Monday, August 26, 2013

Surat Yang Mebuatkan Erdogan Menangis

 Asma Beltaji, Aktivis yang syahid ditembak di Mesir 

Surat seorang ayah untuk puterinya yang syahid ditembak di Mesir membuatkan PM Turki Recep Tayyip Erdogan menangis. Ayah itu adalah Mohamed el-Beltaji, pimpinan Ikhwanul Muslimin, yang kehilangan putrinya, Asma Beltaji, 17 tahun. Asma menjadi korban kekejaman penembak tentera Mesir dalam cubaan menamatkan demonstrasi Ikhwanul Muslimin, siang hari, 14 Ogos lalu. Ketika  itu,  Asma bersama ibunya membantu para demonstran yang cedera di medan demontrasi tersebut.

Monday, August 19, 2013

Apa itu #R4BIA?



Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag #R4BIA bermula semalam, bukan? 

#27 IBRAH : Ghulam Dakwah vs Ashabul Ukhdud



Petang tadi, dibalik kesesakan perjalanan harian saya dari Alma Bukit Mertajam ke Tikam Batu, saya memandu pulang sambil mendengar kuliah IBRAH bertajuk  Ashabul Ukhdud yang disampaikan oleh  Guru Ibrah saya , Al-Fadhil Ustaz Syaari Abd Rahman di saluran IKIM.fm.


Kisah dari lembaran hadis Nabi SAW yang sangat relevan dengan kejadian di Mesir hari ini.

"Hadis Ghulam Dakwah"

Masih ingat semasa di bangku pengajian dahulu,  saya ditarbiyyahkan oleh naqib usrah saya berkenaan Hadis ini . Permulaan sebuah kisah yang Allah swt selitkan episod akhirnya di dalam Surah al-Buruj ayat 3 hingga 12. Alhamdulillah... materi tarbiyyah ini disegarkan semula tadi.

Sunday, August 18, 2013

Kaedah Hafazan Quran Syeikh Abdul Salam Bali

1. Baca setiap baris 10 kali dan dengarkan sekali
2. Jika sukar terhadap satu kalimah, baca ayat sebelum dan selepas kalimah.
3. Selepas baris satu sepuluh kali, baris dua sepuluh kali ulang dan dengar 3 kali.

Tapi kaedah ini hanya bertahan dua minggu.

Wednesday, August 14, 2013

Azam untuk kembali menulis

Assalamulaikum.
Apa khabar blogawan semuanya?

Agak lama saya tidak menulis di blog saya ini. Hari ini timbul azam baru untuk saya mnulis. Otak saya pula seakan beku kerana sudah lama tidak memerah idea.

Tiba masanya untuk saya kembali ke meja blogawan yang sekian lama saya tinggalkan. Seketika tadi ketika saya mula mnulis entry ini, isteri saya yang jauh di utara menghubungi menyebabkan saya tangguhkan seketika untuk menjawab panggilannya.


Isteri saya, Nadiah Yusof merupakan muslimah yang ditakdirkan Allah utk dijodohkan dengan saya merupakan sumber inspirasi saya utk kembali semula ke meja blogawan ini. Bahkan kenangan pertemuan kami berdua sebelum ini hingga disatukan ini pun bermula dengan pena blogawan ini yang saling berkongsi ilmu di blog masing-masing.

Dikala agak sekian lama saya tidak mnulis, isteri saya merupakan insan pertama yang banyak mmberi dorongan kepada saya untuk kembali ke meja blogawan ini. Insya Allah, kali ini kami berdua akan bergandingan untuk kmbali ke meja blogawan berkongsi sesuatu yg boleh mnjadi nilai untuk pembacanya.

Insya Allah, segalanya brmula di sini.

Fetyan Afzan Mehmet

Published with Blogger-droid v1.7.4

Bacaan Popular