
Pada pendapat saya, sesuai dengan dunia teknologi maklumat yang menjadikan manusia percayakan sesuatu hal berasaskan fakta... , antara cara terbaik mempelajari ilmu Tauhid di era ini adalah dengan mengemukakan contoh dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar. Alhamdulillah buku ini ditulis dalam bahasa yang mudah, idea yang bernas dan bukti yang mudah difahami dan ketiga-tiga elemen ini antara perkara yang amat diperlukan dalam usaha memantapkan akidah dalam jiwa manusia.
Tajuk : Kitab Tauhid ; Diperakui Oleh Fakta Sains
Penulis : Abdul Majid Aziz Az-Zindani
Terbitan : Pustaka Salam
Harga : RM 26.50
p/s : Alhamdulillah, buku ini saya baca dan dapat di diskusikan dengan rakan-rakan ikhwah... juga mempunyai guru yang memberi panduan untuk saya lebih memahami...