Monday, February 5, 2007

Bila saya menyumbangkan lagu.....


Salam.. hehe... selepas lagu pertama yang dinyanyikan saya keudara di ruangan blog ni.. nampaknya aderla yg bagi respon (samada di Cbox ataupun YM) ... hmm sebenarnya lagu ni saya rakam, semasa sedang edit satu lagu untuk dijadikan minus one.. haritu ada adik2 nasyid kat Poli tanya tentang lagu minus kumpulan Hijjaz, so kenalah buat satu minus one untuk mereka.. pastu selesai sahaja buat.. terniat di hati nak test suara....lama dah tak nyanyi... tu yang pitching dia lari skit tu (memang x pandai kawal pitching suara pun)..... lagipun dulu masa nasyid kat Maahad Muhammadi dan Politeknik, banyak dok main percussion... percussion yg paling di minati ialah Kongga (congga??) ... rindu sangat kat benda tu...... Lagu ni asalnya lagu Inunuendo (payah nak eja) bertajuk Belaian Jiwa.. tapi ubah sikit tema lagu tu kepada lagu berkonsepkan Iman .. jadi tajuknya di tukar kepada Rintihan Hati... Jadi terserah kepada peminatlah untuk Afundi saya di Akademi Nasyid ni...

Bacaan Popular