Sunday, March 22, 2009

Lawatan kerja bersama ABIM ke Pusat Islam USM KK

From piusmkk


Rindu juga saya pada warga Pusat Islam USM KK sejak kenangan berprogram bersama di Pulau Ketam dan Bagan Hailam. Tidak lupa kerinduan pada sahabat-sahabat USM KK yg saya kenali semasa program tersebut.

Dan saya rasa sedikit terubat kerinduan ukhwah untuk berjumpa mereka apabila ditakdirkan dapat bersama menyertai rombongan ABIM Kelantan untuk membuat kunjungan hormat bertemu dengan Pengarah Pusat Islam, Dr Wan Nudri dan warga Staf pusat Islam. Kebetulan pada waktu ini saya bercuti menggantikan waktu berkerja pada hari sabtu pada minggu lepas (Sekolah ganti).

From piusmkk


Kesempatan saya ke sana, hanya sempat menelefon saudara Jacknaim memberitahu kehadiran saya dan pimpinan ABIM Kelantan. Terniat dihati untuk menghubungi teman-teman yang lain seperti hamizah, YB Azimah , Salehudin , Auji atau yang lain2.. malangnya, saya tidak dapat menghubungi mereka disebabkan telefon bimbit saya rosak dan nombornya tersimpan dalam fon tersebut. Kebetulan , saya menghafal nombor telefon akhi Naim membolehkan saya sepantas mungkin menghubungi beliau.


From piusmkk

Pertemuan dalam lawatan kerja ini sedikit sebanyak dapat berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat antara delegasi ABIM dengan Pusat Islam USMKK. Dalam pertemuan itu fokus kerjasama dua hala menjadi isi penting utama bagi membolehkan gerak kerja usaha dakwah dan kerja-kerja kemasyarakatan dan kesukarelaan mengakar dan merimbun dirasai oleh masyarakat. Pengalaman di lapangan dakwah ABIM, menuntut satu daya akur di setiap badan dakwah masing-masing bahawa kerjasama startegik antara agensi dakwah perlu dimantapkan bagi membolehkan rahmat keberkatan usaha dakwah itu sampai kepada sasaran dakwah.

From piusmkk


Dan usaha-usaha dakwah ini bukanlah milik mana-mana persatuan dakwah yang ditubuh malah adakalanya selain dari pendekatan kreatif dalam melaksanakan usaha dakwah masing-masing, memanfaatkan usaha kerjasama antara persatuan dakwah juga menjadi satu tuntutan utama supaya program yang dirancang tidak bersifat hanya berjaya terlaksana sedangkan "Kesan" dari usaha dakwah itu sedikit.

From piusmkk


Dalam pertemuan itu juga, saya mencadangkan supaya Kelas Peradaban Nabawi perlu diperkasakan kan lagi (walau sudah perkasa) aktivitinya. Pengalaman saya mengikuti Bengkel FCR (Friendly Comparative Relegion) anjuran KPN cukup memberi kesan yang mendalam kepada diri saya untuk mempersiapkan bekalan ilmu dakwah sebelum benar-benar berada di medan dakwah.

From piusmkk
Memberi pandangan dan pendapat..


Pengalaman dakwah orang asli sewaktu bersama Islamic Outreach ABIM suatu ketika dahulu hanya berbekalkan pengalaman sahabat-sahabat terdahulu secara amatur. Dan sudah lama saya menunggu bemgkel ilmu sebegini bagi membolehkan usaha-usaha dakwah yang dilakukan bukan sahaja berkesan , malah disandarkan pada ilmunya juga. Akhirnya, saya turut mencadangkan dalam pertemuan itu , agar KPN dapat dijadikan sebagai hub bagi bengkel perbandingan agama di Kelantan yang akhirnya, badan-badan dakwah lain seperti ABIM , JIM dan lain-lain boleh menjadi peserta untuk memperolehi ilmu tersebut.

Sebab sebelum ini, untuk mendapatkan ilmu perbandingan agama ini, cukup terhad... pengalaman lalu, ilmu-ilmu perbandingan agama ini saya hanya perolehi secara umum apabila Bro. Shah Kirit hadir ke Kelantan apabila dijemput. Dimana-mana masjid yang menjemput beliau pada ketika itu, saya akan turut.

Tapi bayangkan kalau setiap tahun bengkel FCR dilaksanakan oleh KPN , maka saya tidak perlu lagi berlari-lari mencari bro. shah kirit untuk memperolehi ilmu ini. apatah lagi ilmu perbandingan agama ini cukup penting disaat keadaan di negara kita ini yang memerlukan alternatif untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan isu kaum dan keagamaan di negara ini. cukup penting juga untuk perpaduan dan keharmonian antara kaum.

From piusmkk
masih berdiskusi bersama jacknaim di kala
Ustaz Rosdian dan ustaz (x ingat nama) berpossing

Insya Allah, moga-moga pertemuan ini akan diberkati dan banyak program-program yang akan dilaksanakan kelak dapat dirasai roh dakwahnya yang lahir hasil dari sebuah kerjasama strategik.. ameen.


iLuvislam.com Top Blog


Bacaan Popular