Wednesday, June 27, 2012

Syria Sengsara - Manuskrip MIA

Jom Muat Turun Nada Dering untuk SYIRIA , tajuk lagunya "Sengsara" nyanyian Kumpulan "Manuskrip MIA"




Sekali sekala, Bodohkan diri.

BODOH itu baik? 





Kenyataan seperti itu pasti akan menaikkan kening mak ayah yang mendengarnya. Saya tertarik dengan rahsia awet muda Chow Yun Fatt, pelakon Hong Kong yang berjaya menembusi pasaran Hollywood. Menurutnya, kalau mahu sentiasa muda dan berjaya dalam hidup -"act dumb" ( jadi bodoh ). Tetapi, maksud jadi bodoh itu bukanlah menjadi bengap, bahlul atau lembam secara literal. 


Syafakallah Abah Zahidin

27 jun 2010,
"Zan, esok abah dan ma nak ajak Zan datang rumah, abah nak jamu Zan makan nasi ayam Ma,
sempena hari lahir Zan, " jemput abah melalui telefon.
Itulah kasih seorang Murabbi yang sangat perihatin terhadap tarikh-tarikh penting anak-anak didiknya.

"Insya Allah abah, jangan lupa kerepek semasa kem yang lepas deh,"  kata saya sambil bergurau teringatkan kerepek yang abah Zahidin bawa semasa Kem PMG yang lepas.

 Pagi ini 27 Jun 2012 , terngiang pula di memori  panggilan abah Zahidin 2 tahun lepas . Seingatnya tahun 2011 abah hanya sempat mengucapkan di FB saya sahaja memandangkan saya berada di Kedah bercuti selepas Majlis kahwin saya.

Thursday, June 21, 2012

Kuala Lumpur : Misi Al-Fatih


Perjalanan14 Jun : Sekian lama menunggu tarikh ini tiba, tercapai akhirnya saya memulakan kembara bersama sahabat ,Haikal menuju ke Kota Metropolitan untuk menyelesaikan beberapa misi. Jam 4 petang kami memulakan perjalanan kami bersama "Fetih e-Bakavali" (Kereta Viva kami) . Meredah laluan berbukit di jeli dan memecut di jalanan lurus di sepanjang jalan Nasional Grik - Kuala Kangsar di malam gelap.


Alhamdulillah , Jam 10 malam kami sampai di rumah nenek (sebelah isteri) di Taman perpaduan Tambun (Perak). Kami akan bermalam di sini sebelum meneruskan perjalanan esok hari. 

Tuesday, June 5, 2012

Berbengkel bersama Fasilitator Muda IOA

Hari ini saya beroleh ruang untuk meluangkan masa bersama peserta Bengkel Fasilitator
Islamic Outreach ABIM (IOA).
Persertanya terdiri daripada pelajar dari institusi yang pelbagai termasuk Sekolah aliran agama, politeknik dan MRSM.

Mereka berkampung di Pusat Latihan Dakwah Orang Aski (PULDOA) di Kok Lanas.

Program sebegini cukup bermakna. Prosesnya bersifat membimbing dan dibimbing.

Selama satu jam bersama peserta, saya berkongsi 3 langkah utama yang perlu dititikberatkan sepanjang berprogram di sini. Langkah yang pertama ialah FAHAM , diikuti keduanya pula iaitu AKHLAK dan dimantapkan dengan langkah TEKUN. 3 langkah yang saling berkait antara ketiga-tiganya. FAHAM menjelaskan kepada Penegasan Misi (Mission Statement) dan AKHLAK menjelaskan Pembinaan Karakter (Character Building) yang mempengaruhi proses untuk mencapai Matlamat manakala TEKUN memfokus kepada kemahiran yang perlu ditekuni serta dikuasai supaya mampu memacu pengendalian diri (Self  Controlling).

Bacaan Popular