Jom Muat Turun Nada Dering untuk SYIRIA , tajuk lagunya "Sengsara" nyanyian Kumpulan "Manuskrip MIA"
Wednesday, June 27, 2012
Sekali sekala, Bodohkan diri.
BODOH itu baik?
Kenyataan seperti itu pasti akan menaikkan kening mak ayah yang mendengarnya.
Saya tertarik dengan rahsia awet muda Chow Yun Fatt, pelakon Hong Kong yang
berjaya menembusi pasaran Hollywood. Menurutnya, kalau mahu sentiasa muda dan
berjaya dalam hidup -"act dumb" ( jadi bodoh ). Tetapi, maksud jadi bodoh itu
bukanlah menjadi bengap, bahlul atau lembam secara literal.
Labels:
Motivasi
Syafakallah Abah Zahidin
27 jun 2010,
Itulah kasih seorang Murabbi yang sangat perihatin terhadap tarikh-tarikh penting anak-anak didiknya.
"Insya Allah abah, jangan lupa kerepek semasa kem yang lepas deh," kata saya sambil bergurau teringatkan kerepek yang abah Zahidin bawa semasa Kem PMG yang lepas.
Pagi ini 27 Jun 2012 , terngiang pula di memori panggilan abah Zahidin 2 tahun lepas . Seingatnya tahun 2011 abah hanya sempat mengucapkan di FB saya sahaja memandangkan saya berada di Kedah bercuti selepas Majlis kahwin saya.
Labels:
diariku
Thursday, June 21, 2012
Kuala Lumpur : Misi Al-Fatih
Perjalanan14 Jun : Sekian lama menunggu tarikh ini tiba, tercapai akhirnya saya memulakan kembara bersama sahabat ,Haikal menuju ke Kota Metropolitan untuk menyelesaikan beberapa misi. Jam 4 petang kami memulakan perjalanan kami bersama "Fetih e-Bakavali" (Kereta Viva kami) . Meredah laluan berbukit di jeli dan memecut di jalanan lurus di sepanjang jalan Nasional Grik - Kuala Kangsar di malam gelap.
Alhamdulillah , Jam 10 malam kami sampai di rumah nenek (sebelah isteri) di Taman perpaduan Tambun (Perak). Kami akan bermalam di sini sebelum meneruskan perjalanan esok hari.
Labels:
diariku
Tuesday, June 5, 2012
Berbengkel bersama Fasilitator Muda IOA
Persertanya terdiri daripada pelajar dari institusi yang pelbagai termasuk Sekolah aliran agama, politeknik dan MRSM.
Mereka berkampung di Pusat Latihan Dakwah Orang Aski (PULDOA) di Kok Lanas.
Program sebegini cukup bermakna. Prosesnya bersifat membimbing dan dibimbing.
Selama satu jam bersama peserta, saya berkongsi 3 langkah utama yang perlu dititikberatkan sepanjang berprogram di sini. Langkah yang pertama ialah FAHAM , diikuti keduanya pula iaitu AKHLAK dan dimantapkan dengan langkah TEKUN. 3 langkah yang saling berkait antara ketiga-tiganya. FAHAM menjelaskan kepada Penegasan Misi (Mission Statement) dan AKHLAK menjelaskan Pembinaan Karakter (Character Building) yang mempengaruhi proses untuk mencapai Matlamat manakala TEKUN memfokus kepada kemahiran yang perlu ditekuni serta dikuasai supaya mampu memacu pengendalian diri (Self Controlling).
Labels:
diariku
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)