Wednesday, December 27, 2006

Tokoh : Wan Mohd Nor Wan Daud ( Prof. Dr. )

Wan Mohd Nor Wan Daud ( Prof. Dr. ) yang merupakan salah seorang perintis Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam [International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)] ialah seorang ahli falsafah, pentadbir, aktivis Islam dan penyair yang cukup dikenali ramai.

Motivasi : Menulis Di Atas Pasir

Kisah tentang 2 orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan, mereka bertengkar dan salah seorang tanpa dapat menahan diri menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir :

Monday, December 11, 2006

Persiapan Duat

Oleh Nicholas Sylvester

Memiliki Akhlak yang Hebat
Pengasih, penyayang, dan amanah
Merendah diri (Tawaduk)
Bersabar
Penampilan yang hebat

Sunday, December 10, 2006

Video klip : MIRAE | Kenangan Program Jatidiri Briged Bakti

Ni kerja anak-anak buah yg dah expert bila dah diajar editing video... oleh kerana terover minat kat ANIME Final Fastasy , mereka taruk lagu Mirae sebagai video klip mereka... lawan tokey ni!!



Friday, December 8, 2006

Klip : Intro Mutiara Hati - "Ingatlah Allah"

mmm... tertarik tengok anak-anak kecil ini menari & menyanyi lagu nyanyian kumpulan New Sakha "Ingatlah Allah" .... lebih-lebih lagi pelakon cilik yang bernama Nabila ni... klip ini adalah klip video Mutiara Hati yang ditayangkan di TV9...




[ Lihat video ]

Saturday, December 2, 2006

Baitul Mawaddah : PENGAKUAN & PESANAN IKHWAH KEPADA AKHAWAT

Kami tidak mampu menahan pandangan mata ketika sedang melihat kalian para akhawat, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dirimu, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah pakaian kalian, dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan tudung litup yang membentang labuh.



[ Baca Seterusnya ]

Baitul Mawaddah : PENGAKUAN & PESANAN AKHAWAT KEPADA IKHWAH

Kami ini senang jika diperhatikan, apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa, ikhwah yang mempunyai karisma, atau ikhwah yang alim, atau ikhwan yang bersifat "cool" apatah lagi mempunyai sifat penyayang, walhal kami belum mampu berhijab secara baik, Oleh itu tundukkanlah pandangan kalian dengan makna yang sebenar-benarnya..........



[ Baca Seterusnya ]

Thursday, November 23, 2006

Video klip : Dihati | Kenangan Bersama Ikhwah Politeknik KB


Video ini adalah sebagai kenangan bersama rakan-rakan IKHWAH dan AKHAWAT Alumni IKHWANIC sepanjang berprogram dan berukhwah di POLITEKNIK KOTA BHARU

Semoga kalian berjaya dalam apa jua bidang dimasa akan datang..





[ Baca Seterusnya ]

MUHASABAH PEMIMPIN : KRISIS HATI SEORANG PEMIMPIN

Hati kita boleh berkata-kata dan merasa. Bahasa hati hanya boleh difahami oleh pemiliknya dan Penciptanya. Pemimpin kesayangan Allah sudah pasti menjalankan urusan Allah kerana ingin mendapatkan nama di sisi Ilahi bukan di hati para insani. Iblis akan terus pastikan bahawa seorang pemimpin itu hanya akan hebat pada zahirnya, tetapi memiliki hati yang sentiasa berpenyakit. Antara penyakit hati seseorang pemimpin itu ialah:-



[ Baca seterusnya ]

Thursday, November 16, 2006

Wikipedia : Mengenai Bahasa Melayu

Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.

Kepimpinan Islam : Necmettin Erbarkan


Necmettin Erbarkan, pengasas gerakan Islam moden di Turki jika diajak berdiskusi mengenai teknologi, ia akan berbicara sebagai seorang pakar teknologi. Jika diajak berbicara tentang politik, dia akan berbicara sebagai tokoh yang menyedari dan memahami serta mengalami kehidupan politik. Apabila berbicara tentang suatu desa ia akan menjelaskan sejarahnya dan penduduknya. Apabila berbicara tentang kilang ia akan menjelaskan seperti layaknya seorang pakar.



Monday, November 13, 2006

Diari : Merasmikan Majlis Ihtifal Taski ABIM Daerah Pasir Mas

11 November 2006

Hari ini, saya ditugaskan oleh ABIM Negeri Kelantan untuk merasmikan Majlis Ihtifal Taski ABIM daerah Pasir Mas. Ihtifal ini menggabungkan dua buah Taski di daerah pasir Mas iaitu Taski Pondok Hj Omar dan Taski Al-Tarbiah. Bertempat di Dewan Perkumpulan Perempuan Daerah Pasir Mas, Majlis diadakan seawal jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan Al-Fadhil Ustaz Yaakub, NYDP ABIM daerah Pasir Mas. Sejurus kemudian disusuli dengan ucapan saya serta perasmiannya.

Friday, November 10, 2006

FAKTA : Faktor-faktor graduan melayu MENGANGGUR!!

Faktor-faktor graduan melayu menganggur :

  1. LEMAH sahsiah
  2. TIADA halatuju
  3. TIADA keterampilan
  4. TIADA keyakinan
  5. LEMAH upaya berfikir
  6. LEMAH komunikasi
  7. KURANG inisiatif

WEB TV : PBB membisu, Israel Terus Angkuh meratah Palestin!!

Kegagalan PBB dan kuasa besar dunia menyekat israel membunuh rakyat palestin, menyebabkan Rejim Tel Aviv semakin angkuh.. dan Rejim Zionis mengambil kesempatan terhadap sikap membisu barat khusus amerika utk melakukan pembunuhan beramai-ramai..ini jelas menerusi kenyataan PM israel yg akan terus membedil gaza walaupun orang awam menjadi mangsa.. ( Sumber buletin Utama TV3).



[ Lihat Web TV ]

Thursday, November 9, 2006

MOTIVASI : Badrul Hisham menjadi COO pada usia 25 tahun

Mohd. Badrul Hisham Mansor, 25, lulusan sarjana muda Pentadbiran Pemasaran dengan Multimedia dari Universiti Multimedia ini berhasrat mengembangkan perniagaan ICT dengan lebih serius. Dalam mengejar impian tersebut, susah payah serta keperitan yang ditanggung selama ini berbaloi apabila tertubuhnya illuminax Sdn. Bhd. (illuminax)Anak muda ini adalah Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat tersebut.

[ Baca seterusnya ]

WEB TV : Polis cari dalang sebar SMS

KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan rapi dan bertindak tegas terhadap dalang di sebalik penyebaran khabar angin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kononnya sekumpulan umat Islam akan masuk Kristian di Ipoh, kelmarin.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menyifatkan kes penyebaran khabar angin seperti itu serius kerana ia boleh menjejas ketenteraman awam dan menggugat perpaduan serta keharmonian kaum di negara ini.Berikutan itu, beliau berkata, satu pasukan khas diketuai Ketua Polis Perak, Datuk Abdul Aziz Bulat dibantu pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditubuhkan bagi menyiasatnya.


[ Lihat web TV ]

WEB TV : Republikan hilang kuasa di Kongres kerana Bush

WASHINGTON 8 Nov : Rakyat Amerika Syarikat (AS) yang marah dengan Presiden George W. Bush berhubung kemelut berdarah di Iraq mengundi untuk menamatkan penguasaan partinya, Republikan, di Kongres semalam.Parti Demokrat sebagaimana yang diramalkan berjaya merampas kuasa di Dewan Perwakilan dengan mudah untuk kali pertama sejak 1994 dan hampir menguasai semula Senat AS.Kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat mempunyai pengaruh kuat dalam proses penggubalan undang-undang dan juga dalam menentukan hala tuju dasar AS.

[ Lihat web TV ]

BINCANG SAINS : Masa depan dunia mungkin di tangan Robot

Semalam saya membelek kembali koleksi CD video simpanan saya, akhirnya saya tertarik untuk melihat semula sebuah filem fiksyen Sains bertajuk I,Robot. Sebuah filem yang menarik perhatian saya yang suka kepada cerita yang berorientasikan sains dan robotik.

Wednesday, November 8, 2006

VIDEO klip : Adakah Kau Lupa | Saladin The Animated Siries

Sempena kedatangan Filem SALADIN the animated siries,
saya telah membuat sebuah video klip nasyid bertajuk Adakah kau lupa nyanyian Kumpulan Alarme. Nampak gaya selepas ini, anime pilihan saya selepas ini bukan lagi Naruto dan lain-lain anime dari Jepun. Namun kali ini Anime yang menjadi ikon peribadi saya seperti wallpaper , avatar YM, sticker, dan lain-lain adalah SALADIN @ Salahuddin Al-Ayubi!!

MOTIVASI : TIPS SHAPE YOURSELF

Proses perubahan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi perlukan keazaman yang kuat. Di sini saya ada menyertakan beberapa tip dan galakan untuk berubah daripada Quran dan Sunnah Rasulullah.

[Baca seterusnya]

Tuesday, November 7, 2006

MOTIVASI : KENALI SRIKANDI MASA DEPAN (TAHUN 2020)

NAMA : SITI EISYA ABDULLAH
UMUR : 19 TAHUN
ASAL : KOTA BHARU
STATUS: PELAJAR PENGURUSAN PERNIAGAAN
CITA-CITA : USAHAWAN ANTARABANGSA

Eisya ialah seorang gadis berwawasan. Gadis ayu yang menjadi idola di akademi pengajiannya. Mempunyai perawakan yang menarik. Diserikan lagi pakaian jubah dan tudung labuh serta pakaian akhlaknya yang mulia. Akalnya tajam dan mudah memahami. Beliau juga mempunyai kejenihan wajah yang menenangkan setiap yang memandangnya.

MOTIVASI : INILAH PEMUDA MASA DEPAN (TAHUN 2020)


INILAH PEMUDA MASA DEPAN (TAHUN 2020)
Luangkan masa untuk anda mengenalinya

NAMA : MUHAMAD FATIH ABDULLAH
UMUR : 20 TAHUN
ASAL : BACHOK
STATUS : PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK
MINAT : PELBAGAI
CITA-CITA : PEMIMPIN DUNIA


Muhammad adalah seorang yang gagah. Nak kata pintar, tak sangat sebab dia bukan best student, tapi resultnya cemerlang. Keluarganya bukanlah golongan yang kaya. Sebenarnya dia adalah seorang yang peramah dan penyayang. Dia kasihkan kanak-kanak dan hormat pada orang tua, lebih-lebih lagi ibu-bapanya. Orangnya periang, kelakar, suka menyanyi dan bermain muzik yang dibenarkan syariat dan tidak melalaikan.

TOKOH : Sultan Muhammad Al-Fatih & Penaklukan Konstantinople

Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan..

[ Baca Seterusnya ]

Takrifan menarik tentang Profesional Muslim

Profesional Muslim bermaksud mereka yang mempunyai ijazah dan kerjaya dan beragama Islam.Mereka bukan sahaja beragama Islam akan tetapi mengamalkan ajaran Islam dan tahu menilai sesuatu pada baik dan buruknya menurut kacamata Islam...
p/s: Kalau setakat ada ijazah dan seorang islam itu masih belum lagi profesional muslim..Profesional muslim kenalah mengamalkan sekali ajaran Islam itu sendiri...

Friday, August 11, 2006

Baitul Mawaddah : Gadis Idaman Hati 1

Dalam situasi kegawatan sosial masyarakat kita pada hari ini, Seorang remaja wanita amat memerlukan benteng pertahanan dalaman yang kuat. Untuk memasuki arus perdana pula, seorang gadis memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kukuh serta daya pemikiran yang tajam dan kreatif.


Bacaan Popular