Saturday, April 20, 2013

Usrah Santai Famili Fateh & Auni

Fateh Iskandar dan rakan sekampung Auni Aqilah
Alhamdulillah , Hari ini Sabtu 20 April 2013, berkesempatan berusrah santai dengan sahabat karib Kamil Abd Halim , rakan sekampung ( Jelawat, Bachok ) dan sama-sama merantau di  Pulau Mutiara ini memikul tanggungjawab kerjaya masing-masing. 

Bermenukan hidangan masakan arab di Restoren  Qasar Hadramawt, Bandar Perda , pertemuan ini juga menjadi kesempatan saya dan isteri (Nadiah )  untuk melihat anak pasangan Kamil dan Nashriah , Auni Aqilah yang kini berusia 2 bulan... tapi saiznya menyamai saiz Fateh Iskandar yang kini berusia 7 bulan. 

Insya Allah pertemuan sebegini akan menjadi pertemuan berkala kami bukan sahaja dikalangan keluarga saya dan Kamil sahaja, Insya Allah akan bertambah dengan teman-teman lainnya nanti. 


Sedang Menunggu Ketibaan Kamil dan isteri.. 


Pertemuan Fateh dan Auni ....


Nasi Arab berulamkan daging kambing :)

Fateh Iskandar yang serius di depan Lensa






Bacaan Popular