Thursday, August 27, 2009

Tips 2 : Ar-Rahim


Di dalam Dirimu, terdapat sifat penyayang yang tulus lahir dihatimu walau apa keadaan sekalipun pada dirimu, kerana kamu adalah wakil Allah Ar-Rahim, Yang Maha Penyayang. Maka jadilah generasi muda yang senantiasa mengasihi ibubapa dan guru, teman-teman dan bahkan orang disekelilingmu termasuk juga kanak-kanak.

Dalam erti sebuah persahabatan pula, rasanya pasti kalian masih ingat bahawa kita melalui erti ukhwah persahabatan itu melalui 3 peringkat keadaannya iaitu Husnuzzon, Salamatussadri dan Ithar.

Perkara yang paling asas ialah kita bersangka baik (husnuzzon) sesama rakan kita. Persepsi akan banyak mempengaruhi gaya kita berkawan dengan orang lain. Jika kita mempunya persepsi yang buruk, secara semulajadinya perasaan itu akan terpancar di muka dan pergerakan tubuh badan kita. Maka perkara ini amatlah tidak membantu dalam kita ingin menjaga hubungan sesama rakan kita. Malahan sebagai muslim, kita dianjurkan untuk sentiasa bersangka baik.

Tingkatan kedua pula bermaksud sentiasa berlapang dada sesama rakan kita. Hal sebegini amat penting dalam menjaga keharmonian ukhuwwah. Seringkali berlaku pergaduhan adalah disebabkan kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah. Sememangnya perselisihan pendapat itu tidak dapat dielakkan. Tetapi lebih baik saling memaafi daripada terus-menerus bermasam muka dan saling tuding-menuding antara satu sama lain.

Tingkatan seterusnya adalah melebihkan sahabat kita lebih daripada diri sendiri. Jika kita meneliti sirah rasulullah dan para sahabat, sikap ithar ini diamalkan dengan meluas. Pernah dalam peperangan, antara yang nazak meminta air, sebelum seorang itu minum, terdengar rakannya pula meminta air, maka orang yang pertama ini tadi sanggup memberi rakannya minum terlebih dahulu. Inilah kemanisan ukhuwwah apabila kita berasa rakan kita mengambil berat tentang kita sehingga ke tahap ini.






Topblogs @ iLuvislam


Monday, August 24, 2009

Tips 1 : Ar-Rahman


Teman, kamu merupakan wakil Ar-Rahman, Yang Maha Pengasih, maka jadilah generasi muda yang sentiasa bersifat mengasihi.Sebarkan sifat pengasih di mana sahaja kamu berada dengan tulus ikhlas tanpa perlu mengharapkan balasan kecuali kerana Allah semata.


Topblogs @ iLuvislam

Saturday, August 22, 2009

Memaknai Ramadhan dengan berbakti





Zon 1 Ramadhan : Mengenal Potensi Diri
Semoga madrasah ramadhaniah ini menjadi quantum quwwah Ruhiyyah buat para Du'at.

p/s : A vey nice song about the month of Ramadhan, a month full of barakah. A song which has english, turkish, german and arabic lyrics. I really like this song. The group that sing this song is CoTu.

Friday, August 21, 2009

21 Ogos : Hari Memperingati Al-Quds

Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? video di bawah akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an?? Insya Allah, selepas ini Grup Salahuddin -GPTD di bawah koordinator saudara Zul Amin akan memperkasakan modul Generasi Salahuddin untuk menjadi sebahagian daripada modul tokoh-tokoh Islam.

Monday, August 17, 2009

Mengisi Slot di Bengkel Kepimpinan Belia Negeri Kelantan

From Alfatih Majlis Belia


18 Ogos 2009 : Saya di jemput mengisi slot bertajuk Belia Berwawasan : Meneladani Qudwah Muhammad Al-Fatih di Bengkel Kepimpinan Belia Peringkat Negeri Kelantan anjuran Majlis Belia Negeri Kelantan (MBK) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Pengisian slot sebegini mungkin merupakan pertama kali di Majlis Belia Kelantan dengan meletakkan tokoh Islam sebagai contoh utama untuk diteladani dalam kerja-kerja sukarelawan dalam persatuan belia. Alhamdulillah, respon peserta yang terdiri daripada wakil-wakil persatuan belia negeri kelantan cukup baik. Para peserta ini terdiri daripada wakil belia persatuan seperti MAYC, ABIM, PBK, GPMS dan lain-lain. Koleksi gambar pada link di bawah...

Topblogs @ iLuvislam

Saturday, August 15, 2009

Menyatu Rasa dan Komitmen Jiwa Penjejak di SAKTI GPTD

From SAKTI

Alhamdulillah, dari Kelantan, saya , Zulamin dan Saiful Islam (mewakili Grup masing-masing) hadir menyatu rasa dan komitmen Jiwa penjejak dan pengembara dengan memaknai Kem Sakti IV atau Program Personaliti Belia yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiyyah Paroi Negeri Sembilan.

Rasa amat terkesan dengan slot-slot yang terisi disamping saya juga diberi amanah untuk mengisi slot Meneladani Qudwah Sultan Muhammad Al-Fatih yang merupakan perbentangan mewakili Grup saya iaitu Grup Generasi Al-Fatih. Alhamdulillah program ini sedikit sebanyak membina dan memperbaharui komitmen untuk melaksanakan misi-misi di masa akan datang.

p/s : Kali pertama memandu sendiri bersama Zulamin pulang ke Kelantan.... Kira menjadi sebahagian dari asas pengembaraan dalam negeri..hihihi

Koleksi Gambar sepanjang SAKTI IV



[Laporan SAKTI di weblog GPTD]




Topblogs @ iLuvislam



Monday, August 10, 2009

Mengenang Almarhum Rendra 1935-2009










Kesadaran adalah Matahari,
Kesabaran adalah Bumi,
Keberanian menjadi cakrawala
dan Perjuangan adalah
pelaksanaan kata-kata
(WS Rendra)

Nama : WILLIBRORDUS SURENDRA BROTO RENDRA
Lahir : Solo, Jawa Tengah, 7 November 1935
Agama : Islam
Pendidikan :-SMA St. Josef, Solo -Fakultas Sastra dan Kebudayaan Universitas Gadjah Mada -American Academy of Dramatic Arts, New York, AS (1967)

Karir :-Pendiri/Pemimpin dan sekaligus sebagai sutradara, penulis skenario dan pemain Bengkel Teater, Yogya (1967 -- sekarang)

Sebagai penulis puisi dan drama, ia menghasilkan antara lain: -Sekda
-Perjuangan Suku Naga (drama)
-Ballada orang-orang tercinta (1957)
-Blues untuk Bonnie (1970)
-Potret Pembangunan dalam Puisi (1980) (kumpulan puisi)
-Pamphleten van een Dichter, Holland, 1979
-State of Emergency, Australia (1980)

Naskah-naskah pentasnya: Bip-bop -Oedipus Rex -Khasidah Barzanji -Perang Troya tidak akan Meletus
Kegiatan Lain :-Pemain Film.
Memperoleh Hadiah Puisi dari Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional (1957)
-Anugerah Seni dari Departemen P dan K (1969)
-Hadiah Seni dari Akademi Jakarta (1975)

Alamat Rumah :Jalan Mangga, Perumnas Depok I, Bogor
[ Mengenang Al-Marhum Rendra ]

Topblogs @ iLuvislam

Sunday, August 9, 2009

Nasyid : Muhasabah Cinta [ Edcoustic ]










Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Nasyid Jepun : Kamisama (Edcoustic)

Tai you ga nishi no, tai you ga nishi no, suiheiseng ni sizunda toki 2x
Watashi wa jibun no sitekita koto hitotsu-hitotsu o omoi dasitemita

Reff :
Kamisama, yoruga otozureta toki
Kamisama, tai you ga sizumu to doujini
Jibun ga nandomo kurikaesitekita ayamichi o kuyande
Noitemo douka oyurushi kudasai

Saturday, August 8, 2009

Di Majlis Pembukaan Gelanggang Silat Seni Cantik di Islamic Outreach ABIM

8 Ogos 2009 | 9.00 malam

From Silat
Saya (tengah) di apit oleh dua mahaguru, Ayah Jat dan Ayah Tar


Saya telah dijemput mewakili YDP ABIM ke majlis pembukaan Gelanggang Silat Seni Cantik di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Islamic Outreach ABIM Kelantan. Gelanggang seni silat ini dibuka di pusat dakwah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di sini yang terdiri daripada anak-anak orang asli dan saudara baru dari Sabah untuk mengenali seni silat Cantik sebagai aktiviti mereka sepanjang belajar di sini.

Abdul Razak Harun (ayah Jak) yang merupakan Timbalan Pengerusi Kebudayaan Jajahan Kota Bharu telah mengendalikan acara di gelanggang ini dan memberi pendedahan dan pengenalan mengenai Seni silat yang juga dikenali oleh masyarakat sebagai silat pulut. Majlis pembukaan diserikan dengan demonstrasi pesilat-pesilat yang menunjukkan seni tarian silat kepada pelajar-pelajar di sini. Pemain gendang dari Kumpulan Gendang Padang Raja juga menghidupkan suasana gelanggang mengiringi tarian seni silat oleh pesilat-pesilat. Semoga dengan adanya aktiviti silat di Pusat latihan ini akan membina kekuatan jatidiri para pelajar disamping mempelajari seni warisan melayu ini.




Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam

Friday, August 7, 2009

Fikir & Renung : Foto Peristiwa Sepanjang Zaman

Ulasan Fikir2renung2 : Banyak perkara yang berlaku pada setiap hari di dunia ini yang kita tidak tahu. Sesetengahnya berjaya dirakam dan diabadikan dalam bentuk foto dan juga video. Sila saksikan klip video dibawah yang banyak mengandungi peristiwa-peristiwa penting dunia untuk renungan kita bersama.


Topblogs @ iLuvislam

Jalan-Jalan Blogger | blog alumni yang ringkas dan menarik

From penafatih

Jalan-jalan blogger... terjumpa satu laman web alumni pelajar tingkatan 5 SBP Gombak.. memang menarik rekaletak templat . Ringkas dan rekaan grafik header yang ceria.. sesuai untuk blog alumni untuk kumpulan pelajar mengikut batch.. kena tiru ni.. boleh ziarah blog ini di http://5thfivers.blogspot.com/

Antara Api dan Air | Mengenang Perjuangan Tariq Bin Ziyad |Pembuka Andalus

Jabal Tariq (kini dikenali dengan nama Gibraltar) , Spain.






Teman,

Kita harus mara melangkah,

Membebas diri kita semuanya ,

Tatkala mendepani fitnah akhir zaman,



Apabila api dilihat sebagai air,

Dan apabila air dilihat sebagai api....



Ayuh tuntas menyatakan pendirian,

Adakah kita ingin lemas dalam air yang sebenarnya api


Atau ingin berjuang dalam semarak api yang sebenarnya sedamai air??



Ayuh..teman...

pilhlah salah satu antara keduanya,

Kerana pilihan ini,

seakan mengungkap lipatan sejarah silam,

tatkala pahlawan Tariq Ibnu Ziyad,

tegas menyeru panglima-panglimanya,

menyatakan pendirian..

setelah armada kapal dimusnah...



Memilih untuk terus berjuang,

atau mati sia-sia di lautan

tatkala dayus melarikan diri

dari medan perjuangan....



Pilihlah salah satu antara keduanya,

memilih untuk terus derap melangkah,

berjuang dalam Api...

untuk menikmati kedamaian sebenar yang selembut air

atau terus tersungkur,

lemas tatkala tahu apa sebenarnya di sebalik air.

Yang sebenarnya Api yang membakar diri...



Jika kau mempersoalkan teman,

adakah kita akan berjaya?

merentasi semarak api itu..

tatkala pancaindera lemah ,

dengan hanya mampu merangkak,

walaupun hati penuh keyakinan untuk merentasi..



Ketahuilah teman,

Merangkak tetapi berjaya merentasi halangan,

Adalah lebih baik daripada berlari pantas,

tetapi berputus asa di medan perjuangan...



Bayfatih

Anjung Kartini

Jelawat, Bachok Kelantan

3 Disember 2008




p/s : nukilan sajak dicipta ketika diri teringat materi ESQ , perjalanan Pak Ary di Lautan Gibreltar.....pertemuan 2 lautan yang berbeza warnanya, iaitu lautan maditerenian dan lautan atlantik. Mengingatkan kepada lipatan sejarah silam pada 20 April 711m, Imam Tariq Bin Ziad bersama 7000 panglima menyeberangi selat Gibraltar menuju andalusia....



“Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari?, Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran. Ketahuilah bahwa di pulau ini kalian lebih terlantar dari pada anak yatim yang ada di lingkungan orang-orang hina. Musuh kalian telah menyambut dengan pasukan dan senjata mereka. Kekuatan mereka sangat besar, sementara kalian tanpa perlindungan selain pedang-pedang kalian, tanpa kekuatan selain dari barang-barang yang kalian rampas dari tangan musuh kalian. Seandainya pada hari-hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang berarti, niscaya nama baik kalian akan hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh akan berganti menjadi berani kepada kalian. Oleh karena itu, pertahankanlah jiwa kalian!!”

- Imam Tariq Ibnu Ziad




Gratisan Musik



Topblogs @ iLuvislam


Thursday, August 6, 2009

Sudut Pandang Ketiga : Mahasiswa Islam Berdakwah Atau Berpolitik ?


Oleh Saifuddin Abdullah

DALAM tempoh dua minggu ini, terdapat dua program penting melibatkan mahasiswa Islam.Pertama, pelancaran Kelab Dewan Amal Islami (DAMAI), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Julai lalu.

Program kedua ialah Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 8 Ogos ini. Ia dianjurkan sempena Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PKPIM Ke-48 dan pelancaran buku PKPIM, Sejarah dan Perjuangan Lima Dasawarsa (1961-2011).

Kelab Damai IPTA ialah program terbaru DAMAI yang diperbadankan pada 2006. DAMAI ialah sebuah organisasi masyarakat sivil Islam. Ia bertujuan mengukuhkan persefahaman dan meningkatkan kerjasama gerakan Islam melalui satu gagasan bagi mencapai matlamat kecemerlangan semua bidang dan aktiviti dalam lingkungan syariah.

Kelab Damai IPTA berfungsi sebagai perantara persatuan Islam di kampus dengan penyaluran bantuan dan sokongan untuk aktivitinya. Ia berperanan merapatkan kerjasama dengan agensi kerajaan bagi membantu memperkasa persatuan-persatuan tersebut.

Penubuhan kelab ini selaras dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2009 apabila mahasiswa dibenarkan bergabung dengan organisasi luar kampus. Bagi PKPIM – yang hampir terkubur akibat pindaan AUKU (1975) – program MPAT kembali memungkinkan mahasiswa Islam menghadirinya.

Pindaan AUKU (2009) kelihatan menjanjikan gerakan mahasiswa Islam yang makin rancak. Tetapi adakah kerancakan itu akan menyamai atau mengatasi zaman keemasan gerakan mahasiswa era 1960-an hingga 1974? Adakah ia akan menandingi kerancakan ketika melonjaknya era dakwah kampus mulai 1970-an? Atau, adakah ia akan menghasilkan sesuatu yang baru? Hanya gerakan mahasiswa Islam yang ada jawapannya.

Jika menggunakan istilah “pelajar Islam”, maka gerakan pelajar Islam di Malaysia bermula pada 1900-an. Ia ditandai oleh beberapa tokoh pelajar seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, Syed Salim al-Kalali dan Abas Mohamad yang pulang dari menuntut di Asia Barat. Mereka dipengaruhi pemikiran Syed Jamaluddin al-Afghani dan Muhamad Abduh, yang memulakan gerakan keilmuan Islam ke arah pembangunan sosioekonomi, iaitu gerakan reformis-agama yang terawal.

Tetapi, jika menggunakan istilah “mahasiswa Islam”, tanda permulaan misalnya boleh merujuk kepada peranan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), yang antara sumbangan awalnya ialah mendesak kerajaan membina masjid berhampiran kampus tersebut.

Ini diikuti dengan penubuhan PKPIM di Asrama Kedua UM pada 1961. Tujuan asalnya ialah menggabungkan semua persatuan pelajar Islam selain menjadi wakil tunggal pelajar Islam negara ini dengan persatuan pelajar Islam luar negara.

PKPIM ditubuhkan kerana merasakan dua buah pertubuhan pelajar peringkat kebangsaan yang sedia wujud ketika itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) tidak dapat mewakili sepenuhnya kepentingan mahasiswa dan pelajar Islam.

Ketiga-tiga persatuan mahasiswa dan pelajar di peringkat kebangsaan ini menjadi sebahagian gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), iaitu badan induk bagi gerakan belia.

Sedekad selepas penubuhannya, iaitu pada 1971, PKPIM bersama-sama dengan PMIUM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), menjadi pelopor program Gerakan Kempen Kesedaran (GKK). Ia untuk menimbulkan kesedaran mahasiswa dan pelajar, membantu usaha menggalakkan masyarakat desa supaya dapat menikmati pembangunan negara dan menyampaikan dakwah serta menekankan keperluan perubahan sikap sesuai dengan tuntutan masa.

Pada tahun yang sama, PKPIM menganjurkan seminar yang mencadangkan penubuhan sebuah universiti Islam. Seminar itu berlangsung di Dewan Al-Malik Faisal, Petaling Jaya, yang kemudiannya menjadi dewan besar Kampus Sementara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila ditubuhkan kira-kira sedekad kemudian.

Apabila AUKU dipinda pada 1975, PKPIM bingkas menentangnya, dan sehinggalah AUKU dipinda pada 2009, ia merupakan pertubuhan pelajar paling lama dan konsisten perjuangannya berhubung AUKU. Mutakhir, dasar kerajaan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pada bulan Julai lalu, antara lain, terdapat ‘saham’ PKPIM di dalamnya.

Namun, sumbangan terpenting ialah penyuburan program dakwah dan tarbiah serta tradisi intelektual Islam di kalangan mahasiswa.

Menjelang dekad kelima kewujudannya, Presidennya, Mohd Hilmi Ramli berkata, kongres pada Sabtu ini bertujuan memberi makna dan kefahaman jelas akan teras-teras kenegaraan dalam mendepani isu-isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia. Ia juga untuk merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan lebih baik untuk seluruh rakyat.

Kongres ini juga ingin mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan “1Malaysia” dan gagasan “Politik Baru”.

Sejak bertugas di Kementerian Pengajian Tinggi, saya sering diajukan dengan soalan: Apakah sebenarnya teras pendekatan gerakan mahasiswa Islam – berdakwah atau berpolitik?

Saya tidak pasti apakah soalan ini sebagai mengimbau frasa yang dipopularkan bekas Ketua Dewan Dakwah Indonesia, Allahyarham Mohammad Natsir, “berdakwah di jalur politik, berpolitik di jalur dakwah”, atau dibuat atas niat lain.

Pada saya, umumnya gerakan mahasiswa Islam kita adalah berteraskan dakwah dan tarbiah. Ada yang turut membicara dan menyuarakan soal-soal politik. Dalam hal ini, kita perlu menganalisisnya dengan kebenaran dan keadilan.

Sebagai contoh, ia tidak bertentangan dengan AUKU (2009). Kita juga tidak mahu jika ia langsung tidak mempedulikan politik. Begitu juga, ada perbezaan antara suara politik kepartian dengan politik non-partisan.

Apa yang lebih penting ialah bagaimana kita mengehakupayakan gerakan mahasiswa Islam dalam memenuhi makna ayat al-Qur‘an: “Sesungguhnya mereka itu orangorang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk” (Al-Kahfi: 13)

DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.



Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam

Bacaan Popular