Showing posts with label Qudwah. Show all posts
Showing posts with label Qudwah. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

LEADERSHIP SKILL : KEKUASAAN HARUS DI REBUT

Artikel tahun 2009 oleh Hepy Andy Bostani didedikasikan kepada Saudara Kamil Halim yang bakal menjadi calon Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK).

Kekuasaan ini Harus Direbut... dedikasi saya tujukan buat sahabat saya di Bumi Korea Saudara Kamil Halim yang dicalonkan untuk mengisi satu amanah besar di sana.. moga ia menjadi sebahagian dari sumber kekuatan untuk membuat keputusan.

Suatu Ketika , Utbah bin Rabiah datang menemui Rasulullah SAW. Setelah berbincang panjang lebar, tokoh Quraisy itu segera berkata, “Wahai Muhammad, sekarang dengar baik-baik. Aku akan menawarkan beberapa hal. Mungkin engkau dapat menerima salah satu di antaranya. Kalau dengan DAKWAHmu itu engkau ingin KEKAYAAN, maka kami akan kumpulkan harta untukmu sehingga engkau menjadi ORANG TERKAYA di antara kami.

Tuesday, March 2, 2010

Bingkisan Mawlidur Rasul [Oleh Pak Andy : Trainer ESQ 165]

Bismillah...



Assalmulaykum wbt.



agak lama saya tidak menulis di blog ini. Ingin saya mulakannya . tapi entah bila. Akhirnya tergerak hati untuk berkongsi dengan teman-teman sempena mengingati Hari kelahiran Rasulullah SAW. Bingkisan maulidur rasul yang saya ikuti dalam siri Halaqah di TV9 yang lepas amat meruntun jiwa. Rasa kasih kepada Rasulullah yang amat tidak berbelah bagi. Kasih Cinta Rasulullah terhadap umat akan datang yang tidak pernah baginda lihat.



Moga teman-teman dapat meluangkan masa untuk menonton program halaqah TV9 yang disertakan di bawah. Mudah-mudahan program dakwah di media dan di pentas-pentas terus disuburi kreativiti dan kejujuran. Amin. Moga datang bantuan Allah kelak.



Bagi yang masih tertanya-tanya apakah itu training ESQ. Ia boleh dapat gambaran di sini insyaallah. Ucapan yang dilontarkan dengan bahasa hati, ungkapan dengan bahasa jiwa akan menyentuh hati dan jiwa. Hanya hati yang bisa berbicara dengan hati. Subhanallah. Mari kita berselawat ke atas nabi muhammad saw.











Bersama Pak Andy ketika training ESQ di PCB Kelantan

Nota: Perucap/ da'i dalam program halaqah ini seorang Trainer ESQ yang kami panggil Pak Andy. You can share your comments here on in youtube. Thanks. Salam ukhuwwah.

















Topblogs @ iLuvislam

Wednesday, July 29, 2009

Para sahabat generasi terbaik


sumber : Utusan
Kelahiran dan kebangkitan para sahabat Rasulullah SAW merupakan satu kurniaan luar biasa daripada Allah SWT. Sumbangan tidak ternilai mereka berupa penjelasan-penjelasan terhadap kebanyakan peristiwa yang dialami bersama baginda serta ijtihad yang mereka lakukan, terutama setelah kewafatan Nabi dalam mengisi tata ruang kehidupan, menjadi sebuah model ikutan yang terus memberi inspirasi kepada seluruh umat Islam.

Masih terlalu banyak sirah para sahabat Nabi SAW yang belum dijejaki dan masih banyak hikmah yang masih belum diketahui. Sekiranya ia ditemui, pastinya rasa kecintaan umat kepada baginda SAW akan lebih mendalam dan amat berguna sebagai penunjuk umat manusia meniti kehidupan seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam seperti yang pernah direntasi oleh Rasulullah dan para sahabat r.a.


Kelahiran mereka merupakan bukti kejayaan penerapan nilai-nilai wahyu dalam kehidupan duniawi.

Kedudukan para sahabat sangat istimewa dan kehidupan mereka diredai olah Allah SWT dan rasul-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (al-Taubah: 100)

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang sepatutnya), tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (ali-'Imran: 110)

Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kurun adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Ibn Umar r.a. mengatakan, "Sesiapa yang mencari teladan, hendaklah meneladani generasi yang terdahulu, iaitu para sahabat Rasulullah SAW. Merekalah generasi terbaik umat ini, hati mereka lebih bersih, ilmu mereka lebih dalam, dan mereka sangat jauh dari sikap berlebihan.

"Merekalah generasi yang dipilih Allah untuk menyertai Rasulullah SAW dan menyampaikan agama-Nya. Maka teladanilah akhlak dan jejak hidup mereka, kerana mereka adalah para sahabat Rasulullah SAW. dan telah mendapat petunjuk yang lurus." (Hilyat al-Auliya' 1: 305)

Berdasarkan huraian di atas, para sahabat r.a tidak hanya memiliki ciri-ciri bertakwa dan menjaga maruah. Malah memiliki sifat atau jati diri yang murni iaitu menjaga serta menyampaikan agama secara benar kepada generasi sesudah mereka dan tidak menyembunyikan apa jua kebenaran serta tidak mendustakan baginda SAW.

Para sahabat turut mencapai tingkat kesolehan dan kualiti amal yang paling tinggi berbanding umat manusia yang lain.

Rasulullah SAW dalam menegaskan sanjungan dan pujian Allah SWT ke atas para sahabat r.a mengecam keras sesiapa yang mengkritik kredibiliti dan sifat adil para sahabat r.a.

Sabda nabi SAW yang bermaksud, Jangan kalian mencaci sahabat-sahabatku kerana seandainya salah seorang di kalangan kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, hal sedemikian masih belum menyamai satu cupak mereka atau sebahagian daripadanya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Ibn Kathir dalam menegaskan sabda Baginda SAW mengatakan, "Para sahabat adalah 'adl menurut Ahl al-Sunnah wal-Jamaah kerana Allah memuji perilaku dan akhlak mereka seperti mana yang tercatat dalam al-Quran dan Hadis. Mereka telah mengorbankan jiwa raga dan harta mereka, di hadapan Rasulullah SAW, di jagat raya demi mengharap ganjaran yang baik.

Nur al-Din pula mengatakan, "Mereka (para sahabat) adalah 'adl. Sifat 'adl mereka telah ditetapkan dan ia lebih kuat berbanding penetapan 'adl sesiapapun kerana penetapan ini menurut nas al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan logik akal.

Dalam menterjemahkan kecintaan mereka kepada Rasulullah, para sahabat r.a berusaha mempelajari segala pergerakan baginda semata-mata untuk dijadikan contoh teladan dalam rutin kehidupan seharian. Mereka bertekad dan berusaha jiwa dan raga untuk mencontohi baginda bukan sahaja dalam tatacara beribadat solat, puasa, dan corak kehidupan zahir melalui etika berpakaian.

Malah, mereka turut mencontohi Rasulullah SAW dalam berkomunikasi, bertindakbalas, berfikir, berdiplomasi dan berdakwah menyebarkan risalah Islam.

Kehidupan para sahabat penuh dengan kebahagiaan dan kesyukuran, kerana mereka sempat menghabiskan sisa usia menjalani kehidupan di dunia bersama Rasulullah SAW mereka. Kehidupan mereka jauh dari permusuhan di antara satu sama lain.

Setiap individu mengasihi saudara muslimnya dan membantu meningkatkan diri dan keimanan masing-masing. Meskipun pun berbeza keturunan atau warna kulit, mereka tetap mengutamakan persaudaraan Islam.

Setiap tetangga saling mengasihi tetangganya yang lain, tidak pernah mementingkan diri sendiri seiring mematuhi setiap tunjuk ajar baginda SAW. Begitulah kecintaan sahabat kepada Rasulullah SAW, yang mencerminkan kekukuhan iman dalam sanubari mereka.

Abu Bakar al-Siddiq (Khalifah Islam yang pertama) membuktikan rasa cintanya dengan menemani Rasulullah berhijrah ke Yatrib atau Madinah di saat getir baginda menghadapi masa-masa sulit kerana para pemuka Quraisy yang hendak membunuh baginda meskipun ada ketika Abu Bakar r.a berada dalam keadaan ketakutan.

Melihat situasi yang berlaku baginda menenangkannya. Peristiwa ini dirakamkan oleh al-Quran melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. (al-Taubah: 40).

Umm al-Mukminin Khadijah binti Khuwailid r.a, srikandi Islam terulung yang sangat mencintai Rasulullah SAW. Beliaulah insan yang selalu membantu Rasulullah SAW, sentiasa memacu semangat baginda untuk tetap meneruskan gerak kerja dakwah. Menyelimuti, mengasihi dan mendukungnya, dek dorongan cinta yang mendalam kepada insan yang paling jujur dan dikasihi Allah SWT.

Ikrimah ibn Abu Jahl r.a, yang selalu setuju dengan Rasulullah SAW dan sentiasa teguh hatinya. Beliau gugur pada Perang Yarmuk.

Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, ia meletakkan kepalanya di atas paha Khalid bin Al-Walid, seraya berkata dengan air mata yang mengalir dari kedua matanya: "Wahai paman, apakah kematian ini membuat Rasulullah reda kepadaku?" Pada saat kritikal seperti itu pun dia teringat Rasulullah SAW, dan keinginannya hanyalah agar Rasulullah SAW reda kepadanya.

Ali ibn Abi Talib pula pernah ditanya bagaimanakah kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW. Beliau berkata: "Demi Allah, Kami mencintai Rasulullah SAW lebih daripada harta kami, anak-anak kami ayah-ayah kami dan ibu-ibu kami".

Demikian rasa taat setia dan kasih sayang para sahabat kepada baginda SAW. Apa jua situasi dan keadaan yang menimpa mereka, termasuk perselisihan yang mengakibatkan peperangan, dan sebagainya, ia sama sekali tidak mengeluarkan para sahabat dari landasan keredaan Allah SWT.

Mereka tetap mendapat keredaan Allah dan ganjaran nikmat syurga-Nya di akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Hujurat: 9)

Sehubungan itu, sebagai umat Islam yang mengecapi nikmat hidayah, kefahaman dan kenikmatan Islam melalui kalam Allah, untaian sabda baginda dan pelestarian sunnah melalui pengorbanan dan jasa para sahabat r.a.

Sewajarnya kita perlu membuka kembali lembaran sejarah dan mengambil 1,001 rahsia dan hikmah tersembunyi berkenaan sikap para sahabat sebagai tindakbalas kepada peristiwa yang berlaku bukan sahaja dalam menyelesaikan permasalahan semasa, tetapi terus menerus menjadi panduan berguna bagi umat Islam setiap masa dan ketika.

Tindakbalas seumpama ini barangkali semakin pudar atau hilang dalam diri setiap muslim masa kini, sehingga menghilangkan kehebatan jati diri muslim sejati.

Melalui pengetahuan yang diperolehi dari usaha menjejaki sirah para sahabat r.a mampu mengembalikan kesedaran umat Islam dalam memahami tuntutan agama, seperti mana kefahaman dan kesefahaman tinggi para sahabat terhadap agama Islam. Wallahu a'lam.


Topblogs @ iLuvislam

Bedah Buku : Tariq , Menang Atau Syahid


Salam. tadi tepat jam 11.30 malam, saya menghabiskan pembacaan buku Novel Sejarah Islam yang bertajuk Tariq, Menang Atau Syahid karya penulis Abdul Latip Talib. Ini adalah buku kedua yang saya hayati dari karya novelis ini (Sebelum ini buku Sultan Muhammad Al-Fatih ; Penakluk Konstantinple). Alhamdulillah buku ini saya beli bila bertandang ke Kedai Buku Muda Osman di pusat bandar Kota Bharu usai pulang dari sekolah pada petang tadi.

Sejak pasca muktamar ABIM negeri yang lepas, sahabat-sahabat pimpinan dan rakan-rakan seperjuangan yang lain agak rancak memeriahkan budaya ilmu dikalangan kami. Lebih-lebih lagi tema Meneladani Qudwah membina Generasi dalam muktamar yang lepas, menarik minat kami untuk menyuntik semangat tokoh-tokoh Islam yang wajib untuk diteladani dalam membina karakter diri dengan cara membudayakan pembacaan ilmiah ataupun secara santai (seperti novel islam).

Menangis membaca sirah Tariq.
Mesti sahabat-sahabat mentertawakan atau menyindir saya apabila saya ceritakan bahawa saya menangis setelah menamatkan pembacaan sebuah novel. Tentu mereka ingat saya jiwang, mat bunga atau sebagainya. Sindiran itu sudah pasti jika saya tidak ceritakan selanjutnya. Ya.. Saya menangis apabila menamatkan pembacaan Novel Islam Tariq Bin Ziyad seketika tadi. Panglima Islam yang diarahkan oleh wakil Khalifah di Afrika (Musa Bin Nusair) untuk meninjau Kota Sepanyol setelah dipinta oleh wakil penduduk (panglima Julian)yang datang meminta pertolongan untuk menghapuskan sang Raja yang zalim pemerintah Sepanyol. Misi Tinjauan yang akhrnya bertukar menjadi devisyen utama serangan ke atas Raja dan tentera yang zalim itu akhirnya menjadi pembuka kepada kemenangan menawan setiap kota -kota disana yang turut direstui rakyat (sepanyol) kerana sudah lama menanggung keperitan kezaliman sang Raja Sepanyol.

Antara strategi perang, motivasi seorang pimpinan (panglima), Akhlak seorang muslim kepada penduduk semasa pembukaan kota-kota, kasih sayang dalam persaudaraan, kasih kepada anak yatim , perpaduan antara kaum, semuanya terhimpun dan dihuraikan secara baik dalam novel ini. Jika Muhammad Al-Fatih popular dengan stategi perangnya mengemudi kapal-kapal di daratan. Strategi popular Tariq Ziyad dalam perperangan ini ialah membakar kapal-kapalnya untuk menaikkan semangat Jihad para tenteranya.

  • Wahai saudara-saudaraku,
  • Lautan ada di belakang kalian,
  • musuh ada di depan kalian, kemanakah
  • kalian mahu lari.
  • Kita tidak dapat melarikan diri.
  • Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun
  • mencapai kemenangan.
  • "Demi Allah, sekiranya kita berundur,
  • lautan akan menenggelamkan kita. Sekiranya kita mara musuh sedang menanti.
  • Kita tidak memiliki apa-apa selain senjata di tangan. Seandainya kita tewas,
  • nama baik kita tercemar. Tuhan juga mencabut rasa gementar di hati musuh dan mereka berani di hati kita. Sebaliknya Tuhan mencabut rasa berani di hati kita bertukar rasa takut kepada musuh. Jadi pertahankan jiwa kalian!!"

Dua peristiwa
Dua peristiwa yang agak menyentuh hati saya ketika membacanya

Pertama peristiwa di Kampung Maktum, apabila perkampungan itu berjaya ditakluki (ditakluki hati penduduk kepada akhlak Islam) oleh panglima Tariq dan tenteranya. Kisah baginda bersama seorang kanak-kanak yatim piatu, Migel @ Khalid ;

  • Kelihatan sekumpulan kanak-kanak lelaki sedang bermain. Apabila melihat kedatangan Ketua Panglima (Tariq Ziyad) tentera Islam itu, semua kanak-kanak itu lari kecuali seorang budak lelaki.
  • Panglima Tariq bin Ziyad menghampiri budak lelaki itu lalu bertanya,
  • "Mengapa kawan-kawan kamu lari?"
  • "Mereka takut kepada tuan," jawab kanak-kanak itu.
  • "Mengapa mereka takut?"
  • "Sebab tuan panglima gagah dan berani"
  • "Mengapa kamu tidak lari?"
  • "saya budak yang berani. Saya tidak takut kepada tuan!" jawab budak lelaki itu.
  • "Mengapa kamu tidak takut kepada ketua panglima tentera Islam? tanya Mulan (penduduk Kg Maktum) yang mengiringi Tariq.
  • "Dia orang baik. Saya tidak buat apa-apa kesalahan. Sebab itu saya tidak perlu takut," jawab budak lelaki itu dengan petah.
  • Panglima Tariq Ziyad tertarik hati dengan keberanian budak itu.
  • "Siapa ayah budak ini?" Tariq bertanya kepada Mulan.
  • "Dia anak yatim piatu. Ayah dan ibunya sudah tiada," jawab Mulan.
  • Panglima Tariq Ziyad mengusap kepala budak lelaki itu dengan rasa kasih sayang. "Siapa nama kamu?" dia bertanya.
  • "Migel" jawab budak lelaki itu.
  • "bagaimana sekiranya nama kamu di tukar kepada Khalid?"
  • "Siapa Khalid?" tanya budak itu.
  • "Dia pahlawan yang berani.Semoga apabila besar nanti, Khalid (migel) juga dapat jadi pahlawan Islam yang berani.
  • Budak itu kelihatan gembira. Apabila Sudah besar nanti, saya mahu bunuh orang jahat,"kayanya.
  • "mengapa" tanya panglima tariq.
  • "Mereka membunuh ayah dan ibu saya. Sebab itu saya mahu balas dendam, jawab budak lelaki itu. Panglima Tariq tertawa mendengarnya.
  • "Pahlawan yang baik tidak berdendam kepada sesiapa," balas Panglima Tariq bin Ziyad. "Kelak kamu akan dididik dengan ajaran Islam. Semoga apabila dewasa kelak, kamu menjadi pahlawan Islam."
  • "Oh,saya lapar.Berilah sedikit makanan. Itu lebih menggembirakan hati saya," kata budak lelaki itu.
  • Panglima Tariq bin Ziyad mengeluarkan sebuku roti dari saku jubahnya. Kemudian dia menyuapkan roti ke mulut kanak-kanak itu.
  • "Adakah tentera Islam tidak beri kamu makanan? tanya Tariq apabila dilihatnya kanak-kanak itu mengunyah roti dalam mulutnya dengan agak gelojoh.
  • "Saya hanya anak yatim.Tidak ada sesiapa yang pedulikan saya kecuali tuan yang mulia, jawab kanak-kanak itu.
  • Tiba-tiba Panglima Tariq berasa sebak .....[selanjutnya boleh baca di novel ]
Akhirnya panglima Tariq menjadikan Khalid sebagai anak angkatnya. Dan peristiwa kedua dalam buku ini ialah sewaktu semangat berkobar-kobar untuk meneruskan misi selanjutkan menyebarkan Islam dan membuka kota-kota di Eropah, beliau dipanggil oleh Khalifah yang berada di Damsyik untuk pulang. Kerana kepatuhannya kepada Khalifah, akhirnya beliau akur dan berangkat pulang ke Damsyik.

  • Ketika kapal yang dinaikinya meredah lautan, Panglima Tariq bin Ziyad sempat merenung puncak Jabal Tariq yang semakin sayup di pandang mata. Tiba-tiba perasaannya sayu.Air matanya bergenang. Dia dapat merasakan itulah kali terakhir dia melihatnya.
  • "Saya berserah kepadamu, Ya Allah," bisik hatinya.
  • Panglima Tariq Bin Ziyad meninggal dunia tidak berapa lama selepas dia samapai ke Damsyik. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

Moga-moga terbina Generasi Tariq Ziyad yang akan menakluki hati generasi kini untuk berjuang.

INTI PATI:

  • Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.


FAKTA:
  • - Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
  • - Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
  • - Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
  • - Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.

p/s : Esok akan berangkat ke Kuala Lumpur menghadiri muktamar ABIM Pusat dan pertemuan dengan sahabat-sahabat PPIK UIAM. Tidak sabar nak mendengar Ceramah Malam Apresiasi Sultan Salahuddin AL-Ayubi oleh Syeikh Fuad (Yayasan Sofa) di masjid Shah Alam anjuran ABIM.

Topblogs @ iLuvislam

Friday, July 24, 2009

Tujuh petanda kebahagiaan dunia


Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

  1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
  2. Al azwaaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
  3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
  4. Albiiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
  5. Al maalul halal, atau harta yang halal
  6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
  7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh,yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Firman Allah swt. yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 201)

Para ulama mentafsirkan kalimah hasanah dunia dan hasanah akhirat dengan pengertian berikut:

  1. Kesihatan badan dan jiwa.
  2. Ilmu yang bermanafaat.
  3. Amalan yang soleh.
  4. Keimanan yang teguh.
  5. Ikhlas beramal dan mendapat keredaan Allah.
  6. Disenangi umat manusia.
  7. Hidup bahagia dengan rezeki dan harta.
  8. Rumah tangga yang bahagia dan mendapat anak yang soleh.
  9. Selamat dari seksaan kubur.
  10. Dapat masuk syurga dengan segala kenikmatan yang abadi


Topblogs @ iLuvislam

Saturday, June 13, 2009

Manfaatkan kegiatan belia gagasan baru

From Voice Of Fatih

Oleh NOR HARTINI SAARI
Sumber : Utusan Malaysia

BERSATU teguh, bercerai roboh! Begitulah gagasan Satu Belia: Satu Malaysia yang cuba diterapkan dalam penyusunan semula pembangunan belia hari ini. Seiring dengan matlamat tersebut, golongan belia yang berusia antara 15 sehingga 39 tahun adalah usia yang paling subur untuk mencapai gagasan tersebut, apatah lagi golongan ini dijangka mencecah 11.6 juta orang menjelang tahun 2010.

Gagasan Satu Belia yang disampaikan ini amat penting dalam menyuarakan semangat perpaduan di kalangan belia, yakni bersepakat, bekerjasama, tolong-menolong, bantu-membantu dalam apa jua keadaan.


Namun, persoalan untuk mencapai gagasan baru mungkin mudah untuk dijawab jika belia Muslim hari ini memiliki peribadi yang mulia dari sudut rohaniah, akhlaqiah dan jasmaniah serta bertanggungjawab sebagai pewaris dalam memupuk dan menyuburkan semangat perpaduan negara.

Imam Al-Ghazali pernah berkata: "Jika kita ingin tahu corak dan rupa masa depan maka lihatlah kepada generasi muda hari ini." Ini bermakna belia kini perlu diperkasa, dengan hakikat kejayaan belia akan membantu kejayaan bagi Malaysia terutama dalam membina tamadun yang hebat pada masa depan, seiring menjadikan umat Islam sebagai umat tersohor.

Sebenarnya, jika kita menyelusuri sirah Nabi serta apa yang diceritakan dalam al-Quran, kejayaan belia Muslim menegakkan syariah Islam patut dicontohi. Ketangkasan Usamah bin Zaid, pada usia 18 tahun, berjaya memimpin satu bala tentera menyerang kerajaan Rom dan kehebatan Mehmet Fateh berjaya membuka Kota Istanbul ketika baru berusia 21 tahun perlu menjadi panduan generasi muda hari ini.


Mampukah hakikat kejayaan belia masa lampau berulang? Bagi menjawab persoalan ini, beberapa langkah segera perlu dilakukan kerana belia hari ini berhadapan dengan pelbagai tuntutan persekitaran sosial yang amat mencabar.

Walaupun Laporan Indeks Belia Malaysia (IBM) 2008, menyatakan salah laku yang membabitkan belia di negara ini masih di peringkat yang baik, namun kebimbangan sentiasa wujud kerana kejadian yang tidak berakhlak, antaranya gejala mat rempit atau samseng jalanan, ragut, buli, ketagih rokok, dadah, pembuangan anak, pendedahan bahan-bahan lucah di web serta banyak lagi masalah sosial semakin menjadi-jadi.

Apatah lagi, yang berlaku ini banyak membabitkan mereka yang masih lagi bersekolah atau di peringkat juvana yang kebanyakannya terdiri daripada belia Muslim.

Bagaimana pula semangat Satu Belia: Satu Malaysia akan tercapai jika permasalahan ini terus bersarang di kalangan belia Muslim? Mungkinkah frasa-frasa yang sering kali dikaitkan dengan belia, antaranya 'Belia Cerminan Negara', 'Belia Harapan Bangsa', 'Belia Aset Negara' dan sebagainya akan terkubur begitu sahaja.


Apa pun keadaan, dalam merancang pembangunan belia, golongan ini perlu mempunyai semangat untuk bersatu padu terutama menerusi kegiatan berpersatuan. Bagi belia di peringkat usia 15 sehingga 18 tahun mereka perlu digalakkan menyertai beberapa kegiatan berpersatuan yang bermanfaat.

Manakala bagi kelompok belia yang berusia antara 19 sehingga 25 tahun, kebanyakan mereka masih berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam atau swasta.

Di IPT ini, belia perlu didedahkan dengan pelbagai kegiatan yang berguna melalui beberapa pertubuhan dan persatuan. Namun, di sini peranan pentadbir dan ahli pendidik perlu digembleng untuk menyemarakkan pelbagai kegiatan berpersatuan.

Malahan peranan ahli pendidik untuk menterjemahkan kegiatan-kegiatan ilmiah mereka melalui persatuan dengan penglibatan pelajar perlu juga dialu-alukan.

Namun begitu, kelompok belia yang berada di luar bandar yang tidak berjaya memasuki mana-mana IPT atau kurang berjaya dalam pendidikan, tidak boleh terabai begitu sahaja.

Walaupun mereka berada di kampung, semangat berpersatuan dalam mewujudkan perpaduan perlu disemai melalui beberapa kegiatan persatuan belia terutama dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar menerusi latihan dan kemahiran.

Dalam hal ini, peranan institusi kemahiran, badan-badan belia, NGO dan beberapa kementerian terbabit amat diperlukan dalam memberikan penyediaan, pendedahan dan penawaran baru bagi mereka mengikuti beberapa latihan dan kemahiran yang disediakan agar golongan belia ini dapat mengembangkan potensi mereka.

Hal ini penting bukan sahaja mereka dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain tetapi yang lebih penting belia mendapat peluang lebih luas untuk mendapatkan latihan dan kemahiran bagi membangunkan diri menjadi lebih berbakat, berdaya cipta dan cemerlang dalam bidang yang dipilih sekali gus menjauhi daripada kegiatan yang kurang sihat.

Perlulah kita ingat bahawa sumbangan pemikiran dan daya cipta golongan belia ini penting sebagai pemangkin baru ekonomi berasaskan daya cipta yang boleh membantu kerajaan menjana pendapatan untuk pembangunan negara.

Justeru, menyedari golongan belia ini sebagai golongan terpenting dalam menyahut gagasan baru negara, maka belia perlulah memanfaatkan pelbagai kegiatan yang diatur dengan baik agar belia hari ini dapat diperkasakan pada masa depan dengan hakikat kejayaan Satu Belia akan membantu kejayaan bagi Satu Malaysia.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Ekonomi & Kajian Sosial Institut Kefahaman Islam Malaysia.



Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Tuesday, April 21, 2009

Sajak Erti Persahabatan | Sahabat Bukan Kawan


Tersentuh saya bila membaca sajak luahan hati sahabat muslim saya dari kampus kesihatan USM Kubang kerian, JackNaim. Sajak erti persahabatan karya luahan hati beliau begitu menyentuh jiwa saya yang menghayati. Mungkin pembaca yang lain boleh cuba untuk turut sama menghayati karya beliau di bawah :


Erti Persahabatan

Bagaimana bisa ku nilai persahabatan?
tak terjangkau tanganku untuk menggapainya,
mindaku juga sering keliru memikirkannya,
begitu juga lidahku yang kerap kali kelu,
semakin ku fikirkan, semakin bercambah pertanyaan,
entah bagaimana untuk ku temu jawapannya.

Cukupkah persahabatan jika harta jadi cagaran?
yang kaya pasti berteman dan yang miskin dicemuh,
Atau yang bercambah disebalik kuasa digenggaman,
pasti dikelilingnya teman yang bisa berdampingan
apakah persahabatan itu penceria suasana?
ataupun penglipur lara tatkala bersedih,

Teman itu yang bisa membuat hati senang
tapi ku tak mahu yang membiarkanku terleka
Jika begitu, yang sering menegur itulah teman
menegur hingga ku bisa terluka dan bersedih?
ku tidak pasti bisakah ku menanggungnya,
kerana itu perlunya bil hikmah.

Lantas bagaimana harus ku kenal mereka,
teman mahupun yang mengambil kesempatan,
teman itu bisa kau kenal sepanjang hidupmu,
kau melihat, menghayati dan menilai mereka,
tak semestinya teman itu sentiasa bersamamu
tapi semangatnya itu sentiasa mengiringimu

aku sahaja yang inginkan teman yang baik,
mungkin indah impian ini buat diriku,
tapi persahabatan itu bukan untuk seorang sahaja,
mereka juga inginkanku sebagai teman mereka,
itu cagaran biasa dalam berteman,
dan ku juga harus menjadi teman yang baik.

Luahan hati jacknaim
didedikasi buat semua teman
JACKNAIM
[ http://jacknaim.blogspot.com ]




Bila membaca rangkap terakhir sajak ini (dan ku juga harus menjadi teman yang baik) selepasrangkap-rangkap yang sebelumnya hanya dinukilkan tentang persoalan tentang persahabatan.....teringat saya tentang natijah dari 2 sabda Hadis Nabi Muhammad SAW yang seakan-akan menggambarkan rangkap terakhir sajak tadi..

Hadis 1 :

“ Agama itu dilihat daripada temannya, maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu berkawan…”

Natijah dari hadis 1 : Kalau nak jadi Baik.. Kita kena cari kawan yang baik…

Hadis 2 :
“ seseorang itu adalah cermin saudaranya”

Natijahnya : kalau kita nak jadi kawan yang baik…. Kita kena jadi orang yang BAIK….

Kekadang pernah saya ditanya tentang bab-bab persahabatan ni... adakah persahabatan ini perlu bersyarat (cagaran)?? Sehingga syarat untuk mengikat tali persahabatan itu perlu memenuhi setiap syarat yang diingini oleh kita sendiri.... sebagaimana ungkapan dari sajak erti persahabatan tadi... seakan-akan syaratnya persahabatan itu perlu kecukupan pada cagaran timbunan harta, atau sebagai penglipur lara yang menceriakan ketika sedih , atau memerlukan kawan yang syaratnya perlu pandai menegur kesilapan kita dengan hikmah...

Sahabat Bukan Kawan

Namun tidak dapat tidak, kita kena yakin bahawa persahabatan, rakan-rakan dan teman-teman sekeliling merupakan pengaruh yang besar terhadap diri individu seperti kita semua...Mengapa teman seperjuangan Nabi Muhammad s.a.w digelar sahabat, bukan kawan?

Kehadiran mereka pada setiap peringkat usia Nabi, membawa peranan dan kesan yang berbeza sesuai dengan keadaan Nabi ketika itu. Seperti kewujudan para sahabat dalam kehidupan Nabi, seakan dirancang dengan sebegitu rapi bagi menemani susah senang kegetiran menggalas beban sebagai pemikul amanah Allah S.W.T.

1. Abdul Mutalib : pemelihara ketika anak yatim ini membesar
2. Abu Talib : pelindung setia
3. Siti Khadijah : penenang jiwa
4. Abu Bakar : susah bersama
5. Umar : nadi kekuatan,
6. Uthman : Taat setia,
7. Ali : pemuda tangkas…



dan ramai lagi para sahabat yang jika di bariskan dan di nyatakan karakternya, semuanya berperanan. Abu Hurairah, Salman Al-Farisi, Khalid Al-Walid, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain.

Tidak kurang juga Nabi berdepan dengan mereka yang bermuka-muka seperti Abdullah Bin Ubai dan beberapa tokoh munafik yang lain. Di hadapan Nabi Muhammad SAW dia berjanji tidak memusuhi baginda, tetapi di belakang dia berbuat sebaliknya. Saya terkesan bila membaca kisah Rasulullah dalam ketika baginda dan Umar menziarahi Ketua Munafik Abdullah Bin Ubai yang sedang nazak menunggu saat-saat kematiannya tatkala baginda menyelimuti Abdullah Ubai dengan jubahnya yang diminta oleh nya (Abdullah Ubai) sehinggakan menimbulkan perasaan kurang senang oleh Saidina Umar R.a ;

Setibanya mereka di tempat pembaringan Abdullah bin Ubai, yahudi tua itu berkata kepada Nabi
Muhammad SAW, "berilah saya jubah tuan itu, saya ingin menjadikannya selimut apabila ajal saya sampai." Nabi Muhammad SAW pun membuka jubah baginda yang paling bagus itu lalu baginda sendiri yang menyelimutkannya ke atas tubuh Abdullah bin Ubai.

Dalam perjalanan pulang Umar bin Khattab berkata; "Wahai Utusan Allah, tuan ini bagaimana?
Bukankah yahudi itu musuh ketat tuan?"

"Bukan, saya tidak memusuhinya. Dia yang memusuhi saya," jawab baginda Rasullah SAW.

"Dia itu ketua kumpulan hipokrit yang telah banyak menyusahkan kita.," kata Umar.

"Betul," sambung Rasulullah SAW.

"Untung betul nasib Yahudi itu, dapat mati dengan selimut jubah tuan.

Kami yang menjadi sahabat tuan sendiri, belum tahu dapat nasib sebaik nasibnya," kata Umar.

"Jangan saudara berfikiran sempit seperti itu," kata Rasulullah SAW.

"Mengapa tidak boleh?" Umar bertanya. "Adakah saya tidak boleh menyenangkan hati yahudi itu sebentar sebelum dia mengalami seksa berpanjangan di neraka?" Kata Rasulullah SAW

Umar diam sahaja mendengar kata-kata Rasulullah SAW.Kemudian Nabi Muhammad SAW menyambung, "Abdullah bin Ubai tidak selamat walaupun dengan memakai jubah saya. Jubah saya tidak dapat menyelamatkan sesiapapun. Apa yang dapat menyelamatkan seseorang itu daripada seksa neraka adalah iman dan amalan baiknya sendiri."


Begitu agung sifat dan akhlak Nabi bila bersama insan disekelilingnya. Kesemuanya insan yang berdiri di sekeliling nabi samaada mereka yang menemani perjuangan atau yang menjadi gunting
dalam lipatan ; yang menyulitkan usaha dakwah sepanjang kehidupan baginda. Baginda tidakmeletakkan apa-apa syarat untuk memisahkan baginda dengan insan tersebut. Menjadikan nabi antara tokoh pemimpin agung yang mempunyai warisan legasinya.

Namun hakikatnya, sepanjang perjalanan menyampaikan misi dakwah lembaran suci, Nabi pasti ditemani para sahabat-sahabatnya. Sokongn sepenuh masa insan sekeliling, antara faktor kehebatan peribadi Al Amin.

Jelas dari Sirah nabi menyaksikan, semulia-mulia dan sehebat-hebat insan seperti baginda SAW masih memerlukan bantuan insan lain utk menjalani kehidupan seharian, sedangkan dalam apa sahaja urusan , baginda mungkin sahaja boleh terus memohon dengan Allah yang sentiasa memakbulkan doanya.

Disinilah perbezaan antara Al-Khaliq pencipta 7 petala langit, 7 petala bumi dan segala isinya jika dibandingkan dengan seorang hamba yang hidupnya bergantung sesama hamba pada setiap ketika.

Erti Cinta Persahabatan Nabi kepada Ikhwan yang merentasi zaman.

Saya juga teringat akan kisah Nabi dan para sahabatnya. Kisah pertemuan baginda dengan sahabat- sahabatnya.

Di saat mana Rasulullah mengatakan dia merindui saudara-saudaranya, suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? "

Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah. "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangka n kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara:
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:

"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi,
" Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas
Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat
lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Mungkinkah yang dirindui oleh baginda SAW dalam hadis itu adalah kita semua yang hidup di abad ini?? Apakah kita meletakkan syarat untuk menerima sayang rindu Nabi Kepada kita ??

Kita yang harus meletakkan syarat atau kita yang perlu berpandukan syarat ? iaitu syarat wajib untuk menerima bahawa yang dirindui oleh baginda SAW terhadap umatnya di zaman selepas baginda ialah mereka yang ada pengorbanan dalam keimanan mereka ..

Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan dibuktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya. Dan salah satu dari amal sunnah baginda ialah mengasihi sahabat-sahabat sekeliling kita sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri.

Sabda Rasulullah saw. "Demi Allah yang memakmurkan dunia, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang antara satu sama lain" (H.R. Muslim).

Sabda Rasulullah SAW " Tidak beriman seorang daripda kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri." Dalam hadis yang lain Rasul bersabda " Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya."


Moga kita sebahagian dari yang dirindui Rasulullah SAW.



Gratisan Musik
iLuvislam.com Top Blog

Saturday, March 28, 2009

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH SAW


JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH SAW :-

PERTAMA: tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
KEDUA: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
KETIGA: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
KEEMPAT: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
KELIMA: jaga sedekah setiap hari.
KEENAM: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
KETUJUH: amalkan istighfar setiap saat

Sunday, May 18, 2008

Bingkisan Maulidur Rasul

Poster Filem Animasi : Muhammad Utusan Terakhir


Sahabat-sahabat maya sekalian,
Izinkan saya untuk menggunakan kalimah ‘sahabat’ ketika memanggil kalian, kalimah yang mengandungi jutaan makna tersirat. Kalimah tersebut digunakan oleh Rasulullah saw ketika memanggil sahabatnya meskipun Rasulullah kadangkala seperti guru untuk anak muridnya atau barangkali seperti seorang ayah untuk anaknya. Kalimah yang merealisasikan hadis, "Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari & Muslim) .

Kalimah ‘sahabat’ ini membuatkan kaum Ansar sanggup menyerahkan hatta rumah mereka kepada Muhajirin. Kita berdoa moga Allah mentautkan hati kita semua untuk berada pada jalanNya dan mampu mengimani hadis ini.


Sahabat-sahabat maya sekalian,
Semalam ustaz mengatakan sekiranya kita mendengar doa atau kata-kata kebaikan, hendaklah kita mengaminkannya. Kita berdoa pada Allah agar pertemuan kita menerusi warkah-warkah maya ini menjadi tempat untuk kita menyiram dan membaja iman kita. Moga pertemuan ini juga mampu menyuburkan kembali qalbu-qalbu yang selama ini gersang. Kita doakan agar diri kita menjadi batu-bata terbaik yang akan mendirikan semula bangunan Islam yang pernah runtuh. Kita berdoa agar kita dapat meneruskan kembali dan mewarisi perjuangan Rasul-Rasul terdahulu.

Sahabat-sahabat sekalian,
Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Rasulullah saw. Ustaz kata kita perlu ziarah Rasulullah saw tiap-tiap hari dan bukan pada hari ini sahaja. Barangkali ada di antara kita yang tertanya-tanya, apa yang dikatakan menziarahi Rasulullah saw tiap-tiap hari itu? Adakah dengan menziarahi baginda di Masjid Nabawi, Madinah? Kata ustaz, menziarahi Rasulullah saw tiap-tiap hari adalah dengan membaca sirah perjuangannya, mengamalkan sunnahNya, dan membaca Kalamullah yang menjadi penenang hatinya. Dan sememangnya semua itu menjadi motivasi buat kita.

Sahabat-sahabat sekalian,
Ustaz katakan lagi bahawa di zaman ini manusia menyebut Allah dan Rasulullah saw seperti menyebut air atau perkara lainnya. Seolah-olah tiada zuq atau roh ketika menyebut keduanya. Kata ustaz, untuk mengenali Rasulullah saw, kita perlu mengenali Allah Taala terlebih dahulu. Bagaimana untuk mengenali Allah? Salah satunya adalah dengan memahami sifatNya AlKhaliq, Maha Pencipta. Apa bezanya ciptaan Allah dengan ciptaan manusia? Allah mencipta sesuatu dari tiada kepada ada. Tetapi manusia, hanyalah mencipta sesuatu dari ada kepada ada yang lain. Manusia hanya tahu modify sahaja sebenarnya, bukannya mencipta. Manusia tidak akan sesekali mampu mencipta hatta sekepak nyamuk atau setitis darah. Tidak akan sesekali manusia mampu melakukannya.

Sahabat-sahabat sekalian,
Ayuh kita renungi tanda-tanda kekuasaan Allah.

Kemudian akan Kami tunjukkan tanda-tanda (kekuasaan) Kami pada alam dan pada diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini (AlQuran) adalah kebenaran (Surah AlFussilat:53)


Tanda-tanda kekuasaan Allah bermula dari sekecil-kecil ciptaan sehingga sebesar-besarnya. Cuba renungi seketika akan makhluk-makhluk Allah yang hanya mampu dilihat oleh mikroskop elektron sahaja. Kemudian renungi hakikat ciptaan bumi ini. Allah mengetahui setiap daun yang gugur dan segala perilaku hambaNya. Dan kemudian fikirkan seketika tentang galaksi Bima Sakti. Hayati juga ciptaanNya yang lebih luas iaitu Lohong Hitam misalnya. Cuba bayangkan bahawa kita di angkasa dan sedang melihat semua ciptaan ini. Di mana hakikatnya kita? Terlalu kerdil untuk dibandingkan hatta dengan bumi, apatah lagi dengan galaksi Bima Sakti dan yang lainnya. Tanyakan kembali dalam diri sendiri, adakah semua ini tercipta dengan sendiri. Tidak, bukan? Dialah Allah yang mencipta semua ini. Mampukah kita untuk bongkak pada Allah setelah melihat kekuasaanNya? Tidak sesekali. Dan Allah yang memiliki semua kekuasaan inilah yang telah mengutuskan Rasulullah saw.


Sahabat-sahabat sekalian,
Rasulullah saw adalah qudwah hasanah, sebaik-baik contoh ikutan kerana akhlaqnya adalah AlQuran. Bagaimana caranya untuk mengadaptasi qudwah hasanah ini dalam kehidupan kita sehari-hari? Jawapan ustaz mudah sahaja, iaitu dengan mengamalkan sunnahnya. Kata ustaz lagi, jawapan itu sungguh mudah tetapi begitu sukar untuk mempraktikkannya. Apakah itu sunnah? Terlalu banyak sunnah baginda seperti berserban, bercelak, berjubah dan lainnya. Tapi apakah dia sunnah yang paling besar yang baginda lakukan? Sunnah terbesar tersebut adalah DAKWAH.

Kita imbas kembali saat penurunan wahyu kedua surah AlMudathir. Di saat Rasulullah saw begitu bimbang dan ketakutan bertemu Jibril, Rasulullah pulang ke rumah dan meminta isterinya Khadijah menyelimutkannya. Cuba bayangkan kalau kita sendiri bertemu dengan satu makhluk yang tidak pernah kita temui sebelumnya. Bagaimana perasaannya? Takut bukan? Dan itulah yang dirasakan oleh Rasulullah saw. Tetapi kemudian turunlah ayat dari surah AlMudathir. Ya Ayyuhal Mudathir. Qum faanzir...Wahai orang yang berselimut, bangunlah dan berilah peringatan.. . Allah guna dalam ayat kedua tersebut fa (faanzir).


Apa beza ‘fa’ dan ‘saufa’? Macam kitalah kan,dah makan dan lepas tu nak basuh tangan. Tapi kita sempat nak jalan berlenggang nak pergi dapur untuk basuh tangan. Itulah ’saufa’ , ada sela masa di antara perbuatan kita. Tapi dalam ayat ini Allah guna fa yang membawa maksud bangun terus dan beri peringatan. Apa yang Rasulullah lakukan? Rasulullah saw bangun dan membuka selimutnya terus dan mengatakan pada Saidatina Khadijah, ’ Telah berlalu masa tidurku’.
Madinah pada pandangan satelit

Sejak saat itu Rasulullah saw terus berdakwah sehingga akhir hayatnya. Dan inilah sunnahNya yang paling besar. Tanyakan pada diri kita, kita dah ’qum faanzir’ atau belum? Kita dah berikan peringatan atau belum? Sama-sama kita memperbaiki diri. Kerana usaha dakwah Rasulullah saw, kita dapat merasai kelazatan nikmat iman dan islam. Dan kita mengenali nikmat yang paling besar iaitu nikmat mengenal pencipta kita, Rabb sekalian alam iaitu Allah.

Kenapa agaknya Rasulullah saw berdakwah? Sebab kasih dan sayangnya pada kita. Tidak pernah sesekali beliau berasa tenang apabila melihat ummahnya. Rasulullah bersedih melihat kehancuran dan kesesatan kaumnya kerana baginda tahu semua itu mampu membawa kaumnya kepada kemurkaan Allah. Allah gambarkan perasaan baginda ini dalam Surah AlKahfi ayat 6. ”Maka (Apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman dengan keterangan ini (AlQuran)”. Kesedihan inilah juga yang perlu ada dalam hati kita melihat ummah ini. Dan kerana semua inilah kita juga berjanji untuk memikul tugas dakwah ini.

Sahabat-sahabat sekalian,
Pena maya ini bakal berundur. Namun izinkan saya mengulang kembali kisah ini.

Kisah pertemuan baginda dengan sahabat-sahabatnya. Di saat mana Rasulullah mengatakan dia merindui saudara-saudaranya, suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.


Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangka n kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."


Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas
Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Saturday, May 3, 2008

Pemimpin dan pengikut yang "Magnetik"


3 Mei setiap tahun. Tarikh yang pasti diingati oleh sesiapa yang menghargainya. Perginya insan hebat dikenang selamanya. Hari ini ( 3 Mei ) adalah tarikh pemergian salah seorang tokoh hebat pemimpin dunia Islam, Sultan Muhammad al-Fatih. Jika kita tinjau semula rentetan sejarah hidup beliau, pasti kita akan merasa kagum dengan kehebatan dan kebijaksananaan Sultan Muhammad al-Fatih bersama tentera-tenteranya. Dalam usianya baru 19 tahun, beliau telah mentadbir sebuah kerajaan !

Kejayaan mereka menawan Kota Constantinople ( sekarang dikenali sebagai Kota Istanbul ), yang mana kota tersebut sudah lama cuba ditawan oleh pemimpin-pemimpin dan tentera-tentera Islam yang lain semenjak 800 tahun sebelum itu lagi, sudah pasti diingati selama-lamanya. Jika dinilai dengan teliti pada zaman yang belum moden seperti itu, strategi peperangan mereka diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.

Apakah keistimewaan Kota Constantinople ini sehingga mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya?

"Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin ( penawanan )nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera ( yang menawan )nya"
[ HR Imam Ahmad al-Musnad 14:331 #18859 ]

PEMIMPIN DAN PENGIKUT YANG MAGNETIK

Membentuk sebuah jemaah yang hebat bukanlah semudah kata-kata. Menjadi seorang pemimpin atau pengikut yang magnetik mesti memiliki sifat, tabiat, perangai dan mentaliti sebagai seorang team player. Cuba bayangkan seorang pemain dalam sesebuah pasukan bola sepak.

Contohnya: Cristiano Ronaldo. Dia mungkin mempunyai skill individu yang luar biasa. Tetapi mustahil untuk dia memastikan pasukannnya dalam kelab Manchester United menjulang apa jua trofi sekiranya hanya dia seorang sahaja yang ke sana ke mari membawa bola sedangkan orang lain buat tak tahu je.

Betul tak?

Sebaliknya, pemain lain seperti Paul Scholes, Park Ji Sung, Ryan Giggs, Gabriel Heinze, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Wayne Rooney, Lois Saha dan lain-lain mestilah memberikan sepenuh komitmen, iaitu dengan matlamat yang satu melalui gaya dan kemahiran masing-masing dalam membentuk sebuah pasukan yang kukuh dan mantap !

Saya cukup terharu hasil diskusi bersama-sama sahabat semalam. Alhamdulillah, akhirnya kita dapat simpulkan perbezaan fikrah ini dengan sebaik mungkin. Sungguh teruja atas keterbukaan kalian semua. Bagi saya, keterbukaan kita untuk bertolak ansur terhadap perbezaan sesama kita, adalah suatu tuntutan yang memang tidak dapat dinafikan.Ia pasti akan menjadi kunci kepada sejauh mana keupayaan kita berfungsi di tengah-tengah masyarakat, dan sejauh mana masyarakat boleh memberikan kepercayaan untuk suara Islam memimpin arus perdana.
Mungkin perbalahan antara perkumpulan Islam bukanlah berpunca daripada konsep Amal Jama'ie semata. Ia adalah masalah sikap dan cara berfikir.Saya selalu menekankan bahawa sikap berlapang dada mesti ada dalam diri seorang pemimpin mahupun pengikut !

Kita mestilah bersikap terbuka (infitaah) terhadap sesama gerakan Islam dan tidak menyempitkan pemahaman Jamaah di dalam nas Hadith sebagai merujuk kepada Jamaah masing-masing. Jika sikap dan cara berfikir yang berpenyakit ini tidak diperbetulkan, nescaya kita hanya merugikan Islam. Yang untung adalah musuh Islam !

Sikap yang sepatutnya diperbetulkan, dan bukannya konsep Jamaah.

Kuncinya adalah pada meletakkan Allah sebagai matlamat. Tanpa God-Centered, sama ada kita akan menjadi self-centered, atau larut sebagai social-centered. Jamaah itu keperluan, Ummah itu tujuan. Mestikah ada pertembungan?

"Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya" [al-Quran 42: 13]


Dari nukilan : Akhi Kamil (sahabat ku dari Korea)
sumber : http://jundumay.blogdrive.com

Tuesday, April 22, 2008

Projek GPTD Kelantan : Kajian Tokoh Malcom X

El Hajj Malik el Shabazz a.k.a Malcom x
Kumpulan : Grup Malcom X (GPTD Kelantan)

Di mana-mana sahaja di pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa oleh insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira samaada mereka orang Arab atau tidak, namun jika mereka memahami hakikat Islam yang sebenar, mereka akan terkesan dengan kehebatan cara hidup beragama Islam yang indah dan syumul. Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya memperjuangkan kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali kepada ajaran Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.


El Hajj Malik el Shabazz, atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan Muslim Amerika, ialah seorang insan yang sangat berkebolehan dan disegani. Kisah hebat sejarah hidupnya bermula sejak usia mudanya lagi. Anak kepada seorang Garveyite (pengikut Marcus Aurelius Garvey) ini sentiasa terkenang seluruh hayatnya kejadian menyayat hati yang telah membunuh ayahnya di tangan sekumpulan pelampau Kulit Putih. Malik Shabazz dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska pada 19 May 1925. Beliau adalah anak keempat daripada lapan kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang pendakwah Kristian, dan Louise, seorang wanita West Indies yang berkulit agak cerah. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya, Malcolm terpaksa menanggung kebencian pelampau Kulit Putih yang sangsi dengan asalnya, sama seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh.

Kesukaran hidup dalam arus perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan ibubapa, Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa. Beliau terlibat dalam aktiviti haram yang akhirnya mengakibatkannya dipenjarakan. Dalam autobiografinya yang ditulis oleh Alex Haley, Malcolm menceritakan hidupnya sebagai seorang pemuda Kulit Hitam yang terpaksa menanggung prejudis perkauman dan penindasan golongan Kulit Hitam dalam masyarakat Amerika. Beliau juga menegaskan bagaimana hidupnya berubah setelah saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa oleh Elijah Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang cuba mmembawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman dan juga mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor yang memberi mereka status yang hina dalam sistem sosial Amerika.

Menurut Ron Karenga, seorang aktivis Afrika-Amerika terkemuka dalam perjuangan Hak Asasi sekitar 60an hingga 70an, terdapat enam aspek dalam doktrin Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad. Aspek pertama dan yang paling utama ialah ‘Islam ialah agama sebenar untuk golongan Kulit Hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu Kulit Putih’. Keduanya, ‘kepercayaan bahawa Allah sebenarnya seorang Kulit Hitam dan orang Kulit Hitam itu tuhan’. Aspek ketiga pula menekankan bahawa Kulit Hitam ialah ‘Golongan Terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran’. Aspek keempat menggariskan ‘Golongan Kulit Putih sebenarnya syaitan’. Kelima, ‘Pengasingan sosial dan politik daripada golongan Kulit Putih ialah keutamaan yang suci dan mulia’. Aspek keenam teori Elijah menekankan ‘keperluan perpaduan kaum dan dalam Islam di seluruh dunia’. Bertentangan dengan tanggapan yang dicipta oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua penduduk negara membangun ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal dari golongan Kaum Asal (Original People).

Dalam usaha kita untuk memahami perjalanan Malik Shabazz mencari hidayah, perlu bagi kita menyelami usahanya mendalami idea-idea Elijah Muhammad tersebut dan bagaimana hidupnya berubah apabila menemui Islam.


Sejurus selepas menyertai Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada Malcolm X dan menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke segenap ceruk komuniti Kulit Hitam di US. Malcolm X, sebagai jurucakap kebangsaan NOI, boleh dikatakan pemangkin utama di sebalik penyebaran gerakan agama bangsa Kulit Hitam di peringkat US mahupun di peringkat antarabangsa. Ucapan-ucapannya di pelbagai kolej dan universiti serta di telecisyen dan radio menyemarakkan semangat ribuan pemuda Kulit Hitam yang tinggal di kawasan mundur di US. Ramai dari kalangan pemuda-pemuda ini kemudiannya menerimapakai falsafah NOI lantas menjadi pejuang dan promoter kepercayaan baru mereka itu.

Kegiatan Malcolm bagi pihak NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada penghujung 50an dan awal 60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi sedang bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam kehidupan dan masyarakat Amerika. Untuk mencapai matlamat tersebut, satu bentuk gabungan antara Kulit Hitam dan Kulit Putih perlu diwujudkan. National Association for the Advancement of Colored People (NAACP), Urban League dan Southern Christian Leadership Conference yang dibentuk oleh Martin Luther King Jr dan beberapa yang lain adalah antara penyokong kuat usaha ini. Sebelum ini, mereka telah berjaya mengatasi lawan mereka apabila Mahkamah Agung US menghapuskan undang-undang perkauman yang mengasingkan mengikut kaum kemudahan pendidikan untuk 40% kanak-kanak sekolah rendah di negeri-negeri Selatan US. Matlamat gerakan ini bertentangan dengan idea yang dibawa oleh Malcolm dan ketuanya. Malcolm begitu lantang mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa “Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa kerugian besar kepada Kulit Hitam”.

Mesej ini sentiasa diulang-ulang dalam setiap perbahasan yang berlangsung sepanjang hayat Elijah Muhammad. Walaupun pengikut NOI bukanlah tonggak dalam lingkungan kepimpinan Kulit Hitam, keunggulan dan keaktifan Malcolm telah memberi NOI lebih perhatian daripada apa yang diperlukan. Ramai penganalisis pergerakan hak asasi melihat mesej Malcolm dan NOI sebagai alternatif kepada mesej Martin Luther King yang tidak memilih kekerasan dalam memperjuangkan perubahan. Malah, dalam beberapa majlis, golongan liberal Kulit Putih sentiasa mengingatkan golongan konservatif tentang bahaya yang mengancam masa depan US jika permusuhan antara kaum ini diselesaikan secara ganas. Persepsi terhadap NOI ini, dan jurucakap kebangsaannya iaitu Malcolm X, telah mencemarkan nama pengikut-pengikut yang lain dan mengundang liputan media yang langsung tidak menyebelahi mereka. Media golongan liberal Kulit Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X dengan label-label seperti “penghasut” dan “pencetus masalah”.

Imej tersebut kekal terpalit padanya dan hanya berubah dalam dua tahun terakhir hayatnya. Pada November 1963, berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah mengeluarkan satu kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad. Beliau dilaporkan dalam satu akhbar US sebagai menyifatkan pembunuhan Presiden itu adalah contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka (masyarakat US) sendiri selama ini (frasa asal: chickens coming home to roost). Bagi Malcolm, masyarakat US ialah masyarakat yang kejam dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini tidak perlu dinafikan lagi kerana hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan.

Walaupun Malcolm X cuba untuk menjelaskan maksud sebenar kenyataan itu, pimpinan NOI melihat tindakan itu sebagai satu kegagalannya mematuhi pemimpin agung mereka, Elijah Muhammad. Malcolm telah digantung keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yg membenci cara kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus menjatuhkannya. Kebanyakan spekulasi berkisar kepada perselisihan antara Malcolm dan pembimbingnya, Elijah. Sesetengah penganalisis seperti Karenga menyifatkan perpecahan Malcolm daripada NOI bertitik tolak daripada kedengkian dan persaingan di kalangan ahli-ahli senior pergerakan itu. Penganalisis-penganalisis ini percaya bahawa insiden kenyataan pedas Malcolm itu dimanipulasi sebagai alasan untuk menyingkirkannya; sebab yang sama digunakan oleh pihak berkuasa US untuk memperbesarkan masalah dalaman NOI. Biar apapun penilaian terhadap insiden itu, masa hadapan Malcolm bersama NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi dengan kesetiaan Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan dua individu ini.

Pada perspektif seorang penuntut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan Malcolm yang baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan dan menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar dalam diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.


Selepas berpisah dengan Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran El Hajj ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah. Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya. Dengan memilih Sunni, beliau menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam beberapa pertemuan umum seluruh US, beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam ajaran NOI. Beliau menjelaskan bahawa setelah menemui sinar Islam yang sebenar, beliau akan melakukan apa saja untuk mengajar, menerangkan dan menyampaikan ajaran sahih Islam kepada masyarakat Afrika-Amerika. Misi baru Malik Shabazz ini mendapat sokongan golongan minoriti Sunni Afrika-Amerika yang sebelum ini mengecamnya sebagai agen gerakan yang mensyirikkan Allah (NOI). Bertitik tolak daripada pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia Islam.

Kesannya, beliau mula memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih di US. Perubahan Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin kepada kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika. Tiga daripada pertubuhan ini yang telah mengangkat Malik Shabazz sebagai saudara dan pejuang Islam ortodoks ialah Pergerakan Darul Islam, Islamic Brotherhood, Inc., dan Parti Islam Amerika Utara. Dalam penerbitan al Jihadul Akbar dan al Taqwa pula, penerbitnya iaitu Dual Islam Movement mempertahankan Malik Shabazz daripada kecaman pihak NOI dan pergerakan Nasionalis Kulit Hitam lain yang mendakwa keputusan Malik menyertai komuniti Islam antarabangsa sebagai menyimpang daripada penyelesaian masalah sebenar Kulit Hitam di US. Beberapa artikel turut diterbitkan dalam al Islam, sebuah penerbitan Parti Islam Amerika Utara yang berpusat di Washington serta The Western Sunrise keluaran Islamic Brotherhood, Inc. yang beroperasi dari New York.

Dari satu aspek, penghijrahan Malik Shabazz ini bukan sahaja meletakkan Islam ortodoks pada mata masyarakat, malah dari satu aspek lain, turut menghangatkan lagi konflik dalaman yang membara di kalangan komuniti kecil Afrika-Amerika yang mengaku Muslim. Bagaimanapun, kesan daripada penghijrahan Malik ini telah menjadi asas kepada pemulihan hubungan antara kumpulan Sunni masyarakat Afrika-Amerika dan komuniti imigran Muslim yang semakin bertambah jumlahnya. Sebelum ini, kesatuan komuniti imigran Muslim langsung tidak tersusun malahan pegangan mereka terhadap Islam juga longgar. Mereka terpecah kepada dua serpihan iaitu kumpulan imigran awal yang terdiri daripada mereka yang berasal dari Timur Tengah, Eropah dan Asia Selatan; dan satu kumpulan lagi yang terdiri daripada para pelajar Muslim antarabangsa dari seluruh dunia.

Apa yang pasti, era awal 1960an menjadi satu titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni ortodoks muncul di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim antarabangsa mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini. Pada masa ini, idea Malik Shabazz telah diperkukuh lagi dengan usaha Imam Warith Deen Mohammed, anak dan pengganti kepada Elijah Muhammad. Sejak 1975, Warith Deen telah menukar pergerakan yang diasaskan ayahnya kepada badan yang berasaskan Sunni Islam yang sahih. Tindakan tersebut tidak terlepas daripada bangkangan dan perpecahan oleh golongan senior pergerakan itu. Kesannya, beberapa kumpulan muncul daripada perpecahan itu. Yang pertama dan yang paling utama ialah di bawah pimpinan Warith Deen sendiri. Pendirian kumpulan ini terhadap isu agama dan sekular termaktub dalam penerbitan mereka, Muslim Journal. Kumpulan yang kedua penting ialah NOI yang diberi nafas baru dan dipimpin oleh Louis Farrakhan. Selebihnya dipimpin oleh Silas Muhammad di Atlanta, John Muhammad di Detroit dan Khalifa Emmanuel Muhamad di Baltimore. Sebuah kumpulan baru di New York yang dinamakan Five Percenters juga muncul sebagai sebuah kumpulan yang agak kukuh. Setiap kumpulan serpihan ini kini beroperasi di satu atau lebih bandar-bandar besar US. Pengikut Warith Deen Mohammed pula telah menjadi mata rantai utama yang menghubungkan Muslim Sunni Afrika-Amerika dan kumpulan imigran Muslim di US.

Semua ini telah mengingatkan penulis kepada beberapa perkara mengenai Malik Shabazz setelah mengenang hampir 25 tahun beliau dibunuh.

Beliau seorang yang berani, seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah contoh seorang manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada belenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan masyarakat Kulit Hitam US di kelompok terendah masyarakat.

Beliau seorang Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk menentang ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya telah membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk menerima kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI setelah beliau mula sedar pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata.

Artikel ini ditulis pada sekitar penghujung 1980an oleh Sulayman S. Nyang (Ph.D.) dan diterbitkan oleh The Message Magazine dalam ruangan Great Muslims of the 20th Century.

Monday, April 7, 2008

RASULULLAH DALAM INGATAN

Maha Suci Allah yang memberikan kita hidayah penerang kegelapan, mengaruniakan nikmat Iman dan Islam kepada kita yang merupakan sebaik-baik nikmat. Maha Suci Allah mengutus Muhammad Bin Abdullah sebagai imam para nabi, pahlawan yang perkasa, penguasa yang adil, guru yang lemah lembut, pelindung yang penyayang, qudwah hasanah untuk manusia. Maha Suci Allah yang masih memberikan kita nafas di hari penuh bermakna ini untuk kembali menghayati, membersih diri, mengenang kembali, mengatur strategi, agar berjaya menjadi umat Rasulullah SAW yang diminumkan air dari tangannya yang mulia, diberi syafaat tatkala timbangan kita dikira.

Maha Suci Allah swt yang berfirman 'Wa rafa'na laka zikrak' yang bermaksud 'Dan Kamilah yang meninggikan peringatan Mu (Rasulullah SAW)' –Surah An-Nasyrah

Walahpun telah hampir 1417 tahun Baginda Rasulullah SAW telah meninggalkan kita, namun beliau masih dikenang dan akan terus dikenang sampai bila-bila. Kita sebagai umat Islam tidak dapat melupakan Baginda Rasulullah SAW yang telah menyelamatkan kita dari gelap jahiliyyah walaupun sesaat. Bagaimana bisa kita lupakan Baginda SAW sedangkan setiap solat kita berselawat keatasnya. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang begitu cintakan umat sehingga ke hujung hayat Baginda. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW sedangkan Beliaulah yang telah berkorban jiwa dan raga demi menyelamatkan umatnya. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan kita ma'iyyatullah tatkala berkata kepada Abu Bakar As-Syiddiq 'La tahzan innallaha ma'ana' 'Janganlah engkau takut sesungguhnya Allah SWT bersama-sama kita' yang sedang ketakutan di Gua Tsur dalam perjalanan ke Madinah.

Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan erti sabar tatkala Beliau mengikatkan perutNya dengan dua ketul batu untuk menahan lapar di peperangan khandak. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang mengajarkan erti kebersamaan tatkala mengajak semua Muslimin ikut bersama Rasulullah SWT menikmati seekor kambing yang dengan mukjizatNya tak kunjung habis walau dijamah seluruh muslimin ketika itu. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW sedangkan Bagindalah yang mengajarkan erti qona'ah tatkala Umar Al-Khattab RA menangis melihat bekas dibadan Baginda SAW akibat tidur tanpa alas sedang kaisar Roma dan Parsi ketika itu hidup dalam kemewahan lalu Baginda SAW menjawab "Apakah engkau meraguiku, mereka adalah golongan yang didahulukan nikmat di dunia. Sungguh dunia bagiku adalah seperti pengembara yang berteduh dibawah sebatang pohon". Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang mengajarkan kita budi pekerti tatkala Baginda SAW menziarahi wanita yahudi yang sakit padahal wanita itu melempari Baginda dengan kotoran setiap kali Baginda ke Masjid. Bagaimana Mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan kita bagaimana berlaku adil tatkala berkata "Dimana aku esok? Dimana aku esok?" ketika Baginda sakit dirumah Maimunah Radiallahu 'Anha agar isteri-isteri Baginda memperingatkan Baginda untuk tetap berlaku adil dan berada di rumah isteri yang sepatutnya walaupun baginda sedang sakit. Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW sedangkan Bagindalah yang telah mengajarkan kita tawaddu' dan ringan tulang tatkala beberapa sahabat membahagi-bahagikan tugas untuk menyiapkan makanan dan setelah semua mendapat tugas Baginda berkata "dan aku akan mencari kayu api." Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda yang telah mengajarkan erti disiplin tatkala berkata "Istaqim ya sawad!" "Berdirilah dengan lurus dalam barisan wahai sawad !". Bagaimana mungkin kita lupakan Baginda SAW yang telah mengajarkan kita setiap hal dan sisi dalam kehidupan manusia.

Baginda SAW pernah berkata aku ingin sekali (Baginda menggunakan perkataan wadadtu yang merupakan keinginan yang lahir akibat cinta yang mendalam) untuk bertemu dengan saudara-saudaraku lalu para sahabat berkata tidakkah kami tergolong dalam saudara-saudaramu, baginda berkata kalian adalah sahabat-sahabatku namun yang aku maksud adalah mereka yang beriman pada masa akan datang setelah kewujudanku tiada lagi.


Begitu besar cinta baginda SAW terhadap kita, namun apakah Baginda bertepuk sebelah tangan. Bagaimanakah kita yang mengaku umattnya, apakah kita mencintai Baginda SAW lebih dari segala-galanya seperti yang Baginda SAW ajarkan. Bukankah manusia ketika mencintai seseorang selalu ingin dan berusaha untuk bertemu dengan kekasih mereka, apakah kita ingin dan berusaha untuk bertemu kekasih kita yang agung?

Sunday, April 6, 2008

UMMU SALAMAH | ‘Zaadur Raakib’ (Penyantun Musafir)

Ummu Salamah; nama yang tercatat dalam Sirah Nabawiyyah. Seseorang yang tidak sepatutnya kita tidak kenali. Ummu Salamah adalah merupakan anak kepada keluarga bangsawan. Ayahnya adalah merupakan pemimpin Bani Makhzum1 yang dihormati dan terkenal sebagai seorang yang amat pemurah. Dia digelar orang dengan gelaran ‘Zaadur Raakib’ (penyantun musafir) kerana setiap musafir yang datang ke rumahnya atau berjalan bersama-sama dengannya akan diberinya hadiah bekalan.

Suami Ummu Salamah, Abdullah bin Abdil Asad, adalah termasuk dalam kelompok Assabiquunal Awwalun2. Yang mendahuluinya masuk Islam adalah Abu Bakar As-Siddiq dan beberapa orang yang lain lagi. Ummu Salamah juga masuk Islam bersama-sama suaminya, oleh itu beliau juga tergolong dalam kelompok Assabiquunal Awwalun.

Nama Ummu Salamah yang sebenarnya adalah Hindun Binti Abi Umayya. Dia dipanggil ‘Ummu Salamah’ kerana anaknya bernama Salamah. Tetapi kemudiannya, gelaran itu lebih terkenal daripada namanya yang sebenar.


Apabila berita kemasukan Ummu Salamah dan suaminya ke dalam Islam telah tersebar, kaum Quraisy sangat marah dan melancarkan pelbagai bentuk serangan dan penderaan bagi memaksa mereka untuk kembali meninggalkan Islam. Tetapi seksaan-seksaan yang mereka terima tidak sekali-kali membuatkan mereka undur daripada Islam. Apabila penyeksaan yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy bertambah dahsyat, Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kaum muslimin untuk pergi berhijrah ke Habsyah (Etopia)3. Ummu Salamah dan suaminya adalah antara orang yang pertama pergi berhijrah, meninggalkan segala harta dan kemuliaan mereka di belakang demi mencari ketenangan dan keredhaan Allah semata-mata.

Setelah agak lama mereka berada di Habsyah, kerinduan terhadap tanah air mereka semakin lama semakin menebal. Sehingga pada suatu ketika, apabila mereka mendengar bahawa sudah semakin ramai orang yang memeluk agama Islam, termasuklah ‘Umar Al-Khattab, mereka berasa cukup gembira. Kemasukan orang seperti ‘Umar, dan juga Hamzah, pastinya dapat mengimbangi keganasan kaum kafir Quraisy. Lalu Ummu Salamah dan suaminya pulang ke Mekah. Tetapi, ternyata jangkaan mereka bahawa penyeksaan kaum kafir Quraisy sudah menurun, meleset.

Penyeksaan yang dilakukan oleh pihak kafir Quraisy malahan semakin dahsyat, semakin menguji ‘aqidah dan keimanan mereka. Namun, mereka tidak sekali-kali berganjak daripada Islam. Sehinggalah ke saat apabila Rasulullah memerintahkan untuk kaum muslimin berhijrah ke Madinah, Allah S.W.T. masih lagi memberikan ujian yang cukup hebat untuk Ummu Salamah dan Abu Salamah.

Apabila tiba waktu untuk berhijrah, Abu Salamah telah mempersiapkan seekor unta sebagai kenderaan. Ummu Salamah dan anak mereka dinaikkkan oleh Abu Salamah ke atas unta, dan beliau sendiri menuntun unta itu berjalan tanpa henti, tanpa menoleh lagi ke belakang. Apabila hampir sampai ke sempadan wilayah Mekah dan Madinah, beberapa orang dari Bani Makhzum menghalang mereka.

Mereka berkata: “Hai Abu Salamah! Anda boleh meninggalkan negeri ini. Tetapi isterimu jangan dibawa. Kami tidak dapat membiarkan anda membawanya ke mana-mana, kerana dia adalah dari suku kami.”


Lalu mereka pun menyerang Abu Salamah. Ummu Salamah dan anak mereka dirampas oleh kaum Bani Makhzum daripada Abu Salamah. Apabila Bani Asad, suku Abu Salamah mendengar tentang peristiwa itu, mereka pun menjadi marah.Mereka berkata, “Demi Allah! Kami tidak dapat membiarkan kamu membawa anak kecil itu (Salamah). Kamu boleh merampas ibunya daripada suaminya, tetapi anak kecil itu adalah anak cucu kami. Kerana itu kami lebih berhak daripada kalian.”

Anak Ummu Salamah telah direbutkan oleh kedua-dua suku ini, sehingga terkehel tangannya. Akhirnya keluarga Ummu Salamah terpisah. Suaminya terus ke Madinah untuk menyelamatkan agama dan dirinya. Anak mereka dirampas oleh Bani Asad, dan Ummu Salamah sendiri ditahan oleh Bani Makhzum. Ummu Salamah dijaga ketat di tempat Bani Makhzum, dan dirinya cukup menderita kerana terpisah daripada anak dan suami tercinta. Setiap hari, Ummu Salamah menangis mengenangkan nasibnya, serta anak dan suaminya.

Lebih kurang setahun lamanya, Ummu Salamah ditahan oleh kaumnya. Sehingga pada suatu hari salah seorang saudaranya kasihan melihatnya. Lalu saudaranya itu pergi kepada kaumnya dan berkata: “Sampai bilakah kalian akan memperlakukan perempuan seperti itu, tersiksa seorang diri? Kalian pisahkan dia daripada suami dan anaknya. Alangkah kejamnya kalian!”


Akhirnya mereka pun mula berlembut dan seterusnya mengizinkan Ummu Salamah untuk pergi mengikuti suaminya. Tetapi Ummu Salamah tidak dapat ke Madinah, kerana anaknya masih lagi ditahan di Mekah. Ummu Salamah tidak dapat makan dan minum, tidak dapat tidur, kerana mengenangkan nasib anaknya yang tidak diketahuinya. Akhirnya, beberapa orang yang kasihan dengan Ummu Salamah pergi berbincang dengan kaum Bani Asad, sehingga akhirnya mereka menyerahkan kembali Salamah kepada ibunya. Lalu si ibu pun berangkat dengan anaknya berdua ke Madinah.

Sampai di Madinah, keluarga Abu Salamah bersatu semula. Mereka berasa sangat bahagia dan gembira. Tetapi, ujian Allah terus datang kepada hamba-hamba-Nya yang cinta kepada-Nya. Rumahtangga Ummu Salamah teruji lagi. Perang Badar terjadi. Abu Salamah turut pergi berperang, dan beliau pulang dengan selamat membawa kejayaan di pihak umat Islam.

Selepas itu, terjadi pula perang Uhud. Abu Salamah turut pergi berperang. Kali ini, tentera Islam kalah4 dan Abu Salamah pulang dalam keadaan cedera. Beliau berusaha untuk mengubatinya cederanya itu tetapi tidak juga sembuh, malah menjadi semakin teruk. Sehingga sampai ke tahap Abu Salamah hanya mampu berbaring di tempat tidurnya, dijaga dan dirawat oleh Ummu Salamah.

Pada suatu hari ketika Ummu Salamah sedang mengubati suaminya, Abu Salamah berkata, “Ya Ummu Salamah! Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Apabila seseorang ditimpa sesuatu musibah, hendaklah dia membaca istirja’5, dan berdoa: Wahai Allah, aku berserah diri kepada Engkau berhubung dengan musibah yang menimpaku ini. Wahai Allah! Gantikanlah aku baginya dengan yang lebih baik. Nescaya Allah akan memperkenankan.’” kata beliau.


Cukup lama Abu Salamah sakit di tempat tidurnya, sehingga pada suatu hari apabila Rasulullah s.a.w. datang melawat, Abu Salamah meninggal dunia. Rasulullah menutup mata sahabatnya itu dengan tangannya yang suci. Kemudian beliau memandang ke langit dan berdoa: “Wahai Allah! Ampunilah Abu Salamah. Angkatlah darjatnya setaraf dengan orang-orang muqarrabin. Gantikanlah dia bagi keluarga yang ditinggalkannya. Ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan semesta alam. Lapangkan dan beri dia cahaya dalam kuburnya.”

Ummu Salamah teringat hadis yang diceritakan oleh suaminya daripada Rasulullah, lalu beliau pun membaca: “Wahai Allah! Saya berserah diri kepada Engkau berhubung dengan musibah yang menimpa diriku ini...”.


Tetapi Ummu Salamah tidak melanjutkan doanya kerana Ummu Salamah tertanya-tanya dalam dirinya: “Siapakah lagi yang lebih baik daripada Abu Salamah?” Sebab itu Ummu Salamah tidak meneruskan doanya.

Namun, janji Allah dan Rasul-Nya adalah janji yang pasti! Kaum muslimin seluruhnya menyedari hak Ummu Salamah terhadap mereka. Oleh sebab itu, apabila ‘iddah Ummu Salamah habis, Abu Bakar datang melamar Ummu Salamah, tetapi Ummu Salamah menolak. Kemudian, ‘Umar pula pergi melamar, juga ditolak. Sesudah itu, datanglah junjungan mulia, Rasulullah pergi melamar Ummu Salamah.

Ummu Salamah berkata: “Ya Rasulullah! Saya ada tiga masalah yang perlu diambil kira. Pertama, saya wanita yang kuat cemburu, kerana itu saya takut kalau-kalau Rasulullah menemui pada diri saya sesuatu yang tidak menyenangkan, sehingga saya berdosa dan disiksa Allah kerananya. Kedua, saya sudah tua, tidak mungkin untuk kahwin lagi. Ketiga, saya sudah mempunyai anak. Nah, bagaimana mungkin saya bersuami kembali?”


Jawab Rasulullah s.a.w.: “Soal cemburu yang engkau katakan pertama, insya’Allah saya doakan semoga Allah menghilangkannya daripadamu. Adapun soal usia, bukankah saya pernah mengahwini wanita yang lebih tua daripada usia saya? Soal ketiga, anak. Anakmu anak saya juga.”

Tidak lama selepas itu, Ummu Salamah pun berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Allah S.W.T. telah mengabulkan doa Rasulullah untuk menggantikan Abu Salamah dengan seorang yang lebih baik.

Semenjak hari itu, Ummu Salamah bukanlah ibu bagi Salamah seorang, tetapi juga ibu bagi seluruh orang yang beriman. Tergolonglah beliau sebagai salah seorang Ummul Mukminin6.

_______________________

Nota ringkas:


1 Bangsa Arab hidup dalam keadaan yang berpuak-puak mengikut suku kaum keturunan. Suku kaum keturunan ini berdasarkan kepada tempat asal nenek moyang mereka masing-masing. Kesukuan dan kepuakan bangsa Arab adalah sangat kuat dan mereka sangat menjaga nasab (keturunan). Boleh dikatakan setiap suku kaum adalah merupakan bangsa dan pemerintahan yang tersendiri. Suku Quraisy adalah merupakan suku bangsa Arab yang paling mulia, keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Bani Makhzum adalah merupakan salah satu keluarga dalam suku kaum Quraisy, sama seperti Bani Hasyim yang daripadanya lahir Rasulullah s.a.w.

2 Assabiquunal Awwalun ini adalah kelompok sahabat-sahabat yang mula-mula memeluk agama Islam, yakni pada ketika dakwah Rasulullah berada di peringkat rahsia. Mereka ini sering berkumpul di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam untuk belajar tentang Islam daripada Rasulullah s.a.w.

3 Dalam sejarah Islam, peristiwa hijrah berlaku dua kali. Hijrah yang pertama hanya disertai oleh kaum muslimin yang bilangannya kecil. Dalam Fiqh Sirah, Said Ramadhan Al-Buti menyatakan jumlahnya lebih kurang 80 orang. Hijrah yang ini adalah hijrah yang pertama ke Habsyah. Rasulullah menyuruh para sahabat berhijrah ke Habsyah kerana Habsyah pada ketika itu berada di bawah pemerintahan Raja Najasyi yang adil. Raja Najasyi adalah penganut agama Nasrani yang tulen, agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Apabila kaum muslimin ini telah berhijrah ke Habsyah, pihak kafir Quraisy telah menghantar dua orang utusan sebagai wakil pemerintah Mekah untuk meminta Raja Najasyi menyerahkan kembali pelarian muslim yang berada di Habsyah. Namun, atas keadilannya, setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak, Raja Najasyi mengakui kemuliaan ajaran Islam dan enggan menyerahkan orang-orang muslim tersebut kepada pihak kafir Quraisy.

4 Kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud adalah kekalahan yang pertama dan terakhir. Kekalahan tersebut adalah disebabkan ada beberapa orang tentera Islam yang melanggar arahan yang telah diberikan kepada mereka. Akibatnya tentera Islam tewas. Rasulullah s.a.w. sendiri patah giginya dan pengsan seketika dalam perang ini. Walau bagaimanapun, peristiwa perang Uhud ini sebenarnya adalah merupakan satu tarbiyyah dan pengajaran daripada Allah S.W.T. Strategi perang ini telah diputuskan oleh mesyuarat, dan bukan oleh keputusan Rasulullah s.a.w. seorang diri. Apabila tewas, ramai yang beranggapan tidak perlu bermesyuarat lagi, cukuplah Rasulullah s.a.w. seorang membuat keputusan kerana keputusan mesyuarat mereka ternyata membawa kesan buruk kepada tentera Islam. Kemudian, turunlah ayat Al-Quran yang menyatakan tentang keutamaan mesyuarat. Oleh sebab itu Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady dalam mengupas persoalan syura ini ada menulis bahawa apabila satu keputusan telah diputuskan oleh mesyuarat, sama ada natijah keputusan itu positif atau negatif, itulah keputusan yang terbaik. Selain daripada itu, keputusan yang telah dibuat harus dipatuhi dengan disiplin. Apabila tiada disiplin, maka umat akan tewas.

5 Kalimah istirja’ adalah: innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun (sesungguhnya dari Allah kami datang, dan kepadaNya kami kembali.). Kalimah istirja’ ini disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 156. Hadis Rasulullah itu adalah merupakan penerangan kepada ayat ini.

6 Ummul Mukminin bermaksud ibu bagi orang-orang yang beriman. Gelaran ini adalah gelaran yang diberikan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan ketinggian darjat mereka.

Bacaan Popular