Wednesday, November 28, 2007

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Monday, November 26, 2007

Tips Untuk Berdakwah dengan Badan yang Sihat

Diabetes, nasi lemak & teh tarik

NASI lemak secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyat Malaysia.Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia.

[ Baca seterusnya ]

Tuesday, November 20, 2007

Muktamar ABIM Kelantan

3 Ogos 2007, Alhamdulillah , syukur muktamar sanawi ABIM Kelantan berlangsung dengan jayanya di Dewan Cempaka , Hotel Z&H In di Jalan Bayam Kota Bharu. Kali ini menyaksikan peralihan transisi kepimpinan ABIM kepada generasi muda secara total. dan saya merupakan sebahagian dari kepimpinan baru itu. Kini ABIM Kelantan berada di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Faisal Abdullah dan saudara Amru sebagai Setiausaha Negeri. Kebanyakan pimpinan berumur sekitar 20an dan insyaallah semoga generasi muda ini mampu menjadi penerus kepada perjuangan di persada Dakwah!!

[ Klik untuk koleksi Foto ]

Bacaan Popular