Saturday, June 29, 2013

Manusia Vs Lebah

"Otak orang dewasa mengandungi 10,000,000,000 (10 bilion) neuron@sel saraf. Seekor lebah yg memiliki 900 neuron mampu membuat pelbagai kerja yg mengkagumkan.Ia mampu membina indung lilin, memproses madu yg dikenali sbg 'raja ubat', membawa masuk udara segar ke dlm sarang, mengawal suhu dan cahaya, menghasilkan cecair pencuci utk kerja2 pembersihan sarang, menganalisa cahaya, berkomunikasi, menjaga kebajikan dan disiplin rakan-rakan.


 Manusia yg memiliki 10 bilion neuron tentu mempunyai kemampuan jutaan kali ganda dari kemampuan lebah. Cuba bayangkan org yg mempunyai RM 900 tentu boleh membeli bermacam-macam benda. Dia boleh membeli air tin, nasi lemak, kasut, pakaian, buku, basikal 'racing' dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dgn orang yang memiliki RM 10,000,000,000 (10 bilion=10 ribu juta ringgit)? Sudah tentu ia mempunyai kemampuan dan 'kuasa beli' yang jauh lebih hebat. 

Dia boleh membeli apa sahaja dengan sekehendak hatinya. Dia boleh membeli pizza, ayam goreng di KFC, sekandang lembu, motosikal, kereta, bas, lori treler malah jet pun boleh beli..... Begitulah potensi dan kemampuan otak manusia. Isunya sekarang, kita tak menyedari bahawa kita adalah 'terlalu kaya' dan memiliki kemampuan yang sungguh hebat. 

Besar sungguh peranan orang yang nak menyedarkan itu. Tapi kadang-kadang ada sahaja orang yang perlekeh kalau objektif itu hanya meletakkan tujuan utk menyedarkan sahaja. Tak ada kerja, jadi kerjanya kritik sahaja.

Bacaan Popular