Thursday, May 2, 2013

Sepucuk Surat yang Mengubah Dunia

Oleh : Ustaz Syaari Abd Rahman [ Iskandarfateh.com ]

 20 April 1453, tragedinya adalah kekalahan Mehmed II kepada 'bantuan asing' yang datang, yang tidak mampu dihalang oleh tentera lautnya. Kelemahan moral Othmaniyyah berada pada tahap kritikal. Suara-suara sumbang mula kedengaran "lebih baik berundur sahaja!"





 Sepucuk surat dengan satu muka surat bertulis sahaja, telah berjaya mengubah nasib sejarah. Kandungan surat ini mengandungi 3 perkara.

 Pertama, berita gembira.

Kedua, amaran keras.

Ketiga, strategi!

 "İmdi, “kul tedbiri alır, takdiri Allah’a bırakır” hükmü her zaman geçerlidir. Neticede başarı Allah’tandır. Ama elden gelen bütün gayret sarf edilmelidir. Allah Rasülü ve ashabının sünneti de budur." - Akşemsettin, 20 April 1453

 (Sekarang, pada kita tadbir, pada Allah jua taqdir, hukum-Nya akan berlaku pada bila-bila masa. Kemenangan hanya dari Allah jua, tetapi segenap usaha mesti datang dari tangan kita sendiri. Inilah sunnah Rasulullah dan para Sahabatnya.") Dan kesan surat itu boleh dilihat pada aksi 22 April 1453 !

 5 Mei 2013 ? Apakah agaknya 'bahasa Tuhan' dari sejarah pada kita para pejuangnya.

 "Tarihi olaylara asla dün yaşanmış bitmiş hadiseler olarak bakmamalıyız. Oyuncular farklı ama, ana tema ve genel senaryo hep aynı. Dünden bugüne insandaki duygularda değişiklik yok" - Prof. Dr. Osman Özsoy

 (Insiden yang berlaku dalam sejarah belumlah tamat. Pemainnya memang berbeza, tetapi senario keseluruhan dan tema utamanya tetap sama. Kerana emosi manusia tidak pernah berubah antara dahulu dan sekarang.)

Bacaan Popular