Tuesday, February 6, 2007

Sibuk sungguh minggu ini....

7 Februari 2007 (Rabu)
Subhanallah..sibuk sungguh hari ini, kalau buat muhasabah balik dalam seminggu ni, memang terlalu sibuk.... mempersiapkan agenda persatuan (PPIK), menyiapkan editing terakhir video untuk majlis makan malam Yayasan Jumaat ini, maintenance kamera video untuk kursus KPHI -APPIM, selesaikan sedikit beberapa bahan grafik untuk dihantar kepada yang menempah, update laman web PKPIM...... wah..tak cukup tangan , tiba-tiba adik pula dari MRSM Besut minta tolong untuk bantu kerja-kerja menyiapkan Tugasan Projek Pelajaran Kimia... apatah lagi hari Isnin ni ada temuduga kerjaya pula di Kota Bharu, kena siapkan beberapa material yang perlu..tidak terbuat lagi.. Hari Sabtu pagi akan bertolak ke KL untuk program APPIM (aku tidak mahu lepaskan peluang ini untuk bersama rakan-rakan PKPIM)........ pagi ini, tak boleh keluar ke mana-mana, sebab kena jaga nenek (tetiba tak beberapa sihat) , tapi tak apa sebab sepanjang hari ini wajib duduk depan komputer untuk siapkan kerja-kerja yang belum selesai... subhanallah... moga kudrat ini mampu melakukannya...... Adik-adik Briged macammana yer? Terpaksa abaikan mereka sekejab ( saya ada janji sesuatu dengan beberapa org adik2 Briged untuk memberi bantuan)


p/s : hehehe..patutlah minggu ni, saya rakamkan sebuah lagu bertajuk Rintihan Hati (dengar tak suara saya dalam blog ini..sumbangkan??)... sekadar meluahkan kepenatan dalam bentuk lagu....mmmm..ok lah jugak.... (ramai yang bagi respon..hehehe)

Bacaan Popular