Monday, July 29, 2013
7 Kualiti Generasi Perubahan Ummah
Wednesday, July 17, 2013
LEADERSHIP SKILL : KEKUASAAN HARUS DI REBUT
Sunday, April 21, 2013
HINDARKAN PERPECAHAN SATUKAN SUARA
Sunday, May 18, 2008
Bingkisan Maulidur Rasul
Izinkan saya untuk menggunakan kalimah ‘sahabat’ ketika memanggil kalian, kalimah yang mengandungi jutaan makna tersirat. Kalimah tersebut digunakan oleh Rasulullah saw ketika memanggil sahabatnya meskipun Rasulullah kadangkala seperti guru untuk anak muridnya atau barangkali seperti seorang ayah untuk anaknya. Kalimah yang merealisasikan hadis, "Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari & Muslim) .
Kalimah ‘sahabat’ ini membuatkan kaum Ansar sanggup menyerahkan hatta rumah mereka kepada Muhajirin. Kita berdoa moga Allah mentautkan hati kita semua untuk berada pada jalanNya dan mampu mengimani hadis ini.
Sahabat-sahabat maya sekalian,
Semalam ustaz mengatakan sekiranya kita mendengar doa atau kata-kata kebaikan, hendaklah kita mengaminkannya. Kita berdoa pada Allah agar pertemuan kita menerusi warkah-warkah maya ini menjadi tempat untuk kita menyiram dan membaja iman kita. Moga pertemuan ini juga mampu menyuburkan kembali qalbu-qalbu yang selama ini gersang. Kita doakan agar diri kita menjadi batu-bata terbaik yang akan mendirikan semula bangunan Islam yang pernah runtuh. Kita berdoa agar kita dapat meneruskan kembali dan mewarisi perjuangan Rasul-Rasul terdahulu.
Sahabat-sahabat sekalian,
Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Rasulullah saw. Ustaz kata kita perlu ziarah Rasulullah saw tiap-tiap hari dan bukan pada hari ini sahaja. Barangkali ada di antara kita yang tertanya-tanya, apa yang dikatakan menziarahi Rasulullah saw tiap-tiap hari itu? Adakah dengan menziarahi baginda di Masjid Nabawi, Madinah? Kata ustaz, menziarahi Rasulullah saw tiap-tiap hari adalah dengan membaca sirah perjuangannya, mengamalkan sunnahNya, dan membaca Kalamullah yang menjadi penenang hatinya. Dan sememangnya semua itu menjadi motivasi buat kita.

Sahabat-sahabat sekalian,
Ustaz katakan lagi bahawa di zaman ini manusia menyebut Allah dan Rasulullah saw seperti menyebut air atau perkara lainnya. Seolah-olah tiada zuq atau roh ketika menyebut keduanya. Kata ustaz, untuk mengenali Rasulullah saw, kita perlu mengenali Allah Taala terlebih dahulu. Bagaimana untuk mengenali Allah? Salah satunya adalah dengan memahami sifatNya AlKhaliq, Maha Pencipta. Apa bezanya ciptaan Allah dengan ciptaan manusia? Allah mencipta sesuatu dari tiada kepada ada. Tetapi manusia, hanyalah mencipta sesuatu dari ada kepada ada yang lain. Manusia hanya tahu modify sahaja sebenarnya, bukannya mencipta. Manusia tidak akan sesekali mampu mencipta hatta sekepak nyamuk atau setitis darah. Tidak akan sesekali manusia mampu melakukannya.
Sahabat-sahabat sekalian,
Ayuh kita renungi tanda-tanda kekuasaan Allah.
Kemudian akan Kami tunjukkan tanda-tanda (kekuasaan) Kami pada alam dan pada diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini (AlQuran) adalah kebenaran (Surah AlFussilat:53)
Tanda-tanda kekuasaan Allah bermula dari sekecil-kecil ciptaan sehingga sebesar-besarnya. Cuba renungi seketika akan makhluk-makhluk Allah yang hanya mampu dilihat oleh mikroskop elektron sahaja. Kemudian renungi hakikat ciptaan bumi ini. Allah mengetahui setiap daun yang gugur dan segala perilaku hambaNya. Dan kemudian fikirkan seketika tentang galaksi Bima Sakti. Hayati juga ciptaanNya yang lebih luas iaitu Lohong Hitam misalnya. Cuba bayangkan bahawa kita di angkasa dan sedang melihat semua ciptaan ini. Di mana hakikatnya kita? Terlalu kerdil untuk dibandingkan hatta dengan bumi, apatah lagi dengan galaksi Bima Sakti dan yang lainnya. Tanyakan kembali dalam diri sendiri, adakah semua ini tercipta dengan sendiri. Tidak, bukan? Dialah Allah yang mencipta semua ini. Mampukah kita untuk bongkak pada Allah setelah melihat kekuasaanNya? Tidak sesekali. Dan Allah yang memiliki semua kekuasaan inilah yang telah mengutuskan Rasulullah saw.

Sahabat-sahabat sekalian,
Rasulullah saw adalah qudwah hasanah, sebaik-baik contoh ikutan kerana akhlaqnya adalah AlQuran. Bagaimana caranya untuk mengadaptasi qudwah hasanah ini dalam kehidupan kita sehari-hari? Jawapan ustaz mudah sahaja, iaitu dengan mengamalkan sunnahnya. Kata ustaz lagi, jawapan itu sungguh mudah tetapi begitu sukar untuk mempraktikkannya. Apakah itu sunnah? Terlalu banyak sunnah baginda seperti berserban, bercelak, berjubah dan lainnya. Tapi apakah dia sunnah yang paling besar yang baginda lakukan? Sunnah terbesar tersebut adalah DAKWAH.
Kita imbas kembali saat penurunan wahyu kedua surah AlMudathir. Di saat Rasulullah saw begitu bimbang dan ketakutan bertemu Jibril, Rasulullah pulang ke rumah dan meminta isterinya Khadijah menyelimutkannya. Cuba bayangkan kalau kita sendiri bertemu dengan satu makhluk yang tidak pernah kita temui sebelumnya. Bagaimana perasaannya? Takut bukan? Dan itulah yang dirasakan oleh Rasulullah saw. Tetapi kemudian turunlah ayat dari surah AlMudathir. Ya Ayyuhal Mudathir. Qum faanzir...Wahai orang yang berselimut, bangunlah dan berilah peringatan.. . Allah guna dalam ayat kedua tersebut fa (faanzir).
Apa beza ‘fa’ dan ‘saufa’? Macam kitalah kan,dah makan dan lepas tu nak basuh tangan. Tapi kita sempat nak jalan berlenggang nak pergi dapur untuk basuh tangan. Itulah ’saufa’ , ada sela masa di antara perbuatan kita. Tapi dalam ayat ini Allah guna fa yang membawa maksud bangun terus dan beri peringatan. Apa yang Rasulullah lakukan? Rasulullah saw bangun dan membuka selimutnya terus dan mengatakan pada Saidatina Khadijah, ’ Telah berlalu masa tidurku’.
Sejak saat itu Rasulullah saw terus berdakwah sehingga akhir hayatnya. Dan inilah sunnahNya yang paling besar. Tanyakan pada diri kita, kita dah ’qum faanzir’ atau belum? Kita dah berikan peringatan atau belum? Sama-sama kita memperbaiki diri. Kerana usaha dakwah Rasulullah saw, kita dapat merasai kelazatan nikmat iman dan islam. Dan kita mengenali nikmat yang paling besar iaitu nikmat mengenal pencipta kita, Rabb sekalian alam iaitu Allah.
Kenapa agaknya Rasulullah saw berdakwah? Sebab kasih dan sayangnya pada kita. Tidak pernah sesekali beliau berasa tenang apabila melihat ummahnya. Rasulullah bersedih melihat kehancuran dan kesesatan kaumnya kerana baginda tahu semua itu mampu membawa kaumnya kepada kemurkaan Allah. Allah gambarkan perasaan baginda ini dalam Surah AlKahfi ayat 6. ”Maka (Apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman dengan keterangan ini (AlQuran)”. Kesedihan inilah juga yang perlu ada dalam hati kita melihat ummah ini. Dan kerana semua inilah kita juga berjanji untuk memikul tugas dakwah ini.
Sahabat-sahabat sekalian,
Pena maya ini bakal berundur. Namun izinkan saya mengulang kembali kisah ini.
Kisah pertemuan baginda dengan sahabat-sahabatnya. Di saat mana Rasulullah mengatakan dia merindui saudara-saudaranya, suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangka n kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas
Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.
Friday, May 9, 2008
SULTAN ABDUL HAMID II:Dari Istana Yildiz ke Pembuangan di Salonika

“Kenapa?”, cikgu bertanya balik kepada saya.
“Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Ataturk yang pelik sikit”, saya cuba mengungkapkan apa yang saya lihat di buku teks kami itu.
“Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku”, cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu saya memanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekat selepas itu, saya tiba di Turki.
Saya agak terkejut semasa melalui kawasan Pendik untuk ke rumah Adnan Bey. Sekumpulan lelaki pertengahan umur membaling batu ke poster yang terlekat di tembok jalan.
Ia adalah poster Sultan Abdul Hamid. Wajah yang saya saya lihat di buku teks dahulu. Kini wajah itu dibaling batu. Kenapa mereka bertindak begitu? Hati saya begitu tersentuh. Sultan Abdul Hamid dibenci oleh ramai orang sejak di zaman hidupnya, sampailah ke hari jasa dan baktinya mahu dikenang di dalam sebuah seminar yang diposterkan. Walhal, setiap kali saya membaca mengenai beliau, saya semakin sebak dan kecewa kepada suatu fitnah besar-besaran, bahawa Sultan Abdul Hamid itu digelar sebagai Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi dan pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya, dan 1001 lagi tohmahan dunia kepadanya.
Mengapa engkau dibenci begitu sekali oleh manusia dunia ini?
Sesungguhnya perbuatan lelaki itu yang membaling batu kepada poster Sultan Abdul Hamid II, menghilangkan ceria saya ketika tiba di rumah Adnan Bey, guru sejarah saya di Turki.
“Hasrizal, Sultan Abdul Hamid telah membayar harga yang mahal untuk Islam dan Ummah. Saya yakin negara kamu juga ada kesan dakwah Sultan Abdul Hamid. Seruan Pan-Islamism baginda, tersebar ke seluruh ceruk rantau alam. Malaysia juga tidak terkecuali”, Adnan Bey cuba mententeramkan saya sambil menuang cay panas ke cawan.
Ya, memang dakwah Sultan Abdul Hamid sampai ke Tanah Melayu. Namanya disebut di dalam khutbah Jumaat. Datuk nenekku mendoakannya ketika Khilafah retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan-Islamism ke Kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad Kamil Bey tidak baik. Hayatnya tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untuk mengancam kuasa Koloni British.
Bukan sahaja di Tanah Melayu, seruan Pan Islamism sampai ke Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun.
“Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kita untuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam. Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antara engkau dan aku”, begitulah surat Mutsuhito kepada Sultan Abdul Hamid.
Seruannya melata dari Ghana hingga ke Korea, melangkau ke Jepun, di tangga istana maharaja. Demi perpaduan umat Islam sedunia, Sultan Abdul Hamid gigih menjalankan tanggungjawab baginda.
Saya minta izin untuk pulang awal. Saya mahu ke Beyazid, melawat makam Sultan Abdul Hamid. Adnan Bey melepaskan saya dengan senyuman.
“Jangan emosi sangat”, katanya sambil melambai kepada saya yang melangkah masuk ke dolmus.
Ketika di Uskudar, mata saya sayup memandang ke Istana Caragan di seberang Bosphorus.
“Baik aku ke Besiktas terlebih dahulu”, saya menukar plan.
Ketika kapal beransur lesu meninggalkan Uskudar, hati saya semakin resah. Kabus musim sejuk yang mengundang mendung di Selat Bosphorus menambahkan lagi perasaan sedih saya yang entah di mana hujung pangkalnya.
Tiba di Besiktas, saya mengambil bas untuk ke Istana Yildiz. Selalunya saya ke sana kerana mahu membaca buku. Tetapi kali ini saya bagai kebingungan terpukau untuk ke sana meredah sejuk tengah hari itu. Semata-mata kerana jiwa saya yang luka ketika melihat poster Sultan Abdul Hamid dibaling batu. Saya menapak laju ke Istana Yildiz, seperti mahu memberitahu kepada Sultan betapa jahil dan zalimnya rakyat baginda bertindak sedemikian rupa
“Beritahu mereka Tuanku, bahawa mereka sudah tersilap. Penghinaan mereka kepadamu adalah suatu kesilapan yang besar”, saya terkumat kamit sendirian.
Akhirnya saya tiba di Masjid Hamidiye Yildiz. Ia terletak tidak jauh daripada pintu masuk istana.
“Ayahanda lihat, orang ramai sudah mula memuji kecantikan rupa parasmu. Mulai hari ini ayahanda mahu anakanda memakai hijab yang sempurna kerana anakanda sudah menjadi wanita dewasa”, saya bagai terngiang mendengar suara Sultan Abdul Hamid kepada anaknya Aishah semasa mereka melintas di hadapan Masjid Yildiz ini.
Saya tunduk.
Di hadapan masjid ini, terlalu banyak yang telah berlaku. Baginda Sultan Abdul Hamid pernah cuba dibunuh ketika bom diletakkan di kereta kuda baginda. Pengeboman itu berlaku sejurus selepas solat Jumaat. Allah masih mahu Sultan Abdul Hamid bertakhta memimpin umat.
Di hadapan istana ini, baginda sering mengerjakan solat dan keluar menyapa rakyat yang dekat di hati baginda. Di situ juga, baginda yang menunggang kereta kuda bersama anaknya Aishah, menitahkan agar anaknya bertudung sempurna kerana usik-usik mereka di jalanan adalah petanda kedewasaan puteri baginda Aishah Osmanoglu.
Saya mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid di tengah-tengah dewan. Masjid sepi. Hanya ada beberapa orang tua yang bongkok menatap mushaf usang di tingkap masjid mencari sedikit cahaya.
“Ya Allah, apakah yang telah berlaku kepada umat ini?”, saya menadah tangan memohon jawapan dari Allah.
Dari pintu masjid, saya merenung sayup-sayup istana kayu Yıldız. Ia adalah kediaman baginda Sultan Abdul Hamid, selepas berpindah meninggalkan kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini bermastautin di Istana Dolmabahce. Engkau benar-benar pemimpin yang terpuji…
â€Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbulâ€, saya membaca kembali diari Sultan Abdul Hamid yang tergenggam di tangan.
Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yıldız. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Paşa, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptanî, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
â€Å“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?â€, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.
â€Å“Ummah telah memecat kamuâ€, Esat PaÅŸa memberitahu. Angkuh benar bunyinya.
Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
â€Å“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?â€, baginda berfikir.

â€Å“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?â€, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
â€Å“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?â€, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
â€Å“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam ituâ€, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.
Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
â€Å“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kamiâ€, Esat PaÅŸa menyambung katanya.
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda, Åžadiye. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
â€Å“Bawa adik-adik kamu ke dalamâ€, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.
â€Å“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana ÇaraÄŸan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan merekaâ€, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.
Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.
Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.
â€Å“Allahu Akbar, Allahu Akbar!â€, azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana Yıldız itu.
Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahu berhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.
Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru, Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf di depan masjid. Dua rakaat Rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaan yang sukar saya ungkapkan dengan bicara.
Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turut sedih mengiringi perjalanan saya menjejak tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalan menuju ke Barbaros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.
Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberang bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yang telah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Ia mengundang bangga dan syukur.
Tetapi bukan itu yang mahu saya kenangkan.

Stesyen Keretapi Sirkeci
Saya melangkah menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci, tempat Sultan Abdul Hamid beserta sekalian isteri dan anaknya dihantar pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana buruk milik Yahudi di Salonika, pembuangan negara sebelum seluruh khilafah dimusnahkan di tangan musuh Allah; si Yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.
Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V ReÅŸad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V ReÅŸad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.
â€Å“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaanâ€, kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.
â€Å“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semuaâ€, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.
Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.
Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.
â€Å“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad iniâ€, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.
Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.
Saya tinggalkan Sirkeci dan melangkah membawa diri ke stesyen tram. Saya mahu ke Beyazid.
Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.
Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.
“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.
Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.
“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.
Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.
Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makam Sultan Abdul Hamid
â€Å“Akhirnya di sini tubuhmu bersemadi. Maafkan saya Tuanku kerana tidak segagahmu untuk mempertahankan Ummah iniâ€, saya berdiri sepi di dinding makam.
Akhirnya, petang itu saya coretkan kenangan melalui sebuah nasyid yang saya cipta di sisi makam Sultan Abdul Hamid:

Sebuah taman bernama Daulah
Retak seribu oleh kesombongan bangsa
Seorang khalifah yang gigih memerintah
Mengekang rekah dari terbelah
Bagai terdengar bisikan di pusaramu
â€Å“Ya Muslimi al-Aalam, Ittahidu!â€
(Wahai Muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)
Di sisi persemadianmu
Kuterkenang semalam
Hari-hari indah bahagia
Islam pernah gemilang
Tiada penderitaan
Keimanan pun dirasa
Islam yang gagah bertakhta
Rahmat alam semesta
Langit tidak akan cerah selamanya
Mendung datang bersama gerimis kedukaan
Rebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitam
Kekallah dunia dalam hina selamanya
Bumi Turki menyaksikan pengkhiatan agama
Mahkota negara jatuh gugur berkecai tidak tersisa
Lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan yang berdusta
Islam dan al-Quran diperhina terpenjara
Seorang iblis yang durjana
Bertopengkan manusia
Membutakan mata rakyatnya
Dengan janji dunia
Bagai tak punya agama
Hidup membina harta
‘Islam Baru’ yang dicipta
Jauh dari Tuhannya
Manusia yang mulia di bumi yang bahagia
Kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
Namun lupakah engkau Islam itu di tangan Tuhannya
Langit tidak akan mendung selamanya
Bumi Turki menyaksikan kebangkitan kali kedua
Menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
Bersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang Esa
Islam akan dikembalikan ke takhtanya
Lagu / Lirik / Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Dunia Ini (1996)
â€Å“Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatkuâ€, Sultan Abdul Hamid menulis suara hatinya ketika di pembuangan di Salonika, Greece.
â€Å“Hamba di sini Tuankuâ€, saya menadah tangan memohon taufik dari-Nya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
15 Oktober 2006 / 22 Ramadhan 1427
ESQ Leadership : Dr Ary Ginanjar Agustian
Kecerdasan Spiritual
Spiritual Era
Psikologi Asmaul Husna
Zero Mind Process
Saturday, May 3, 2008
Pemimpin dan pengikut yang "Magnetik"

3 Mei setiap tahun. Tarikh yang pasti diingati oleh sesiapa yang menghargainya. Perginya insan hebat dikenang selamanya. Hari ini ( 3 Mei ) adalah tarikh pemergian salah seorang tokoh hebat pemimpin dunia Islam, Sultan Muhammad al-Fatih. Jika kita tinjau semula rentetan sejarah hidup beliau, pasti kita akan merasa kagum dengan kehebatan dan kebijaksananaan Sultan Muhammad al-Fatih bersama tentera-tenteranya. Dalam usianya baru 19 tahun, beliau telah mentadbir sebuah kerajaan !Kejayaan mereka menawan Kota Constantinople ( sekarang dikenali sebagai Kota Istanbul ), yang mana kota tersebut sudah lama cuba ditawan oleh pemimpin-pemimpin dan tentera-tentera Islam yang lain semenjak 800 tahun sebelum itu lagi, sudah pasti diingati selama-lamanya. Jika dinilai dengan teliti pada zaman yang belum moden seperti itu, strategi peperangan mereka diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.
Apakah keistimewaan Kota Constantinople ini sehingga mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya?
"Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin ( penawanan )nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera ( yang menawan )nya"
[ HR Imam Ahmad al-Musnad 14:331 #18859 ]
Membentuk sebuah jemaah yang hebat bukanlah semudah kata-kata. Menjadi seorang pemimpin atau pengikut yang magnetik mesti memiliki sifat, tabiat, perangai dan mentaliti sebagai seorang team player. Cuba bayangkan seorang pemain dalam sesebuah pasukan bola sepak.
Contohnya: Cristiano Ronaldo. Dia mungkin mempunyai skill individu yang luar biasa. Tetapi mustahil untuk dia memastikan pasukannnya dalam kelab Manchester United menjulang apa jua trofi sekiranya hanya dia seorang sahaja yang ke sana ke mari membawa bola sedangkan orang lain buat tak tahu je.
Betul tak?
Sebaliknya, pemain lain seperti Paul Scholes, Park Ji Sung, Ryan Giggs, Gabriel Heinze, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Wayne Rooney, Lois Saha dan lain-lain mestilah memberikan sepenuh komitmen, iaitu dengan matlamat yang satu melalui gaya dan kemahiran masing-masing dalam membentuk sebuah pasukan yang kukuh dan mantap !
Saya cukup terharu hasil diskusi bersama-sama sahabat semalam. Alhamdulillah, akhirnya kita dapat simpulkan perbezaan fikrah ini dengan sebaik mungkin. Sungguh teruja atas keterbukaan kalian semua. Bagi saya, keterbukaan kita untuk bertolak ansur terhadap perbezaan sesama kita, adalah suatu tuntutan yang memang tidak dapat dinafikan.Ia pasti akan menjadi kunci kepada sejauh mana keupayaan kita berfungsi di tengah-tengah masyarakat, dan sejauh mana masyarakat boleh memberikan kepercayaan untuk suara Islam memimpin arus perdana.
Mungkin perbalahan antara perkumpulan Islam bukanlah berpunca daripada konsep Amal Jama'ie semata. Ia adalah masalah sikap dan cara berfikir.Saya selalu menekankan bahawa sikap berlapang dada mesti ada dalam diri seorang pemimpin mahupun pengikut !
Kita mestilah bersikap terbuka (infitaah) terhadap sesama gerakan Islam dan tidak menyempitkan pemahaman Jamaah di dalam nas Hadith sebagai merujuk kepada Jamaah masing-masing. Jika sikap dan cara berfikir yang berpenyakit ini tidak diperbetulkan, nescaya kita hanya merugikan Islam. Yang untung adalah musuh Islam !
Sikap yang sepatutnya diperbetulkan, dan bukannya konsep Jamaah.
Kuncinya adalah pada meletakkan Allah sebagai matlamat. Tanpa God-Centered, sama ada kita akan menjadi self-centered, atau larut sebagai social-centered. Jamaah itu keperluan, Ummah itu tujuan. Mestikah ada pertembungan?
"Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya" [al-Quran 42: 13]
Dari nukilan : Akhi Kamil (sahabat ku dari Korea)
sumber : http://jundumay.blogdrive.com
Tuesday, April 22, 2008
Projek GPTD Kelantan : Kajian Tokoh Malcom X
Kumpulan : Grup Malcom X (GPTD Kelantan)
Di mana-mana sahaja di pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa oleh insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira samaada mereka orang Arab atau tidak, namun jika mereka memahami hakikat Islam yang sebenar, mereka akan terkesan dengan kehebatan cara hidup beragama Islam yang indah dan syumul. Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya memperjuangkan kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali kepada ajaran Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.El Hajj Malik el Shabazz, atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan Muslim Amerika, ialah seorang insan yang sangat berkebolehan dan disegani. Kisah hebat sejarah hidupnya bermula sejak usia mudanya lagi. Anak kepada seorang Garveyite (pengikut Marcus Aurelius Garvey) ini sentiasa terkenang seluruh hayatnya kejadian menyayat hati yang telah membunuh ayahnya di tangan sekumpulan pelampau Kulit Putih. Malik Shabazz dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska pada 19 May 1925. Beliau adalah anak keempat daripada lapan kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang pendakwah Kristian, dan Louise, seorang wanita West Indies yang berkulit agak cerah. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya, Malcolm terpaksa menanggung kebencian pelampau Kulit Putih yang sangsi dengan asalnya, sama seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh.
Kesukaran hidup dalam arus perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan ibubapa, Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa. Beliau terlibat dalam aktiviti haram yang akhirnya mengakibatkannya dipenjarakan. Dalam autobiografinya yang ditulis oleh Alex Haley, Malcolm menceritakan hidupnya sebagai seorang pemuda Kulit Hitam yang terpaksa menanggung prejudis perkauman dan penindasan golongan Kulit Hitam dalam masyarakat Amerika. Beliau juga menegaskan bagaimana hidupnya berubah setelah saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa oleh Elijah Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang cuba mmembawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman dan juga mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor yang memberi mereka status yang hina dalam sistem sosial Amerika.
Menurut Ron Karenga, seorang aktivis Afrika-Amerika terkemuka dalam perjuangan Hak Asasi sekitar 60an hingga 70an, terdapat enam aspek dalam doktrin Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad. Aspek pertama dan yang paling utama ialah ‘Islam ialah agama sebenar untuk golongan Kulit Hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu Kulit Putih’. Keduanya, ‘kepercayaan bahawa Allah sebenarnya seorang Kulit Hitam dan orang Kulit Hitam itu tuhan’. Aspek ketiga pula menekankan bahawa Kulit Hitam ialah ‘Golongan Terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran’. Aspek keempat menggariskan ‘Golongan Kulit Putih sebenarnya syaitan’. Kelima, ‘Pengasingan sosial dan politik daripada golongan Kulit Putih ialah keutamaan yang suci dan mulia’. Aspek keenam teori Elijah menekankan ‘keperluan perpaduan kaum dan dalam Islam di seluruh dunia’. Bertentangan dengan tanggapan yang dicipta oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua penduduk negara membangun ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal dari golongan Kaum Asal (Original People).
Dalam usaha kita untuk memahami perjalanan Malik Shabazz mencari hidayah, perlu bagi kita menyelami usahanya mendalami idea-idea Elijah Muhammad tersebut dan bagaimana hidupnya berubah apabila menemui Islam.
Sejurus selepas menyertai Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada Malcolm X dan menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke segenap ceruk komuniti Kulit Hitam di US. Malcolm X, sebagai jurucakap kebangsaan NOI, boleh dikatakan pemangkin utama di sebalik penyebaran gerakan agama bangsa Kulit Hitam di peringkat US mahupun di peringkat antarabangsa. Ucapan-ucapannya di pelbagai kolej dan universiti serta di telecisyen dan radio menyemarakkan semangat ribuan pemuda Kulit Hitam yang tinggal di kawasan mundur di US. Ramai dari kalangan pemuda-pemuda ini kemudiannya menerimapakai falsafah NOI lantas menjadi pejuang dan promoter kepercayaan baru mereka itu.Kegiatan Malcolm bagi pihak NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada penghujung 50an dan awal 60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi sedang bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam kehidupan dan masyarakat Amerika. Untuk mencapai matlamat tersebut, satu bentuk gabungan antara Kulit Hitam dan Kulit Putih perlu diwujudkan. National Association for the Advancement of Colored People (NAACP), Urban League dan Southern Christian Leadership Conference yang dibentuk oleh Martin Luther King Jr dan beberapa yang lain adalah antara penyokong kuat usaha ini. Sebelum ini, mereka telah berjaya mengatasi lawan mereka apabila Mahkamah Agung US menghapuskan undang-undang perkauman yang mengasingkan mengikut kaum kemudahan pendidikan untuk 40% kanak-kanak sekolah rendah di negeri-negeri Selatan US. Matlamat gerakan ini bertentangan dengan idea yang dibawa oleh Malcolm dan ketuanya. Malcolm begitu lantang mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa “Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa kerugian besar kepada Kulit Hitam”.
Mesej ini sentiasa diulang-ulang dalam setiap perbahasan yang berlangsung sepanjang hayat Elijah Muhammad. Walaupun pengikut NOI bukanlah tonggak dalam lingkungan kepimpinan Kulit Hitam, keunggulan dan keaktifan Malcolm telah memberi NOI lebih perhatian daripada apa yang diperlukan. Ramai penganalisis pergerakan hak asasi melihat mesej Malcolm dan NOI sebagai alternatif kepada mesej Martin Luther King yang tidak memilih kekerasan dalam memperjuangkan perubahan. Malah, dalam beberapa majlis, golongan liberal Kulit Putih sentiasa mengingatkan golongan konservatif tentang bahaya yang mengancam masa depan US jika permusuhan antara kaum ini diselesaikan secara ganas. Persepsi terhadap NOI ini, dan jurucakap kebangsaannya iaitu Malcolm X, telah mencemarkan nama pengikut-pengikut yang lain dan mengundang liputan media yang langsung tidak menyebelahi mereka. Media golongan liberal Kulit Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X dengan label-label seperti “penghasut” dan “pencetus masalah”.
Imej tersebut kekal terpalit padanya dan hanya berubah dalam dua tahun terakhir hayatnya. Pada November 1963, berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah mengeluarkan satu kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad. Beliau dilaporkan dalam satu akhbar US sebagai menyifatkan pembunuhan Presiden itu adalah contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka (masyarakat US) sendiri selama ini (frasa asal: chickens coming home to roost). Bagi Malcolm, masyarakat US ialah masyarakat yang kejam dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini tidak perlu dinafikan lagi kerana hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan.
Walaupun Malcolm X cuba untuk menjelaskan maksud sebenar kenyataan itu, pimpinan NOI melihat tindakan itu sebagai satu kegagalannya mematuhi pemimpin agung mereka, Elijah Muhammad. Malcolm telah digantung keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yg membenci cara kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus menjatuhkannya. Kebanyakan spekulasi berkisar kepada perselisihan antara Malcolm dan pembimbingnya, Elijah. Sesetengah penganalisis seperti Karenga menyifatkan perpecahan Malcolm daripada NOI bertitik tolak daripada kedengkian dan persaingan di kalangan ahli-ahli senior pergerakan itu. Penganalisis-penganalisis ini percaya bahawa insiden kenyataan pedas Malcolm itu dimanipulasi sebagai alasan untuk menyingkirkannya; sebab yang sama digunakan oleh pihak berkuasa US untuk memperbesarkan masalah dalaman NOI. Biar apapun penilaian terhadap insiden itu, masa hadapan Malcolm bersama NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi dengan kesetiaan Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan dua individu ini.
Pada perspektif seorang penuntut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan Malcolm yang baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan dan menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar dalam diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.
Selepas berpisah dengan Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran El Hajj ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah. Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya. Dengan memilih Sunni, beliau menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam beberapa pertemuan umum seluruh US, beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam ajaran NOI. Beliau menjelaskan bahawa setelah menemui sinar Islam yang sebenar, beliau akan melakukan apa saja untuk mengajar, menerangkan dan menyampaikan ajaran sahih Islam kepada masyarakat Afrika-Amerika. Misi baru Malik Shabazz ini mendapat sokongan golongan minoriti Sunni Afrika-Amerika yang sebelum ini mengecamnya sebagai agen gerakan yang mensyirikkan Allah (NOI). Bertitik tolak daripada pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia Islam.
Kesannya, beliau mula memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih di US. Perubahan Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin kepada kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika. Tiga daripada pertubuhan ini yang telah mengangkat Malik Shabazz sebagai saudara dan pejuang Islam ortodoks ialah Pergerakan Darul Islam, Islamic Brotherhood, Inc., dan Parti Islam Amerika Utara. Dalam penerbitan al Jihadul Akbar dan al Taqwa pula, penerbitnya iaitu Dual Islam Movement mempertahankan Malik Shabazz daripada kecaman pihak NOI dan pergerakan Nasionalis Kulit Hitam lain yang mendakwa keputusan Malik menyertai komuniti Islam antarabangsa sebagai menyimpang daripada penyelesaian masalah sebenar Kulit Hitam di US. Beberapa artikel turut diterbitkan dalam al Islam, sebuah penerbitan Parti Islam Amerika Utara yang berpusat di Washington serta The Western Sunrise keluaran Islamic Brotherhood, Inc. yang beroperasi dari New York.Dari satu aspek, penghijrahan Malik Shabazz ini bukan sahaja meletakkan Islam ortodoks pada mata masyarakat, malah dari satu aspek lain, turut menghangatkan lagi konflik dalaman yang membara di kalangan komuniti kecil Afrika-Amerika yang mengaku Muslim. Bagaimanapun, kesan daripada penghijrahan Malik ini telah menjadi asas kepada pemulihan hubungan antara kumpulan Sunni masyarakat Afrika-Amerika dan komuniti imigran Muslim yang semakin bertambah jumlahnya. Sebelum ini, kesatuan komuniti imigran Muslim langsung tidak tersusun malahan pegangan mereka terhadap Islam juga longgar. Mereka terpecah kepada dua serpihan iaitu kumpulan imigran awal yang terdiri daripada mereka yang berasal dari Timur Tengah, Eropah dan Asia Selatan; dan satu kumpulan lagi yang terdiri daripada para pelajar Muslim antarabangsa dari seluruh dunia.
Apa yang pasti, era awal 1960an menjadi satu titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni ortodoks muncul di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim antarabangsa mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini. Pada masa ini, idea Malik Shabazz telah diperkukuh lagi dengan usaha Imam Warith Deen Mohammed, anak dan pengganti kepada Elijah Muhammad. Sejak 1975, Warith Deen telah menukar pergerakan yang diasaskan ayahnya kepada badan yang berasaskan Sunni Islam yang sahih. Tindakan tersebut tidak terlepas daripada bangkangan dan perpecahan oleh golongan senior pergerakan itu. Kesannya, beberapa kumpulan muncul daripada perpecahan itu. Yang pertama dan yang paling utama ialah di bawah pimpinan Warith Deen sendiri. Pendirian kumpulan ini terhadap isu agama dan sekular termaktub dalam penerbitan mereka, Muslim Journal. Kumpulan yang kedua penting ialah NOI yang diberi nafas baru dan dipimpin oleh Louis Farrakhan. Selebihnya dipimpin oleh Silas Muhammad di Atlanta, John Muhammad di Detroit dan Khalifa Emmanuel Muhamad di Baltimore. Sebuah kumpulan baru di New York yang dinamakan Five Percenters juga muncul sebagai sebuah kumpulan yang agak kukuh. Setiap kumpulan serpihan ini kini beroperasi di satu atau lebih bandar-bandar besar US. Pengikut Warith Deen Mohammed pula telah menjadi mata rantai utama yang menghubungkan Muslim Sunni Afrika-Amerika dan kumpulan imigran Muslim di US.
Beliau seorang yang berani, seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah contoh seorang manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada belenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan masyarakat Kulit Hitam US di kelompok terendah masyarakat.
Beliau seorang Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk menentang ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya telah membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk menerima kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI setelah beliau mula sedar pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata.
Artikel ini ditulis pada sekitar penghujung 1980an oleh Sulayman S. Nyang (Ph.D.) dan diterbitkan oleh The Message Magazine dalam ruangan Great Muslims of the 20th Century.
Bacaan Popular
-
Ayuhlah duhai anak muda.. Kita teladani qudwahnya, Islahkah Generasi Kita, dan Kita Binakan Akhlak Mulia.. Penyanyi : Fetyan Afzan M...
-
oleh: Shabnam Mokhtar Ketiga: Merangka Belanjawan dari Perspektif Islam Bagi melaksanakan poin-poin yang telah diterangkan dalam bah...
-
SETIAUSAHA PARLIMEN AUSTRALIA, ED HUSIC Dikecam kerana bersumpah menggunakan Al Quran sewaktu perlantikan beliau. Menteri Muslim pertam...
-
BODOH itu baik? Kenyataan seperti itu pasti akan menaikkan kening mak ayah yang mendengarnya. Saya tertarik dengan rahsia awet ...
-
Bersama Ustaz Hasrizal, Senior dan rakan-rakan GPTD mendengar amanat santai dari Tn Haji Ahmad Azam Ab Rahman usai selesai Program "A...
-
tanggal 12/06/2009 hari Jumaat bersamaan 18 jamadil akhir 1430H, satu peristiwa yg meragut kemaraan aku telah membuatkan aku tersentak seket...
-
Kenangan Ammar (gambar warna) semasa di Hari Keluarga GPTD pada 16 januari 2011 di Taman Layang-Layang dulu.. Ketika ini Hj Azam mem...
-
Klik Baca seterusnya untuk melihat Video Live : Tarikh / Masa : 17 November 2013 | 9:00 pagi - 12:30 tgh
-
We shall not procastinate. ALLAH's Mercy. A change over night. It is not impossible. It's the lailatulqadr. Watch and share. Nite of...
-
Hari ni bincang di zus coffe di sunway mall.




