Friday, February 12, 2010

Pena bersalut Kesedihan : Menjawab Persoalan Pedih di Blog tentang Jemaah Dakwah

Agak sedih bila hari ini menerima mesej yang perit dari seorang sahabat dan teman dakwah yang selama ini saya anggap sebagai abang, rakan dalam perjuangan dakwah, orang yang selalu dijadikan tempat untuk saya bergantung harap dan nasihat, tiba-tiba muncul diruangan cbox membuka keaiban dalam isu perkara dalam kelambu jemaah yang selama ini simennya dibancuh sendiri, binaan batanya sama2 diperkukuhkan.. kemudiannya dia menyatakan hasrat untuk menceburi bidang perumahan yang lebih lumayan (politik) meninggalkan kami berusaha sedikit demi sedikit menyenggara persiapan kearah pembinaan sebuah pondok tarbiyyah yang ditinggalkan oleh generasi lama tanpa mengharapkan apa balasan melainkan kepuasan dalam meyumbang batang kerat tenaga dalam usaha membina binaan dakwah yang kukuh.

Saya amat sedih menulis... menulis dalam linangan air mata... biarlah tulisan yang terisi cercaan dan tuduhan di ruangan cbox di blog abim kelantan menghiasi kesedihan saya ini. Rupanya agak mudah untuk meruntuhkan binaan yang sekian lama kita bina.

______________________________________________









Topblogs @ iLuvislam

Monday, November 16, 2009

Al-Fatihah Buat Sahabat : Muhammad Fadhil Bin Ismail



Fadhil Ismail 1983-2009

Hari ini, agak terkejut apabila menerima mesej dari sahabat saya , Afshan Muhammad akan pemergian sahabat karib Muhammad Fadhil Ismail yang baru kembali kerahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya di Tasik Banding dalam perjalanannya ke Grik tempat beliau bekerja (Kolej Komuniti Grik). Saya belum mengetahui dengan lebih lanjut tentang kejadian kemalangan tersebut dan akan ke rumah beliau tengahari ini bersama teman-teman (politeknik Kota Bharu). Di khabarkan jenazahnya akan dikebumikan petang ini.

Innalillahi wainna ilaihiraaji'uun. Allah lebih menyayangi beliau. Sejak tamat pengajian di Politeknik, jarang sekali untuk saya bertemu dengan beliau, hanya sempat bertanyakan khabar menerusi laman chat sahaja.

[Baca Seterusnya]




Beliaulah teman persekolahan saya sejak di Maahad Muhammadi bersama Afshan sehinggalah di Politeknik Kota Bharu. Teman serumah semasa belajar di politeknik yang banyak menegur secara hikmah jika kami melakukan kesilapan dan orang yang selalu menjadi "jam loceng" untuk mengejutkan kami solat subuh berjamaah.

Wajahnya tenang dan selamba tidak kira diwaktu biasa atau genting yang menyebabkan saya diajar secara tidak langsung untuk bertenang dan "cool" mendepani masalah. Apatah lagi beliau banyak menjadi penyelesai masalah ketika berlaku berselisihan atau pergolakan antara saya dan senior dalam persatuan dakwah di politeknik kota Bharu, apatah lagi dalam urusan peribadi.

Beliau antara teman yang menjadi tulang belakang membantu saya dalam memperkasakan organisasi pimpinan saya ketika itu iaitu Rakan Masjid dan ketika saya menjawat jawatan sebagai Presiden MPP, beliau menggantikan saya melaksanakan tugas saya sebagai Pengerusi Rakan Wajadiri (Sekretariat Rakan Muda).

Bahkan kekalutan yang pernah dialami oleh saya ketika berdepan dengan isu Konsert haram di Politeknik yang menyebabkan saya dipersalahkan oleh Timbalan Pengarah Politeknik ketika itu, beliaulah bersama Abdullah Nawi memujuk saya agar bertenang dan menyertainya untuk hilangkan "tension" dengan mendaki gunung Tebu.

Akhirnya hari ini, berita yang saya terima ini amatlah sukar untuk saya terima. Sesukar bak saidini Umar R.a mendengar tentang kewafatan Rasulullah SAW. Teringat saya di babak terakhir cerita The Messengger (Kisah Rasulullah) yang saya lihat semalam, kisah disaat Rasulullah wafat, yang tidak dapat diterima oleh Umar Al-Khattab RA.

  • Dengan menghunus pedang, Umar mengancam akan membunuh siapa saja yang mengatakan Rasulullah sudah meninggal. Umar histeria sambil mengatakan bahwa Nabi tidak meninggal tetapi Nabi hanya pergi sebentar menemui Allah dan akan kembali kepada umatnya, seperti yang terjadi ketika Nabi Musa bin Imran yang pergi meninggalkan kaumnya dan kembali lagi setelah 40 hari. Lihatlah betapa dalam rasa cinta sahabat terhadap Nabi. Wafatnya Rasulullah bisa menghilangkan akal sehat seorang Umar yang terkenal tegas dan keras.
  • Sesaat kemudian Abu Bakar masuk dan membuka kain penutup wajah Nabi, mengecupnya lalu menangis tersedu-sedu. Abu Bakar berkata, “Demi ayah dan ibuku, engkaulah yang terbaik dalam hidup dan matimu. Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, Allah tidak akan pernah menyakitimu”. Itulah ungkapan hati dari seorang penasehat, sahabat, mertua, dan sekaligus pengikut setia.
  • Abu Bakar kemudian keluar rumah dan meminta kaum muslimin yang hadir untuk duduk. Mereka pun menurutinya, kecuali Umar r.a. yang masih belum bisa mengendalikan emosinya. Abu Bakar meminta Umar untuk duduk, maka ia pun menurutinya. Lalu Abu Bakar berpidato,
  • “Siapa saja yang menyembah Muhammad maka ketahuilah bahwa Muhammad telah tiada. Dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan pernah mati.”
  • Kemudian ia membacakan ayat Al-Quran Surah Ali ‘Imran ayat 144 :
  • “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berpaling ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
  • Mendengar pidato Abu Bakar tersebut, kaum muslimin pun menangis sedih dan akhirnya mereka menyadari bahwa inilah kehendak Allah yang harus mereka terima.
  • - Filem The Messengger-

Saya akur dengan pemergian saudara yang saya amat kasih tidak tumpah bagai seorang saudara kandung sendiri. Moga-moga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Insha Allah, saya kini banyak menyelesaikan urusan tugas saya dengan tenang setenang wajah beliau ketika pernah mengharungi suka duka bersama dahulu.

p/s : jam 1.00 akan ke rumahnya bersama afshan, rahim dan sahabat2 yang lain. Doakan perjalanan kami juga selamat insha Allah.



Gratisan Musik






Topblogs @ iLuvislam

Tuesday, October 20, 2009

Dakwah Hip Hop | Satu Penilaian...

Album Akbar Brothers membawakan muzik genre Hip hop


Sejak kumpulan nasyid Firdaus, UNIC, SAUJANA, Yassin & AKbar Brothers menyanyikan irama nasyid berentak Rap Hip hop, Ada rakan yang tanya pandangan tentang dakwah melalui lagu Hip Hop..sebab saya pun termasuk di kalangan ahli PKPIM dan ABIM yang minat muzik genre Rap... Latar belakang saya dari segi genre muzik banyak di alunkan dengan genre sebegini seperti 4u2c, KRU, dan lain-lain. Kemudian mula meminati nasyid bila berada di almameter aliran agama. Sejak di sekolah menengah, saya selalu terfikir mengapa tidak lagu-lagu rap di alunkan menggunakan bait-bait nasyid. Mungkin perbincnagan dibawah dapat dikongsi untuk buka minda kita.....





Dunia hiburan yang berkembang pesat menyaksikan kemunculan potensi dakwah dalam perkembangan hiburan. Ianya telah mencetuskan beberapa eksperimen baru oleh pihak yang melihat hiburan menjadi alat menyampaikan mesej dakwah.

Dakwah melalui lagu hip hop mula mendapat tempat dikalangan generasi muda. Lagu seperti ”Alhamdullilah” oleh Too Phat dan Yaasin antara contoh lagu hip–hop berunsurkan mesej dakwah. Begitu juga beberapa kumpulan yang lahir di Amerika Syarikat seperti `Native Deen” yang dianggotai oleh tiga anak muda muncul sebagai respon kepada Islamophobia dalam masyarakat.



Kita melihat kelahiran beberapa contoh lagu hip hop yang punyai mesej dakwah mengenai konsep ketuhanan, gesaan kepada komitmen melakukan kebaikan dan sebagainya. Apa bentuk hiburan sekalipun, selagi tidak melanggar batas aturan agama dari segi kandungan dan penyampaian, serta sesuia dengan nilai baik ketimuran wajar diberi ruang untuk diketengahkan.

Dalam isu hiburan hip hop, setiap ciri persembahan hip hop di dalam dunia hari ini memiliki kayu ukur berbeza mengikut tafsiran masing-masing. Walaubagaimanapun, beberapa perkiraan kita dalam isu ini perlu melihat kepada beberapa aspek penting perlu diambil kira. Unsur seperti irama, pemakaian, lirik, bentuk persembahan, etika, kesan kepada pendengar seperti sifat lalai serta percampuran lelaki dan perempuan perlu menjadi sandaran. Apatah lagi jika ia melibatkan persembahan yang memiliki elemen unsur jenayah, arak dan dadah, walau daripada aliran dan genre mana sekalipun. Di sini sikap bersederhana dalam berhibur dan tidak melampaui batas amat penting. Selagi tidak melalaikan sepatutnya tidak menjadi isu samada dibenarkan atau tidak.

Isunya disini adakah persembahan lagu-lagu hip-hop melampaui batas dan melanggar ciri-ciri asas Islami yang sediada. Kandungan lirik yang memuji kebesaran Tuhan dalam bentuk lagu hip hop juga menjadi tandatanya samaada ianya dibenarkan atau tidak. Ianya bergantung kepada bagaimana persembahan lagu hip-hop ini diadakan. Bagi berlaku adil, sudah pasti ada perbezaan dari sudut persembahan daripada kumpulan hip-hop yang berlainan. Jika persembahan tersebut tidak melangkaui aspek-aspek yang telah diutarakan atas ini maka, tiada sebab untuk kita menghalang sebarang bentuk hiburan yang memiliki mesej dakwah ini.

Para ilmuwan dan ulama perlu mengambil sikap dan memberikan garis panduan yang jelas bagaimana masyarakat dan pihak industri muzik berhadapan dengan isu aliran muzik yang akan timbul pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, masyarakat dan penggiat industri seni harus bersedia menerima pakai fatwa, nasihat dan teguran daripada para ulama’ dan cendiakawan. Kadangkala kecenderungan beberapa golongan yang menolak genre muzik sebegini kerana persepsi budaya yang melihat rap dan hiphop sebagai pembawa gejala negatif dalam masyarakat seperti mana yang dilihat pada hari ini. Sedangkan genre muzik lain seperti balada, irama Malaysia atau etnik kreatif sekalipun, jika tanpa garis panduan akan tetap memberikan kesan negatif kepada budaya masyarakat.Bahkan nasyid sekalipun , jika konsep yang diketengah tidak memberikan makna serta lari dari prinsip dan syariat, sewajarnya ia perlu dijadikan kayu ukuran untuk dinilai dan diberi garis panduan. Sebagai contoh nasyid hari ini diketengahkan kadangkala agak liberal dan ada juga yang mengajak kepada percintaan yang tidak sepatutnya. Agaknya apakah ianya tidak memberi kesan kepada moral masyarakat??

Disamping Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan dan beberapa jawatankuasa peringkat ilmuwan mengenai isu aliran hiburan, kita mencadangkan pihak berwajib seperti JAKIM mewujudkan Unit Pengembangan dan Kreativiti Hiburan yang akan berkerja dalam kerangka membantu institusi atau golongan karyawan yang sedia berminat menghasilkan karya dan hiburan yang punyai mesej dakwah. Disamping membantu memberi nasihat dan etika persembahan hiburan, ianya juga sewajarnya membantu memberi geran pembangunan muzik dakwah atau biasiswa untuk anak-anak muda yang sedia menceburkan diri bidang hiburan seperti kejuruteraan muzik, seni persembahan dan lakonan dalam kerangka dakwah. Potensi muzik sebagai alat penyampai mesej tidak boleh dipandang ringan dan dikesampingkan begitu sahaja.








Topblogs @ iLuvislam


[ Lagu Queen Od The Land (rentap Rap) yang membuka minda dan minat generasi muda.. Klik di sini ]

Bacaan Popular