Tuesday, February 18, 2014
Beza Sebelum Dan Selepas
Tidakkan sama mereka yang berjuang 'sebelum' dan 'selepas' kemenangan...
Tidakkan sama juga mereka yang hanya 'memandang' kapal belayar sekadar di pinggiran, dengan mereka yang berada sendiri di dalamnya...
Tidak mengertikah kita?..
Labels:
Motivasi
Monday, February 17, 2014
"Seize the moment" antara Pemimpin dan Ahli
Pemimpin bertindak mengambil peluang dan bukan menunggu Jaminan !!
Kehendak sebuah organisasi ialah merancang halatuju dan menyelesai masalah.
Halatuju tidak akan terbina tanpa perbincangan dan kesepakatan.
Masalah tidak dapat diselesaikan jika didiamkan atau dibiar tergantung tanpa penyelesaian atau si pembawa masalah dicantas , mahupun organisasi bertindak lari dari masalah dengan menutup fail masalah tanpa penyelesaian.
Maka jika kita bertanggungjawab terhadap organisasi itu, sewajarnya kita jadikan medan ini sebagai "alat" untuk kita membuat sesuatu keputusan dan bertanggungjawab atas keputusan yang dibawa.
Labels:
Motivasi
Tuesday, February 4, 2014
Rashid Ghannouchi: Adakah Gerakan Politik Islam Gagal?
Gerakan Islam, yang bergerak berdasarkan Islam sebagai agama fitrah, berusaha membawa penyelesaian kepada permasalahan masyarakat dan menyumbang kepada penyelesaian masalah manusia, memanfaatkan kebitaraan tamadun-tamadun lain yang padan dengan nilai-nilai Islam dan bertujuan memenuhi kepentingan manusia.
Gerakan ini adalah paling dekat dengan jiwa rakyat dan menjadi jurubicara umat, menyuarakan nilai, konsep, dan bahasa, dan tarikan popularnya adalah tanpa tara tandingan, jika gerakan Islam menyelami dan memahami masalah rakyat dan mendekati mereka menurut latar faham dan intelektual umat itu:
- Rashid Ghannouchi
Labels:
#R4BIA
,
#RashidGhannouchi
,
ABIM dan PKPIM
,
Kata Hikmah
Monday, February 3, 2014
MESEJ AMMAR KEPADA GENERASI MUDA
Oleh : Tn Haji Ahmad Azam ( Ayah Ahmad Ammar)
Semalam 2 Februari 2014, genaplah 3 bulan Ahmad Ammar menemui Sang Penciptanya. SubhanaLlah begitu cepat masa berlalu. Rasanya macam baru seminggu yang lalu aku menghadiri pengkebumiannya di Pemakaman Eyub Sultan (Abu Ayub al Ansari), Istanbul.
Sejak 3 bulan yang lalu, sebagaimana yang telah ku ungkapkan berkali-kali, aku merasa semakin kerdil bila melihatkan kebesaran ALLah ta'ala dengan segala perancanganNYA yang Maha Hebat lagi Maha Sempurna. Apa tidaknya, Ahmad Ammar, seorang pemuda berumur 20 tahun, seorang pendiam, tidak suka menonjol diri, apalagi nak lantang bersuara, tidak dikenali kecuali teman rapat dan gurunya, tetapi sebaik saja beliau kembali ke RahmatuLlah, diberi penghormatan yang tinggi oleh Kerajaan Turki dengan diberi keizinan untuk dikebumikan di Pemakaman Eyub Sultan, suatu kawasan perkuburan yang begitu dimuliakan oleh rakyat Turki.
Labels:
#HjAhmadAzam
,
#Letsfollowammar
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)
Bacaan Popular
-
Salam semua... Lama betul saya tidak kemaskini blog.. Jadi sambil-sambil dok bersihkan laman blog ni, saya nak berkongsi dengan teman-teman...
-
19 Julai 2008, Tahniah, atas terzahirnya majlis ikatan Pertunangan antara Khairul Faiz & Afidatul Syakirah . Faiz ni adik ketiga saya....
-
From Voice Of Fatih Pagi ini, saya di tugaskan untuk merasmikan Muktamar ABIM Daerah Bachok jam 9.00 pagi. Namun beberapa kekangan yang terp...
-
Makan di meja VIP bersama Pengetua SMK DAM dan pimpinan BBNK Kelantan. 13 September : Saya mengambil kesempatan utuk menerima jemputan Pertu...
-
[ Dari kiri: Abdul Muntaqim Bin Zulkipli (Setiausaha Agung PKPIM), Mohd. Hilmi Bin Ramli (Presiden PKPIM), Datuk Ismail Sabri Yaacob (Menter...
-
tanggal 12/06/2009 hari Jumaat bersamaan 18 jamadil akhir 1430H, satu peristiwa yg meragut kemaraan aku telah membuatkan aku tersentak seket...
-
Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Kamu selalu berusaha untuk menjadi penguasa, padahal akan menjadikan kamu menyesal pada hari Ki...
-
Kenangan Ammar (gambar warna) semasa di Hari Keluarga GPTD pada 16 januari 2011 di Taman Layang-Layang dulu.. Ketika ini Hj Azam mem...
-
Soalan yang memerlukan jawapan kreatif dari anda.... : “Molekul-molekul yang wujud dalam asid Jus Oren campuran Ais (molekul hidrogen term...



