Thursday, April 4, 2013

Muzik Lautan - "Sea Organ"




Pernahkah anda terfikir satu rekaan yang sangat kreatif yang mana hasilnya boleh membuatkan anda terhibur sepanjang masa? Rekaan yang dimaksudkan itu adalah hasil karya Nicola Basic, seorang arkitek dari Croatia. Rekaan beliau terletak di sebuah bandar di tepi laut bernama Zadar, Croatia.



Cuba anda lihat rekaan beliau. Mudah bukan? Dengan menggunakan pukulan ombak dan lubang-lubang tiub di bawah lantai 'marble', boleh menghasilkan bunyi yang sungguh unik.

Rekaan beliau telah memenangi 'Europian Prize for Urban Public Space' pada tahun 2006.

Kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil idea seperti ini dan meminda dengan sedikit pengubahsuaian, mungkin boleh menghasilkan bunyi seperti angklung. Cuma masyarakat perlu berubah dari segi disiplin diri supaya tidak sewenang-wenangnya membuang sampah-sarap ke dalam laut. Sekiranya tabiat pengotor tidak berubah maka jangan harap untuk negara kita memiliki karya seperti ini kerana ia akan menjadi sia-sia sahaja kerana lubang-lubang tersebut akan menjadi tempat perangkap sampah.

Apa kata kalau dibuat pertandingan rekacipta di antara universiti-universiti tempatan terutamanya fakulti senibina dalam membuat rekaan seperti ini?. Hasilnya selain dari mengindahkan sesuatu tempat, ia juga berupaya menjadi tarikan pelancong berkunjung ke situ.



Anda boleh mendengar alunan muzik yang dihasilkan di sini.


Bacaan Popular