Showing posts with label Jejak Pulau. Show all posts
Showing posts with label Jejak Pulau. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Laskar Pelangi | untuk adik-adik kita di Pulau Perhentian

Salam... buat sahabat-sahabat yang pernah menjadi fasilitator di SK Pulau Perhentian, semalam saya melihat video klip Laskar Pelangi nyanyian Nidji.. Bila melihat video klip itu, terhimbau watak adik-adik kita di Pulau Perhentian.. hajatnya nak buat satu video klip khas untuk adik-adik kita di Pulau Perhentian... Tapi sebelum itu, hayatilah video klip nyanyian Nidji ini..LASKAR PELANGI!!!!



Detik-Detik Hidupku


penafatih | Detik hari kelahiran

Saturday, May 23, 2009

Travelog 4 : Keindahan Bersama-Mu (Hari terakhir di P.Perhentian)

Menikmati Waktu Subuh di Hari Terakhir

From pulau perhentian


Pagi subuh : Usai solat Subuh, sekali lagi saya bersama Pak da, Tok Imam dan beberapa penduduk. kali ini tidak lagi santai di tepi tangga masjid. Tapi kali ini, berjalan-jalan bersama mereka di tepi tebing pulau melihat keindahan pagi yang sangat indah. Waktu ini, keadaan sangat tenang, air laut di sekitar pulau ni pun tidak bergelora walau sedikitpun, tenang sangat... kalau tak silap saya , pak Da memberitahu , pada waktu ini, air laut di kawasan ini dikenali dengan suasana air kaku... sebab tidak bergelora. Kata beliau waktu ini, kalau bot-bot kecil suatu masa dahulu sukar hendak berlayar kerana tiada angin. Sekarang ini, masalah ni sudah bukan menjadi masalah sebab bot-bot sekarang sudah menggunakan enjin.

Rancangan Pulang Awal

Jam 9.00 pagi, saya bersama teman-teman yang lain termasuk ustaz tarmizi ,Anuar Ibrahim dan Cikgu Kamarudin (guru besar) bersarapan di kantin. Ketika menikmati juadah, saudara Anuar sibuk menghubungi pakcik Mat untuk menempah bot untuk pulang ke Jeti. Beliau berhasrat untuk pulang ke Besut seawal pagi ini. Tetapi dia berasa resah gelisah kerana apabila beliau menyatakan hasrat itu, saya dan sir syafiq membuat keputusan untuk pulang awal bersamanya juga. maklumlah saya dan sir syafiq ni bekerja dengan kerajaan, tempoh cuti hanya berakhir hari ini. Kalau pulang lewat , takut-takut berlaku apa-apa kemungkinan seperti ketiadaan bot atau sebagainya.

Anuar rasa tak sampai hati memandangkan saya dan sir syafiq belum lagi menikmati keindahan pulau ini. Rancangan kumpulan fasilitator hari ini, memandangkan murid-murid semuanya menghadapi peperiksaan, ruang masa yang terluang hajatnya mereka ingin menjelajahi pulau ini dan menikmati keindahan dasar laut melalui aktiviti snorkling. Tapi saya masih dengan pendirian semalam. Rasanya tidak ada masalah kalau tidak dapat menikmati kerana kehadiran saya di sini hanyalah untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan di sini. Andaikata saya berhasrat untuk menikmati rasanya saya masih boleh untuk hadir semula ke sini kelak.
From pulau perhentian


Namun, mungkin hikmah Allah swt mentakdirkan supaya saya bersama dengan teman-teman menikmati keindahan di sini. Bot yang ingin di tempah oleh saudara anuar memang tidak ada di waktu pagi. Masa perjalanan bot kalau palling awal jam 12.00 tengahari dan yang terakhir jam 4.00 petang. Akhirnya keputusan yang di ambil ialah SNORKLING!!


From pulau perhentian

Tetapi saya masih menolak untuk menyertai aktiviti itu kerana saya berhasrat nak bertemu dengan adik-adik yang saya ajarkan mereka solat semalam. Saya tidak ingin perkara yang berlaku di Pulau Ketam januari lepas berlaku sekali lagi di sini. (Rujuk artikel ini ) . Akhirnya kerana permintaan teman-teman khususnya Anuar Ibrahim dan Ustaz Tarmizi , saya akhirnya akur untuk menyertai mereka.

Latihan Sebelum Snorkling

From pulau perhentian
Ayah Haji..lagaknya seperti pelancong dari Amerika Latin


From pulau perhentian
Bersedia untuk dilambung ombak..


From pulau perhentian


akhirnya dua buah bot laju yang sudah ditempah menjadi kenderaan air kami menuju ke tempat untuk kami snorkling. Hamizah dan sahabatnya tidak mengikuti aktiviti ini kerana ada urusan di pejabat Yapeim (guna internet). Hehe..hamizah...rugi tau tak join...

From pulau perhentian


From pulau perhentian
Alami, Anuar dan Bat..bersedia untuk misi menyelam


aktiviti Snorkling ini ialah aktiviti menyelam di permukaan dengan memakai goggles dan life jacket. Permulaan sebelum kami ke lagoon untuk menikmati keindahan dasar laut, kami perlu melatih dan membiasakan diri dengan air laut dalam dengan membuat sedikit latihan berenang di Pulau pasir panjang. usai berlatih, bot yang kami naiki terus membawa kami ke Lagoona untuk kami melaksanakan aktiviti menyelam di sana.



Keindahan Bersama-Mu


sampai sahaja di Lagoona, orang pertama yang terjun ke lagoon itu ialah Ustaz Tarmizi (TYDP ABIM) dan Alami (SU ABIM). Selepas terjunan itu, terus dia (Alami) mendekati bot yang yang saya naiki. Dalam keadaan teruja, mulut Alami tidak henti-henti menyebut kalimah Subhanallah usai melihat keindahan di dasar laut itu. Lantas saya pula mencuba untuk terjun dan merasai nya sendiri. sebenarnya saya masih gemuruh dan trauma... Saya amat takut bila menyelam di laut dalam. Terhimbau semasa saya darjah tiga dahulu, pernah lemas di jeram linang. Trauma itu masih ada hingga sekarang... Kali pertama terjun saya masih ingin berpaut pada bot atau tidak mahu menjauhi bot... sedangkan dengan memakai life jacket, saya tak akan tenggelam pun..

From pulau perhentian
Ustaz Tarmizi menunjukkan ikan-ikan yang mengelilinginya

From pulau perhentian
Saya bersama Anuar Ibrahim dan Ayah Haji


From pulau perhentian


Apabila menjenguk ke dasar laut... keadaan saya sebagaimana saudara Alami tadi, Subhanallah..amat cantik!! keindahan batu karang, ikan-ikan berwarna warni berenang bebas ... sungguh... kalau selama ini suasana keindahan di dasar laut ini dapat saya lihat pada skrin komputer pada screen saver... namun kali ini saya melihat secara langsung pada pandangan mata saya sendiri. Ikan-ikan yang berenang bebas mengelilingi saya dan teman-teman lain..apatah lagi kalau ditangan ada sebuku roti yang sememang di bekalkan untuk membolehkan kami mendekati ikan-ikan itu ketika ikan itu makan.


Mengejar Penyu

Betul-betul di hadapan resort Pulau Perhentian, destinasi bot kami berpusing-pusing seakan-akan hendak memintas sesuatu. Kelihatan dari jauh, ustaz Tarmizi menjongolkan kepalanya ke air untuk mengintai objek di dasar laut. rupa-rupanya objek yang sedang di intai di dasar laut ialah penyu. ade ker penyu di kawasan ini?? Persoalan awal bermain di minda...

From pulau perhentian
aku ni pemalu...yang ngko amik gambar tu ape kejadahnye..amiklah..amik..amik..


Tiba-tiba anak kecil pemandu bot menjerit.."sini..sini.. tu dia penyu !! " terus gerombolan perenang snorkling amatur terjun menyelam untuk melihat objek yang dikatakan penyu itu. Sah!! memang penyu... saya memerhatikan penyu dewasa itu dari permukaan.. seakan-akan saya berada di langit melihat penyu di dasar... rasa geram nak menyentuhnya. Tapi apakan daya , saya memakai jaket keselamatan... tiada peluang untuk menyelam ke dasar.. terhad untuk permukaan sahaja.


From pulau perhentian


Kelihatan penyu itu sedang memakan makanannya. Tiba-tiba penyu itu menguis kakinya, kemudian berenang , menuju ke atas .Apabila penyu itu tiba di permukaan terus kami semua semua bersorak tanda teruja. Kemudian dengan lajunya penyu itu berenang.. lantas semua perenang snorkling ini mengejarnya.. namun perenang seperti saya ni.. macam kura-kura berlumba dengan arnab..paling lambat..hehe

Menjejak ikan Yu dan Mandi di Tadahan air berani

From pulau perhentian
Inilah kot gambaran seekor ikan yu.. ihsan gambar internet

Bot yang membawa kami kemudian terus membawa kami ke tempat seterusnya, kawasan ikan yu (bukan puyu ya!!).. tergambar di fikiran saya.. ikan yu ni macam ikan jaws yang makan orang di kaca Tv tu ker?? Sampai di kawasan itu, terus kami menyelam menjejaki ikan yu. kawan-kawan lain ada yang terserempak dengan nya .. saya pula ?? Ikan Yu tak jumpa, tapi kalau ikan nemo jumpalah..

From pulau perhentian


Usai menyelam di kawasan itu, akhirnya kami menamatkan ekspedisi kami dengam menikmati kesegaran dan kesejukan air berani di kawasan tadahannya di pulau besar. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, air berani rasanya memang tawar dan segar. Lebih enak meminumnya terus.. info yang diberitahu oleh cikgu kamarudin, jika air ini di masak trlebih dahulu, rasanya akan lain. Air ini hanya elok di minum terus. Apatah lagi kehebatannya air ini jika dicampurkan dengan air masin, rasanya tetap tawar...

From pulau perhentian
Cikgu syafiq tak melepaskan peluang mengambil air berani untuk di bawa pulang


Tapi yang tidak best di situ ada dua. Pertama ketika mula-mula sampai, kawasan itu telah diserang terlebih dahulu oleh pelancong dari negara cina kalau tak silap ( dah muka cam cina.. cina Taiwan kot) . Kenalah tunggu diorang mandi dahulu sampai mereka puas.. Kemudian barulah giliran kami pula untuk mandi.

From pulau perhentian
Melepak sambil menunggu giliran

From pulau perhentian
Air berani yang bertembung dengan air masin... tetapi rasanya tetap tawar..sebab itulah air ini dinamakan air berani


Kedua, yang tak best juga , apabila saya terkena perangkap sir syafiq dan Abdullah nawi.. dia menawarkan air botol kepada saya untuk meminumnya. Mati-mati saya ingat air botol itu adalah air berani, sebab Pak Lah sudah pun mendemonstarsi meminum air tesebut. Lantas apabila air itu dihulurkan pada saya.. terus saya cover perit kemasinan air itu. Namun adegan meminum air ini memang sudah diperhatikan oleh si perancang.. lalu di ketawakan saya ramai-ramai.. kesian betul saya diperlakukan sebegitu...huhuhu

Akhirnya jam 12.30, kami pun pulang ke pengkalan (pulau kecil), kepenatan tetapi puas memang terasa.. badan-badan terasa lenguh kerana kudrat ini digunakan sedaya mungkin untuk berenang. Ada juga yang pening-pening mabuk laut... hehehe..sememangnya, keindahan ciptaan tuhan ini meninggalkan kenangan yang amat manis di sini. memang berazam untuk datang lagi kesini.

From pulau perhentian
Kesian ...dah mabuk laut dah...


From pulau perhentian


Bertolak Pulang.


2.00 petang, selepas solat zohor buat kali terakhir di masjid bersama ahli jemaah , kali ini saya kira melakukan salam widhak (penutup) lah dengan ahli jemaah di sini, terutamanya Pak Da. Semoga saya boleh berkunjung lagi ke sini untuk berjemaah bersama mereka dan mendengar Pakda bercerita lagi.

Di Dewan Batin Mina, kelihatan abah Zahidin bersama anaknya (fadzli) sedang menikmati makanan bersama fasilitator yang lain. Malam ini giliran abah pula yang akan berceramah di hadapan audien yang ramai sedikit berbamding biasa. Kali ini ceramah beliau akan bersama-sama ibu bapa murid-murid. Saya tidak dapat merakam kejadian malam ini, kerana sudah tiba masanya untuk saya berpisah buat sementara dengan masyarakat di pulau ini. Nanti catatan saya akan menulis kejadian yang akan berlaku malam ini melalui cerita daripada fasilitator yang lain.

Demi Matahari dan Sinarnya.

From pulau perhentian


"abang Fatih..abang Fatih... sebelum abang balik, boleh tak nyanyikan sekali lagi lagu demi Matahari untuk kami... , inilah dialog permintaan adik-adik yang meminta saya menyanyikan sekali lagi di hadapan mereka. Ketika itu mereka sedang membuat latihan matematik bersama-sama kakak fasilitatornya di dewan terbuka Batin Mina.

From pulau perhentian


Agak keberatan untuk saya menyanyikannya, namun mereka tetap memaksa menyebabkan saya akur dengan permintaan mereka. Akhirnya saya menyanyi secara bersyarat. Syaratnya, mereka juga perlu menyanyi dan menggayakan pergerakan tangan lagu itu.

Usai menyanyi, akhirnya tibalah detik-detik perpisahan, semuanya bersalaman buat kali terakhirnya dengan saya dan sir syafiq dalam pertemuan ini. Saya sempat bergurau dengan mereka, " Tolong jaga kakak adik-adik ni ya!"... sambil saya menunjukkan kepada teman fasilitator puteri. Seorang adik perempuan yang sejak pagi tadi bertanyakan saya bila akan balik, memegang tangan saya lantas menyuarakan hasratnya, " Harap abang fatih akan datang melawat kami lagi ya!".. sayu sahaja mendengarnya.


From pulau perhentian
Perjalanan pulang ke Jeti..Jurugambar : sayalah..

Insya Allah. Moga-moga saya boleh datang lagi untuk melihat perkembangan adik-adik yang sekian ditarbiyyahkan selama seminggu ini bersama fasilitator mereka. Dalam kekalutan untuk bergegas ke jeti, saya cuba memerhati anak -anak kecil yang saya ajarkan mereka solat semalam. Seorang pun tidak kelihatan. Mungkin masih berada di rumah. moga-moga kelak saya boleh hadir lagi ke sini, berjumpa dengan mereka. Memberikan sesuatu yang terbaik untuk mereka... Tarbiyyah Islamiah...

Demi Matahari dan Sinarnya di pagi Hari,
Demi Bulan apabila mengelilingi,
Demi Siang apabila menampakkan diri,
Demi malam apabila menutupi,
Demi Langit dan seluruh binaan,
Demi bumi dan semua yang ada di permukaannya,
Demi Jiwa dan penyempurnaannya,
Allah Mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntung bagi mereka yang mensucikannya,
Dan Merugi bagi yang mengotorinya.

- Asy-Syams (91:1-10) -




Gratisan Musik

Travelog 3 : Menyantuni orang lama (Pak Da)

From pulau perhentian

Sepanjang berada di Pulau Perhentian, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada makmum berjamaah di masjid. Di sinilah tempat saya untuk bertemu dengan warga penduduk khususnya golongan yang tua di pulau ini. Kesempatan ini, tatkala selepas solat berjamaah, ahli jamaah akan berada di serambi dan tangga masjid untuk mereka berborak dan bertanyakan khabar. Maka pada waktu inilah saya berkesempatan untuk menyertai mereka untuk mengenali dengan lebih jauh tentang keadaan masyarakat di sini. Kesempatan inilah saya dapat berkenalan dengan orangl ama yang berbahasakan dirinya Pak Da.
Namun sedikit mengecewakan kerana saya tidak dapat merakamkan foto saya dengan beliau kerana pada waktu ini, saya "kehilangan" kamera digital saya. Mungkin kerana sibuk membantu mengendalikan ceramah sir syafiq semalam, kamera itu tercicir. Bersembang dengan Pakda, banyak input asas yang diperolehi seperti latar belakang beliau, keadaan perkampungan serta survival yang harus ditempuhi.

2 Sumber Rezeki Generasi Pertama

From pulau perhentian


Rupa-rupanya, Pakda merupakan penduduk yang bermastautin di sini. Kampung asal beliau ialah di pantai Changgong di Bachok, kiranya beliau ini sekampung dengan arwah atuk saya kerana keluarga di sebelah ayah saya merupakan orang kampung pantai changgong.

From pulau perhentian


Berkenaan dengan keadaan di sini, beliau bercerita dahulunya, segala bekalan makanan dan buah-buahan, ikan dan segalanya di perolehi di sini. Penduduk generasi pertama di sini memanfaatkan dua sumber rezeki utama di sini iaitu pertanian dan nalayan. Di pulau inilah menjadi lubuk makanan untuk di jual di daratan semenanjung. Namun sejak di pulau ini menjadi kawasan pelancongan, generasi baru masyarakat penduduk di sini mula menumpukan dan memenuhi ruang pekerjaan yang disediakan di sektor pelancongan seperti pemandu bot, pengawal keselamatan, tukang kebersihan dan pelbagai jawatan di sektor ini. Memandangkan pekerjaan ini tidak memerlukan kudrat dan sumber rezeki mereka berasaskan kerja "makan gaji", akhirnya pekerjaan 2 sumber utama di sini suatu masa dahulu (nelayan dan pertanian) akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Ladang pertanian yang menjadi tempat penanaman buah-buahan dan sayuran akhirnya ditinggalkan usang begitu sahaja. Begitu juga dengan kerja nelayan , bot-bot nelayan yang berlabuh di sekitar pulau inipun kebanyakan daripada nelayan dari daratan yang singgah ke sini.

Kerja Makan Gaji

From pulau perhentian


Keadaan ibubapa yang bekerja "makan gaji" di sini juga memberikan kesan yang sama seperti apa yang berlaku di darat seperti kehidupan moden di bandar. Kesibukan kedua ibu bapa yang sibuk mencari rezeki di resort dan chalet menyebabkan mereka meninggalkan anak-anak mereka bersendirian menguruskan diri. Kata Pakda, anak-anak yang ditinggalkan di rumah, usai pulang dari sekolah, mereka akan membeli makanan tengahari mereka di kedai-kedai makanan menggunakan wang saku yang sudah disediakan di kocek baju yang disangkut pada dinding oleh ibu bapa mereka masing-masing.

From pulau perhentian


Keadaan yang amat menyedihkan, jurang waktu yang memisahkan anak-anak dengan ibu bapa mereka menyebabkan anak-anak mereka terjebak dengan gejala-gejala yang merosakkan seperti ketagihan dadah, minum arak dan sebagainya. Apatah lagu suasana di kawasan perlancongan yang dilawati oleh pelbagai manusia berbagai bangsa di seluruh dunia menjadikan keadaan mereka akan terdedah dengan budaya-budaya barat yang dibawa bersama ketika melancong ke sini. Jika didikan agama tidak menjadi agenda memperkasakan jatidiri mereka, kelak generasi ini akan musnah akibat kemelaratan faktor budaya yang di bawa ke sini.

Survival Modal insan Pulau Perhentian

Mendengar rintihan pakda tentang isu ini, beliau mencadangkan agar di pulau ini diwujudkan satu pusat tarbiyyah remaja dan belia yang berperanan membina jatidiri generasi muda belia dengan pembinaan tarbiyyah. Beliau berharap agar ada kumpulan-kumpulan agamawan yang boleh memberikan khidmat tarbiyyah kepada anak mereka di sini khususnya kepada generasi belia dan remaja. Pada konotasi fikiran saya, kehadiran Yapeim membina sekretariat di sini adakan merupakan penyelesaian kepada cadangan pak da tadi.

From pulau perhentian


hasil input asas inilah, saya menyeru kepada teman-teman fasilitator yang mengendalikan program kecemerlangan motivasi di pulau ini, agar mengambil ruang tanggungjawab untuk lebih mendekati masyarakat di sini agar mereka boleh mengetahui sedikit sebnayak tentang keadaan dan masalah masyarkat di sini untuk di atasi semampu mungkin. Saya membicarakan kepada teman-teman seperjuangan di program ini, agar tugas sebagai fasilitator ini tidak dilakukan sambil lewa. Dari segi peranan, saya menyatakan kepada mereka agar fungsi kita di sini bukan semata-samata sebagai fasi, tetapi juga sebagai daie yang menjadi missionary muslim yang cuba menyampaikan dan mengajak masyarakat kepada cara hidup islam.



Gratisan Musik
iLuvislam.com Top Blog

Thursday, May 21, 2009

Travelog 2 : Jalan Dakwah Di Pulau Perhentian

19 Mei 2009

From pulau perhentian


Pagi : Subuh di sini udaranya cukup tenang, namun kesejukan yang bersangatan kerana kedinginan penghawa dingin di pejabat Sekretariat YaPeim Pulau Perhentian cukup menyucuk tubuh saya. Saya memilih untuk bermalam di pejabat memandangkan ingin menyiapkan beberapa dokumen kertas kerja untuk program di bulan hadapan (konvensyen). Sebenarnya saya diberi beberapa alternatif untuk bermalam, seperti di rumah sewa milik yapeim atau asrama sekolah. Akhirnya saya memilih di pejabat semata-mata untuk selesaikan dokumen-dokumen tersebut.

From pulau perhentian


Lewat juga saya tidur semalam , rasanya lebih kurang jam 3.00 pagi baru saya memilih untuk berehat. Selepas solat subuh, saya mengambil sedikit masa untuk qadha rehat yang kurang mencukupi semalam. Namun dek kerana tidak mahu melepaskan peluang menikmati udara dan keindahan pagi di pulau, saya memaksakan diri untuk berjalan di sekitar jeti pulau. Kelihatan Azmiza (PKPIM), Hamizah (USM KK) dan beberapa fasilitator perempuan yang lain sedang berjalan-jalan menikmati keindahan pagi di Pulau ini. Pulau perhentian ini mempunyai du pulau yang dikenali sebagai pulau kecil dan pulau besar. Di Pulau kecil inilah menjadi tempat kediaman penduduk di pulau ini manakala pulau besar menjadi tempat resort pelancongan. Kehijauan pohonan di pulau besar disenergikan dengan kebiruan pantai cukup mempersonakan mata memandang. Keindahan ini mungkin sudah biasa pada pandangan penduduk di sini, namun bagi saya yang kali pertama bertandang ke sini cukup teruja.

Menerima Berita Kemalangan Kakak Zul Amin




Lebih kurang jam 8.30 saya diberitahu oleh Lan (Yapeim Besut), bahawa Zul Amin (Ketua Fasilitator) terpaksa bergegas pulang ke darat kerana menerima panggilan kecemasan bahawa kakaknya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kampung Telong Kandis berhadapan dengan pejabat Mardi. Akhirnya atas inisiatif teman-teman Yapeim, mereka mendapatkan sebuah bot milik pakcik Mat untuk penghantaran pulang sekadar segera Zul Amin ke Jeti Besut untuk pulang. Alhamdulillah, di jeti Besut, saudara Anuar Ibrahim (exco ABIM) sudahpun menunggu untuk menguruskan penghantaran Zul Amin terus ke rumahnya.

Mengimbas aktiviti Fasilitator

From pulau perhentian

hari ini saya tidak ada apa-apa aktiviti rasmi untuk dilakukan disini. Kekosongan waktu ini membolehkan saya mengambil peluang untuk mengenali lebih dekat keadaan penduduk di sini. Saya mulakan dengan memantau perkembangan teman-teman fasilitator di Sekolah membantu guru-guru yang mengajar di dalam kelas.
From pulau perhentian

Wah.. tampaknya mereka (fasilitator) ini tak ubah seperti guru-guru muda yang sedang mengajar. Kejelekitan antara fasilitator dengan adik-adiknya cukup rapat dan mesra sekali. Tidak ada halangan yang memisahkan komunikasi antara mereka. Seronok melihat kemesraan, membuatkan saya tidak melepaskan peluang mengambil saat-saat terpenting yang hanya boleh disaksikan ketika ini.

From pulau perhentian


From pulau perhentian


From pulau perhentian


From pulau perhentian


From pulau perhentian



Turun ke dewan Terbuka Batin Mina, saya mengambil peluang berbual panjang dengan Guru Besar, Cikgu kamaruddin tentang perkembangan disini. Beliau berterima kasih di atas pengisian yang saya berikan semalam. Dan perbincangan kami banyak berkisarkan tentang bagaimana untuk melakukan program kesinambungan untuk tujuan follow-up mereka untuk masa-masa akan datang. Asyik berbicara dengan guru besar saya tidak melepaskan peluang merasai buah mempelam madu pulau yang rasanya seperti "pauh lemak" di darat. Rasanya cukup berbeza dan lazat sekali.

From pulau perhentian


Mengimbas aktiviti di sini semalam, sebelum saya tiba disini, teman-teman fasilitator telahpun melakukan beberapa aktiviti di sini khususnya bersama adik-adik peserta seperti kawat, LDK, ice breaking dan lain-lain. Diberitakan kepada saya, dihari pertama teman-teman fasi sampai, mereka telahpun melakukan beberapa aktiviti yang akhirnya mereka mesra sesama mereka. Salah satunya ialah berlatih sampai lewat malam untuk persembahan Hari Guru untuk keesokannya. Kreatif juga persembahan mereka semalam. Nak tahu apa dia?? tengoklah gambar-gambar ini dibawah. Fasilitator juga tidak ketinggalan membuat persembahan pada majlis tersebut. Ruginya saya tak datang awal... kalau tidak mesti boleh sertai sama.

From pulau perhentian
Belajar disiplin kawat


From pulau perhentian


From pulau perhentian
LDK : macam kena dera aje...


From pulau perhentian
murid-murid : tadi abang fasi dera kita.. lani kita kena rancang bagaimana untuk buat serangan balik...


From pulau perhentian
Aku nikahkan dikau dengan siti joyah dengan mas kahwin RM9999,99999.999 hutang....sah ke??


From pulau perhentian


From pulau perhentian
Makan sama-sama


From pulau perhentian
makan sama-sama


From pulau perhentian
makan sambil possing maut


From pulau perhentian
berlatih main kompang sambil di pantau secara serius dan macho oleh Jailani pegawai yapeim hehehe..


From pulau perhentian
murid 1 : Abang ... ni nak belajar silat ke atau tarian zapin??

Alami : diamlah...cepuk kang!!



Hari keeskokannya di hari Guru

From pulau perhentian
murid 1: akak..macamna nak senyum menawan cam akak??


From pulau perhentian
Guru-guru menyanyikan lagu hari Guru


From pulau perhentian
Fasilitator ditugaskan sebagai pengacara di majlis itu

From pulau perhentian
La..la la..la..la...Akulah Tok Kadi di dalam ini negeri...

From pulau perhentian
Cakpong..cakpong..dush!dush!...

From pulau perhentian
eh..eh..pengantin lelaki dah sampai...buat-buat kontrol lawa...mana tahu boleh sangkut ngan pengapit dia...


From pulau perhentian
Tok KAdi : Aku ni..aku ni...Aku ni kawan ngko..
Saksi : loor.... tok kadi yang gemuruh ni apasal


From pulau perhentian
Pengapit : Senyum jang..senyum... orang tengah amik gambor tu... eleh...eleh...malu-malu plak...


From pulau perhentian
sound effect gendang silat : Keting...keting...cah keting rebah ping....


From pulau perhentian
Tok Kadi : Tak perlu, aku ragui...sucinya cinta yang kau beri
Pelajar lain : tok kadi ni..dia pulak yang lebih-lebih..koya glamer betul...


From pulau perhentian
Sepohon kayu daunnya rimbun... ada buahnya dah diambil orang....


From pulau perhentian
Dengan ini di umumkan...jejaka yang paling hensem tahun ini jatuh kepada.... si jejaka misteri yang masih dok atas speed boat dalam perjalanan ke sini petang ini....(aku ler tu)...


From pulau perhentian
Perlawanan Bola tampar antara kumpulan fasi dan kumpulan guru...


From pulau perhentian
dikala fasi lelaki sedang berjuang di gelanggang,
fasi puteri pula sedang sibuk bertungkus lumus di dapur...
menjadi tukang rasa...hehehe


From pulau perhentian
Alami : Walaupun abe je hensem..tadi hadiah ni menjadi milik saya...muahahaha
Abe Je : Tak per... ngko tolong wakilkan ajer tu..malam ni mesti ngko kempunan nyer..


Sembang-sembang dengan Pakda di Masjid

Selepas Solat Zohor di masjid, saya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan ahli-ahli masjid yang solat berjemaah di masjid ini. Antaranya penduduk yang saya rasa paling akrab ialah dengan seorang pakcik yang membahasakan dirinya Pakda. Pakda merupakan orang lama di pulau ini. Menurut Lan Yapeim, Pakda merupakan orang lama dan menjadi ahli jemaah masjid tetap di sini. Anaknya merupakan imam di masjid ini. Kali pertama berbicara dengan beliau banyak beliau menceritakan dengan latar belakang beliau dan keadaan di pulau ini. Insya Allah akan saya perincikan apa yang saya bincangkan dengan Pakda di entry akan datang.

Kanak-Kanak merayu mengajar cara sembahyang

Selepas lama bersembang saya terus menuju ke sekolah untuk menikmati makan tengahari. Bila masuk sahaja melalui pagar utama sekolah, terus nama panggilan saya dalam ceramah semalam dilaung-laungkan oleh adik-adik yang mengikuti pengisian saya semalam. "Abang Fatih! Abang Fatih!,"pekik suara kanak-kanak sambil melambai-lambai ke arah saya. Wah glamernya saya melebihi kakak dan abang fasilitator nih!! Di Dewan Batin Mina , kelihatan ustaz Tarmizi (TYDP ABIM Kelantan), Anuar Ibrahim (Exco ABIM) dan sir Syafiq (Penceramah malam ini)bersama sepupunya sedang menikmati makanan tengahari. Berada bersama mereka, semestinya banyak topik semasa di perbincangkan sambil menikmati juadah tengahari itu. Inilah ruang-ruang terpenting untuk kami berbincang kerana amat jarang untuk kami boleh bertemu dalam keadaan santai begini disebabkan kesibukan masing-masing.

From pulau perhentian


Sedang asyik berbual, tiba-tiba kami disapa oleh sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan usia 7 hingga 9 tahun yang meminta kami diajarkan cara untuk berwuduk dan solat. Cara kanak-kanak ini merayu mengingatkan saya kisah di Pulau Ketam dahulu, tentang keinginan kanak-kanak cina yang ingin belajar solat dan wuduk yang akhirnya diajar oleh YB Azimah (saya panggil dia YB sebab dia MPP di USM KK). Lantas saya menyuruh mereka berkumpul di surau untuk mengajarkan mereka kaedah berwuduk dan solat. Tak mampu saya nak gambarkan dalam penulisan ini, teman-teman lihatlah wajah-wajah comel mereka ketika saya mengajarkan mereka solat.. cukup komited dan fokus. Dalam ruangan masa yang ada pada ketika itu, akhirnya saya berjaya mengajarkan mereka kaedah berwuduk dan mangajar secara praktikal tentang rukun solat.

From pulau perhentian


From pulau perhentian


From pulau perhentian


From pulau perhentian
khusyuk sungguh


From pulau perhentian
moga-moga mereka inilah yang akan menjadi pelapis khayra ummah di pulau ini


Bila masuknya waktu asar, mereka bersama-sama peserta dan fasilitator yang lain memenuhi ruang surau itu untuk solat asar bersama-sama. Tidak banyak karenah bersama bila bersama mereka walau mereka sekecil itu.

Tidak mengikuti teman-teman ke Pulau Besar.

Selepas solat asar, semua fasilitator merancang untuk ke Pulau Besar untuk merasai satu kawasan tadahan air yang dinamakan air berani di pulau besar. Dinamakan air berani kerana kadar ketulenan air itu cukup tinggi sehinggakan apabila air itu bercampur dengan air masin sekalipun, air itu tetap tawar rasanya. Namun saya tidak mengikuti teman-teman fasilitator pada petang itu kerana hajatnya saya ingin berjalan-jalan di sekitar kawasan penduduk di sini. Lagipun saya rasakan untuk memperbanyakkan ruang yang boleh saya manfaatkan untuk bersama masyarakat berbanding untuk menikmati kepuasan melawat dan melihat keindahan di pulau ini. Mungkin saya boleh merancang di masa akan datang untuk datang semula ke sini untuk semata-mata menikmati secara santai keindahan pulau ini.

Solat Maghrib dan Kuliah Maghrib

From pulau perhentian


Usai solat maghrib di Masjid bersama jemaah di sini, terus saya bergegas ke surau sekolah untuk mengikuti kuliah maghrib yang di sampaikan oleh ustaz tarmizi (TYDP ABIM Kelantan). Pengisian beliau lebih berkisarkan motivasi dari Surah Al-Mukminun.
Huraiannya cukup baik.
From pulau perhentian


Bagaimana 10 ayat firman Allah itu beliau cuba sinergikan kepada fasilitator tentang hubung kait dengan tugas-tugas aktivis yang perlu dilakukan sebagai sukarelawan. Tidak kurang juga dengan soalan-soalan mengena yang ditujukan untuk mengusik sir syafiq yang diakhiri dengan gelak ketawa.

Ceramah Kedua oleh Sir Syafiq

From pulau perhentian


Kalau semalam saya mengendalikan ceramah berkisarkan akhlaq dan tauhid, ceramah yang akan disampaikan oleh Sir Syafiq lebih kepada pembinaan jatidiri dan muhasabah diri pelajar. Saya beranggapan semalam, kaedah saya berceramah menggunakan gear pertama, lembut, bersifat kasih dan ada permainan supaya peserta tidak terlalu terkejut. Kalau dikirakan ceramah saya, sir syafiq dan abah zahidin (malam ketiga), akan menggunakan konsep muhasabah di penghujung ceramahnya.

From pulau perhentian


Jadi supaya ceramah ini berkesan, saya memulakan ceramah dengan pecutan gear pertama; perlahan-lahan. Sir syafiq pula melakukan pecutan gear kedua dengan menggunakan konsep tegas, disiplin, sedikit garang, dan diakhiri dengan muhasabah yang akhirnya suara tangisan adik-adik ini lebih kuat dari suasana ketika saya kendali semalam.

From pulau perhentian
Dik..jangan nangis ya....


From pulau perhentian


Esok, ceramah keibu -bapaan juga akan menggunakan konsep yang sama. Dan bagi saya , ceramah keibubapaan yang akan disampaikan oleh abah zahidin pada keesokan harinya akan menjadi pengikat, kemuncak yang akan memainkan peranan sebagai merumus kesinambungan ceramah-ceramah sebelum ini... walaupun segalanya tidak dirancang oleh ketiga-tiga trainer ini. Jadi tunggu dan lihat untuk keesokannya.. apa yang berlaku pada hari ini dan semalam seakan-akan semacam sudah dirancang... iaitu ceramah mengikut pecutan berperingkat.

Post Moterm Fasilitator

Usai ceramah, fasilitator semuanya berkumpul untuk membuat post moterm sepanjang apa yang berlaku hari ini. seperti biasa ia dimulakan dengan taaruf kerana setiap kali pertemuan akan ada sukarelawan yang baru tiba. penekanan post moterm untuk persiapan esok hari juga di kemaskinikan agar perjalanan sok hari berjalan lancar. Perbincangan berkisarkan tentang masalah teknikal seperti sistem audio, strategi untuk mengajak ibu bapa ke ceramah motivasi keibubapaan esok hari, perjalanan aktiviti fasilitator dan juga muhasabah penilaian aktiviti. Giliran saya ketika "round table", saya membacakan makna surah Al-Lail (92: 1-21) yang saya kirakan memang signifikan dengan fungsi gabungan fasilitator pelbagai platform (ABIM, PKPIM,PPIK, GPTD, Briged BAkti) dan lapangan digabungkan menjadi team sukarelawan Yapeim.

From pulau perhentian

1. Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),
2. Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;
3. Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan,
4. Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.
5.Jelasnya: adapun orang Yang memberikan apa Yang ada padanya ke jalan kebaikan
dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan Segala laranganNya),
6.Serta ia mengakui Dengan yakin akan perkara Yang baik,
7.Maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat
kesenangan (syurga).
8.Sebaliknya: orang Yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup
Dengan kekayaan dan kemewahannya,
9. Serta ia mendustakan perkara Yang baik,
10.Maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat
kesusahan dan kesengsaraan;
11.Dan apakah pertolongan Yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabiha ia
telah terjerumus (ke Dalam azab seksa hari akhirat)?
12.Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang Yang
benar dan Yang salah).
13. Dan Sesungguhnya Kamilah Yang Menguasai hari akhirat dan alam dunia.
14. Maka (serentak Dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi
amaran mengingatkan kamu akan api neraka Yang marak menjulang,
15. Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang Yang sungguh celaka, -
16. Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.
17. Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang Yang sungguh
bertaqwa, -
18.Yang mendermakan hartanya Dengan tujuan membersihkan dirinya dan
hartabendanya,
19. Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, Yang patut di balas,
20. Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha tinggi;
21. Dan Demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, Dengan
mendapat Segala Yang diharapkannya).


p/s : Terasa cepat sungguh masa berlalu menuju ke hari penghujung di Pulau Perhentian.



Gratisan Musik
iLuvislam.com Top Blog

Bacaan Popular