Wednesday, August 14, 2013

Azam untuk kembali menulis

Assalamulaikum.
Apa khabar blogawan semuanya?

Agak lama saya tidak menulis di blog saya ini. Hari ini timbul azam baru untuk saya mnulis. Otak saya pula seakan beku kerana sudah lama tidak memerah idea.

Tiba masanya untuk saya kembali ke meja blogawan yang sekian lama saya tinggalkan. Seketika tadi ketika saya mula mnulis entry ini, isteri saya yang jauh di utara menghubungi menyebabkan saya tangguhkan seketika untuk menjawab panggilannya.


Isteri saya, Nadiah Yusof merupakan muslimah yang ditakdirkan Allah utk dijodohkan dengan saya merupakan sumber inspirasi saya utk kembali semula ke meja blogawan ini. Bahkan kenangan pertemuan kami berdua sebelum ini hingga disatukan ini pun bermula dengan pena blogawan ini yang saling berkongsi ilmu di blog masing-masing.

Dikala agak sekian lama saya tidak mnulis, isteri saya merupakan insan pertama yang banyak mmberi dorongan kepada saya untuk kembali ke meja blogawan ini. Insya Allah, kali ini kami berdua akan bergandingan untuk kmbali ke meja blogawan berkongsi sesuatu yg boleh mnjadi nilai untuk pembacanya.

Insya Allah, segalanya brmula di sini.

Fetyan Afzan Mehmet

Published with Blogger-droid v1.7.4

Bacaan Popular