Thursday, June 21, 2012

Kuala Lumpur : Misi Al-Fatih


Perjalanan14 Jun : Sekian lama menunggu tarikh ini tiba, tercapai akhirnya saya memulakan kembara bersama sahabat ,Haikal menuju ke Kota Metropolitan untuk menyelesaikan beberapa misi. Jam 4 petang kami memulakan perjalanan kami bersama "Fetih e-Bakavali" (Kereta Viva kami) . Meredah laluan berbukit di jeli dan memecut di jalanan lurus di sepanjang jalan Nasional Grik - Kuala Kangsar di malam gelap.


Alhamdulillah , Jam 10 malam kami sampai di rumah nenek (sebelah isteri) di Taman perpaduan Tambun (Perak). Kami akan bermalam di sini sebelum meneruskan perjalanan esok hari. 

15 Jun : Perjalanan 2 jam dari Ipoh menuju Kuala Lumpur . Seronok juga bila ada pemandu, lena saya dibuatnya. Haikal memandu hingga ke RnR Sungai Buloh dan saya mengambil alih pemanduan hingga ke Hotel Seri Pasifik yang akan menjadi tempat berteduh kami nanti. Kebetulan sifu dan rakan-rakan kami dari ABIM Kelantan akan mengikuti Seminar Fiqh Mentaati pemimpin mengarahkan kami bermalam di sana. 

Jadi rezeki yang tidak dapat ditolak dan kami terima dengan hati terbuka. Tak disangka juga ya, antara pelan-pelan canggih saya fikirkan sebelum ini untuk bermalam antaranya menginap di Hotel bajet, bermalam di rumah abang, dan paling canggih bermalam dalam Kereta Viva sahaja (hehe).

Ambil dan Rebut Peluang 
Seperti kebiasaan , kalau saya berada di Kuala Lumpur, mesti banyak rancangan yang nak dibuat, ambil dan rebut kesempatan yang ada. Nak jumpa rakan-rakan ABIM dan PKPIM, Nak ketemu pejuang GPTD, nak jumpa penulis buku Dakwah Kreatif, Jumpa perunding Kesihatan dan macam-macam lagi. Sempatlah juga hubungi Tuan Yusry Yusopp, Penulis Buku Creative Sifoo. Tak sihat rupanya tuan. Shafakallah , moga rancangan berkampung di KL ni dapatlah juga ketemu dengan sifoo Kreatif saya ni.

Jumpa Perunding Kesihatan

9:00 malam
Sebagai memenuhi harapan isteri agar saya sihat dan segar. Akhirnya dapat juga saya ketemu dengan Rozaidi (bakal coach Kesihatan saya).Sebenarnya Rozaidi ni junior saya dalam Persatuan Pelajar Islam (PKPIM). Dia menjadi exco PKPIM sezaman dengan isteri saya yang juga Exco PKPIM ketika itu. Rupanya malam ini ada sesi Sharing Produk Herbalife. Ramai juga datang. Ingat jumpa Rozaidi seorang aja. Selesai sesi, maka bermulalah sesi saya untuk mendaftar sebagai warga Herbalife. Nanti saya cerita lebih lanjut dalam siri akan datang. Esok adalah hari permulaan saya menjalani sistem pemakanan sistematik produk Herbalife.

Meninjau Persiapan Seminar Al-Fateh
16 Jun
Pagi ini, seperti biasa ditemani Haikal menuju ke UIAM untuk membuat tinjauan awal untuk misi esok hari di Seminar 1453. Usai berpusing dok mencari dekat mana lokasi Auditorium Utama UIAM, akhirnya ketemu juga. Agak jauh juga tempat saya "parking" Viva Al-Fatih saya. Didepan Perpustakaan UIAM. Berjalanlah kami ke Audi utama. Kelhatan di lobi Auditorium , sahabat-sahabat Oneheart Creative sedang asyik bermesyuarat untuk persiapan esok. Mereka ini memang Tim Produktif. Mesti seronok bila bekerjasama dengan mereka esok. Sebab tahun lepas saya dah merasai keseronokan bekerja bersama mereka.

Menjadi Vakaluvis

Saya ditugaskan oleh guru saya (Ust Syaari) untuk membuat liputan penuh sebagai Vakaluvis (bahasa Turki) atau dalam bahasa melayunya perakam peristiwa seperti tugasan saya di tahun lepas. Tugas Vakaluvis semasa dalam Misi membuka Konstantinople di zaman Sultan Muhammad Al-Fatih sangat penting kerana vakaluvis ini bertindak untuk merekodkan semua peristiwa yang melibatkan jumlah tentera, peralatan senjata, dan juga catatan peristiwa sepanjang misi pembukaan Kota tersebut. Kira kerja mereka ni macam wartawan di medan peranglah. tugas Vakaluvis inilah yang banyak membantu pengkaji sejarah hari ini mendapat maklumat tepat tentang sejarah Othmaniyyah di Turki. Jadi insya Allah, esok hari saya akan merakam penuh peristiwa Misi 1453 . Kalau tahun lepas pembantu Vakaluvis ini sahabat saya dari Besut (adham), tahun ini saya tampilkan videographer yg cekap yang juga pemandu saya (hehe) Haikal untuk menjadi pembatu rakaman nanti.

Tugasan Kedua sebagai Penasyid.


"Syeikh, boleh tak enta nyanyikan lagu Tema seminar esok?" tanya Ustaz Syaari. Rupanya esok hari, penampilan artis Bro Mu'adz untuk persembahan esok dibatalkan sebab Abang Mu'adz mempunyai komitmen persembahan di Terengganu. Minggu lepas semasa pertemuan saya dengan abang Mu'adz di Expo Pertanian Kelantan, ada juga abang Mu'adz beritahu kemungkinan akan bertembung persembahan pada tarikh tersebut. Rupanya memang bertembung. Permintaan Ustaz Syaari kali ini ni nampak gayanya , saya ibarat kena ganti abang Mu'adz lah ni ye? Masya Allah, sebelum ini saya ni hanyalah editor amatur untuk videoklip Abang Mu'adz aja. Kali ini kena ganti abang Mu'adz pula untuk buat persembahan. Insya Allah, saya cuba... yang pasti malam ini kena cari balik video minus one untuk lagu Fatih 1453 yang saya buat sebelum ini.

Berdiskusi Di bilik 805 Hotel Seri Pasific
7:00 malam :
Selesai sahaja tinjauan persiapan di UIAM, kami kembali semula ke Bilik Hotel kami. banyak tugasan asas yang perlu dipersiapkan. Editing video untuk persembahan esok, kemaskini peralatan rakaman video, Bina stamina dan lain-lain. Dengan harapan esok hari, tugasan dapat dilakukan dengan jayanya.

12:00 malam
Malam ini memang masih muda, Bilik 805 kami dikunjungi oleh sahabat-sahabat pejuang muda yang hebat di medan aktivis. Antaranya saudara Fazril (Penolong Setiausaha 1 PKPIM) , Wasif (Jaringan Anak Muda), Zulamin (GrupSaladin), Grup Kembara Turki dan ramai lagi kenalan-kenalan kami yang cergas di persada. Pertemuan ini terisi dengan perkongsian isu-isu semasa aktivis khususnya berkenaan isu-isu orang muda. Asyik mendengar perkongsian Fazril berkenaan rumusan Diskusi Meja Bulat berkenaan Isu Pendidikan yang melibatkan Rakan Ngo Pelajar Islam iaitu PKPIM, GAMIS, KARISMA, PEMBINA.

Kesempatan yang ada bertemu dengan Wasif yang sekian lama tidak ketemu (sebelum ini hanya di FB) memperbaharui ukhwah selain bertanyakan khabar Saiful Islam yang juga sekian lama tidak ketemu. Kali terakhir kami bertemu beberapa tahun lepas di KL Sentral apabila Wasif dan Saiful Islam bertemu saya dan mengirimkan ole-ole dari Turki. tertarik dengan celoteh Ustaz Faisal, "Seharian tadi kita dok seminar Fiqh mentaati pemimpin, rupanya bilik 805 pula menjadi Fiqh Mentaati Pemimpin orang muda.." (hehe) 

Alhamdulillah, diskusi kami berakhir hampir jam 2.oo pagi. Maklumlah lama tidak berjumpa. pasti rancak apabila berdiskusi. 

Jadi bersedia untuk esok hari di di Seminar 1453 pula.

Bacaan Popular