Monday, August 19, 2013
#27 IBRAH : Ghulam Dakwah vs Ashabul Ukhdud
Petang tadi, dibalik kesesakan perjalanan harian saya dari Alma Bukit Mertajam ke Tikam Batu, saya memandu pulang sambil mendengar kuliah IBRAH bertajuk Ashabul Ukhdud yang disampaikan oleh Guru Ibrah saya , Al-Fadhil Ustaz Syaari Abd Rahman di saluran IKIM.fm.
Kisah dari lembaran hadis Nabi SAW yang sangat relevan dengan kejadian di Mesir hari ini.
"Hadis Ghulam Dakwah"
Masih ingat semasa di bangku pengajian dahulu, saya ditarbiyyahkan oleh naqib usrah saya berkenaan Hadis ini . Permulaan sebuah kisah yang Allah swt selitkan episod akhirnya di dalam Surah al-Buruj ayat 3 hingga 12. Alhamdulillah... materi tarbiyyah ini disegarkan semula tadi.
Sunday, August 18, 2013
Kaedah Hafazan Quran Syeikh Abdul Salam Bali
1. Baca setiap baris 10 kali dan dengarkan sekali
2. Jika sukar terhadap satu kalimah, baca ayat sebelum dan selepas kalimah.
3. Selepas baris satu sepuluh kali, baris dua sepuluh kali ulang dan dengar 3 kali.
Tapi kaedah ini hanya bertahan dua minggu.
2. Jika sukar terhadap satu kalimah, baca ayat sebelum dan selepas kalimah.
3. Selepas baris satu sepuluh kali, baris dua sepuluh kali ulang dan dengar 3 kali.
Tapi kaedah ini hanya bertahan dua minggu.
Wednesday, August 14, 2013
Azam untuk kembali menulis
Assalamulaikum.
Apa khabar blogawan semuanya?
Agak lama saya tidak menulis di blog saya ini. Hari ini timbul azam baru untuk saya mnulis. Otak saya pula seakan beku kerana sudah lama tidak memerah idea.
Tiba masanya untuk saya kembali ke meja blogawan yang sekian lama saya tinggalkan. Seketika tadi ketika saya mula mnulis entry ini, isteri saya yang jauh di utara menghubungi menyebabkan saya tangguhkan seketika untuk menjawab panggilannya.
Isteri saya, Nadiah Yusof merupakan muslimah yang ditakdirkan Allah utk dijodohkan dengan saya merupakan sumber inspirasi saya utk kembali semula ke meja blogawan ini. Bahkan kenangan pertemuan kami berdua sebelum ini hingga disatukan ini pun bermula dengan pena blogawan ini yang saling berkongsi ilmu di blog masing-masing.
Dikala agak sekian lama saya tidak mnulis, isteri saya merupakan insan pertama yang banyak mmberi dorongan kepada saya untuk kembali ke meja blogawan ini. Insya Allah, kali ini kami berdua akan bergandingan untuk kmbali ke meja blogawan berkongsi sesuatu yg boleh mnjadi nilai untuk pembacanya.
Insya Allah, segalanya brmula di sini.
Fetyan Afzan Mehmet
Published with Blogger-droid v1.7.4
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Bacaan Popular
-
Kenangan Ammar (gambar warna) semasa di Hari Keluarga GPTD pada 16 januari 2011 di Taman Layang-Layang dulu.. Ketika ini Hj Azam mem...
-
We shall not procastinate. ALLAH's Mercy. A change over night. It is not impossible. It's the lailatulqadr. Watch and share. Nite of...
-
oleh: Shabnam Mokhtar Ketiga: Merangka Belanjawan dari Perspektif Islam Bagi melaksanakan poin-poin yang telah diterangkan dalam bah...
-
SETIAUSAHA PARLIMEN AUSTRALIA, ED HUSIC Dikecam kerana bersumpah menggunakan Al Quran sewaktu perlantikan beliau. Menteri Muslim pertam...
-
From Imej | Afzan Kalau saya kembali ke zaman kanak-kanak dulu.. cerita Dragon Ball bagaikan cerita yang paling menjadi kegilaan saya di zam...
-
From Voice Of Fatih Sekali lagi putaran senaman Demi Matahari Jam 4.30 petang , sekali lagi sukarelawan akan berkumpul di dewan serbaguna un...
-
BODOH itu baik? Kenyataan seperti itu pasti akan menaikkan kening mak ayah yang mendengarnya. Saya tertarik dengan rahsia awet ...
-
sumber : Blog Husam Musa | Cetusan Hati * Datuk Paduka Husam Musa merupakan mantan Ketua Biro Siswazah Muda ABIM Kelantan. Hari ini, 5...
-
Ayuhlah duhai anak muda.. Kita teladani qudwahnya, Islahkah Generasi Kita, dan Kita Binakan Akhlak Mulia.. Penyanyi : Fetyan Afzan M...
-
"Mursi adalah seorang lelaki yang paling kuat dalam medan politik manakala As Sisi sedang merobek-robek negara Mesir." ...
