Tuesday, June 5, 2012

Berbengkel bersama Fasilitator Muda IOA

Hari ini saya beroleh ruang untuk meluangkan masa bersama peserta Bengkel Fasilitator
Islamic Outreach ABIM (IOA).
Persertanya terdiri daripada pelajar dari institusi yang pelbagai termasuk Sekolah aliran agama, politeknik dan MRSM.

Mereka berkampung di Pusat Latihan Dakwah Orang Aski (PULDOA) di Kok Lanas.

Program sebegini cukup bermakna. Prosesnya bersifat membimbing dan dibimbing.

Selama satu jam bersama peserta, saya berkongsi 3 langkah utama yang perlu dititikberatkan sepanjang berprogram di sini. Langkah yang pertama ialah FAHAM , diikuti keduanya pula iaitu AKHLAK dan dimantapkan dengan langkah TEKUN. 3 langkah yang saling berkait antara ketiga-tiganya. FAHAM menjelaskan kepada Penegasan Misi (Mission Statement) dan AKHLAK menjelaskan Pembinaan Karakter (Character Building) yang mempengaruhi proses untuk mencapai Matlamat manakala TEKUN memfokus kepada kemahiran yang perlu ditekuni serta dikuasai supaya mampu memacu pengendalian diri (Self  Controlling).

FAHAMI APA YANG PERLU DICAPAI



Steven R Covey dalam bukunya "The 7 habits" sangat menegaskan prinsip kepentingan Memulakan kehidupan dari belakang. Dengan erti kata, kita menggambarkan kesudahan atau penghujung kepada kehidupan ini (matlamat halatuju) dan menetapkan apa yang ingin dikecapi.



Perjalanan 3 hari berbengkel memerlukan perencanaan  jelas tentang bagaimana pengakhiran peserta di akhir program. Saya memberi gambaran bahawa di akhir bengkel nanti, titik penghujung kepada program ini ialah semua peserta akan dinobatkan sebagai Fasilitator Muda yang mampu mengendalikan apa sahaja program latihan  di masa akan datang. Pastinya, semua perserta perlu merencanakan dengan tuntas bagaimana proses tindakan yang perlu dizahirkan bagi memastikan titik penghujungnya (menjadi fasilitator muda) berjaya.



Bermula dari titik penghujung itu, kita bergerak sedikit demi sedikit merangka langkah atau usaha yang akan membantu untuk mereliasasikan hajat dan cita-cita di penghujungnya itu. 

Sebagaimana matlamat kita untuk BERJAYA, Kalau anda tahu bahawa anda mahu mengakhiri kehidupan ini dengan KEJAYAAN, maka kejayaan yang bagaimana ingin anda kecapi. 



Tidak cukup dengan hanya menyatakan ‘aku ingin berjaya’, tetapi perincikan lagi dengan jelas bagaimana matlamat BERJAYA itu ingin dicapai. Maka rangka seterusnya pastinya sikap atau AKHLAK yang menjadi kerangka utama yang menyokong perjalanan menuju titik hujung nanti.

 bersambung...

 







Bacaan Popular