Saturday, April 20, 2013

Husam Musa : Al-Fateh ke Putrajaya

Sumber :  Ustaz Syaari Abd Rahman [ Iskandarfateh.com ]


20 April 1453, ketika berita kekalahan dan suara-suara sumbang mula kedengaran, Shekh Aaq Syamsuddin terus segera menulis surat memberikan "spiritual support" mengenai cahaya kemenangan menanti di sebalik tragedi hitam menimpa tentera laut Muhammad Al-Fatih. 




Menanti bantuan Allah bukanlah dalam bentuk menunggu awan di langit berbentuk kalimah Allah. Jadikan 14 hari 'peperangan' ini sebagai 14 hari Ramadhan untuk kita. 

Capai dahulu 'private victory' dari tawanan nafsu dan penyakit Hunain dalam menuju Putrajaya. Biarkan Allah mengatur kehendak-Nya sebagaimana Dia mengatur perjalanan hamba-Nya Yusuf alahissalam. 

 Muhammad Al-Fatih mengarahkan tenteranya berhenti berperang pada 27 dan 28 Mei agar tenteranya berpuasa sunat dan berqiamullail. Agar hamba-hamba Allah akan.kembali bekerja kuat untuk menang, tetapi berhati-hati, jangan menjadi 'hamba' kemenangan.

 "Biarkan aku satu-satunya yang mengingatkan kamu Mehmed bahawa kamu hanyalah hamba Allah." - Aaq Syamsuddin

Bacaan Popular