Friday, April 30, 2010

Musafir bersama Rakan Pimpinan ABIM Kelantan ke Kedah

Saya bersama Pimpinan Kanan ABIM terdiri daripada Ustaz Faisal (YDP) , Anuar Ibrahim (TYDP), Alami (SU Negeri) telah menjadi Delegasi ABIM Kelantan ke Bengkel Kerja ABIM Negeri bertempat di Taman Siswa UUM Jitra Kedah.Pengembaraan ke Kedah bermula seawal jam 4 pagi tadi. Sepanjang pengembaraan, kami Mengambil ruang ini dengan berdiskusi mengenai hal-hal gerakan dan program. Bukan senang kami boleh disatukan sebegini.








Kami selamat sampai di Taman siswa UUM pada jam 11.30 pagi. Pelbagai slot dan perbincangan akan diikuti sepanjang 3 hari berkampung di sini. Antara slot yang akan dikuti oleh pimpinan ialah slot bersama Presiden ABIM (Ustaz Razak) yang akan membentangkan Agenda Pengupayaan Sebagai Persediaan Menjayakan tekad ABIM sebagai Gerakan Ilmu dan Bakti.

Slot lain yang akan dikuti termasuk bengkel pengukuhan institusi dan agensi, kaderisasi, pembangunan organisasi dan urusan Gerakan.

Pada hari terakhir semua perwakilan ABIM seleuruh negeri akan membuat lawatan ke Madrasah Tarbiyyah Islamiah Derang yang merupakan institusi tarbiyyah yang dipimpin oleh Syeikh Fahmi Zam-zam yang cukup sinonim dengan ABIM.

Seronok berdiskusi bersama Presiden ABIM

Pada petang tadi, saya berkesempatan bersama YDP ABIM (Ustaz Faisal) , Presiden ABIM (Ustaz Razak) dan YDP ABIM Kedah (Ustaz Hafiz) melawat ke Seri Alor Star bagi meraikan delegasi Guru-Guru Taski ABIM Kelantan yang mebuat lawatran ke Kedah dan Langkawi. Sepanjang perjalanan bersama Presiden dan YDP dua negeri ini, berdiskusi santai bersama mereka cukup bermakna. Berdiskusi isu belia, isu semasa & isu pengupayaan yg cukup terisi dengan input yang segar.

Ber'usrah' secara santai dalam bermusafir ini banyak memberi kesan sebenarnya. Apatah lagi usrah ni tidaklah rigid dengan kaedah formaliti seperti membuat halaqah atau sebagainya. Saya cukup terkesan apabila mendengar Ustaz Hafiz (YDP ABIM Kedah) mengungkapkan pesanan Arwah Ustaz Niamat tentang persoalan hati lebih-lebih tentang apa-apa keputusan dan tindakan dalam kerja dakwah. Beliau meletak contoh dalam urusan pengupayaan ekonomi, ustaz Niamat berpesan dalam ungkapan hikmahnya :

" Jemaah kita tidak diikat dengan gaji atau kerjaya mahupun pangkat.. tetapi diikat dengan hati. Apabila satu perkara yang besar (seperti isu pembangunan ekonomi) sekalipun, jangan sesekali mencarikkan hati sehingga terluka."

Apa yang saya fahami melalui huraian ustaz Hafiz , kadangkala kalau kita berbincang isu ekonomi, tidak dapat tidak pasti akan berlaku konflik.. Mungkin konflik apabila mengecapi nikmat hasil atau merasai keresahan apabila rugi. Jadi sesetengah mula ingat bahawa dalam jemaah ni tidak boleh dilibatkan dengan ekonomi samada bisnes atau lain-lain.. takut diri akan terjerut dengan kelalaian samada mengecap kekayaan atau menghadapi kerugian. Pasti akan berlaku konflik hati..

Walaubagaimanapun kita harus ingat, ekonomi tetap penting sebagai aset utk digerakkan...seperti kata ustaz Hafiz, Ekonomi jika ditinggalkan akan menyusahkan pergerakan tetapi bila ditumpu akan menyusahkan bila hati tidak dijaga. Oleh itu, jika kita melibatkan hal ekonomi, pastinya kita seharus selesaikan kefahaman bahawa tujuan kita melibatkan soal ekonomi kerana untuk pengupayaan jemaah.

Jadi bila melakukan usaha ekonomi dalam jemaah sekalipun, jangan diukur dengan pangkat, senioriti atau kuasa... tapi yakinilah bahawa kita usahakan ekonomi utk menjana kekuatan.. dan lakukan dengan seikhlas hati dan keyakinan dari niat yg sebenar. itulah sebahagian yang sempat saya rakamkan...

Di Seri Alor Setar, satu majlis ringkas Guru-guru Taski bersama Presiden di buat sebagai sesi ramah mesra sepanjang mereka berada di sini. Sebelum itu Guru-guru Taski ini telah pun melawat Muzium Padi dan Kompleks Masjid Al-Bukhary. Turut bersama dalam rombongan ,Abah Zahidin dan isteri yang menjadi ketua rombongan guru-guru tersebut.

Oklah.. sekarang ini saya pun masih mengikuti Bengkel Kerja ABIM di Dewan Mahsuri Taman Siswa UUM.. nanti taman-teman boleh followup dari segi penambahan gambar-gambar sepanjang aktiviti kami di sini.. adios..




Thursday, April 22, 2010

Persembahan Sketsa Berpuisi sempena anti Dadah



Persembahan bersama murid-murid tahun 5 dan 6 sempena Karnival Anti Dadah Peringkat Sekolah 2010 di SK Kubang Kerian 2. Saya turut menyanyikan lagu Meniti Mimpi sebagai tema sketsa tersebut.

p/s : 1 jam aje planning jalan cerita dan berlatih.. oklah tu, adik-adik pula cepat memahami dan sporting melakonkan watak.. siap ada yang real menangis lagi (menghayati watak dan cerita).

Bacaan Popular