Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Kareem!!

Assalamualaikum.



Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Tanpa disedari 11 bulan banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan. 11 bulan banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan. Saatnya istirehat dalam "perjalanan dunia". Saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga. Saatnya menikmati indahnya kemurahanNya. Saatnya memahami makna penyucian diri. Selamat menunaikan ibadah puasa, bersama kita leburkan kekhilafan. Semoga puasa mempertemukan kita dgn Keagungan Lailatul Qadar. Semoga kita menjadi pilihanNya untuk dikabulkan doa-doa dan kembali mnjadi fitrah.....Amin..


Ramai teman di bulan lalu x kesempatan meraikan ramadhan seperti kita.. ada yg tak disangka meninggalkan kita selama-lamanya.. sedang baru semalam berbual mesra.. semoga kenikmatan ramadhan kali ini dipenuhi kesungguhan untuk mengambil peluang memenuhi ruang kasih sayang tuhan kepada kita untuk memohon keampunan.. mana tahu kita pula dipanggil mengadap ilahi.. maka perlu bersedia...

Kembara Ilmu : Merdeka !! - Perlancongan Famili ke 21 Negara di TTI





Bahawa kemerdekaan nasional bukanlah tujuan terakhir bagi kita. Bagi kita, Indonesia merdeka tak bukan dan tak lebih hanyalah syarat untuk mencapai kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dalam arti jasmani mahupun rohani.
- Preseden Sukarnoe (Indonesia)


Ungkapan yang telah diberikan oleh al-marhum sukarnoe itu cukup memberi makna yang mendalam tentang erti kemerdekaan. Moga kita di Malaysia boleh menilai dan memahami erti kemerdekaan yang kita kecapi kini dalam erti kata yang mendalam sebagaimana kata-kata pemimpin itu.


31 Ogos 2008 : Alhamdulillah, saya dihubungi oleh ayah agar membatalkan hasrat saya untuk pulang ke Kelantan menaiki bas kerana ayah dan keluarga mengambil keputusan akan ke Terengganu menjemput saya memandangkan mereka berhasrat untuk ziarah adik saya (cikgu Atiqah ) di IPKT. Memandangkan semalam saya dan atiqah tak berkesempatan untuk masuk ke kawasan TTI semalam , berlaku sedikit adegan "pujuk memujuk" untuk mengajak mereka melawat Taman Tamadun Islam yang menjadi "kempunan" saya dan adik saya semalam.



Akan ku kota janji kita Mendirikan Taj Mahal cinta Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya - lirik lagu Aku ada Untukmu (Nubhan) -


Bagai berada di Palestin !!


Alhamdulillah, mereka bersetuju. Maka bermulalah perlancongan famili ke 21 buah negara dalam masa sehari di Taman Tamadun Islam , Pulau Wan Man. Antara monumen yang begitu menyentuh hati saya ialah istana Al-Hambra di Andalusia . Kerajaan Nasriyyah, juga dikenali sebagai kerajaan Banu Nasr atau Banu al- Ahmar, ialah kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun 1238 hingga 1492M (635-897H).

Menyentuh skrin interaktif untuk mendapatkan maklumat
tentang sesebuah monumen.

Pada zaman pemerintahan kerajaan ini, Andalus telah mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam dengan terbinanya istana Alhambra (al-Hamra’) di puncak Banjaran Sierra Nevada (Jabal Shalir/al-Thalj) di Granada yang tetap menjadi the artistic genius of Muslim Spain . Kerajaan ini, yang dikenali sebagai Nasrid Dynasty atau the Kingdom of Granada dalam bahasa Inggeris, muncul ketika kekuasaan Islam di Sepanyol sedang mengalami keruntuhan. Kerajaan demi kerajaan dan kota demi kota jatuh ke tangan pihak Kristian yang melancarkan gerakan menawan semula kawasan kekuasaan Islam. Amat sayu mengenangkan sejarah disini.

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol.
Bergambar di belakang replika Istana Al-Hamra, Kota Islam terakhir
sebelum kejatuhannya di Sepanyol.

Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun. Di kawasan monumen ini, saya bagaikan petugas TTI menceritakan detik-detik sejarah di Al-Hambra ini kepada adik-adik saya. Mereka begaikan berminat untuk mengetahui rahsia di sebalik monumen-monumen Islam di sini. Mungkin ini satu visual dakwah untuk mereka.


Masjid Badshahi Pakistan.
Belakangnya Kubah As-Sakhra, Baitumaqdis.

Azam ke Turki. Berlakon bagaikan sudah menjejakkan kaki
ke bumi Turki.

Santai bersama famili. Jarang sekali boleh santai begini.

Bergambar di hadapan Masjid Kul Sharif, Russia.
Bergambar di hadapan Replika Masjid Xian, China.



penaFatih : Kami akhiri pengembaraan ini dengan
berkelah di tepi kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Esok dah mula berpuasa dah!!

Lala..budak kecik yang kerap kali di buli oleh saya..hehe

Kembara Ilmu : Hari - hari Terakhir di INTAN

Bergambar kenang-kenangan sebelum berpisah.



28 Ogos 2008 : Hari ini adalah hari terakhir saya dan teman-teman berkursus di INTAN. Selama 3 minggu berkursus, keakraban yang dijalin kukuh sepanjang berkursus terasa kehangatannya saat perpisahan tiba. Selama berkursus, bermacam-macam peristiwa suka -duka yang bakal meninggalkan kenangan apabila pulang nanti. Moga-moga kita semua dapat merealisasikan apa yang dipelajari sepanjang berkursus di sini.





Hari-hari terakhir barulah tiba giliran saya membuat pengucapan awam yang diwajibkan kepada semua peserta kursus sebagai nilai mata dalam markah kelulusan untuk pengesahan jawatan. Saya memilih untuk memberi pengucapan awam bertajuk Generasi Muda Mengangkat Bangsa, Membina Negara. Kali ini saya cuba mempraktikkan kaedah pengucapan awam dengan menghuraikan point dan memperkayakan kata falsafah dan pantun melayu spontan. Sekadar mempraktikkan apa yang di pelajari di kelas pidato tempohari.

Ramai-ramai menyanyikan lagu
Kenangan Terindah nyanyian Samson. Saya tak ikut
serta sebab tak tahu senikata.

Apa-apapun terima kasih kepada semua warga INTAN terutama Puan Zaleha, Mama, En. Fakhruddin dan yang sedia menerima kami sebagai peserta kursus serta sedia menerima kenakalan kami semasa senda gurau. Mohon kemaafan atas sikap kami tidak memberi peluang kepada warga INTAN untuk memenangi perlawanan-perlawanan sukan yang dipertandingan seperti futsal dan bola tampar. Semoga segala aktiviti yang dijalankan akan menjadi suatu kenangan terindah buat warga INTAN Tengah.

Amir, Zulkarnain dan Imam Muda (Isahak).

Saya, Haizat, Zulkarnain, dan Amir.
2 orang di bawah ialah Khairul Chong Wei dan Harry.

Terima kasih juga kepada teman-teman sekursus seperti Aizat, Amir, Chong Wei, Imam Muda , Zulkarnain atas keakraban semasa berkursus. Canda gurau antara kita memang selalu menjadi ingatan. Ada masa datang Kelantan, hubungi aja.



Akhirnya, seorang-seorang demi seorang meninggalkan hostel. Dan hostel yang selama ini bising akhirnya lengang dan hanya tinggal peserta yang terakhir iaitu saya dan Zulkairnain. Cukup untuk kami membuat rekod sebagai peserta yang terawal datang ke Intan , dan yang terakhir meninggalkan Intan.

Teman-teman dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Pengalaman Naik Bas Tambahan

29 Ogos 2008, Saya terpaksa bermalam di rumah abang saya di Kuang Selangor memandangkan tiket saya untuk pulang ke Kelantan adalah keesokannya (29 Ogos). Malam itu cukup ramai dengan penumpang-penumpang yang akan pulang ke Kelantan. Maklumlah cuti perayaan Hari Kebangsaan dan Hari pertama puasa. Nak dijadikan cerita , dalam penumpang kesibukan berebut menaiki bas tambahan menuju ke destinasi, punyalah idea manusia yang baik, saya cadangkan untuk memberi peluang kepada penumpang-penumpang lain untuk memenuhi bas-bas terawal, nanti dapat giiliran bas ke Kelantan yang terakhir nanti tentu selesa sikit. Bukannya apa, barang yang akan dibawa pulang terlalu banyak.

Sebelum meninggalkan hostel, bergambar kenang-kenangan
berlatarkan bangunan Menara Ilmu INTAN.

Macam pakai beg payung terjun pula.. Nak terjun ke tu??

Fail kursus-kursus selama sebulan, beg kembara dan laptop sehingga tak terdaya untuk saya turut sama berpesta berebut tempat duduk. Seorang kakak dari UIA pula setuju untuk mengikuti idea bernas saya itu.. Akhirnya sampai bas terakhir, rupa-rupanya kami menjadi mangsa keadaan. Rupa-rupanya si penjual tiket tambahan menjual tiket melebihi kuaota bas . Lebih 8 orang termasuk saya terkandas untuk ke Kelantan. Alternatifnya, kami kena ambil bas ke Terengganu memandangkan bas itu sahaja yang kekosongan penumpang. jadi bila sampai di Terengganu, barulah kami kena ambil inisiatif sendiri ke Kelantan. Kakak UIA yang bersetuju dengan idea saya, menggunakan kepakaran ilmu psikologinya dengan menghentam semahu-mahunya pengurus bas tambahan yang sudah kepeningan... Saya dan abang saya pula, saling membuat idea lawak untuk hiburkan hati.




Akhirnya saya mengambil keputusan untuk ke Terengganu. Mengapa tidak untuk saya tamatkan pengembaraan saya ke Terengganu. Terlintas di fikiran saya untuk melawat Taman Tamadun Islam. Jadi bolehlah saya melawat negara-negara Islam sekaligus dalam masa sehari.
Jadi bermulalah pengembaraan saya ke negeri seterusnya iaitu ke Terengganu. Insya Allah, sepupu saya akan menjemput saya di sana.


penaFATIH : Sebenarnya di Kelantan, 28-30 Ogos 2008 saya sebagai sebagai Alumni ESQ Angkatan ke-5 mempunyai komitmen untuk menjadi urusetia Training Leadership ESQ bertempat di Perdana Resort, PCB, Kota Bharu, Kelantan. Inilah kali pertama Training ESQ di adakan di Kelantan. Trainernya ialah Pak Aminul Rachman Pulungan. Saya ingat program saya akan berakhir di Training tersebut. Tapi apakan daya, Allah takdirkan untuk saya mengembara ke sebuah lagi negeri. Insya Allah, Training ESQ kali ke 2 di Kelantan akan saya infaqkan masa saya ke sana kelak.



Kembara Ilmu : Mengembara ke 21 Negara versi 1

Stadium Sukma

30 Ogos 2008 : Pagi-pagi lagi saya sudah merancang dengan sepupu saya, abang nasaruddin untuk ke Pulau Wan Man, untuk melihat lebih dekat Monumen-monumen Tamadun Islam di sana. Saya belum berkesempatan sebelum ini untuk melawat tempat tersebut memandangkan komitmen diri terhadap program dan kerjaya. Adik saya, Nur Atiqah kini belajar di Institut Perguruan Kuala Terenganu, jadi saya ajak dia sekali. Dialah mewakili adik beradik yang menjadi cikgu mewarisi tradisi ma dan abah...Kebetulan cikgu atiqah ni ada aktiviti bowling dengan rakan-rakan segurunya di Stadium Sukma (Stadium Sultan Mizan). Jadi selepas tamat aktiviti , terus saya jemput cikgu tiqah ni melancong bersama.

Gerbang utama ke Taman Tamadun Islam

Jadi, bermulalah lawatan ke 21 buah negara yang diwakili oleh monumen-monumen masjid di negara-negara Islam oleh saya bersama adik dan keluarga abg nasarudin. Apabila melepasi gerbang pintu masuk Taman Tamaddun Islam, monumen pertama yang pertama dilihat ialah Kubah As-Sakhra , bangunan yang selalu disalah tafsir oleh masyarakat kita bahawa bangunan kubah itulah dinamakan masjid Al-Aqsa. Anak-anak muslim di seluruh dunia ini sering kali dibingungkan dengan kedua masjid tersebut sehingga akhirnya mereka mempunyai referensi yang salah terhadap mana Masjid Al Aqsa yang sebenarnya.



Ramai yang menyangka bahwa Masjid Al Aqsa yang sebenarnya adalah masjid dengan Kubah Emas di atasnya iaiatu Kubah As-Sakhra, yang berdiri tepat di samping tembok ratapan umat Yahudi. Tembok ratapan umat Yahudi sendiri sesungguhnya adalah Tembok Buraq, yaitu tembok tempat Rasulullah saw mengikat Buraq, kendaraannya ketika Isra Mi’raj. Sekarang tembok ini dikuasai oleh Israel dan dijadikan Tembok Ratapan.

Inilah masjid Aqsa yang sebenar

Inilah agenda Yahudi. Bertujuan memperbodohkan masyarakat dunia khususnya umat Islam dengan tujuan, memudahkan mereka merobohkan masjidil Aqsa yang sebenar untuk dibina kuil Haikal Sulaiman di atas robohan masjid tersebut.

Umat Yahudi meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahwa akan datang diakhir zaman seorang yang mereka anggap sebagai dewa penolong Yahudi yang dinamakan “Messiah” (Al Masih, dalam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah (Al Baqarah)

~The Guardian Magazine~
Masjid Kristal


Akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Masjid Kristal . Entah mengapa, masjid ini tidak begitu memberi kesan kepada jiwa saya, ada benarnya juga kata Hilmi Ramli (presiden PKPIM) , masjid ini tidak memberi kesan mendalam bagi mereka yang selalu menziarahi masjid kerana mungkin kerana jauh dari lokasi penduduk. Mungkin juga dengan kos yang berjuta sebenarnya Masjid Kristal layak diangkat sebagai bangunan lokasi pelancongan, bukan sangat rumah Allah yang perlu diimarahkan dengan aktiviti keagamaan seperti kuliah agama, solat, zikir, qiam dan sebagainya.



Ada baiknya samada kerajaan Negeri dan pusat menjadikan Taman Tamaddun Islam ini sebagai Tempat yang akan dilangsungkan majlis tilawah Al-Quran Antarabangsa setiap tahun sebagaimana di Taman Maeps Serdang yang dijadikan Kompleks Pameran MAHA setiap 2 tahun sekali. Ataupun diadakan program-program Islam yang boleh mengajak masyarakat terlibat sama. Supaya tempat ini tidak hanya dianggap kawasan perlancongan sahaja. Malah , sebagai kawasan yang akan menzahirkan juga ketamadunan insan.



Semoga walaupun Taman Tamadun Islam ingin dipersembahkan melalui monumen replika yang menelan kos yang banyak, pihak kerajaan juga perlu juga memikirkan cara untuk memperbetulkan budaya hidup masyarakat yang kini telah rosak akibat tamadun kebendaan gaya barat yang kini sedang dialami Negara. Supaya masyarakat dapat meningkat ketamadunan material yang berasaskan ketamadunan insan.

Ini Masjid Sulayman Turki.... Bilalah saya boleh tercapai impian
mengembara ke Turki??

Aktiviti ketamadunan insan yang menjuruskan kepada kualiti hidup manusia disemua peringkat harus dipergiat oleh kerajaan terutama meningkatkan kualiti rakyat yang berada digaris kemiskinan, budaya hidup murni yang berasaskan kepada pegangan takut kepada Allah , pemerintahan yang memberi keutamaan kepada perlaksanaan syariat yang menjamin keadilan kepada semua rakyat , memberi keutamaan kepada keperluan asasi , keselamatan dan keilmuan rakyat , sistem urustadbir Negara serta menjaga keharmonian dan kestabilan alam sekitar. Baru lengkap matlamat diwujudkan Taman Tamaddun Islam di sini.

Saya, cikgu atiqah dan anak sepupu, Wawa yang tak lawa.hehe

penaFATIH : rasa macam tidak sempurna sebab tak dapat masuk ke kawasan monumen Taman Tamadun Islam. Adik saya, cikgu atiqah pun turut rasa sedemikian. Kami sekadar boleh berlegar di luar pagar sahaja. Moga-moga ada peluang untuk masuk ke dalam Taman TTI itu kerana hari ini agak kesuntukan masa untuk masuk sebab Atiqah perlu pulang ke maktab sebab ada program kerohanian sambutan kemerdekaan di tempatnya.

Kembara Ilmu : Al-Fatihah buat Afzarin ( Kawan sejiran)


Al-Fatihah . Pagi ini saya dikejutkan oleh mesej yang disampaikan oleh abang saya tentang pemergian sahabat yang merupakan jiran di rumah saya. Afzarin atau lebih mesra dengan panggilan "Yen" telah meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya di simpang tiga Gong Dermin Kota Bharu. Beliau meninggal di tempat kejadian apabila motosikal yang dipandunya telah di rempuh oleh sebuah lori tanah dalam perjalanan ke tempat praktikalnya di Hospital USM Kubang Kerian.

Saya merasa sedikit terkilan kerana tidak dapat menziarahi beliau memandangkan saya berkursus di sini. Beliau cukup akrab di waktu kami di alam kanak-kanak. Di belakang rumahnya menjadi tempat kami selalu bermain , cuma bila dah dewasa ni, kami mempunyai komitmen masing-masing. Jarang sekali boleh bersua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Afzarin.

Kembara Ilmu : Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM - MPAT 47

Bangunan Utama Kisas

Poster MPAT PKPIM ke 47

Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti dan peserta kursus induksi bolehlah membuat aktiviti bebas samada ronda-ronda Kuala Lumpur, tidur sepanjang hari, basuh pakaian yang kotor semasa BTN lepas dan sebagainya. Kesempatan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh saya ini telah saya manfaatkan untuk menghadiri Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ke 47 yang berlangsung di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Bergambar di hadapan Masjid Sultan Sulaiman

Seperti biasa, saudara Effendy yang baik hati sanggup menghantar saya ke KISAS yang terletak di Klang (agak jauh juga dari INTAN) walaupun pagi itu beliau mempunyai komitmen dengan tugas beliau di Kementerian Penerangan. Sememangnya saya anggap, beliau adalah saudara saya dunia dan akhirat.

Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setengah jam, namun kami tersesat kerana keliru dengan papan tanda ke Masjid Sultan Sulaiman kerana KISAS terletak di sebelah masjid tersebut. Hampir sejam kami berlegar-legar di sekitar bandar Klang tersebut. Alhamdulillah dengan bantuan Kang Zaid yang menjadi penyelamat keadaan menyebabkan kami terselamat dari kesesatan... Alhamdulillah tiba sahaja di KISAS lebih kurang jam 9.00 pagi, majlis baru sahaja bermula. Bermakna saya tidak ketinggalan untuk mengikuti tentatif penuh MPAT dan Konvensyen Mahasiswa Kolej Islam Malaysia.

Muka-muka baru Mewakili Perwakilan dan Pemerhati

Baru saya tahu, saya ni dah jadi sebahagian daripada "veteren" PKPIM rupanya. Rata-rata perwakilan dan pemerhati terdiri daripada muka-muka baru dan tidak ramai teman-teman PKPIM sebaya kecuali pimpinan dan mantan pimpinan serta pimpinan kanan Badan Gabungan Negeri. Saya rasa ini satu perkembangan yang baik. Setiap organisasi perlu memikirkan keutamaan ini iaitu membina barisan pelapis agar misi dan visi organisasi dan diteruskan.

Hewi , Menghayun Buaian Menggoncang Dunia.

Presiden juga menterjermahkan gagasan beliau, matlamat yang ingin dicapai serta fokus organisasi melalui ucapan dasar beliau. Banyak perkara yang disentuh. Sesi perbahasan ucapan dasar presiden juga tidak kurang juga hebatnya. Apa yang lebih menarik perhatian saya apabila wakil Hewi dari Sabah menekankan tentang keperluan PKPIM dalam menyentuh perkara berkaitan dengan Hal Ehwal Siswi secara serius dan fokus. Wakil tersebut menyentuh kekuatan Hewi yang menjadikan PKPIM kukuh di mana-mana kampus. Memang saya tak nafikan. Lihat sahaja di mana-mana kampus, Hewi mendominasi keahlian di setiap kampus. Nisbahnya lebih kurang 10:2 . 10 itu siswi dan 2 orang adalah siswa. Kata abang Fizi (mantan exco pendidikan PKPIM ) , dimana-mana Hewilah tiang seri pengukuh persatuan seperti PKPIM ni.


Begitu juga bila merujuk kepada buku "Panduan Latihan bagi Petugas Islam" tulisan Ir Hisham Al-Talib, pengasas International Islamic Institute of Islamic thought (IIIT) yang berpusat di Washington, beliau menyentuh tentang kekuatan wanita ini :

Walaupun kita mengatakan bahawa merekalah (wanita) yang akan melahirkan para pemimpin umat, kita tidak mengambil langkah-langkah positif untuk melibatkan, melatih dan menyokong mereka. Hal ini terus menjadi paradoks dalam persatuan Islam. Secara realistiknya, kita tidak akan memenangi perjuangan ini jika 50% daripada kekuatan kita terlindung dan tersisih. (Hisham Al-Talib )


Cabaran 4 Musim sejuk
Menjawab persoalan ini, jawapan dari YDP Pepias (Persatuan pendidikan Islam Selangor), Wak Jam (nama glamer) agak menarik juga. Kata beliau, dalam kehidupan aktivis ini, Kalau Hewi ingin di beri perhatian serius, mampukah Hewi dan Helki sanggup mendepani 4 musim sejuk yang sememangnya akan di lalui iaitu :

- Cabaran semasa belajar ( assingtment, exam dll)
- Cabaran selepas graduat ( cari kerja tetap, cari duit)
- Cabaran memilih pasangan - kahwin ( pasangan idealis iaiatu saling memahami perjuangan
atau sebaliknya. )
- Cabaran selepas mendapat Zuriat ( cabaran untuk aktif selepas dapat anak, nak sara keluarga)

Wak Jam menekan persoalan 4 musim sejuk yang perlu dipandang serius. Beliau (YDP Pepias) sememangnya sudah melepas keempat-empat musim tersebut, sebab itu beliau gagah menghuraikan penekanan tersebut. Saya pula sudah melepasi dua musim sejuk, cuma tinggal dua musim lagi yang perlu di lalui. Benar juga kata Wak Jam itu, sebab ramai dari kalangan aktivis yang aktif di alam pembelajaran, tetapi hilang selepas kahwin dan bekerjaya. Sebelum ini mereka hebat di pentas mahasiswa, akhirnya lemah dan surut selepas mendepani 3 musim seterusnya. Semoga penekanan wakil PEPIAS ini dapat difikirkan bersama secara serius.

Tautan Anak Negeri





Kesempatan Persidangan Agung Tahunan ini juga, diadakan aktiviti Malam Tautan anak negeri . Semua perwakilan dan pemerhati berkumpul mengikut negeri masing-masing. Wakil dari Sarawak, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) mendominasi malam tautan tersebut dengan mengumpulkan puluhan kontigen wakil anak negeri mereka. Siap bawa bendera negeri sarawak lagi....


dan alhamdulillah, wakil Kelantan juga tidak kurang hebatnya juga. wakil anak negeri Kelantan sememangnya berada di segenap kampus samaada di utara, selatan ,timur barat semua ada seperti UTM, KUIS, UPSI, UPM dan lain-lain . Kesempatan yang ada ini jugalah kami berbincang, berkongsi pandangan, bertanyakan khabar, serta memperjelaskan komitmen tentang tanggungjawab masing-masing sebagai pelajar Islam.

Muhasabah Kolektif


Persidangan Agung Tahunan PKPIM (MPAT) atau lebih senang disebut muktamar PKPIM sememangnya merupakan ruang untuk bermuhasabah secara kolektif. Tempat kita memperbaharui tekad untuk melaksanakan tugas di sesi baru. Kadang-kadang kita selalu salah erti dengan menganggap mesyuarat agung ini sebagai medan untuk mengkritik pimpinan kerana dalam pemikiran kita mempunyai tanggapan bahawa peranan untuk memajukan organisasi terletak sepenuhnya di bahu pimpinan organisasi sahaja. Kalau kita inginkan pimpinan yang baik, kita juga perlu menjadi pengikut yang baik. Moga-moga PKPIM terus mantap menjadi penerus kepada pembinaan generasi muda muslim abad ke -21.



"Maka dengan sebab rahmat Allah kamu bersikap lembut terhadap mereka. Dan sekiranya kamu bersikap kasar lagi keras hati, pasti mereka lari dari sekelilingmu. Maka maafkanlah mereka, mintalah keampunan (dari Allah) untuk mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka di dalam urusan. Dan apabila kamu dah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal (kepadanya)" [Aali 'Imran, 3:159]

Kembara Ilmu : Kursus Induksi Umum di INTAN TENGAH

19 Ogos : Sekembalinya dari mengikuti kursus Kenegaraan di Johor Bharu, saya dan teman-teman peserta meneruskan partisipasi kami dengan mengikuti Kursus Induksi Umum bagi penjawat-penjawat Awam di Intan Wilayah Tengah selama dua minggu.



Dalam Kursus ini, kami didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dengan Matlamat kerajaan, Dasar-dasar awam dan keutamaan-keutamaan negara. Kursus ini juga mendedahkan pengetahuan dan penjelasan mengenai sistem pentadbiran, prosedur-prosedur utama, arahan-arahan dan pekeliling -pekeliling serta panduan-panduan kerajaan. Pengetahuan -pengetahuan ini penting bagi penjawat awam seperti kami untuk memahami keperluan asas atau khussu bagi satu-satu perkhidmatan atau agensi.

Latihan Komunikasi

Kursus di sini tidaklah sepadat kursus semasa di Savannah Hill. Kursus induksi ini bermula dan berakhir mengikut waktu pejabat iaiatu bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Dan disini dilaksanakan sistem "punch card", tak ubah sebagaimana di pejabat.

Ceramah yang diselangi dengan nyanyian. Taktik
untuk menyegarkan peserta yang terangguk-angguk "bersetuju".

Kelapangan di waktu malamnya membolehkan kami dikalangan peserta dapat kerehatan yang lebih disamping dapat merapatkan ukhwah sesama peserta yang menginap di hostel. Ada juga teman-teman peserta yang tidak menginap di sini kerana penginapan hanya disediakan bagi mereka yang bekerja di luar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Santai di anjung hostel. Dibelakang adalah pemandangan
bandar Petaling Jaya.

Alhamdulillah, kebetulan ditakdirkan Allah mempertemukan saya dengan rakan seperjuangan saya semasa di alam aktivis pelajar dahulu (PKPIM) , iaiatu saudara Effendy yang turut sama berkursus di Intan Tengah selama dua bulan.

Beliau mengambil kursus Komunikasi Bahasa Cina Kantonis di sini. Peluang kelapangan di waktu malam membolehkan saya dan Efenndy merancang untuk menghadiri ke Kelas Pidato yang dianjurkan setiap malam Selasa dan malam Khamis di dua tempat berasingan mengikut hari iaitu di Kompleks belia dan Kebudayaan Shah Alam dan Dewan Belia Asia di Cheras. Saya memanfaatkan peluang ini sepenuhnya memandangkan amat sukar untuk saya menghadiri kelas pidato dengan bergurukan pakar pidato , Dato Syed Ahmad Syed Samsudin As-Sagouf. Insya Allah akan saya ceritakan pengalaman saya mengikuti kursus ini di entry seterusnya.



p/s : Alhamdulillah, di sini (INTAN) saya dapat mengakses internet semaksima mungkin memandangkan di sini terdapat kemudahan Hotspot . Jadi dapatlah saya updatekan blog ini setiap malam.. heehe..mujur saya bawa sekali bini kesayangan saya ni (laptop).

Fatih
Bilik 108 (D)
INTENGAH
19 Ogos 2008
12.00 pm

Bacaan Popular