Tuesday, April 23, 2013

22 April : 70 kapal berlayar di atas bukit


Oleh : Ustaz Syaari Abd Rahman

22 April 1453 -22 April 2013. 



860 tahun dulu, berbekalkan idea seorang pemimpin, doa pasukan ulama, disiplin pasukan mujahidin, berlakulah sebuah taktik peperangan paling genius dalam sejarah yang telah menukar fasa kekalahan kepada fasa kemenangan percubaan ke 13 di tangan Muhammad Al-Fatih untuk membuka Konstantinopel. 

Semoga ada "70 kapal berlayar di atas bukit" sepanjang 13 hari lagi menjelang pembuangan undi PRU 13 2013.

Monday, April 22, 2013

Rahsia Generasi Al-Fateh


Dalam setiap kebangkitan,pemuda adalah rahsianya kekuatannya.
Dalam setiap fikrah,pemuda adalah pengibar panji-panjinya.
-As-syahid Imam Hasan Al-Banna-

إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى
Maksud: “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” (Al-Kahfi: 13)

Sunday, April 21, 2013

HINDARKAN PERPECAHAN SATUKAN SUARA

Oleh : Hepi Andi Bastoni 
Belajar Dari Dua Umar -Kenyangkan Perut Rakyat


Jenazah Rasulullah s.a.w. masih terbaring. Di salah satu sudut Madinah, tidak jauh dari pasar, berkumpul beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka adalah kaum Ansar yang sedang membicarakan kepimpinan selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. Saad bin Ubadah yang ketika itu sedang sakit, diminta berbicara. Dia adalah tokoh terkemuka Bani Saidah dalam kalangan Khazraj yang juga termasuk di antara peserta Baiatul Aqabah Kedua. Oleh itu, pada masa itu suaranya lemah, dia pun menyuruh salah seorang putera untuk mengulangi kata-katanya dengan kuat agar didengar oleh semua yang hadir. 

Bacaan Popular