Thursday, November 9, 2006

WEB TV : Polis cari dalang sebar SMS

KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan rapi dan bertindak tegas terhadap dalang di sebalik penyebaran khabar angin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kononnya sekumpulan umat Islam akan masuk Kristian di Ipoh, kelmarin.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menyifatkan kes penyebaran khabar angin seperti itu serius kerana ia boleh menjejas ketenteraman awam dan menggugat perpaduan serta keharmonian kaum di negara ini.Berikutan itu, beliau berkata, satu pasukan khas diketuai Ketua Polis Perak, Datuk Abdul Aziz Bulat dibantu pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditubuhkan bagi menyiasatnya.


[ Lihat web TV ]

Bacaan Popular