Thursday, May 17, 2007

Anugerah Pelajar Cemerlang ABIM Kelantan

6 Mei 2007 : Hari ini , saya telah ditugaskan oleh pimpinan ABIM Kelantan, untuk mengacarakan Majlis Anugerah Pelajar cemerlang yang berlangsung di Dewan Rumah Puteri Harapan, di Taman Sabariah.

Majlis ini telah dihadiri kira-kira 200 orang hadirin yang terdiri daripada para pelajar insititusi pendidikan ABIM , ibubapa dan ahli-ahli ABIM. Pada Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang tersebut, kira-kira 60 orang pelajar cemerlang yang terdiri daripada anak-anak ahli ABIM Negeri Kelantan telah menerima penghargaan di atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan SPRA, UPSR, PMR,SPM dan STAM.

Majlis perasmian dan penganugerahan telah disempurnakan oleh Mohamad Raimi Ab.Rahim, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat. Turut Hadir ke Majlis itu, 3 wakil pimpinan PKPIM iaitu saudara Abdul Muntaqim (Naib Presiden) , Shamsiah (Ketua Hewi) dan Khalidah (Bendahari)

[ Baca seterusnya ]

Bacaan Popular