Tuesday, February 18, 2014

Beza Sebelum Dan Selepas


Tidakkan sama mereka yang berjuang 'sebelum' dan 'selepas' kemenangan...

Tidakkan sama juga mereka yang hanya 'memandang' kapal belayar sekadar di pinggiran, dengan mereka yang berada sendiri di dalamnya...

Tidak mengertikah kita?..

Monday, February 17, 2014

"Seize the moment" antara Pemimpin dan Ahli



Pemimpin bertindak mengambil peluang dan bukan menunggu Jaminan !!

Kehendak sebuah organisasi ialah merancang halatuju dan menyelesai masalah.

Halatuju tidak akan terbina tanpa perbincangan dan kesepakatan.

Masalah tidak dapat diselesaikan jika didiamkan atau dibiar tergantung tanpa penyelesaian atau si pembawa masalah dicantas , mahupun organisasi bertindak lari dari masalah dengan menutup fail masalah tanpa penyelesaian.

Maka jika kita bertanggungjawab terhadap organisasi itu, sewajarnya kita jadikan medan ini sebagai "alat" untuk kita membuat sesuatu keputusan dan bertanggungjawab atas keputusan yang dibawa.

Tuesday, February 4, 2014

Rashid Ghannouchi: Adakah Gerakan Politik Islam Gagal?


Gerakan Islam, yang bergerak berdasarkan Islam sebagai agama fitrah, berusaha membawa penyelesaian kepada permasalahan masyarakat dan menyumbang kepada penyelesaian masalah manusia, memanfaatkan kebitaraan tamadun-tamadun lain yang padan dengan nilai-nilai Islam dan bertujuan memenuhi kepentingan manusia. 

Gerakan ini adalah paling dekat dengan jiwa rakyat dan menjadi jurubicara umat, menyuarakan nilai, konsep, dan bahasa, dan tarikan popularnya adalah tanpa tara tandingan, jika gerakan Islam menyelami dan memahami masalah rakyat dan mendekati mereka menurut latar faham dan intelektual umat itu:
- Rashid Ghannouchi

Monday, February 3, 2014

MESEJ AMMAR KEPADA GENERASI MUDA

Oleh : Tn Haji Ahmad Azam ( Ayah Ahmad Ammar)


Semalam 2 Februari 2014, genaplah 3 bulan Ahmad Ammar menemui Sang Penciptanya. SubhanaLlah begitu cepat masa berlalu. Rasanya macam baru seminggu yang lalu aku menghadiri pengkebumiannya di Pemakaman Eyub Sultan (Abu Ayub al Ansari), Istanbul.

Sejak 3 bulan yang lalu, sebagaimana yang telah ku ungkapkan berkali-kali, aku merasa semakin kerdil bila melihatkan kebesaran ALLah ta'ala dengan segala perancanganNYA yang Maha Hebat lagi Maha Sempurna. Apa tidaknya, Ahmad Ammar, seorang pemuda berumur 20 tahun, seorang pendiam, tidak suka menonjol diri, apalagi nak lantang bersuara, tidak dikenali kecuali teman rapat dan gurunya, tetapi sebaik saja beliau kembali ke RahmatuLlah, diberi penghormatan yang tinggi oleh Kerajaan Turki dengan diberi keizinan untuk dikebumikan di Pemakaman Eyub Sultan, suatu kawasan perkuburan yang begitu dimuliakan oleh rakyat Turki.

Bacaan Popular