannya terhadap apakah yang dimaksudkan dengan politik Islam. Bagaimanakah sebuah negara Liberal Demokrat mampu menjunjung identiti dan kriteria yang dikehendaki oleh sebuah ‘Negara Islam’. Serta pengkayaan demokrasi sebagai wasilah untuk menyihatkan perlaksanaannya.
Akan tetapi keghairahan meletakkan sekularisma sebagai benteng penentang idea Negara Islam, menjadikan tafsiran sekularisma itu semakin sempit, tidak relevan dan tercanang-canang tanpa kepastian hala tujunya. Yang pasti, kalau ada parti politik yang merujuk kepada Islam sebagai nilai dan asas perjuangannya, maka sekularisma mesti dipertahankan untuk menyainginya.
Idea Islamism berkembang secara dinamik biar pun perlahan. Sekularisma terus jumud dan ketinggalan zaman kerana kemalasan pejuangnya menyuntik tuntutan semasa kepada sebuah idea.Ia menjadi titik pemerhatian saya terhadap tanggungjawab PAS dan DAP kepada ideologi politik masing-masing.
TURKI VS. MALAYSIA
Tegasnya, saya akan terus mengamati perkembangan kedua-dua negara yang unik ini. Malaysia dan Turki memiliki banyak persamaan.Dan persamaan terbaru yang tertonjol ialah, golongan pemerintah yang baru bertatih menjadi pembangkang di kedua-dua negara, telah busuk sebagai pemerintah, dan terus busuk sebagai pembangkang. “Allah, Janganlah Engkau hukum kami semua atas perlakuan orang-orang bodoh dari bangsa kami”
ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com56000/ Kuala Lumpur
If you think that this entry deserves a cup of coffee, I praise Allah for your generosity. Thank you.
Ulasan Fatih :
Saya pernah tertarik dengan sebuah kata hikmah tentang kebangkitan Islam :
Kebangkitan Islam, Tidak menunggu Redha Orang Kafir dan munafik , kerana kebangkitan Islam itu, bangkit dicelah-celah kekafiran dan kemunafikan.
Nota : Saya antara generasi muda yang meminati kaedah akomodasi politik cara Erdogan dan Abdullah Gul ( AKP)
Fatih Imtiyaz
17 Mac 2007

Saturday, October 6, 2007

Selamatkan Rakyat Gaza ! !



Sebelum ini masyarakat di Malaysia tertumpu kepada PRU 12, setelah semuanya selesai...mengapa tidak kita ajak masyarakat menumpukan perhatian kepada keadaan saudara kita di Palestin :

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya (Maszlee Malik) telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.

Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

-------------------------------

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).
Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali

solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.


Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.


2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-


a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.


d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.


Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.


e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.


Gerakerja secara kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)


Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik

Bacaan Popular