Thursday, June 6, 2013

Isu Turki 2013 : Pandangan Mohd Faiz


Oleh : Mohd Faiz [ FB ]
 

Dalam cerita OccupyGezi, puak Kemalist melawan kerajaan.tetapi, Erdogan melawan Secularism.jadi, secularism bukan hanya sebuah ideologi, malah suatu penyakit.apa lagi yang kita boleh harapkan untuk mempertahankan Islam di negara asal Uthmaniyah? 


 Ideologi islamic politic bawaan Parti Refah oleh Necmettin Erbakan telah kecundang, sehingga terpaksa menukar nama Parti Refah kpd Parti Saadat, demi memberi nafas baru dalam memperjuangkan Islam di Turki.begitu sekali survival politik dan ideologi Islam di Turki.namun melalui AK Parti, NGO Islam, sekolah2 Islam, mudah bergerak dan berkembang.

Saya juga sependapat dgn kebanyakan aktivis islam di turki.idea politik Islam tidak boleh diperjuangkan di Turki, tetapi Islam boleh hidup dan mewarnai sektor moral, disiplin, ekonomi, dan pendidikan rakyat turki. Tuan tuan mahu Khilafah tertegak di bumi Turki, tapi tuan tuan negative dgn pandangan bahawa turki sebuah negara sekular.model negara apa yang harus dirujuk dalam membina negara bangsa? 

sila berikan contoh yg lebih baik dari turki.Mesir terkenal dgn wasatiyyah dari sudut pemikiran, tapi ekonomi? negara arab lain?langsung tak main peranan dalam OIC. tuan tuan yg negative ni, dah jejak kaki ke turki ke belom? kata Ust Hasrizal dalam karya 'secangkir Teh pengubat letih', ada yg ke turki dapat kain dan sejadah turki, ada yg dapat pemandangan indah, ada juga yang dapat Islam disana. "guneste yanmayan golgenin kiymetini bilmez" "orang yang tidak pernah dibakar panas mentari,mustahil menghargai rimbun berteduh"

Bacaan Popular