Showing posts with label #Letsfollowammar. Show all posts
Showing posts with label #Letsfollowammar. Show all posts

Monday, February 3, 2014

MESEJ AMMAR KEPADA GENERASI MUDA

Oleh : Tn Haji Ahmad Azam ( Ayah Ahmad Ammar)


Semalam 2 Februari 2014, genaplah 3 bulan Ahmad Ammar menemui Sang Penciptanya. SubhanaLlah begitu cepat masa berlalu. Rasanya macam baru seminggu yang lalu aku menghadiri pengkebumiannya di Pemakaman Eyub Sultan (Abu Ayub al Ansari), Istanbul.

Sejak 3 bulan yang lalu, sebagaimana yang telah ku ungkapkan berkali-kali, aku merasa semakin kerdil bila melihatkan kebesaran ALLah ta'ala dengan segala perancanganNYA yang Maha Hebat lagi Maha Sempurna. Apa tidaknya, Ahmad Ammar, seorang pemuda berumur 20 tahun, seorang pendiam, tidak suka menonjol diri, apalagi nak lantang bersuara, tidak dikenali kecuali teman rapat dan gurunya, tetapi sebaik saja beliau kembali ke RahmatuLlah, diberi penghormatan yang tinggi oleh Kerajaan Turki dengan diberi keizinan untuk dikebumikan di Pemakaman Eyub Sultan, suatu kawasan perkuburan yang begitu dimuliakan oleh rakyat Turki.

Wednesday, January 1, 2014

SETELAH 60 HARI AMMAR KEMBALI KE RAHMATULLAH


Oleh : Tn Hj Ahmad Azam Abd Rahman 
(Bapa Ahmad Ammar)



Alhamdulillah sudah 60 hari Ahmad Ammar meninggalkan kita semua. Pastinya kehidupan kami sekeluarga begitu banyak berubah. Perubahan yang begitu mendadak. Kami telah menjadi perhatian oleh banyak pihak. Begitu banyak jemputan untuk Sesi Perkongsian yang perlu dipenuhi. Aku dan isteri akan sentiasa mencuba sedaya yang mungkin untuk menghadiri kesemua jemputan. Tak kira jumlahnya kecil maupun ramai. Bagi kami, fenomena Ammar ini bukanlah kehendak kami sebagaimana pemergian Ammar bukan juga kehendak kami. Ini semua adalah kehendak ALlah ta'ala yang Maha Mengetahui lagi Maha Luas RahmatNYA.

Sunday, November 17, 2013

Bersama Hj Ahmad Azam

Bersama Ustaz Hasrizal, Senior dan rakan-rakan GPTD mendengar amanat santai dari Tn Haji Ahmad Azam Ab Rahman usai selesai Program "Apabila Ahmad Ammar Bertemu Bidadarinya"

Apabila Ahmad Ammar menemui bidadarinya, bukan sahaja mengetuk hati umat di Malaysia dan Turki, tetapi secara peribadinya mengetuk hatiku juga untuk kembali ke medan .... setelah sekian lama diketuk , akhirnya ditumbuk untuk kembali... Jangan berlindung lagi disebalik alasan ...

Infiru Khifafan Wa siqaalan...

#Letsfollowammar

Saturday, November 16, 2013

[ Live ] Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya




Klik Baca seterusnya untuk melihat Video Live :
Tarikh / Masa : 17 November 2013  | 9:00 pagi - 12:30 tgh

Sunday, November 3, 2013

Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya



Kenangan Ammar (gambar warna) semasa di Hari Keluarga GPTD pada 16 januari 2011 di Taman Layang-Layang dulu.. 

Ketika ini Hj Azam memberi pengisian kepada ahli GPTD.

Saya masih ingat, En. Azam pernah memberi gambaran tentang GPTD yang diasaskannnya ini bertujuan untuk melahirkan ahli yang mengembara ke seluruh negara bukan sahaja hanya mengembara, mengkaji tamadun , tetapi jauh pada wawasan Hj Azam supaya ahlinya boleh menjadi seperti Saad Bin abi Waqas yang akhirnya di makamkan jauh dari tempat kelahirannya iaitu di China.

 Akhirnya , anakknya Ahmad Ammar menjadi contoh terbaik Wawasan Tn Hj Ahmad Azam Ab Rahman yang dimakamkan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap Laut Golden Horn, Turki.

Bacaan Popular