Monday, February 17, 2014

"Seize the moment" antara Pemimpin dan Ahli



Pemimpin bertindak mengambil peluang dan bukan menunggu Jaminan !!

Kehendak sebuah organisasi ialah merancang halatuju dan menyelesai masalah.

Halatuju tidak akan terbina tanpa perbincangan dan kesepakatan.

Masalah tidak dapat diselesaikan jika didiamkan atau dibiar tergantung tanpa penyelesaian atau si pembawa masalah dicantas , mahupun organisasi bertindak lari dari masalah dengan menutup fail masalah tanpa penyelesaian.

Maka jika kita bertanggungjawab terhadap organisasi itu, sewajarnya kita jadikan medan ini sebagai "alat" untuk kita membuat sesuatu keputusan dan bertanggungjawab atas keputusan yang dibawa.

Tanpa Keputusan pengemudi organisasi untuk apa sahaja tindakan , pastinya akan menyebabkan terputusnya halatuju kepimpinan antara pemimpin dan ahli disebabkan sikap pemimpin untuk tidak mahu membuat apa-apa tindakan terhadap perkara yang wajib di putuskan dalam organisasi.

Kejayaan sebuah organisasi bergantung kepada sejauh mana peluang dan ruang dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengemudi organisasi, bukan bertindak tunggu dan lihat.

Begitu juga dengan ahli, tidak hanya perlu menunggu kelemahan pemimpin, tetapi sentiasa melengkapi setiap kekurangan yang ada, dan bukan bertindak seperti meruntuh untuk meninggalkan organisasi atas kekurangan yang ada.. sedangkan ahli juga merupakan tiang-tiang pelengkap sebuah organisasi. Bukankah sebuah bangunan yang megah , pengukuhnya adalah dari tiang-tiang yang saling mengukuh.

Mematahkan sebatang tiang seri, bukankah bermakna ia mencondongkan sebuah binaan megah?

apatah lagi jika kesemua tiang itu patah. Maka robohlah sebuah bangunan megah itu.

Kesimpulannya, pemimpin dan ahli adalah gandingan penting untuk mengambil ruang dan peluang untuk saling mengukuhkan. Jangan menunggu masa terlalu lama sehingga akhirnya organisasi megah itu runtuh, barulah anda memulakan peluang untuk memperbaiki.

#SeizeTheMoment

Bacaan Popular