Thursday, November 9, 2006

WEB TV : Polis cari dalang sebar SMS

KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan rapi dan bertindak tegas terhadap dalang di sebalik penyebaran khabar angin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kononnya sekumpulan umat Islam akan masuk Kristian di Ipoh, kelmarin.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menyifatkan kes penyebaran khabar angin seperti itu serius kerana ia boleh menjejas ketenteraman awam dan menggugat perpaduan serta keharmonian kaum di negara ini.Berikutan itu, beliau berkata, satu pasukan khas diketuai Ketua Polis Perak, Datuk Abdul Aziz Bulat dibantu pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditubuhkan bagi menyiasatnya.


[ Lihat web TV ]

WEB TV : Republikan hilang kuasa di Kongres kerana Bush

WASHINGTON 8 Nov : Rakyat Amerika Syarikat (AS) yang marah dengan Presiden George W. Bush berhubung kemelut berdarah di Iraq mengundi untuk menamatkan penguasaan partinya, Republikan, di Kongres semalam.Parti Demokrat sebagaimana yang diramalkan berjaya merampas kuasa di Dewan Perwakilan dengan mudah untuk kali pertama sejak 1994 dan hampir menguasai semula Senat AS.Kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat mempunyai pengaruh kuat dalam proses penggubalan undang-undang dan juga dalam menentukan hala tuju dasar AS.

[ Lihat web TV ]

BINCANG SAINS : Masa depan dunia mungkin di tangan Robot

Semalam saya membelek kembali koleksi CD video simpanan saya, akhirnya saya tertarik untuk melihat semula sebuah filem fiksyen Sains bertajuk I,Robot. Sebuah filem yang menarik perhatian saya yang suka kepada cerita yang berorientasikan sains dan robotik.

Bacaan Popular