Wednesday, November 28, 2007

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Monday, November 26, 2007

Tips Untuk Berdakwah dengan Badan yang Sihat

Diabetes, nasi lemak & teh tarik

NASI lemak secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyat Malaysia.Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia.

[ Baca seterusnya ]

Tuesday, November 20, 2007

Muktamar ABIM Kelantan

3 Ogos 2007, Alhamdulillah , syukur muktamar sanawi ABIM Kelantan berlangsung dengan jayanya di Dewan Cempaka , Hotel Z&H In di Jalan Bayam Kota Bharu. Kali ini menyaksikan peralihan transisi kepimpinan ABIM kepada generasi muda secara total. dan saya merupakan sebahagian dari kepimpinan baru itu. Kini ABIM Kelantan berada di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Faisal Abdullah dan saudara Amru sebagai Setiausaha Negeri. Kebanyakan pimpinan berumur sekitar 20an dan insyaallah semoga generasi muda ini mampu menjadi penerus kepada perjuangan di persada Dakwah!!

[ Klik untuk koleksi Foto ]

Saturday, October 6, 2007

Selamatkan Rakyat Gaza ! !



Sebelum ini masyarakat di Malaysia tertumpu kepada PRU 12, setelah semuanya selesai...mengapa tidak kita ajak masyarakat menumpukan perhatian kepada keadaan saudara kita di Palestin :

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya (Maszlee Malik) telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.

Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

-------------------------------

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).
Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali

solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.


Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.


2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-


a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.


d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.


Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.


e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.


Gerakerja secara kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)


Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik

Aku dan Pemikiran

Aku mulakan langkahku di alam maya pada kali ini dengan mengubah seluruh lanskap di dalamnya.... dan aku rasakan biarlah pena maya ini menulis segalanya secara ilmiah... di Taman Fatih Imtiyaz ini akan aku hiaskan sebuah pemikiran yang boleh dikongsi secara ilmiah yang membezakan kisah aku dan misi ilmiah yang ingin ku kongsi ... semoga ianya bermanfaat.

Fatih Imtiyaz
16 Mac 2008

Thursday, September 13, 2007

Nukilan dari NURIMAN izza:

Nukilan dari NURIMAN izza: 

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. 
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi 
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

Inilah kerjaya saya sekarang...

Saya telah memulakan khidmat sebagai Juruteknik Komputer gred FT 17 di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, Kota Bharu.

Alhamdulillah...syukur Allah telah kurniakan rezeki saya di sini.... Allah telah permudahkan untuk saya membuat urusan-urusan lain seperti bergiat di lapangan NGO dan lain-lain di sini.. yang pasti saya tak akan berpisah dengan kawan-kawan di Sekretariat ABIM di Tanjung Mas.

Selepas ini, bolehlah saya bergiat dengan badan-badan komuniti lain seperti Komuniti Bestari di kampung dan macam-macam lagilah. Saya juga berhasrat untuk mengadap Tok Guru Silat untuk berguru semula...


Dengan kata lain, Hujan Emas dinegara orang, Hujan Batu di negeri sendiri.... lebih baik dihentak batu di negeri sendiri , daripada berebut emas sampai dipijak-pijak manusia di negara orang ..... hehe..rosak peribahasa...

Rezeki saya tidak di Luar Kelantan

5 Jun 2007, setelah dua hari berkampung di Putrajaya, menginap di rumah Abg Izu dan Alimi (PKPIM Melaka) . Maka sahlah saya akan kembali ke Kelantan semula, bilamana surat posting yang saya terima setelah dua hari menunggu keputusan posting tempat kerja... saya diarahkan untuk melapor diri di Jabatan Pelajaran Negeri pada minggu hadapan (Ahad 10/6/07)... Jadi tak berpeluanglah saya untuk meneroka pengalaman di negeri orang, lebih-lebih cita-cita untuk menimba pengalaman bekerja di Putrajaya. Jadi oleh kerana tak berpeluang untuk bekerja di sini, maka saya mengambil kesempatan untuk mengambil pengalaman bekerja di HQ Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang minggu ini...

[ Baca seterusnya ]

Saturday, August 25, 2007

Internet Sebagai medium Dakwah

Profesor Dilnawaz A. Siddiqui dari Jabatan Komunikasi, Clarion University of Pennsylvania, dalam tulisannya berkenaan dengan teknologi komunikasi dari perspektif Islam berpendapat:

“ It has now become a platitude to say that the nation that controlled the sealanes in the nineteenth century, or that controlled airways in the twentieth century, controlled the whole world.In the twenty-first century, it appears that whoever controls the airwaves will control the world and whatever beyond it ”.1

( Sekarang sudah menjadi suatu yang lumrah untuk dikatakan bahawa negara yang menguasai perairan laut di abad ke - 19, atau yang menguasai ruang udara di abad ke-20 , menguasai dunia. Di abad ke -21, apa yang jelas ialah sesiapa yang menguasai gelombang udara akan menguasai dunia dan malahan lebih dari itu)


[ Baca Seterusnya ]

Tuesday, July 31, 2007

Pilihanraya Turki 2007


Disediakan oleh Biro Penerangan ABIM pusat


Pilihanraya adalah manifestasi perjalanan demokrasi sesebuah negara. Melalui pilihanraya, rakyat telah diberikan kuasa untuk mencorakkan masa depan negara mereka. Untuk berbuat demikian, rakyat perlu memilih sesebuah parti ataupun individual yang dirasakan mampu memenuhi harapan serta cita-cita mereka. Untuk 16.34 juta rakyat Turki yang turun mengundi pada 22 Julai yang lalu, tarikh itu adalah manifestasi jelas dukungan mereka terhadap AKP di bawah kepimpinan Recep Tayyip Erdogan.

[ Baca seterusnya ]

Monday, July 30, 2007

Malaysian group urges ban on Gwen Stefani concert


KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia should pull the plug on the Kuala Lumpur leg of U.S. singer Gwen Stefani's upcoming Asian tour because of her indecent dressing and obscenity, a Muslim students' group said on Tuesday.

The 10,000-strong National Union of Malaysian Muslim Students said Stefani's August 21 concert, which is part of her 'Sweet Escape' tour, would clash with local Asian and Islamic values.

"Her video clips promoting the event are too obscene," Mohamad Hilmi Ramli, the group's president, told Reuters. "We want the organizers to cancel the concert, failing which we will ask the authorities to intervene."

[ Read More ]

Thursday, July 26, 2007

Adat orang belajar

"Adat orang belajar, andai tidak tahu bertanya, andai tersilap rela ditegur, andai keliru cari yang arif, andai punya pendapat suarakan agar diri terpimpin...bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar"

Ukhuwah itu indah 2

Ukhuwah itu indah andai bertemu dan berpisah kita kerana Allah... Bertemu kita tak jemu, berpisah kita tak gelisah, andai sengketa tak kekal lama, dalam denai perjuangan ini InsyaAllah selamanya kita bersama..

Ukhuwah itu indah

Azzirah: Ukhuwah itu indah, tertaut dengan mahabbah, dalam tawa dan tangis bersama, mengerat kesatuan hati, fikiran dan amal dalam perjalanan menurun lembah, mendaki puncakdalam melontar idea mahupun menghunus bicaradalam menahan amarah mahupun mendamai sabarukhuwah ibarat air tak terputus dicincangterus bersama selamaya kuat merempuh halangan bak air yang terjun tinggibermula hanya dari setitis mata airsampai ke laut mengumpul seribu kenikmatan.

Membina semangat atas dasar aqidah... Memperkasa semangat ukhuwah

Kalau Kamu Melawan Takdir

Qutayibah Iman: Seorang Guru berkata padaku: "Semakin kamu melawan takdir. Semakin kamu tenggelam. Semakin kamu pasrah & menerima dengan ikhlas. Maka kamu akan lepas terbang tinggi seperti Rajawali"

Wednesday, July 25, 2007

Makan Tengahari di Medan Kraftangan


30 Mei 2007... Inilah tarikh yang saya rasa menjadi sejarah kerana boleh mengajak semua staf ABIM makan nasi ulam di medan Selera di Perkampungan Kraftangan di Kota Bharu. tak Pernah rasanya semua staf boleh pergi sama-sama makan tengahari bersama seperti ini. Lebih-lebih lagi bila berjaya mengajak En. Mazelan (SU ABIM Kelantan) dan Ustaz Faisal (NYDP ABIM Kelantan) untuk sertai makan tengahari .

[ Baca seterusnya ]

Saturday, May 19, 2007

Selamat Berhijrah


13 Mei 2007 , maka bermulalah penghijrahan rakan-rakanku yang selama ini menjadi peneman sepanjang aku "berkurung" di sekretariat ABIM Kelantan sejak sebulan yang lalu....

Mereka semua adalah anak-anak muda yang boleh dikatakan junior-junior di mana aku ada kuasa untuk membuli mereka..maklumlah di kalangan mereka berumur dalam lingkungan 21 tahun ke bawah, berbeza dengan aku yang kini akan mencecah 24 tahun. Namun kerana potensi mereka yang perlu di gilap menyebabkan aku WAJIB bersama mereka mengilap kebolehan mereka yang ada..... menjadikan mereka seorang yang mempunyai hati anak muda yang berjiwa besar.

[ Baca seterusnya ]

Thursday, May 17, 2007

Anugerah Pelajar Cemerlang ABIM Kelantan

6 Mei 2007 : Hari ini , saya telah ditugaskan oleh pimpinan ABIM Kelantan, untuk mengacarakan Majlis Anugerah Pelajar cemerlang yang berlangsung di Dewan Rumah Puteri Harapan, di Taman Sabariah.

Majlis ini telah dihadiri kira-kira 200 orang hadirin yang terdiri daripada para pelajar insititusi pendidikan ABIM , ibubapa dan ahli-ahli ABIM. Pada Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang tersebut, kira-kira 60 orang pelajar cemerlang yang terdiri daripada anak-anak ahli ABIM Negeri Kelantan telah menerima penghargaan di atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan SPRA, UPSR, PMR,SPM dan STAM.

Majlis perasmian dan penganugerahan telah disempurnakan oleh Mohamad Raimi Ab.Rahim, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat. Turut Hadir ke Majlis itu, 3 wakil pimpinan PKPIM iaitu saudara Abdul Muntaqim (Naib Presiden) , Shamsiah (Ketua Hewi) dan Khalidah (Bendahari)

[ Baca seterusnya ]

Sunday, May 13, 2007

Sentuhan Pertama Animasi 2D


Buku Teknik Melukis Kartun Dan Komik yang di taja oleh abang Kang Zaid dari Avicienna Enterprise banyak membantu saya mempelajari teknik-teknik melukis kartun dan animasi... Syukran Ya Kang Zaid!!!



ni lukisan karakter animasi... masing-masing dilukis mempunyai perangai yang berbeza-beza... rakan2 pun boleh nilai kan??



bergambar bersama junior dalam SIP Briged Bakti yang juga classmate dalam kelas animasi..namanya Fiq..




Terkena Kejutan Elektrik - Karya Saya


Happy Worm - Karya Fiq


Memula kena lukis pergerakan lukisan sebanyak 24 frame, pastu scan dalam komputer, untuk kerja editing saya guna software I-movie melalui komputer Apple I-Mac .... siap boleh tambah effect lagi... jadi saya namakan projek ini iaitu "Terkena Kejutan Elektrik".... ok tak?? apa komen??

Sunday, April 1, 2007

Video : Persembahan Budaya



Kenangan bersama dengan rakan2 seperjuangan dalam Briged Bakti mengadakan Persembahan Budaya di Kem Kepimpinan Jatidiri Briged Bakti pada 2004.

Ditemani sahabat

Panjang sungguh penyeksaan dihempas ombak badai di lautan namun apalah sangat derita ditemani sahabat-sahabat yang faham dan suka membantu atas nama ukhuwwah..." -Sahmura Di Tanjung, Faisal Tehrani-

Friday, March 23, 2007

Kalau Orang Menyakitimu...

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan kebolehan kamu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.

Renungan Bersama...

* Barangsiapa yang mengasihi, dia dikasihi...
* Barangsiapa diam, dia selamat...
* Barangsiapa melakukan kebajikan, dia beruntung...
* Barangsiapa bicara batil kepada orang ramai, dia merugi...
* Barangsiapa membenci kejahatan, dia bebas dari dosa...
* Barangsiapa tidak menguasai lidahnya, dia menyesali...

Tawadhu'

Tawadhu' ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya...

Keseorangan...?

Bila kita keseorangan, bukanlah itu bermakna kita tidak berteman, bukan juga kita bersendirian, tetapi akal yang sejengkal itulah teman, ilmu di dada itulah kawan dan ilmu yang kukuh itulah sahabat...

Ketenangan dan Kebahagiaan...

Ketenangan dan kebahagiaan itu umpama hembusan dari langit, diturunkan ke lubuk hati org2 beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang mengalami kegoncangan. Mereka tetap yakin di kala orang penuh keraguan, tetap sabar di kala org lain keluh kesah. Mereka tetap berlapang dada di kala orang sedang runsing…

Monday, March 19, 2007

Beauty Of Islam

Look at the beauty of Islam
Spreading around the world
See the preetiness of Islam
Like llowers blooming everewhere
Blooming and spreading grecefully
On the highlands and on the valleys
Take a look at the cause of the beaty
They are servants working for their god


And the beauty has been showered
With the sweats of the companions
And the preetiness has been enriched
With the coming of the reformers

Sunday, February 25, 2007

Bengkel Blog Hewi PKPIM


Tahniah Hewi... Kalian sememangnya mujahidah di alam maya ,semoga kalian memugar satu personaliti gadis muslim yang memegang sebatang pena hikmat yang cukup berkuasa. Dan di hujung pena itu bisa mencoret apa sahaja impian dan perjuangan untuk direalitikan. Apa yang pasti, di belakang Pemuda yang berjuang,berdirinya pemudi yang menjadi tiang seri perjuangan!!

Friday, February 23, 2007

Kenangan : Kembara Bersama IMDAN



Sudah lama saya tidak mengembara bersama Rakan2 IMDAN..di mana mereka ye?

Monday, February 19, 2007

Mesej dari sahabat...

Assalamualaikum...rakan seperjuanganmu dulu di PKB......di doakan semua ihwah wal akhwat terus tegar menghadapi mehnah perjuangan walau berbeza jalan dan cara....yang pasti kita punya matlamat yg satu.....

from : sumaiyah khadijah
(2/20/2007 8:54:54 AM)
p/s : Terima kasih sahabat kerana masih mengingati... walau aku ada kelemahan mengingati nama-nama kawan.


Thursday, February 8, 2007

Video : Isu Hangat Rosnah - Sensasi

“Empat puluh” jawab hadirin. “Dah nak mampus ke tidak tu?!” kata Rosnah diikuti hilaian ketawa lucu dari penonton lebih-lebih lagi pengacaranya. Pelik juga saya, bagaimana audien dan pengacaranya boleh ketawa lucu atas perkataan yang seburuk itu. Tetapi, dalam akhbar Utusan Malaysia semalam, Rosnah telah meminta maaf secara terbuka. Dia juga menyatakan telah bertaubat dan meminta ampun dari Allah setiap kali teringatkan perkara itu.


Tuesday, February 6, 2007

Sibuk sungguh minggu ini....

7 Februari 2007 (Rabu)
Subhanallah..sibuk sungguh hari ini, kalau buat muhasabah balik dalam seminggu ni, memang terlalu sibuk.... mempersiapkan agenda persatuan (PPIK), menyiapkan editing terakhir video untuk majlis makan malam Yayasan Jumaat ini, maintenance kamera video untuk kursus KPHI -APPIM, selesaikan sedikit beberapa bahan grafik untuk dihantar kepada yang menempah, update laman web PKPIM...... wah..tak cukup tangan , tiba-tiba adik pula dari MRSM Besut minta tolong untuk bantu kerja-kerja menyiapkan Tugasan Projek Pelajaran Kimia... apatah lagi hari Isnin ni ada temuduga kerjaya pula di Kota Bharu, kena siapkan beberapa material yang perlu..tidak terbuat lagi.. Hari Sabtu pagi akan bertolak ke KL untuk program APPIM (aku tidak mahu lepaskan peluang ini untuk bersama rakan-rakan PKPIM)........ pagi ini, tak boleh keluar ke mana-mana, sebab kena jaga nenek (tetiba tak beberapa sihat) , tapi tak apa sebab sepanjang hari ini wajib duduk depan komputer untuk siapkan kerja-kerja yang belum selesai... subhanallah... moga kudrat ini mampu melakukannya...... Adik-adik Briged macammana yer? Terpaksa abaikan mereka sekejab ( saya ada janji sesuatu dengan beberapa org adik2 Briged untuk memberi bantuan)


p/s : hehehe..patutlah minggu ni, saya rakamkan sebuah lagu bertajuk Rintihan Hati (dengar tak suara saya dalam blog ini..sumbangkan??)... sekadar meluahkan kepenatan dalam bentuk lagu....mmmm..ok lah jugak.... (ramai yang bagi respon..hehehe)

Bedah Buku : Kitab Tauhid | Diperakui oleh Fakta Sains

Assalamualaykum wbt.. rasa tertarik untuk berkongsi dengan rakan2 buku yang cuba saya hadamkan bab demi bab... Kitab Tauhid yang diperakui oleh Fakta Sains yang ditulis oleh Abdul Majid Aziz Az-zindani. Buku ini membincangkan persoalan Tauhid menggunakan pendekatan yang sesuai dengan keadaan semasa. Objektif utama penulis buku ini adalah untuk mengaitkan fakta agama dengan bukti kejadian alam yang sememangnya terlalu banyak. Oleh itu jika anda membaca buku ini, anda akan dapati beberapa fakta sains mengenai alam ini yang belum diketahui...

Pada pendapat saya, sesuai dengan dunia teknologi maklumat yang menjadikan manusia percayakan sesuatu hal berasaskan fakta... , antara cara terbaik mempelajari ilmu Tauhid di era ini adalah dengan mengemukakan contoh dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar. Alhamdulillah buku ini ditulis dalam bahasa yang mudah, idea yang bernas dan bukti yang mudah difahami dan ketiga-tiga elemen ini antara perkara yang amat diperlukan dalam usaha memantapkan akidah dalam jiwa manusia.

Tajuk : Kitab Tauhid ; Diperakui Oleh Fakta Sains
Penulis : Abdul Majid Aziz Az-Zindani
Terbitan : Pustaka Salam
Harga : RM 26.50

p/s : Alhamdulillah, buku ini saya baca dan dapat di diskusikan dengan rakan-rakan ikhwah... juga mempunyai guru yang memberi panduan untuk saya lebih memahami...

Monday, February 5, 2007

Bila saya menyumbangkan lagu.....


Salam.. hehe... selepas lagu pertama yang dinyanyikan saya keudara di ruangan blog ni.. nampaknya aderla yg bagi respon (samada di Cbox ataupun YM) ... hmm sebenarnya lagu ni saya rakam, semasa sedang edit satu lagu untuk dijadikan minus one.. haritu ada adik2 nasyid kat Poli tanya tentang lagu minus kumpulan Hijjaz, so kenalah buat satu minus one untuk mereka.. pastu selesai sahaja buat.. terniat di hati nak test suara....lama dah tak nyanyi... tu yang pitching dia lari skit tu (memang x pandai kawal pitching suara pun)..... lagipun dulu masa nasyid kat Maahad Muhammadi dan Politeknik, banyak dok main percussion... percussion yg paling di minati ialah Kongga (congga??) ... rindu sangat kat benda tu...... Lagu ni asalnya lagu Inunuendo (payah nak eja) bertajuk Belaian Jiwa.. tapi ubah sikit tema lagu tu kepada lagu berkonsepkan Iman .. jadi tajuknya di tukar kepada Rintihan Hati... Jadi terserah kepada peminatlah untuk Afundi saya di Akademi Nasyid ni...

Mutiara Sabda Rasulullah SAW

Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing (aneh) dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing (aneh) itu?" Lalu Rasulullah menjawab, "Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukankerosakan." (HR. Muslim)

Sunday, February 4, 2007

Reformasi Akaun Blogger

Assalamualaykum.... akhirnya selepas beberapa kali saya mengemaskini akaun blog saya.... tepat jam 11.08 malam (4 Februari 2007) , Persoalan yang bermain di minda saya mengenai blog tentang adakah perkhidmatan blogger telah melumpuhkan sistem blogger versi lama..... menyebabkan beberapa sistem di bahagian post memerlukan daftar akaun emel google??

[ Baca seterusnya ]


Laman Diskusi Blog PKPIM

mmm... sambil-sambil memperbaharui laman web PKPIM, syukur kerana dapat mewujudkan ruangan diskusi blog.... Ilham ini tercetus apabila rakan-rakan khususnya di kalangan rakan-rakan PKPIM yang berminat untuk membina blog sendiri..... Sebelum ini, kalau nak belajar blog, kami berdiskusi melalui yahoo messengger (YM) untuk berkongsi ilmu, berkongsi idea macamana untuk mencantikkan blog dan berkongsi sesuatu item kemudahan yang boleh ditambah seperti ruangan chatting, web radio, web tv dan lain-lain... insya Allah, bagi yang berminat, bolehlah melawat ke laman PKPIM (www.pkpim.net) di ruangan Diskusi blog...

Jom Lawati Website PKPIM

4 Febuari 2007

Alhamdulillah, dalam beberapa minggu ini, saya mengambil masa di waktu malam untuk memperbaharui (update) laman web rasmi PKPIM. Barulah saya tahu betapa sukar untuk menguruskan laman web yang perlu diperbaharui setiap kali maklumat baru di terima. Itu belum lagi update laman web akhbar harian kan?? mmm..sebelum ini, saya juga antara ahli PKPIM yang selalu merungut kenapa website tidak di update..... Barulah saya tahu, Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.... Jom lawati website PKPIM... banyak info menarik seperti isu agama, isu semasa, isu Pelajar Islam, Belajar Blog (saya yang kendali), dan banyak lagi... Lawati laman ini di website www.pkpim.net

Kaji selidik tentang sistem blogger....

Persoalan bermain di minda saya mengenai blog.... adakah perkhidmatan blogger telah melumpuhkan sistem blogger versi lama? menyebabkan beberapa sistem di bahagian post memerlukan daftar akaun emel google??

Mutiara Hari : Siapa yang paling manis senyumnya??

Mutiara Hari : "Siapakah orang yang paling manis senyumnya? Orang yang paling manis senyumnya adalah orang-orang yang ketika di coba dengan ujian oleh Allah, mereka mengucap "Innalillahi wa inna ilahi roji'un" seraya bergumam dalam hati: Ya Allah...Aku ridha atas segala ketetapan dariMu". sambil mengukir senyum tulus di bibirnya.


(Semoga yang mendepani banjir, masih bisa tersenyum agar Allah melihat senyuman manisnya yang tulus.)

Semoga masyarakat Indonesia tabah mendepani ujian banjir khususnya di Jakarta. Banjir di Malaysia (Johor) mulai surut. Teringat kepada seorang rakan (akhawat) yang pernah belajar di Kelantan (Politeknik Kota Bharu) dimana rumahnya turut ditenggelami banjir di Johor.

Friday, January 26, 2007

Pengenalan Blog : Kearah Menjana Idealisme melalui Penulisan Blog.

Artikel ini ditulis oleh saya untuk mengisi ruangan Tekno Daie di website PKPIM

Tahukah anda Revolusi Teratai Puteh di negara China hasil daripada nota-nota kecil yang ditanam dalam kuih bulan yang dijual kepada seluruh rakyat China. Apabila rakyat China faham (isi kandungan nota-nota kecil) , gelombang rakyat memuncak.
Ungkapan fakta di atas cukup menarik perhatian saya untuk mengajak rakan-rakan untuk mekaji kaitan fakta di atas dengan artikel pengenalan Siri Tekno Daie – Diskusi Blog yang di kendalikan oleh saya dalam ruangan ini.........

[ Baca seterusnya ]

Sunday, January 14, 2007

Cetusan Saintis Islam

Dimulakan dengan wahyu pertama daripada Al-Quran itu, dunia Jahiliyah yang menggambarkan kemunduran tamadun manusia dari segi sains, teknologi dan intelektual sekitar zaman Rasulullah SAW terus dipacu menuju ke puncak pencapaian. Berdasarkan teori dan asas pengetahuan pelbagai bidang yang termaktub dalam al-Quran, kajian demi kajian dipelopori umat Islam mewujudkan satu tamadun gemilang dari sudut ilmu, khususnya sains dan teknologi.


Berita : Isu bumiputera dalam FTA

WASHINGTON 14 Jan. " Keutamaan kepada bumiputera kekal sebagai "isu paling mencabar" dalam perbincangan perdagangan bebas Amerika Syarikat-Malaysia yang sedang berjalan, kata ketua perunding AS, Barbara Weisel.

[ Baca seterusnya ]

Saturday, January 13, 2007

Profesor AS akui solat berjemaah tersirat aspek sains fizik

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. BErdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


[ Baca seterusnya ]

Bacaan Popular