Thursday, September 13, 2007

Inilah kerjaya saya sekarang...

Saya telah memulakan khidmat sebagai Juruteknik Komputer gred FT 17 di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, Kota Bharu.

Alhamdulillah...syukur Allah telah kurniakan rezeki saya di sini.... Allah telah permudahkan untuk saya membuat urusan-urusan lain seperti bergiat di lapangan NGO dan lain-lain di sini.. yang pasti saya tak akan berpisah dengan kawan-kawan di Sekretariat ABIM di Tanjung Mas.

Selepas ini, bolehlah saya bergiat dengan badan-badan komuniti lain seperti Komuniti Bestari di kampung dan macam-macam lagilah. Saya juga berhasrat untuk mengadap Tok Guru Silat untuk berguru semula...


Dengan kata lain, Hujan Emas dinegara orang, Hujan Batu di negeri sendiri.... lebih baik dihentak batu di negeri sendiri , daripada berebut emas sampai dipijak-pijak manusia di negara orang ..... hehe..rosak peribahasa...

Bacaan Popular