Monday, December 8, 2025

Tuesday, February 18, 2014

Beza Sebelum Dan Selepas


Tidakkan sama mereka yang berjuang 'sebelum' dan 'selepas' kemenangan...

Tidakkan sama juga mereka yang hanya 'memandang' kapal belayar sekadar di pinggiran, dengan mereka yang berada sendiri di dalamnya...

Tidak mengertikah kita?..

Monday, February 17, 2014

"Seize the moment" antara Pemimpin dan Ahli



Pemimpin bertindak mengambil peluang dan bukan menunggu Jaminan !!

Kehendak sebuah organisasi ialah merancang halatuju dan menyelesai masalah.

Halatuju tidak akan terbina tanpa perbincangan dan kesepakatan.

Masalah tidak dapat diselesaikan jika didiamkan atau dibiar tergantung tanpa penyelesaian atau si pembawa masalah dicantas , mahupun organisasi bertindak lari dari masalah dengan menutup fail masalah tanpa penyelesaian.

Maka jika kita bertanggungjawab terhadap organisasi itu, sewajarnya kita jadikan medan ini sebagai "alat" untuk kita membuat sesuatu keputusan dan bertanggungjawab atas keputusan yang dibawa.

Tuesday, February 4, 2014

Rashid Ghannouchi: Adakah Gerakan Politik Islam Gagal?


Gerakan Islam, yang bergerak berdasarkan Islam sebagai agama fitrah, berusaha membawa penyelesaian kepada permasalahan masyarakat dan menyumbang kepada penyelesaian masalah manusia, memanfaatkan kebitaraan tamadun-tamadun lain yang padan dengan nilai-nilai Islam dan bertujuan memenuhi kepentingan manusia. 

Gerakan ini adalah paling dekat dengan jiwa rakyat dan menjadi jurubicara umat, menyuarakan nilai, konsep, dan bahasa, dan tarikan popularnya adalah tanpa tara tandingan, jika gerakan Islam menyelami dan memahami masalah rakyat dan mendekati mereka menurut latar faham dan intelektual umat itu:
- Rashid Ghannouchi

Monday, February 3, 2014

MESEJ AMMAR KEPADA GENERASI MUDA

Oleh : Tn Haji Ahmad Azam ( Ayah Ahmad Ammar)


Semalam 2 Februari 2014, genaplah 3 bulan Ahmad Ammar menemui Sang Penciptanya. SubhanaLlah begitu cepat masa berlalu. Rasanya macam baru seminggu yang lalu aku menghadiri pengkebumiannya di Pemakaman Eyub Sultan (Abu Ayub al Ansari), Istanbul.

Sejak 3 bulan yang lalu, sebagaimana yang telah ku ungkapkan berkali-kali, aku merasa semakin kerdil bila melihatkan kebesaran ALLah ta'ala dengan segala perancanganNYA yang Maha Hebat lagi Maha Sempurna. Apa tidaknya, Ahmad Ammar, seorang pemuda berumur 20 tahun, seorang pendiam, tidak suka menonjol diri, apalagi nak lantang bersuara, tidak dikenali kecuali teman rapat dan gurunya, tetapi sebaik saja beliau kembali ke RahmatuLlah, diberi penghormatan yang tinggi oleh Kerajaan Turki dengan diberi keizinan untuk dikebumikan di Pemakaman Eyub Sultan, suatu kawasan perkuburan yang begitu dimuliakan oleh rakyat Turki.

Monday, January 6, 2014

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan

Kredit Kepada : Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini,
Jazahullahu Khaira:


1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

Thursday, January 2, 2014

5 Powerful Things Muslims have that can make us Great People….Again!

by KHAIRUDIN ALJUNIED


The year 2013 has come to a close. Many people we know celebrated it with much fanfare and jubilation. Some spent much of their time shopping, buying as much stuff to prepare for school and work in the many challenging days ahead of them. There are others who prefer finishing the rest of the much-needed holidays by traveling overseas to explore places and sites previously unfamiliar to them.

Wednesday, January 1, 2014

SETELAH 60 HARI AMMAR KEMBALI KE RAHMATULLAH


Oleh : Tn Hj Ahmad Azam Abd Rahman 
(Bapa Ahmad Ammar)



Alhamdulillah sudah 60 hari Ahmad Ammar meninggalkan kita semua. Pastinya kehidupan kami sekeluarga begitu banyak berubah. Perubahan yang begitu mendadak. Kami telah menjadi perhatian oleh banyak pihak. Begitu banyak jemputan untuk Sesi Perkongsian yang perlu dipenuhi. Aku dan isteri akan sentiasa mencuba sedaya yang mungkin untuk menghadiri kesemua jemputan. Tak kira jumlahnya kecil maupun ramai. Bagi kami, fenomena Ammar ini bukanlah kehendak kami sebagaimana pemergian Ammar bukan juga kehendak kami. Ini semua adalah kehendak ALlah ta'ala yang Maha Mengetahui lagi Maha Luas RahmatNYA.

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Jalan Sahabat, Kang Aden Edcoustic

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.


Menerima khabar sedih pemergian vokalis "Muhasabah Cinta" Allahyarham Kang Aden vokalis nasyeed Edcoustic dari Indonesia. Seorang yang aktif berdakwah bersama mahasiswa dan aktif berusrah dalam organisasi Keluarga Remaja Islam Masjid Salman ITB (Karisma)...

Kenangan Bersama Arwah Abah Zahidin


Kenangan lalu bersama arwah Abah Zahidin Mahmood . Teringat pula semasa di Kelantan. Kalau balik kerja atau pergi mana-mana pun, tidak akan lupa singgah di kediaman Abah Zahidin.

 Mesti ada topik baru yang dibincangkan samada kretiviti multimedia, resepsi buku IM, strategic thinking, nasyid dan lain-lain... Semua saya belajar dari guru saya ini...

Al-Fatihah buat Allahyarham Abah Zahidin.

Sunday, November 17, 2013

Bersama Hj Ahmad Azam

Bersama Ustaz Hasrizal, Senior dan rakan-rakan GPTD mendengar amanat santai dari Tn Haji Ahmad Azam Ab Rahman usai selesai Program "Apabila Ahmad Ammar Bertemu Bidadarinya"

Apabila Ahmad Ammar menemui bidadarinya, bukan sahaja mengetuk hati umat di Malaysia dan Turki, tetapi secara peribadinya mengetuk hatiku juga untuk kembali ke medan .... setelah sekian lama diketuk , akhirnya ditumbuk untuk kembali... Jangan berlindung lagi disebalik alasan ...

Infiru Khifafan Wa siqaalan...

#Letsfollowammar

Saturday, November 16, 2013

[ Live ] Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya




Klik Baca seterusnya untuk melihat Video Live :
Tarikh / Masa : 17 November 2013  | 9:00 pagi - 12:30 tgh

Wednesday, November 13, 2013

Nota Asas untuk buat video broadcast guna Vmix + Youtube Live

Salam





Semasa perbentangan Bajet 2014 yang lepas, saya tertarik dengan aplikasi Youtube Live yang menyiarkan siaran langsung perbentangan Live di youtube!! seingat saya ada beberapa channel online yang boleh membuat live streaming seperti Ustream Mob Tv dan lain-lain. Rupa-rupanya, Youtube juga tidak ketinggalan. Beberapa point ilmu sedang saya kumpulkan di bawah untuk rujukan saya dan sahabat-sahabat pembaca untuk masa-masa akan datang. 

Sebaik sahaja Kita berhenti berjuang,

Tadi sempat melihat sedikit babak dalam Filem Fiksyen mengarut kiamat "2012" di FOX movies....

Dr adrians memberitahu pemimpin dunia agar bersetuju membuka pintu bahtera untuk menyelamat ribuan nyawa yang akan mati bila berdepan dengan banjir besar ....

Tuesday, November 5, 2013

PENGAJARAN: Buku “Inside the MUSLIM BROTHERHOOD, The Truth about the world’s most powerful political movement”

Oleh : Tn Hj Ahmad Azam Abd Rahman

Tn Hj Ahmad Azam bersama Youseff Nada,


Pengajaran Pertama: Perjuangan Islam Menuntut Pengorbanan. 
Memang menjadi Sunnatullah, perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai dasar kehidupan bernegara bakal menghadapi fitnah dan mehnah. Perjuangan ini menuntut pengorbanan yang sangat tinggi, hatta nyawa sekalipun. Youssef Nada telah menceritakan sebahagian dari pengorbanan dan pahit getir perjuangan yang dilalui oleh pendukung Ikhwan Muslimin.  Sejak Ikhwan Muslimin ditubuhkan pada tahun 1928 oleh Al-Syahid Imam Hassan al-Banna, sebagai reaksi kepada keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki pada 1924 dan era Penjajahan Barat terhadap Dunia Islam, perjuangan Ikhwan Muslimin tidak pernah ‘disambut dengan permaidani merah’. Ikhwan Muslimin merupakan gerakan kerakyatan yang sangat berpengaruh dalam menuntut kemerdekaan dari Penjajah British.  Atas nasihat Penjajah British,

Sunday, November 3, 2013

Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya



Kenangan Ammar (gambar warna) semasa di Hari Keluarga GPTD pada 16 januari 2011 di Taman Layang-Layang dulu.. 

Ketika ini Hj Azam memberi pengisian kepada ahli GPTD.

Saya masih ingat, En. Azam pernah memberi gambaran tentang GPTD yang diasaskannnya ini bertujuan untuk melahirkan ahli yang mengembara ke seluruh negara bukan sahaja hanya mengembara, mengkaji tamadun , tetapi jauh pada wawasan Hj Azam supaya ahlinya boleh menjadi seperti Saad Bin abi Waqas yang akhirnya di makamkan jauh dari tempat kelahirannya iaitu di China.

 Akhirnya , anakknya Ahmad Ammar menjadi contoh terbaik Wawasan Tn Hj Ahmad Azam Ab Rahman yang dimakamkan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap Laut Golden Horn, Turki.

Monday, October 28, 2013

Debat Bajet 2014 (siri 1) - GST


Menjelang pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai ‘Twin Deficit’ atau ‘Defisit Berkembar’, debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.

Secara mudahnya, pertama -‘Defisit Fiskal/Budget’ kerana “Berbelanja lebih besar daripada Pendapatan” dan kedua - Defisit Perdagangan kerana “Mengimpot lebih daripada Mengekspot”. Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan ‘Penarafan Kredit’nya atau ‘Sovereign Rating’.

Friday, October 25, 2013

Bajet 2014 [ Live ]

Dato' Seri Najib Tun Razak
Menteri Perdana Malaysia

PENDAHULUAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mulakan lafaz ucapan Bajet 2014 dengan mengungkap kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim. Dipetik dengan penuh iktibar sepotong firman Allah Subhanahu Wa Taala dari Surah Al-Qasas, ayat ke-77, mafhumnya: 

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada keperluan di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu yakni di atas pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah”.

Para pujangga pula sering bermadah-madah, bahawa:

“Berpadu ialah satu permulaan, terus bersatu merupakan kemajuan, manakala bekerja secara ganding-berganding, bahu-membahu, itulah dia resepi kejayaan”.


Bacaan Popular