Saturday, April 20, 2013

MENANG PRU 13 KAEDAH "1453"

Oleh : Ustaz Syaari Abd Rahman
Ibrah Paradigm [ Iskandarfateh.com ]

Strategi "Rumeli Hissari" menunjukkan KEKUATAN di kawasan musuh sehingga kekuatan itu mampu menatijahkan kegerunan pihak musuh. 

KEKUATAN yang berteraskan pedoman surah Al-Anfaal, ayat ke 60 ini merujuk kepada DUA perkara pada 1453.


Firman Allah:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآَخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ (60)

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya: sedang Allah mengetahuinya, apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)”.
(Al-Anfaal : 60 )

PERTAMA: Kekuatan kesatuan dan kesungguhan jentera. Mehmed II berjaya menyempurnakan pembinaan Rumeli ini dalam masa sekitar 4 bulan sahaja. Inilah masa terbaik Mehmed II melakukan "penamaan calon" dari pihaknya, agar pihak lawan mengenal benar bagaimana kualiti tentera dan panglima Mehmed II. Dalam capaian ilmu kejuruteraan abad ke 15, membina binaan sebesar Rumeli Hissari dalam masa 4 bulan, ia suatu tempoh masa yang sangat pantas dan ajaib sehingga pihak musuh gerun lantas melakukan tindakan defensif sewajarnya.
Nota Kaki : Kebetulan - atau mungkin kuasa DOA berpanjangan - tindakan defensif Constantinopel dengan merayu bantuan tentera Pope di Roma telah mengundang kemarahan rakyat Orthodoks dan perpecahan dalaman kem tentera mereka sendiri. "Pimpinan hilang kepercayaan dari penyokong tegarnya sendiri!"

KEDUA : Kekuatan ini juga merujuk kepada kepintaran. Rumeli Hissari terletak 8 kilometer dari Constantinopel. Anda tetap masih boleh melihat Rumeli Hissari dari kejauhan ketika anda berdiri di tembok Golden Horn yang menghala kepada Menara Galata. Lokasi Rumeli Hissari adalah strategik kerana terletak di tebing paling sempit Bhosporus yang hanya memisahkan benua Eropah dan Asia pada jarak 660 meter sahaja. Ertinya, Mehmed II mahu melumpuhkan lebih awal pergerakan keluar masuk musuhnya dan sekutunya dengan menutup laluan laut yang sentiasa menjadi talian hayat Constantinopel apabila diserang nanti. 

Nota Kaki : Kebiasaannya strategi ini digunakan oleh pihak yang kuat untuk melemahkan moral pihak lawan yang lemah sebelum peperangan sebenar meletus. 

 Tambahan : Dalam peperangan klasikal Islam, ia juga dikenali sebagai aksi "Abu Dujanah". Atau aksi "mubarazah" secara 3 lawan 3 sebelum peperangan sebenar dimulakan. Ia memang bertujuan melemahkan MORAL musuh lebih awal sebelum pertembungan fizikal berlaku. 

Kekuatan moral kadang-kadang tidak menunjukkan kekuatan sebenar yang ada pada jentera. Kadang-kadang ia hanyalah sebahagian kecil dari kekuatan sebenar jentera. Menguatkan MORAL, melemahkan MORAL, itulah kuasa media, kuasa risalah, kuasa akhbar, kuasa ceramah !

Bacaan Popular