Monday, April 1, 2013

Wajah Klon : Era ini segalanya mungkin

Anda boleh melihat sendiri dengan sedikit anugerah yang Allah bagi dapat meniru suara dan gaya presiden dan ditambah pula dengan make-up, segalanya boleh menjadi 'hampir benar'. Itu belum dimasukkan kesan khas komputer lagi, kalau tidak kita pasti bakal tertipu 110%. Sebab itu kita disaran berhati-hati bila menerima berita dari orang yang fasik kerana silap perhintungan kita akan menjadi 'penyebar fitnah yang susah dibendung' di era siber yang serba canggih ini. Bagaimana kita mahu meminta maaf kepada orang yang kita fitnah?






Ingatlah kita tidak akan hidup selama-lamanya. Segala pangkat, wang ringgit, harta bakal kita tinggalkan tidak lama lagi. Perjalanan dihadapan masih jauh lagi. Jangan perbodohkan diri kita dengan sesuatu yang sementara dan penuh tipu daya. Sebab itu Islam tetap menetapkan 4 orang saksi yang benar dalam menangani kes zina kerana dengan teknologi zaman sekarang apa-apapun boleh berlaku. Fikir-fikirkanlah..

Kredit untuk : Fikir2Renung2

Bacaan Popular