Saturday, May 19, 2007

Selamat Berhijrah


13 Mei 2007 , maka bermulalah penghijrahan rakan-rakanku yang selama ini menjadi peneman sepanjang aku "berkurung" di sekretariat ABIM Kelantan sejak sebulan yang lalu....

Mereka semua adalah anak-anak muda yang boleh dikatakan junior-junior di mana aku ada kuasa untuk membuli mereka..maklumlah di kalangan mereka berumur dalam lingkungan 21 tahun ke bawah, berbeza dengan aku yang kini akan mencecah 24 tahun. Namun kerana potensi mereka yang perlu di gilap menyebabkan aku WAJIB bersama mereka mengilap kebolehan mereka yang ada..... menjadikan mereka seorang yang mempunyai hati anak muda yang berjiwa besar.

[ Baca seterusnya ]

Thursday, May 17, 2007

Anugerah Pelajar Cemerlang ABIM Kelantan

6 Mei 2007 : Hari ini , saya telah ditugaskan oleh pimpinan ABIM Kelantan, untuk mengacarakan Majlis Anugerah Pelajar cemerlang yang berlangsung di Dewan Rumah Puteri Harapan, di Taman Sabariah.

Majlis ini telah dihadiri kira-kira 200 orang hadirin yang terdiri daripada para pelajar insititusi pendidikan ABIM , ibubapa dan ahli-ahli ABIM. Pada Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang tersebut, kira-kira 60 orang pelajar cemerlang yang terdiri daripada anak-anak ahli ABIM Negeri Kelantan telah menerima penghargaan di atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan SPRA, UPSR, PMR,SPM dan STAM.

Majlis perasmian dan penganugerahan telah disempurnakan oleh Mohamad Raimi Ab.Rahim, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat. Turut Hadir ke Majlis itu, 3 wakil pimpinan PKPIM iaitu saudara Abdul Muntaqim (Naib Presiden) , Shamsiah (Ketua Hewi) dan Khalidah (Bendahari)

[ Baca seterusnya ]

Sunday, May 13, 2007

Sentuhan Pertama Animasi 2D


Buku Teknik Melukis Kartun Dan Komik yang di taja oleh abang Kang Zaid dari Avicienna Enterprise banyak membantu saya mempelajari teknik-teknik melukis kartun dan animasi... Syukran Ya Kang Zaid!!!



ni lukisan karakter animasi... masing-masing dilukis mempunyai perangai yang berbeza-beza... rakan2 pun boleh nilai kan??



bergambar bersama junior dalam SIP Briged Bakti yang juga classmate dalam kelas animasi..namanya Fiq..




Terkena Kejutan Elektrik - Karya Saya


Happy Worm - Karya Fiq


Memula kena lukis pergerakan lukisan sebanyak 24 frame, pastu scan dalam komputer, untuk kerja editing saya guna software I-movie melalui komputer Apple I-Mac .... siap boleh tambah effect lagi... jadi saya namakan projek ini iaitu "Terkena Kejutan Elektrik".... ok tak?? apa komen??

Bacaan Popular