Sunday, February 25, 2007

Bengkel Blog Hewi PKPIM


Tahniah Hewi... Kalian sememangnya mujahidah di alam maya ,semoga kalian memugar satu personaliti gadis muslim yang memegang sebatang pena hikmat yang cukup berkuasa. Dan di hujung pena itu bisa mencoret apa sahaja impian dan perjuangan untuk direalitikan. Apa yang pasti, di belakang Pemuda yang berjuang,berdirinya pemudi yang menjadi tiang seri perjuangan!!

Friday, February 23, 2007

Kenangan : Kembara Bersama IMDAN



Sudah lama saya tidak mengembara bersama Rakan2 IMDAN..di mana mereka ye?

Monday, February 19, 2007

Mesej dari sahabat...

Assalamualaikum...rakan seperjuanganmu dulu di PKB......di doakan semua ihwah wal akhwat terus tegar menghadapi mehnah perjuangan walau berbeza jalan dan cara....yang pasti kita punya matlamat yg satu.....

from : sumaiyah khadijah
(2/20/2007 8:54:54 AM)
p/s : Terima kasih sahabat kerana masih mengingati... walau aku ada kelemahan mengingati nama-nama kawan.


Thursday, February 8, 2007

Video : Isu Hangat Rosnah - Sensasi

“Empat puluh” jawab hadirin. “Dah nak mampus ke tidak tu?!” kata Rosnah diikuti hilaian ketawa lucu dari penonton lebih-lebih lagi pengacaranya. Pelik juga saya, bagaimana audien dan pengacaranya boleh ketawa lucu atas perkataan yang seburuk itu. Tetapi, dalam akhbar Utusan Malaysia semalam, Rosnah telah meminta maaf secara terbuka. Dia juga menyatakan telah bertaubat dan meminta ampun dari Allah setiap kali teringatkan perkara itu.


Tuesday, February 6, 2007

Sibuk sungguh minggu ini....

7 Februari 2007 (Rabu)
Subhanallah..sibuk sungguh hari ini, kalau buat muhasabah balik dalam seminggu ni, memang terlalu sibuk.... mempersiapkan agenda persatuan (PPIK), menyiapkan editing terakhir video untuk majlis makan malam Yayasan Jumaat ini, maintenance kamera video untuk kursus KPHI -APPIM, selesaikan sedikit beberapa bahan grafik untuk dihantar kepada yang menempah, update laman web PKPIM...... wah..tak cukup tangan , tiba-tiba adik pula dari MRSM Besut minta tolong untuk bantu kerja-kerja menyiapkan Tugasan Projek Pelajaran Kimia... apatah lagi hari Isnin ni ada temuduga kerjaya pula di Kota Bharu, kena siapkan beberapa material yang perlu..tidak terbuat lagi.. Hari Sabtu pagi akan bertolak ke KL untuk program APPIM (aku tidak mahu lepaskan peluang ini untuk bersama rakan-rakan PKPIM)........ pagi ini, tak boleh keluar ke mana-mana, sebab kena jaga nenek (tetiba tak beberapa sihat) , tapi tak apa sebab sepanjang hari ini wajib duduk depan komputer untuk siapkan kerja-kerja yang belum selesai... subhanallah... moga kudrat ini mampu melakukannya...... Adik-adik Briged macammana yer? Terpaksa abaikan mereka sekejab ( saya ada janji sesuatu dengan beberapa org adik2 Briged untuk memberi bantuan)


p/s : hehehe..patutlah minggu ni, saya rakamkan sebuah lagu bertajuk Rintihan Hati (dengar tak suara saya dalam blog ini..sumbangkan??)... sekadar meluahkan kepenatan dalam bentuk lagu....mmmm..ok lah jugak.... (ramai yang bagi respon..hehehe)

Bedah Buku : Kitab Tauhid | Diperakui oleh Fakta Sains

Assalamualaykum wbt.. rasa tertarik untuk berkongsi dengan rakan2 buku yang cuba saya hadamkan bab demi bab... Kitab Tauhid yang diperakui oleh Fakta Sains yang ditulis oleh Abdul Majid Aziz Az-zindani. Buku ini membincangkan persoalan Tauhid menggunakan pendekatan yang sesuai dengan keadaan semasa. Objektif utama penulis buku ini adalah untuk mengaitkan fakta agama dengan bukti kejadian alam yang sememangnya terlalu banyak. Oleh itu jika anda membaca buku ini, anda akan dapati beberapa fakta sains mengenai alam ini yang belum diketahui...

Pada pendapat saya, sesuai dengan dunia teknologi maklumat yang menjadikan manusia percayakan sesuatu hal berasaskan fakta... , antara cara terbaik mempelajari ilmu Tauhid di era ini adalah dengan mengemukakan contoh dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar. Alhamdulillah buku ini ditulis dalam bahasa yang mudah, idea yang bernas dan bukti yang mudah difahami dan ketiga-tiga elemen ini antara perkara yang amat diperlukan dalam usaha memantapkan akidah dalam jiwa manusia.

Tajuk : Kitab Tauhid ; Diperakui Oleh Fakta Sains
Penulis : Abdul Majid Aziz Az-Zindani
Terbitan : Pustaka Salam
Harga : RM 26.50

p/s : Alhamdulillah, buku ini saya baca dan dapat di diskusikan dengan rakan-rakan ikhwah... juga mempunyai guru yang memberi panduan untuk saya lebih memahami...

Monday, February 5, 2007

Bila saya menyumbangkan lagu.....


Salam.. hehe... selepas lagu pertama yang dinyanyikan saya keudara di ruangan blog ni.. nampaknya aderla yg bagi respon (samada di Cbox ataupun YM) ... hmm sebenarnya lagu ni saya rakam, semasa sedang edit satu lagu untuk dijadikan minus one.. haritu ada adik2 nasyid kat Poli tanya tentang lagu minus kumpulan Hijjaz, so kenalah buat satu minus one untuk mereka.. pastu selesai sahaja buat.. terniat di hati nak test suara....lama dah tak nyanyi... tu yang pitching dia lari skit tu (memang x pandai kawal pitching suara pun)..... lagipun dulu masa nasyid kat Maahad Muhammadi dan Politeknik, banyak dok main percussion... percussion yg paling di minati ialah Kongga (congga??) ... rindu sangat kat benda tu...... Lagu ni asalnya lagu Inunuendo (payah nak eja) bertajuk Belaian Jiwa.. tapi ubah sikit tema lagu tu kepada lagu berkonsepkan Iman .. jadi tajuknya di tukar kepada Rintihan Hati... Jadi terserah kepada peminatlah untuk Afundi saya di Akademi Nasyid ni...

Mutiara Sabda Rasulullah SAW

Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing (aneh) dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing (aneh) itu?" Lalu Rasulullah menjawab, "Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukankerosakan." (HR. Muslim)

Sunday, February 4, 2007

Reformasi Akaun Blogger

Assalamualaykum.... akhirnya selepas beberapa kali saya mengemaskini akaun blog saya.... tepat jam 11.08 malam (4 Februari 2007) , Persoalan yang bermain di minda saya mengenai blog tentang adakah perkhidmatan blogger telah melumpuhkan sistem blogger versi lama..... menyebabkan beberapa sistem di bahagian post memerlukan daftar akaun emel google??

[ Baca seterusnya ]


Laman Diskusi Blog PKPIM

mmm... sambil-sambil memperbaharui laman web PKPIM, syukur kerana dapat mewujudkan ruangan diskusi blog.... Ilham ini tercetus apabila rakan-rakan khususnya di kalangan rakan-rakan PKPIM yang berminat untuk membina blog sendiri..... Sebelum ini, kalau nak belajar blog, kami berdiskusi melalui yahoo messengger (YM) untuk berkongsi ilmu, berkongsi idea macamana untuk mencantikkan blog dan berkongsi sesuatu item kemudahan yang boleh ditambah seperti ruangan chatting, web radio, web tv dan lain-lain... insya Allah, bagi yang berminat, bolehlah melawat ke laman PKPIM (www.pkpim.net) di ruangan Diskusi blog...

Jom Lawati Website PKPIM

4 Febuari 2007

Alhamdulillah, dalam beberapa minggu ini, saya mengambil masa di waktu malam untuk memperbaharui (update) laman web rasmi PKPIM. Barulah saya tahu betapa sukar untuk menguruskan laman web yang perlu diperbaharui setiap kali maklumat baru di terima. Itu belum lagi update laman web akhbar harian kan?? mmm..sebelum ini, saya juga antara ahli PKPIM yang selalu merungut kenapa website tidak di update..... Barulah saya tahu, Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.... Jom lawati website PKPIM... banyak info menarik seperti isu agama, isu semasa, isu Pelajar Islam, Belajar Blog (saya yang kendali), dan banyak lagi... Lawati laman ini di website www.pkpim.net

Kaji selidik tentang sistem blogger....

Persoalan bermain di minda saya mengenai blog.... adakah perkhidmatan blogger telah melumpuhkan sistem blogger versi lama? menyebabkan beberapa sistem di bahagian post memerlukan daftar akaun emel google??

Mutiara Hari : Siapa yang paling manis senyumnya??

Mutiara Hari : "Siapakah orang yang paling manis senyumnya? Orang yang paling manis senyumnya adalah orang-orang yang ketika di coba dengan ujian oleh Allah, mereka mengucap "Innalillahi wa inna ilahi roji'un" seraya bergumam dalam hati: Ya Allah...Aku ridha atas segala ketetapan dariMu". sambil mengukir senyum tulus di bibirnya.


(Semoga yang mendepani banjir, masih bisa tersenyum agar Allah melihat senyuman manisnya yang tulus.)

Semoga masyarakat Indonesia tabah mendepani ujian banjir khususnya di Jakarta. Banjir di Malaysia (Johor) mulai surut. Teringat kepada seorang rakan (akhawat) yang pernah belajar di Kelantan (Politeknik Kota Bharu) dimana rumahnya turut ditenggelami banjir di Johor.

Bacaan Popular