Saturday, March 20, 2010

Ziarah Maahad Muhammadi (L) & Bersama Kang Zaid di Gerai Buku


Setelah 8 tahun saya tidak menjejaki Maahad Muhammadi (L0, akhirnya berjaya juga saya menjejakkan kaki semula di sekolah ini. Kebetulan saudara saya Kang Zaid (YDP ABIM Segamat) membuka gerai jualan Buku selama 2 hari di sini. Kesempatan yang ada saya sempat menziarahi guru-guru yang semenjak di bangku persekolah dulu yang mendidik saya bukan sahaja ilmu dalam kuliah tetapi juga ilmu untuk saya berperanan dalam masyarakat. Tak lupa juga kerinduan masakan paprik di kantin Kak Zan cukup menggamit memori semasa di alam persekolahan dahulu..


Kang Zaid dan Buku-bukunya.
Di gerai buku, walaupun ramai pelajar-pelajar MML yang turun, tetapi pengunjungnya tidak sehebat di Mahaad Muhammadi Lilbanat. Budaya membaca dikalangan kaum hawa tetap mendahului berbanding kaum Adam. Kesempatan yang ada, dapat juga saya berinteraksi dengan generasi-generasi baru di sini. Kebetulan ramai juga adik-adik ASLAH (Alumni Pelajar Islam Seri Al-Hikmah) yang belajar di sini.


Hadiah Buku kerana Mendodoi anak
Asyik Kang Zaid dan isteri melayan pengunjung di gerai, saya asyik pula melayan anak kecilnya Habiurrahman yang comel dah gagah perkasa (gagah kerana bisa bersama ayah dan ibunya di lapangan kerja). asyik sahaja di anak kecil ini bersama saya. Habib paling suka memegang telinga saya tatkala di dukung. Akhirnya setelah lama bermain dengan saya, akhirnya Habib keletihan dan memberi isyarat untuk tidur.


Akhirnya tertidur juga dia dalam pangkuan saya apabila didodoikan dengan ulitan lagu gaya ibu saya. Melihat keserasian Habib dengan saya (kerana tidak ada orang lain yang boleh serasi dengannya) lebih-lebih lagi bila berjaya menidurkannya, ibunya menghadiahkan sebuah buku bertajuk "Mencari bidadari dalam Solat Malam". Wah..wah.. dalam benar maksud disebalik hadiah ini. Terima kasih ye kak..

Saya juga digelar oleh Kang Zaid sebagai "Bakal seorang ayah berjiwa ibu" apabila melihat anaknya boleh serasi dengan saya.. hihihi.. bakal bapa mithalilah ni...

Bacaan Popular