Monday, August 26, 2013

Surat Yang Mebuatkan Erdogan Menangis

 Asma Beltaji, Aktivis yang syahid ditembak di Mesir 

Surat seorang ayah untuk puterinya yang syahid ditembak di Mesir membuatkan PM Turki Recep Tayyip Erdogan menangis. Ayah itu adalah Mohamed el-Beltaji, pimpinan Ikhwanul Muslimin, yang kehilangan putrinya, Asma Beltaji, 17 tahun. Asma menjadi korban kekejaman penembak tentera Mesir dalam cubaan menamatkan demonstrasi Ikhwanul Muslimin, siang hari, 14 Ogos lalu. Ketika  itu,  Asma bersama ibunya membantu para demonstran yang cedera di medan demontrasi tersebut.


Ini terjemahan dari isi surat yang ditulis Beltaji tersebut: 
"Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy, Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi. Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini. Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.

Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau pernah bertanya, "Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk," dan ayah menjawab 'Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati. Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga," Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu. Ketika itu, ayah bertanya, "Adakah ini malam perkahwinanmu?" kau menjawab, "Tidak ayah, ia akan 'dilangsungkan' pada waktu tengah hari.

" Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut. Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar. Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak dapat mengimamkan solat jenazahmu.

Demi ALLAH, ayah tidak hadir bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita. Akhir kata, wahai puteri kesayanganku, Ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan ALLAH SWT,
Insya-ALLAH.

 Ayahmu, Mohammed Beltagi

p/s : Berikut adalah keratan daripada warkah yang ditulis oleh Mohamed Al-Beltagy Beltaji mengenai anaknya, Asma' Mohamed Al-Beltagy.

Bacaan Popular