Nukilan dari NURIMAN izza:
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
Thursday, September 13, 2007
Inilah kerjaya saya sekarang...
Saya telah memulakan khidmat sebagai Juruteknik Komputer gred FT 17 di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, Kota Bharu.Alhamdulillah...syukur Allah telah kurniakan rezeki saya di sini.... Allah telah permudahkan untuk saya membuat urusan-urusan lain seperti bergiat di lapangan NGO dan lain-lain di sini.. yang pasti saya tak akan berpisah dengan kawan-kawan di Sekretariat ABIM di Tanjung Mas.
Selepas ini, bolehlah saya bergiat dengan badan-badan komuniti lain seperti Komuniti Bestari di kampung dan macam-macam lagilah. Saya juga berhasrat untuk mengadap Tok Guru Silat untuk berguru semula...
Dengan kata lain, Hujan Emas dinegara orang, Hujan Batu di negeri sendiri.... lebih baik dihentak batu di negeri sendiri , daripada berebut emas sampai dipijak-pijak manusia di negara orang ..... hehe..rosak peribahasa...
Rezeki saya tidak di Luar Kelantan
5 Jun 2007, setelah dua hari berkampung di Putrajaya, menginap di rumah Abg Izu dan Alimi (PKPIM Melaka) . Maka sahlah saya akan kembali ke Kelantan semula, bilamana surat posting yang saya terima setelah dua hari menunggu keputusan posting tempat kerja... saya diarahkan untuk melapor diri di Jabatan Pelajaran Negeri pada minggu hadapan (Ahad 10/6/07)... Jadi tak berpeluanglah saya untuk meneroka pengalaman di negeri orang, lebih-lebih cita-cita untuk menimba pengalaman bekerja di Putrajaya. Jadi oleh kerana tak berpeluang untuk bekerja di sini, maka saya mengambil kesempatan untuk mengambil pengalaman bekerja di HQ Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang minggu ini...[ Baca seterusnya ]
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)
Bacaan Popular
-
Kenangan Ammar (gambar warna) semasa di Hari Keluarga GPTD pada 16 januari 2011 di Taman Layang-Layang dulu.. Ketika ini Hj Azam mem...
-
19 Julai 2008, Tahniah, atas terzahirnya majlis ikatan Pertunangan antara Khairul Faiz & Afidatul Syakirah . Faiz ni adik ketiga saya....
-
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari...
-
From pulau perhentian Sepanjang berada di Pulau Perhentian, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada makmum berj...
-
Salam. tadi tepat jam 11.30 malam, saya menghabiskan pembacaan buku Novel Sejarah Islam yang bertajuk Tariq, Menang Atau Syahid karya penul...
-
Soalan yang memerlukan jawapan kreatif dari anda.... : “Molekul-molekul yang wujud dalam asid Jus Oren campuran Ais (molekul hidrogen term...
-
Salam semua... Lama betul saya tidak kemaskini blog.. Jadi sambil-sambil dok bersihkan laman blog ni, saya nak berkongsi dengan teman-teman...
-
Kredit Kepada : Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira: 1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah ren...
-
Situasi 1: Ketika mengunjungi rumah ibu saudara, di ruang tamu kelihatan ibu sedang berbual-bual dengan sepupu saya yang memang terer dala...
-
From Sebelum Konvensyen Minggu ini memang kena bagi betul-betul komitmen untuk persiapan menjayakan konvensyan Pelajar Islam Kelantan yang s...